Sabtu, 15 Februari 2020

Kisah tinggalan zaman terjajah. 9739



DISCOVERY CHANNEL: JOURNEY TO LOST BRITISH CITY
 BY  
NOTA PENULIS : TAK BOLEH NAK PONTENG SEKARANG INI, NAZA, COMMODORE, MAT INDOOR, NARUTO, ANAK MALAYSIA DAN PEMBACA LAIN DOK PRESSURE DEN, 

Perjalanan bermula, den macam biasa stail kampunglah...tak wujud konsep beg dueter atau karimor, den masuk pakai beg komputer, sangkut dengan periuk belanga.

1. Untuk beberapa minggu ini saya akan mengeluarkan artikel yang ringan untuk mengelakkan sebarang “peperangan kecil” dalam ruang komen, dan kemudian akan mengeluarkan satu artikel yang pastinya akan menyebabkan “peperangan” menjadi gamat kerana ia membabitkan kejadian sebuah negara tertembak…jeng jeng.

2. Buat sementara itu, biarlah kejadian dan identiti negara terbabit dirahsiakan.

3. Oleh kerana saya pun sudah terbuka mulut pasal penemuan bandar hilang kelmarin, saya mengeluarkan cerita pemuka dahulu untuk menyebabkan kalian semua terfikir-fikir sampai berdarah kepala otak dan hati menjadi selalu rindu kepada blog saya hahahaha.

4. Sudah bertahun saya mendengar tentang sebuah bandar yang hilang di dalam hutan di negeri XXX, saya membuat penyiasatan sendiri melalui bantuan bekas kakitangan Muzium Negara, pejabat tanah, sahabat saya di Muzium Tentera Darat tetapi maklumat yang diperolehi sangat sedikit dan sebenarnya, mereka tidak tahu pun kewujudan bandar ini.

5. Selepas berpindah ke Kolumpo pada bulan November 2011, saya mula giat membuat soal siasat kerana banyak akses di kota besar berbanding pekan kecil macam Seremban.

6.Dengan bantuan kontek saya iaitu seorang peguam dan “Treasure Hunter” di Pahang, saya cuba mendapatkan peta topo untuk negeri XXX tetapi malangnya peta terbabit hanya diberi kepada pihak tentera dan untuk orang awam, versi yang sudah ditapis sahaja dikeluarkan, hampehhhhh…kalau tidak ada peta topo, payahlah nak bergerak dalam hutan, di Kuala Lumpur pun saya gagal dapat peta ini dari pihak JUPEM.

7. Apa pun saya siap menyiapkan satu team.

8. Dari belasan orang yang mahu menyertai pasukan saya, akhirnya yang menyambut cabaran hanya 3 orang sahaja (sedih, sedih tapi saya bersyukur, ketiga-tiga mereka akhirnya terbukti merupakan team terbaik saya).
den dengan paskau....menyeberangi anak sungai, perjalanan rasa-rasa 10km dari jalan utama bertar
9. Kali pertama kami memasuki kawasan yang disyaki, kami tersesat berejam-jam dan hanya berpusing di sebuah bukit yang di namakan “Bukit Pusing”, berjalan merentasi anak sungai, hutan buluh dan belukar, tetapi Alhamdullilah tidak berjumpa binatang buas kecuali kubang babi hutan.
Ketua kumpulan Kolonel Josey Rodrigues solat dalam hutan semasa ekspisi kali pertama (kami sesat)

10.Kami cuma bawak parang dan stok air yang sebanyak mungkin, sebenarnya ini cuma aktiviti warm up sahaja dan untuk menguji keserasian di antara kami, keputusannya…pasukan ini akan berjaya. 
babak akhir, lompat lompat akhirnya den jatuh tersemban dalam anak sungai (semua pasal nak elak kasut Timberland den basah)

11.Beberapa minggu kemudian, semakin ramai yang mahu menyertai pasukan kami termasuk anggota-anggota sebuah pasukan beruniform tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, akhirnya kami berempat sahaja yang masuk (ketua pasukan beruniform berkenaan sakit mata pada saat akhir, habis satu platun tarik diri, aparaaaaa).

12.Selepas menerima bantuan dari orang Asli , kami bergerak merentasi hutan, belukar, paya, berbatang-batang sungai dan akhirnya tiba di lokasi yang disyaki, kami mengambil keputusan untuk menegakkan khemah, masak nasi dan membersihkan diri dalam sungai yang amat jernih seperti air mineral. 
jernih macam air mineral (tu dia kasut Timberland den) sorrylah jakun, ni lah first time den pakai kasut mahal

13.Memang penat macam nak mampus pasal kena trekking dalam hutan selama 6 jam.

14.Lokasi bandar semakin dekat apabila kami terjumpa struktur-struktur bangunan tetapi penerokaan hanya akan bermula esok. 
runtuhan jambatan...hari pertama kami sampai

15.Esok pagi-pagi kami dah bangun dan mula menebas belukar serta merentas sungai (rentas sungai yang tak best ini pasal kasut Timberland harga beratus ringgit-kasut orang sedekah pada den dan seluar semua basah). 
Den merentas sungai, pasukan lain tertinggal di belakang, depa jalan macam model cat walk...penuh gaya tapi lembab
Den mencari tempat melepaskan hajat besar...berdiri atas bongkahan runtuhan struktur, kena cari port selamat (selamat dari ular yang banyak dalam air dan selamat dari Candid Camera kawan pasukan)
16.Penemuan demi penemuan kami jumpa dan kebetulan pula terjumpa 3 askar Ranjer berbangsa Iban (mereka banyak beri maklumat) dan mereka memberitahu kami terdapat satu anak tangga turun ke lubang yang terdapat terowong di bawahnya tetapi askar-askar Renjer itu tidak berani masuk memandangkan macam ada benda ghaib yang tinggal di bawah itu.

17.Saya khuatir cerita seram ini akan mempengaruhi pasukan saya lantas saya bertanya kepada Paskau,”Amacam kau sanggup tak kalau terpaksa berdepan dengan hantu,”

18.Jawap Paskau, “No hal, kita baling je Flash Bang, biar semua binatang buas termasuk hantu lari, lepas tu kita masuk je”. Jawapan tersebut melegakan saya kerana ini menunjukkan semangat pasukan sangat tinggi dan berani (Antara perkara bodoh yang kami akan lakukan, lawan benda ghaib dengan Flash Bang).
struktur misteri (masa ni den survey tempat lain-hampeh depa ni tak panggil den poi ke struktur ni)

19.Selepas tiga jam, penerokaan kami akhirnya terhenti disebabkan 1. Perut Lapar 2. Keinginan untuk memakan ikan sungai yang jinak, hingga boleh ditangkap dengan tangan membuak-buak 3. Tenaga kami sudah sampai ke takat 5 peratus sahaja kerana jenuh berparang 6. Ada satu kawasan paya menghalang perjalanan kami 7. Kami tidak bersedia untuk berperang dengan ular kapak yang penuh bersarang di laluan untuk ke pusat bandar.
terowong misteri nusantara

20.Satu lagi tips dari saya, kalau hendak lari dari pacat, jadi orang nombor satu dalam grup pasal pacat akan menyerang orang terakhir dalam grup kita hehehehe…. 
nak ke pusat bandar kena lalu paya ni (paskau takut nak rempuh kerana bimbang ada ular, pacat, boya dan sesumpah)

21.Untuk pengetahuan pembaca, tidak perlulah tanya lokasi bandar ini…ia dok jauh di tengah hutan, sebuah bandar milik British yang ditinggal begitu sahaja, lengkap dengan bar, bank, sistem pengaliran air, kompleks bawah tanah, terowong dan landasan keretapi serta bom-bom dan artifak zaman dahulu.

22.Saya akan masuk semula…sehingga habis misteri bandar ini saya selongkar, semua struktur didokumentasikan, barulah saya akan membuat pengumuman besar-besaran dalam media perdana tanahair (manalah tahu terjumpa harta karun atau emas). 
awie dgn struktur yang berbentuk pintu gerbang (satu lagi tak nampak dalam gambar)

23.Kawan-kawan, apa pengalaman yang saya lalui memang macam Indiana Jones tetapi ada orang yang telah merasa pengalaman ini lebih dari itu dan meneroka banyak tempat dalam negara kita yang kalau saya cerita, percayalah, orang akan kata saya syok sendiri dan fantasi semata-mata pasal macam cerita Hollywood atau Tomb Raider. 
struktur yang kami tidak tahu apa (terbenam dalam tanah keseluruhan bangunan)
tak tahu bangunan apa
Benda ni mcm perigi, yang anehnya, dasar ada lantai besi..dan bila ketuk berdengung menunjukkan ada ruang bawah tanah (tunggu next time kami bawak alat ultra sonic)

24.Saya pernah ditunjukkan dan dibuktikan kewujudan kompleks-kompleks pertahanan Jepun dan Inggeris yang saya sendiri tidak tahu wujud kecuali kubu-kubu mesingan di tepi jalan dan kompleks pertahanan di Pulau Pinang serta Tanjung Pengelih dan Pulau Sentosa, Singapura.

NOTA PENULIS (FIRST TIME SELIT KAT TENGAH-TENGAH) : SAYA PERCAYA BANYAK MAKLUMAT TENTANG STRUKTUR BANGUNAN, KOTA, KOMPLEKS BAWAH TANAH YANG ANDA BOLEH JUMPA SENDIRI DALAM INTERNET, YANG SAYA BAGI TAHU BAWAH INI, LEBIH KURANG 90 PERATUS RAKYAT MALAYSIA TIDAK TAHU, RASANYA LAH HEHEHE.

MISTERI KOMPLEKS PERTAHANAN JEPUN DI BORNEO

25.Percaya atau tidak, terdapat sebuah gunung di negeri xxxx, yang mana pintu laluannya dibuat untuk membolehkan pesawat masuk ke dalam gunung dan dibina oleh Jepun.

26.Separuh dari dinding gunung terdiri dari permukaan konkrit, tidak ada pintu masuk di kaki gunung tetapi terdapat tiga lubang dan setiap lubang pintu dari lantai ke siling serupa dengan ketinggian 10 tayar treler.

27.Menurut contact yang telah mengerudi ke dalam pintu keselamatan berlapik besi, beliau melihat di dalamnya ada deretan pesawat jenis Zero dan peralatan serta jentera kereta tank ditinggalkan….saya sendiri sudah melihatnya tetapi sorry leeee, ini semua ULTRA SECRET.

MISTERI KOMPLEKS PERTAHANAN JEPUN DI SELATAN

28.Contoh kompleks pertahanan di negeri xxx ini ada pada sebuah gunung di bandar xxxx, setakat ini contact saya telah melawat ke gunung itu dan melihat dinding kompleks setinggi 4 tingkat tersembul keluar dan saya telah mohon beliau mengambil gambar.

29.Jika masa dan rezeki mengizinkan, saya mungkin akan meneroka gunung tersebut terutama mencari pintu masuk ke dalam kompleks pertahanan yang dipercayai sebagai pusat pemerintahan Gen Yamashita.

30.Menurut orang kampung, semasa peperangan dunia kedua, gunung itu sering sahaja dibom.

MISTERI KOMPLEKS PERTAHANAN JEPUN DI PANTAI TIMUR

31.Yang ini pula macam cerita Lara Croft Tomb Raider, di sebuah tempat di negeri xxx (letak di Pantai Timur), terdapat sebuah kompleks yang mempunyai pintu rahsia.

32.Komando kita sudah sampai ke tempat itu, apabila pintu dibuka, terkeluar satu cahaya yang sangat terang dan membutakan mata penduduk kampung yang membuka pintu tersebut.

33.Di dalamnya terdapat timbunan rangka manusia, dan salah satu batu yang ditunjukkan kepada saya mempunyai campuran darah dan tulang-tulang manusia (batu bata dibina dengan campuran darah dan tulang askar Jepun yang dibunuh).

34.Kepercayaannya, tentera Jepun ini sanggup bunuh orang mereka sendiri dan kemudian dikisar bersama simen untuk dijadikan bahan binaan, roh askar-askar Jepun inilah yang mengawal setiap lokasi harta karun atau kubu pertahanan sampailah ke akhir zaman.

MISTERI PULAU SYONAN

35.Bawah kolam bekalan air Singapura Mac Ritchie reservoir ada mengandungi bekas kuil Shinto Jepun dan tersimpan batu hikmat pemberian maharaja Hirohito.

36.Mengikut hikayat, pemerintah Jepun kena tunggu batu ini matang barulah Malaya dan Singapura diserang tapi dok tak sabar, serang juga, kekal memerintah 3 setengah tahun sahajalah, kalau tidak memang lama empayar Jepun ini bertahan.

37.Al Kisahnya ada banyak lagi yang saya nak tulis misalnya kompleks pertahanan Jepun di Dusun Tua tapi mood tidak ada, malas tulis dan bukak rahsia banyak pasal memang bukan untuk diceritakan kepada umum pun, ULTRA SECRET.

38.Yang anehnya, pelik ya, emas ini sebenarnya tidak menetap di satu tempat. Ia bergerak mengikut ibunya. 
letih den menebas, ini strukut besar yang kami jumpa...(Tuan Kolonel cuma tengok anak buah keje je)
gila menebas...di belakang adik paskau iaitu Awie (pakar tangkap ikan kami)
penuh gaya, paskau dengan senapang M4

Sumber/Kredit:

38.Apa pun saya memuji keberanian wartawan dan blogger kita yang berani memasuki zon bahaya seperti ini untuk mendapatkan gambaran sebenar dari perpekstif rakyat Malaysia sendiri, takde lah kita dok kena tipu dengan media orang puteh macam CNN tu. [http://www.militaryofmalaysia.net/2011/09/melihat-ke-dalam-insiden-tembakan-di-somalia/]

Tiada ulasan: