Bismillahi Walhamdulillah.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahma nnirrahim.
Allah swt berfirman, (Orang orang yang bersabar ialah) orang orang yang(menjadi kebiasaan mereka) apabila ditimpa musibah,mereka berkata sesungguhnya kami, (beserta harta dan anak anak kami hakikatnya) adalah milik Allah swt (dan tuan milik berhak melakukan apa apa sahaja terhadap miliknya. Oleh itu seseorang hamba tidak patut susah hati apabila ditimpa apa-apa (musibah) dan kepada Allah swt jualah kami akan kembali (selepas kehidupan dunia). Mereka itu ialah orang orang yang dilimpahi dengan mendapat selawat (keampunan)daripada Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang yang mendapat hidayatNya. (al-Baqarah:156 -157)
Allah swt berfirman, Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Musa as berdoa, Wahai Tuhanku lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugas ( dakwahku) Dan lepaskanlah kekeluan daripada lidahku supaya mereka faham perkataanku. Dan jadikanlah bagiku seorang penolong daripada kalangan keluargaku. Iaitu Harun saudaraku. Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya. Dan jadikanlah dia bersama-sama bertanggungjawab dalam urusanku. Agar kami sentiasa beribadat memujiMu. Dan agar kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu. (Toha:24-34).
Silakan kongsi bagi yang berminat.
Fikirman alam maya.
Bismillahhirrahmannirahim.
Sayyidina Abu Hurairah rhu berkata bahawa Rasullullah saw bersabda,Sesungguhnya perkara pertama akan dihisab daripada amalan seseorang hamba pada hari kiamat ialah solahnya.Sekiranya solah itu baik dia akan selamat dan berjaya.
Sekiranya solah itu rosak maka dia gagal dan rugi.Sekiranya ada kekurangan sesuatu pada solah fardunya maka Allah swt berfirman,Tengoklah adakah hamba-Ku mempunyai solat sunat?Maka akan disempurnakan apa apa yang kurang daripada solah fardu dengan solah sunat tersebut.Kemudian semua amalannya yang lain akan dihisab sedemikian.(Yakni puasa fardu akan disempurnakan dengan puasa sunat dan zakat yang fardu akan disempurnakan dengan sedekah sunat.(Hadis Tirmizi)
Sayyidina Naufal bin Muawwiyah rhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,Sesiapa yang luput satu solah seolah olah dia kehilangan semua keluarga dan hartanya.(Ibnu Hibban).
Sayyidina Abdullah bin Amr bin Ash rhu meriwayatkan bahawa Rasullullah saw bersabda,Perintahkan anak anak kamu bersolah semasa mereka berusia tujuh dan pukullah mereka kerana tidak menunaikan solah apabila mereka berusia sepuluh tahun.( Pada usia demikian itu)asingkanlah ditempat tidur mereka(antara lelaki dan perempuan),(Abu Daud).
Keterangan : Pukullah dengan pukulan yang tidak memudaratkan jasmani jangan pukul dimuka.
Tafsiran Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Khandalawi rahmatullah.
Taufik dan hidayah adalah milikNya jua yang diberikan pada sesiapa yang dikehendakiNya.
Fikirman alam maya.
LIKE N SHARE bagi yang berminat.
Allahhumma sholli ala Muhammad waala ali Muhammad. Allahhumma alhimna marashida umuurina waaizna minsyuruurianfusina wamin sayyiati akhmalina. Robbisyrohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukdatam minlisani yofkahu qaulii. Amma ba'du.
Sayyidina Abu Hurairah rhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda,'Disisi Allah swt tidak ada sesuatu yang lebih mulia daripada doa'(Tirmizi)
Sayyidina Abu Hurairah rhu berkata Rasullullah saw bersabda,'Sesiapa yang ingin doanya diterima semasa dia menghadapi kesusahan dan kesempitan maka hendaklah dia memperbanyakkan doa semasa senang.(Tirmizi)
Sayyidina Ali rhu berkata Rasullullah saw bersabda,Doa adalah senjata orang mukmin,tiang agama dan nur langit dan bumi.(Mustadrak Hakim)
Sayyidina Habib bin Maslamah Fihri rhu berkata bahawa beliau mendengar Rasullullah saw bersabda,Jemaah orang ramai yang berkumpul disatu tempat lalu salah seorang daripada mereka berdoa dan yang lain mengaminkan maka pasti Allah swt menerima doa mereka itu.(Mustadrak Hakim)
Duhai Allah,sebarkan hidayah keseluruh alam dan jadikan tulisan ini sebahagian darinya.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Sumber:
Azman Mohamad Al-Fakir



Tiada ulasan:
Catat Ulasan