
Kisah Dan Hukum
Pada Musim Raya
Oleh: Dr. Mohd
Asri Zainul Abidin
Sepanjang Ramadhan sehingga kini Syawwal,
berbagai soalan dihantar kepada saya berkaitan dengan hukam-hakam itu dan ini.
Saya sering katakan, pada asasnya Islam begitu luas dalam soal kehidupan umum
atau muamalat, tetapi ketat dalam soal ibadah.
Ertinya, dalam soal kehidupan Islam membuka
pintu keharusan, atau keizinan seluas-luasnya sehinggalah adanya dalil dari
al-Quran atau Sunnah yang melarangnya.
Jika dikaitkan dengan hari raya, maka
soalan berhubung dengan hukum menghantar kad raya, atau email raya, membuat
ketupat dan rendang, dodol dan lemang, atau kena pakai baju melayu atau jubah
dan seumpamanya adakah bid’ah atau dibolehkan?.
Sudah pasti itu semua termasuk dalam
urusan umum kehidupan yang mana kreativiti manusia untuk hidup dan bergembira
diberikan ‘lesen’ yang besar oleh Islam selagi tidak melanggar
prinsip-prinsipnya seperti membazir, sombong, menyerupai agama lain secara khusus,
memudaratkan diri sendiri atau orang lain, menyakiti fizikal atau mental orang
secara langsung dan lain-lain prinsip.
Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal.
Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan.
Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya.
Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam.
Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini.
Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!.
Adapun mengenai ibadah khusus, maka Islam begitu ketat melarang sebarang perkara yang ditokok tambah dalam agama yang akhirnya menghilangkan keaslian agama yang asal.
Ia juga mencabar Allah Yang Maha Berhak dalam menentukan syariatNya, juga mencabar Rasulullah s.a.w yang merupakan wakil sah yang tiada lagi rasul selepas baginda dengan cara menambah agama yang telah disampaikan.
Maka, jika dikaitkan dengan hariraya; takbir idil fitri adalah ibadah khas yang tamat selepas solat raya.
Maka tidak boleh lagi takbir khas sempena hariraya fitri selepas itu. Demikian solat hariraya, hanyalah pada 1 syawwal, maka tiada lagi solat pada hari kedua, atau ketiga, atau selepas puasa enam.
Ini kerana perkara-perkara seperti ini wajib diambil langsung daripada Rasulullah s.a.w dan kita tiada hak membuat edisi tambahan ke atas agama yang telah sempurna ini.
Sekalipun tambahan itu nampaknya baik pada zahirnya, namun memberikan kesan yang buruk kepada agama ini di sudut ketulenannya. Apa akan jadi jika semua pihak menambah produk masing-masing ke atas Islam?!.
Lihat apa yang berlaku kepada Yahudi
dan Kristian, pengikut mereka sudah tidak tahu lagi apakah upacara asal yang
dilakukan oleh Nabi Musa a.s. dan Isa a.s..
Berbagai-bagai upacara baru dalam
gereja mereka. Kemenyan yang diasapkan, loceng yang dibunyikan, muzik yang
didendangkan dan berbagai lagi upacara yang akhirnya tidak lagi dapat dibezakan
antara arahan wahyu dan tokok tambah pendeta.
Allah menyebut dalam al-Quran:
(maksudnya)“pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk
kamu”. (Surah al-Maidah, ayat 3).
Kata al-Imam Malik bin Anas (179H):“Sesiapa yang mengadakan-adakan
perkara baru dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa
Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: (maksudnya)
“Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut
tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 35 Beirut: Dar al-Kitab
al-‘Arabi).
Main
Mercun
Ada yang bertanya saya tentang hukum
main mercun. Sebenarnya main mercun pada hari raya bukan sahaja di Malaysia, di
negara-negara Arab pun sama. Saya kata bahawa di sana ada beberapa perkara yang
mesti dijelaskan.
Pertama sekali, tidak boleh sesiapa
pun beriktikad bahawa Islam menggalakkan main mercun pada musim raya.
Jika kepercayaan ini ada, ia
termasuk dalam bid’ah kerana menokok tambah ajaran Islam dengan satu upacara
yang dianggap ibadah.
Walaupun kepercayaan seperti di
tempat kita tiada, namun mesti diperingatkan prinsip ini, kerana perubahan masa
dan tempat boleh menyebabkan perubahan kepercayaan dan ibadat.
Kedua, permainan secara umumnya
termasuk dalam urusan am kehidupan. Selagi ia tidak memberi mudarat pada diri
atau orang lain, maka ia dibolehkan. Mercun yang membawa kepada kecederaan diri
atau orang lain adalah haram.
Haram itu bertambah apabila adanya
arahan pemerintah yang melarang rakyat dari perbuatan tersebut.
Ketaatan kepada Ulul Amri dalam
perkara yang baik adalah wajib.
Lebih buruk lagi apabila ada yang
bermain mercun sehingga mengganggu ketenteraman awam, jamaah yang bersolat di
masjid, bayi yang sedang tidur dan seumpamanya.
Di negeri-negeri yang bersempadan
dengan Thailand seperti Kedah, malam mereka dentuman bagaikan peperangan sedang
tercetus.
Nabi s.a.w menyebut dalam
hadis: “Tidak
halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut”. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad, dinilai sahih oleh
al-Albani).
Namun jika bunga api atau mercun
yang tidak merbahaya dan diizinkan oleh undang-undang, maka tidak menjadi
kesalahan untuk bermain sebagai satu aktiviti kegembiraan dalam batasan yang
diizinkan.
Kisah
Malam Raya
Ada isteri bersungut suaminya tiada
di rumah pada malam raya. Bahkan suami membantah isterinya yang sibuk menghias
rumah dan menyiapkan juadah kerana katanya bahawa disunatkan pada malam
Hariraya menunaikan solat Sunat Jibril sebanyak seratus rakaat, dibaca dalam
setiap rakaat al-Fatihah dan sebelas kali Surah al-Ikhlas serta beberapa
kaifiyyat yang lain.
Kononnya fadhilatnya begitu hebat.
Saya jawab aduan itu dengan berkata bahawa menghias rumah dan menyediakan
makanan untuk hariraya termasuk dalam perkara yang diharuskan, itu adalah
urusan umum kehidupan.
Adapun solat berkenaan, seperti kata
al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal 597H) dalam karyanya al-Mudu’at : “Tiada syak lagi ia hadis
palsu”. Bahkan hadis-hadis tentang
menghidupkan malam hariraya berada dalam sekitar status ‘teramat dhaif’ dan
‘palsu’. Bukan tidak boleh beribadah pada malam hariraya, sama seperti setiap
malam, beribadah malam tetap disunatkan.
Namun fadilat khusus yang sahih
tidak sabit periwayatannya daripada Nabi s.a.w. Maka tidak mengapalah jika
suami atau seisi rumah bersiap pada malam hariraya untuk bergembira pada
esoknya. Islam itu bak kata Nabi s.a.w:
“Agar
Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku
diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat
Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).
Puasa
Enam
Dalam laman web saya Minda Tajdid
(drmaza.com) saya telah menjawab keluhan seorang suami yang isterinya meminta
dia berbuka puasa enamnya untuk meraikan anak-anak yang pulang jauh, agar dapat
makan bersama.
Oleh kerana dia bimbang nanti
fadhilat puasa enam Syawwal itu hilang jika tidak puasa berturut selepas
hariraya, maka dia enggan berbuka yang mungkin membawa kecil hati, atau ‘kurang
meriah’ bagi anak-anak yang pulang dari jauh.
Kesimpulan dari jawapan saya dalam
Minda Tajdid saya kata bahawa walaupun ada ulama yang menyebut tentang
keafdhalan berturut-turut itu, namun sunat puasa enam hari pada Bulan Syawwal,
bukanlah terhad setakat enam hari berturut-turut selepas hariraya, sebaliknya enam
hari pada Bulan Syawwal samada berturut-turut atau berselang-seli dalam bulan
tersebut dianggap sebagai memenuhi maksud hadis.
Apatah lagi di sana ada hadis Abu
Sa’id al-Khudri katanya:
“Aku
telah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Maka baginda dan
sahabat-sahabatnya pun datang ke tempatku. Apabila makanan dihidangkan, seorang
lelaki dalam kalangan mereka berkata: “Aku berpuasa”. Rasulullah s.a.w pun
bersabda: “Saudara kamu telah menjemput kamu, dan bersusah payah untuk kamu”.
Kemudian baginda berkata kepada lelaki itu: “Bukalah puasa, dan berpuasalah
satu hari lain sebagai ganti –jika mahu” (Riwayat
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, dinilai hasan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam
Fath al-Bari).
Dalam riwayat lain oleh al-Tabarani
dalam al-Ausad baginda mengkritik lelaki tersebut dengan bersabda: “saudara kamu telah menjemput kamu,
dan bersusah payah untuk kamu kemudian kamu berkata ‘aku berpuasa!!”.
Ini menggambarkan betapa menjaga
hubungan baik itu patut diutamakan sementara puasa sunat pula boleh diganti
pada hari yang lain.
Puasa enam Syawwal pun demikian.
Maka untuk menjaga hubungan kaum keluarga, maka eloklah ditangguhkan puasa
tersebut jika hari-hari pada Bulan Syawwal masih banyak.
Pada zaman ini, cuti yang terhad,
waktu pertemuan sesama keluarga juga terbatas oleh kesibukan dan urusan yang
berbagai, maka amalkanlah galakan Nabi s.a.w ini ‘berbuka dan ganti pada hari yang
lain jika mahu’.
Dengan itu hubungan keluarga dapat
dikuatkan atau dijaga, puasa enam juga dapat dilaksanakan.
Jika kita luaskan apa yang Islam
luaskan, dan elakkan menokok tambah apa yang Islam tidak izinkan, maka kita
akan melihat Islam itu begitu indah dan mudah.
Adakah amalan duit raya ni harus di
tinggalkan? atau boleh di amalkan ustaz?
http://drmaza.com/home/?p=1220
6. Maka, jika berdasarkan kepada
hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti
permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan
digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari
raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana
gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak
melampaui hukum-hakam syarak.
Mizu Dean · Works at Akademi binaan malaysia (cidb)
kkkikkkkkkk
Liana Suhaimi · Works at MaKAN
tIDo MaKan TiDO sDn. BhD ·
mengapa kebnyakn org tidak berapa
galak untk bertakbir hari raya sebelum atau selepas bulan syawal?
Mohd Masri Mohd Ramli · Top Commenter · Corporate
Affair Officer, Corporate Social Responsibility Unit (CSR) at Al-Ikhsan Fan ·
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى
طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ ".
Nabi
:saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput untuk makan,
sedangkan dia berpuasa. Hendaklah dia berkata, sesungguhnya aku berpuasa..
[Sahih Muslim, Kitab Puasa, Bab Orang Yang Puasa Di ajak makan, no: 1947].
عَنْ
جَابِرٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
" إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ فَلْيُجِبْ ، فَإِنْ شَاءَ طَعِمَ
وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ ".
Jabia
ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu dijemput
untuk makan, penuhilah jemputan itu. Jika engkau mahu, engkau makan, jika tidak, tinggalkan (tidak perlu
makan). [Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab
Suruhan Memenuhi Jemputan: 2591.
نْ
أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : " إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ،
فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ ".
Abu
Hurairah ra berkata: Nabi :saw bersabda: Apabila salah seorang kamu dijemput,
penuhilah jemputan itu. Jika berpuasa, maka doakanlah (kepada tuan rumah), jika
tidak puasa, makanlah. [Sahih Muslim, Kitab Nikah, Bab Suruhan Memenuhi
Jemputan:2592].
عن أبي
سعيد قال " دعا رجل إلى طعام ، فقال رجل : إني صائم ، فقال النبي صلى الله
عليه وسلم : دعاكم أخاكم وتكلف لكم ، أفطر وصم يوما مكانه إن شئت ".
Abu
Said al-Khudri ra berkata: Seorang lelaki menjemput untuk majlis makan. Berkata
seorang lelaki: Sesungguhnya aku puasa. Lalu berkata nabi saw: Saudara kamu
telah menjemput kami, dan telah bersusah payah untuk kamu. Berbukalah, dan
puasalah pada hari lain sebagai ganti jika engkau mahu. [AT-Thabrani di dalam
al-Awsat.
Imam
Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Sanadanya terdapat perawi dhaif, tetapi hadis
ini mempunyai penguat (Fathul Bari:Kitab Nikah, Bab Memenuhi Jemputan Kahwin
dan Selainnya, 4884
Berkaitan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan