Rabu, 1 Januari 2020

Mengembara bumi milik Allah. 9466.


Destinasi Laluan Kuala Lumpur ke Beijing
Destinasi yang perlu ditempuhi bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Beijing secara laluan darat dan akhir sekali kembali ke Kuala Lumpur dengan pesawat terus dari Beijing.


     10 Cities  5 Countries  4,204 KM View
    Map data ©2020 Google, INEGI
    1. KL Sentral ke Padang Besar — Menaiki KTM ETS Gold selama 5 jam 26 minit, trip 4 kali sehari dengan tambang RM76. Jadual tren terbaik untuk berlepas dari KL Sentral ialah pukul 9:39 pagi dan tiba di destinasi pada 3:05 petang, lihat jadual tren.
    2. Padang Besar ke Bangkok — Menaiki State Railway of Thailand selama 16 jam 50 minit, trip sekali sahaja sehari (RM140). Jadual tren ialah berlepas pukul 5 petang dan tiba di destinasi pada 10:10 pagi (2 jam transit di Padang Besar), lihat jadual tren.
    3. Bangkok ke Aranyaprathet — Menaiki State Railway of Thailand selama 5 jam 40 minit, trip 2 kali sehari (RM40). Jadual tren ialah berlepas pukul 1:05 tengahari dan tiba di destinasi pada 5:35 petang (3 jam transit di Bangkok) atau berlepas pukul 5:55 pagi dan tiba di destinasi pada 11:35 pagi (19 jam transit di Bangkok).
    4. Aranyaprathet ke Siem Reap — Menaiki bas The Transport Company selama 2 jam 56 minit, trip 2 kali sehari dengan tambang 300 bath (RM38). Jadual bas berlepas setiap 8 pagi dan tiba di destinasi pada 11 pagi (15 jam transit di Aranyaprathet) atau 9 pagi dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (16 jam transit di Aranyaprathet), lihat jadual bas.
    5. Siem Reap ke Ho Chi Minh — Menaiki bas Virak Buntham Express selama 17 jam, trip 4 kali sehari dengan tambang USD20 (RM82). Jadual bas terbaik untuk berlepas dari Siem Reap ialah pukul 7 malam menaiki bas jenis Sleeper Bus dan tiba di destinasi pada 12 tengahari (8 jam transit di Siem Reap), lihat jadual bas.
    6. Ho Chi Minh ke Hanoi — Menaiki Reunification Express Train selama 31 jam 30 minit (1,726km) dengan tambang USD90 (RM367) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 7:30 malam dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 4:50 pagi (7 jam 30 minit transit di Ho Chi Minh), lihat jadual tren.
    7. Hanoi ke Sapa, Lao Cai — Menaiki Sapaly Express Train selama 8 jam 10 minit dengan tambang USD42 (RM172) untuk soft berth. Jadual tren ialah berlepas pukul 10 malam dan tiba di destinasi pada 6:10 pagi (17 jam transit di Hanoi), lihat jadual tren.
    8. Sapa, Lao Cai ke Hekou Bei — Menaiki teksi selama 8 minit (8.4km) untuk ke stesen keretapi (RM4).
    9. Hekou Bei ke Kunming South — Menaiki China Railways selama 5 jam 22 minit (364.9km), trip setiap 4 jam dan perjalanan pada pkul 9 pagi dengan tambang USD9 (RM37) bagi kerusi jenis hard seat, lihat jadual tren.
    10. Kunming Nan (South) ke Stesen Keretapi Kunming — Menaiki Metro selama 22 minit (12.5km), kekerapan Metro setiap 10 minit.
    11. Kunming ke Beijing Xi (West) — Menaiki China Railways Z-Class selama 33 jam 47 minit (2881.4km), perjalanan pada pukul 9:05 malam dengan tambang USD142 (RM580) untuk soft sleeper dan tiba hampir 2 hari kemudian di destinasi pada 6:52 pagi.
    12. Beijing ke Kuala Lumpur — Menaiki pesawat AirAsia selama 6 jam 25 minit, anggaran harga tiket penerbangan ialah RM1,030 (Premium Flatbed), RM640 (Low Fare) dan RM382 (Promo). Tempahan tiket secara online di laman web AirAsia.
    Kredit: 
    https://travelholic.my/pelan-perjalanan-darat-ke-beijing-dari-kuala-lumpur/


    KEMBARA SOLO DENGAN SKUTER SYM-LELAKI INI CUMA BELANJA RM2,000 JELAJAH 6 NEGARA.
    admin02/04/2017
    Ini merupakan catatan kembara bermotosikal seorang pemuda bernama Chris. Beliau telah mengembara secara solo sejauh 8033 kilometer dengan menggunakan skuter SYM 200 dari Malaysia merentasi sempadan Thailand, Myanmar, Laos, China dan Kemboja.

    HARI PERTAMA – THAILAND
    Chris memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Surat Thani pada hari pertama. Perjalanan ini jaraknya 850 kilometer. Beliau bertolak seawal jam 4.00 pagi dan tiba di Bukit Kayu Hitam pada pukul 10.00 pagi. Sebaik urusan imigresen selesai Chris meneruskan perjalanan dan selamat sampai di Surat Thani ada pukul 4.30 petang. Beliau bermalam di situ sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok keesokan harinya.

    Beliau memulakan perjalanan hari kedua ada jam 6.00 pagi (waktu Thai) dan tiba di Bangkok pada jam 5.00 petang dengan menyelinap dicelah kesesakan yang bertali arus.
    Hari ketiga perjalanan diteruskan dari Bangkok-Phitsanulok-Blue Lake-Chiang Rai. Ia merupakan satu perjalanan yang panjang dengan jarak 836 kilometer. Perjalanan di kawasan Blue Lake agak sukar dan memberi kelebihan kepada motosikal dual purpose.

    Menunggang skuter merupakan sesuatu yang mencabar dan jarang dilakukan di sini. Selepas beberapa kali berehat dan merakamkan gambar-gambar menarik, beliau tiba di Chieng Rai pada jam 5.30 petang.

    Perjalananan hari keempat akan membawa Chris merentasi Chiang Rai-Tachileik-Golden Triangle-Chiang Khong-Loei sejauh 811 kilometer. Memulakan perjalanan seawal jam 6.00 pagi, Chris berhenti untuk bersarapan di Mae Sai-Tachileik (sempadan Myanmar).
    MEMASUKI SEMPADAN LAOS

    Beliau kemudiannya meneruskan perjalanan ke sempadan Laos tetapi keadaan jalannya memang cukup teruk. Tekanan tayar skuter terpaksa direndahkan kepada 28 PSI untuk mengurangkan gegaran dan memberikan kawalan yang lebih baik. Chris membawa bersama pam angin bagi memudahkan perjalanan beliau.

    Tiba di sempadan Thai-Laos di Chiang Khong ada jam 10.00 pagi tetapi beliau tidak dibenarkan memasuki utara Laos dari sebelah sini. Ini kerana undang-undang baharu mereka melarang motosikal kurang dari 250 cc melintasi sempadan. Rundingan dengan pihak imigresen juga gagal. Beliau hampir membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia sejauh 2500 kilometer sebelum membuat keputusan untuk cuba memasuki Laos dari sebelah selatan (Vientiane).

    Selepas membuang masa hampir dua jam, perjalanan seterusnya memakan masa lima belas jam sebelum tiba di Loei jam 10.30 malam. Beliau terpaksa menunggang ada waktu malam untuk mengejar masa yang telah terbuang sebelum ini.

    Perjalanan hari kelima dari Loei-Viantiane-Luang Prabang adalah sejauh 592 kilometer. Chris memulakan perjalanan seawal jam 5.00 pagi dan sekali lagi cuba memasuki Laos dari sempadan Nong Khai dan Vientiane.

    Beliau kemudian diarahkan berjumpa dengan pihak atasan imigresen sebelum dibenarkan memasuki Laos (itupun setelah bersoal jawab sedikit sebanyak dengan pihak berkuasa imegresen). Selepas beberapa minit, beliau dibenarkan memasuki Laos. Walaupun jarak antara dua pintu masuk sempadan Laos ialah 800 kilometer, ia sememangnya berbaloi kerana beliau akhirnya berjaya memasuki Laos.

    Sebaik berjaya memasuki Laos, Chris menghubungi isterinya di Malaysia agar terbang ke Luang Prabang untuk bersama-sama menikmati keindahan alam di situ. Perjalanan dari Vientiane ke Luang Prabang dilakukan dengan agak pantas untuk mengejar kembali masa yang terbuang.
    Cuaca yang sejuk di kawasan pergunungan juga cukup mencabar sehingga membuatkan jari-jari beliau merasa kebas walaupun dengan memakai sarung tangan. Jalan di kawasan ini juga tidak mempunyai tanda isyarat jalan raya, pembahagi jalan ataupun lampu jalan.

    Ia memang laluan berisiko tinggi di mana kita mesti sentiasa bersedia menghadapai apa juga situasi. Chris menunggang di kawasan ini sehingga malam hari sambil berdoa agar tidak ada masalah timbul seperti kebocoran tayar dan sebagainya (walaupun mempunyai peralatan yang perlu jika bocor, susah juga nak buat kerja dalam gelap). Tiga jam menunggang dalam kegelapan laluan pergunungan, Chris akhirnya tiba di Luang Prabang pada jam 10.30 malam waktu tempatan.
    Bangun pagi di hari keenam, beliau membuat perjalanan dari Luang Prabang-Boten-Luang Prabang yang berjarak 612 kilometer. Beliau bertolak seawal pukul 5.00 pagi ke sempadan China. Perjalanan pergi ke Boten memakan masa hampir tujuh jam.

    Setibanya Chris di sempadan China, odometer skuter telah menunjukkan beliau telah membuat perjalanan sejauh hampir 4000 kilometer dari Kuala Lumpur. Satu pencapaian yang cukup besar bagi penunggang dari Malaysia dengan hanya menunggang skuter automatik.
    Dalam perjalanan pulang ke Luang Prabang, Chris dapat merasakan pad brek belakang sudah tamat tempoh hayat dan sistem CVT mula bergegar. Sebaik sampai di Luang Prabang jam 9.00 malam, beliau memeriksa sistem CVT dan didapati ia dalam keadaan kotor dan berdebu. Sebaik dibersihkan ia kembali berfungsi dengan baik seperti asal.

    Hari ketujuh dihabiskan dengan berpusing-pusing di sekitar Luang Prabang. Chris membawa skuter ke pusat servis dan mendapati yang pad brek memang sudah habis. Beliau cuba mencari pad brek gantian tetapi gagal ditemui.

    Pad brek jenis lain yang dirasakan bersesuaian dibeli dan diubahsuai sendiri sebelum dipasang ke skuter beliau. Ia tidaklah sebaik pad brek asal tetapi lagi baik dari terus menggunakan pad brek yang dah haus.
    Setelah siap memperbaiki skuter, Chris segera ke lapangan terbang Luang Prabang untuk menyambut isteri beliau dan sama-sama merasai pengalaman melancong di sana, seperti menanam padi secara tradisional, bermain sepak takraw ala Laos dan melawat air terjun Kuang Si yang popular.

    Perjalanan hari kelapan ialah dari Luang Prabang ke Vang Vieng sejauh 242 kilometer. Chris memulakan perjalanan beliau pada jam 7.00 pagi dan berhenti di Kasi untuk menikmati kopi. Terdapat bendera-bendera negara Asia Tenggara berkibar di sini termasuk Malaysia.

    Pengalaman menunggang di sekitar kawasan pergunungan  Kasi merupakan satu pengalaman baru buat Chris. Perjalanan seterusnya membawa mereka merentasi jambatan kayu untuk sampai ke Blur Lagoon di Vang Vieng.
    Hari kesembilan perjalanan diteruskan dari Vang Vieng-Vientiane-Udon Thani sejauh 286 kilometer. Walaupun Vientiane merupakan ibukota Laos, keadaan jalan rayanya kurang baik. Chris dan isteri kemudiannya meneruskan perjalanan memasuki Thailand tanpa sebarang masalah.

    Memasuki hari kesepuluh perjalanan diteruskan dari Udon Thani-Petchabun sejauh 341 kilometer. Perjalanan mendaki gunung Phu Tub Berk di Petchabun dimulakan seawal jam 7.00 pagi. Keadaan jalan ke puncak cukup curam dan bengkang bengkok sehinggakan kelajuan paling laju yang mampu dicapai ialah sekitar 15 kilometer sejam sahaja. Bagaimanapun mereka masih berjaya sampai ke puncak tanpa sebarang masalah.
    Hari kesebelas perjalanan mereka diteruskan dari Petchabun ke Ayutthaya sejauh 396 kilometer. Sampai di Ayutthaya, Chris meluangkan masa dengan mengunjungi Ayutthaya Historical Park. Sebaik kembali ke hotel beliau mendapati minyak enjin skuter beliau bocor dan mekanik yang menukar minyak enjin sebelum ini telah mengetatkan bolt sehingga terlalu ketat. Nasib baik Chris mempunyai bolt gantian dan masalah selesai selepas ia ditukar.

    Perjalanan hari ke duabelas ialah dari Ayutthaya ke Bangkok dengan jarak sejauh 80 kilometer. Chris menghantar isteri beliau ke Lapangan Terbang Don Muang sebelum bersiar-siar di sekitar Bangkok dan menghantar skuter ke pusat servis SYM di Nonthaburi.

    Sewaktu di Bangkok juga Chris berjaya memenuhi impian beliau untuk menunggang di atas jambatan Bhumipol untuk melihat keindahan Bangkok. Untuk pengetahuan anda sesetengah lebuh raya di Bangkok tidak dibenarkan untuk untuk penunggang motosikal. Mungkin jambatan Bhumipol salah satu daripadanya tetapi Chris berjaya menunggang diatasnya tanpa ditahan pihak berkuasa. Nasib baik.
    Hari ketiga belas beliau membuat perjalanan ke Poi Pet di sempadan Kemboja sebelum kembali ke Bangkok. Ia merupakan suatu tempat yang sangat sibuk.

    Hari berikutnya perjalanan diteruskan dari Bangkok-Hua Hin-Chumpon sejauh 498 kilometer. Chris menunggang ke selatan Thailand dan singgah di kawasan tarikan pelancong sekitar Hua Hin. Pantainya cukup cantik tetapi tidak setanding dengan keindahan pantai Phi Phi ataupun Krabi.

    Selepas berehat di Chumpon semalaman, Chris bertolak ke Dan Nok keesokan harinya. Jarak yang perlu ditempuh ialah 563 kilometer. Bertolak pada jam 7.00 pagi dan beliau tiba di Dan Nok pada waktu petang.

    Hari keenam belas dan terakhir, Chris memulakan perjalanan dari Dan Nok ke Kuala Lumpur dengan jarak 501 kilometer. Beliau tiba di sempadan Malaysia pada jam 10.00 pagi dan kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga ke Kuala Lumpur.
    Beliau selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 6.00 petang walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai. Chris mengakhiri perjalanan dengan merakamkan gambar berlatarbelakang bangunan KLCC kemegahan Malaysia sebagai penutup kembara solo beliau.

    Chris tiba di rumah pada jam 6.20 petang dan berjaya mencatatkan jarak keseluruhan 8033 kilometer sepanjang perjalanan beliau merentasi enam negara. Keseluruhan kos perjalanan beliau adalah lebih kurang RM2000++ untuk petrol, penginapan dan makan minum (ia tidak termasuk kos-kos lain seperti tiket lawatan ke tempat-tempat menarik, urutan kaki, penukaran minyak enjin dan lain-lain).
    Kembara Chris sebenarnya membuka satu lembaran baharu ekspedisi bermotosikal. Anda tidak semestinya perlukan sebuah motosikal yang berkuasa ataupun khusus untuk meneroka jalan-jalan serata dunia. Cukup dengan keazaman, keberanian dan keazaman yang tinggi.

    Ia tiada kaitan langsung dengan CC ataupun kelajuan menurut Chris tetapi lebih kepada mencari pengalaman baharu dengan mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dikunjungi.

    Untuk anda yang berminat mengetahui lebih lanjut pengembaraan beliau boleh lawati blog nya di sini

    Tiba-tiba Abang Japar pun dah rasa nak buat kembara solo dengan menunggang motor Demak interchange ni, ada sesiapa nak ikut tak?

    Kredit: 






    Tiada ulasan: