Rabu, 15 Januari 2020

Anggaplah ini adalah Solat Yang Terakhir sebelum dikafankan. 9566.


Bismillahi Walhamdulillah.
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakotuh.

Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.
Bismillahhirrohmannirrohim. Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururianfusina wamin sayyiati akhmalina.
Robbisrohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukhdatan minlisani yofqahu .

Ulama beritahu,

Bilamana kamu mendatangi solah berjemaah janganlah kamu tergesa-gesa,tenangkanlah hati dan fokuskanlah dengan siapa bakal kamu ingin berbicara. Bila kamu lafazkan Allah hu Akbar, maka lemparkanlah ingatan terhadap dunia kebelakangmu. 

Anggaplah ini adalah solah yang terakhir sebelum dikafankan. 

Perbaikilah Al-Fatihahmu, rukuk, qiam, sujud dan rukun-rukun yang lain. Sertakanlah hatimu semasa membaca tasbih didalam rukuk dan sujud (memanjangkannya JIKA bersolah bersendirian).

Setelah selesai memberi salam,beristighfarlah terlebih dahulu, membaca wirid, berzikir, rendahkanlah hati dan berdoalah. 

Bukankah doa itu senjata orang mukmin?

Subhanallahhi wabihamdihi subhanakallahhumma wabihamdika ayshaduallailahailla anta astaghfiruka waatubuilaik.


In Syaa Allah bermanafaat buat kita semua.
Silakan like,komen,tag dan share JIKA berminat.
SALAM TAHAJJUD SAHABATKU SEMUANYA.
 —
Sumber:


Tiada ulasan: