Sabtu, 15 Februari 2020

Di sebalik tirai tabir gelombang. 9738


KD Jebat dan Saya
JUNE 9, 2012 BY ADMIN
PENGALAMAN NAIK KD JEBAT

1. Sudah bermacam-macam kapal perang milik Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sudah saya naik dan belayar dan yang paling kerap adalah dari kapal sokongan KD Mahawangsa dan KD Seri Inderapura.

2. Kapal selam Scorpene milik negara saya belum pernah masuk apatah lagi belayar tetapi saya sudah pernah memasuki kapal-kapal selam jenis Agosta milik Peranchis dan Pakistan.
Gambar saya atas KD Jebat, semasa ada kenduri makan-makan dengan para pegawai TLDM, ni dua hari sebelum poi belayar kat Langkawi

3. Semasa di Langkawi waktu pameran LIMA dahulu, saya berpeluang belayar dengan KD Jebat dan subuh lagi saya sudah berada di jeti Awana Porto Malai (boleh bangun pagi pasal den semalaman tak tidur).

4. Di jeti, saya lihat KD Tun Abdul Razak sudah mula bersiap dan kedatangan saya ke kapal friget KD Jebat disambut oleh XO kapal tersebut, namanya lupa pulak…

5. Setengah jam kemudian KD Jebat mula bergerak perlahan dengan kelajuan di antara 8 hingga 12 knots untuk mengiringi Scorpene keluar, yelah kapal selam mana boleh bergerak laju dan sepanjang pelayaran, KD Razak hanya belayar di permukaan sahaja kerana keadaan laut di sekitar Langkawi sangat cetek.
Port isap rokok terbaik di dunia, bawah dek heli KD Jebat, ombak hasil pecutan 27 knots

6. Perkara pertama saya cari ialah “port” hisap rokok, ada dua, satu di dek misil yang menempatkan peluru berpandu Exocet dan kedua, di bawah dek pendaratan helikopter.


7. Memang “feel” dapat hisap rokok atas kapal, itu pun selepas penat memasuki bilik Command and Control (C and C) kapal yang serba canggih dan melawat beberapa bahagian kapal serta menyertai latihan kecemasan dan menembak yang dibuat di atas kapal.
Bersedia!!! Bersedia !!! latihan serangan udara (den merasa juga menembak mesingan ni tapi malangnya, gambar terdelete dalam hp, menyesal den)

8. “Feel”nya pasal bila isap rokok atas kapal, wajah kita ditampar dengan angin laut dan diherdik dengan cebisan ombak, I love the sea, impian saya, selepas habis misteri hutan di Malaysia ini saya tahu, saya mahu ke laut, mengelilingi lautan dan kemudian kalau ada mood, saya nak duduk kat pulau terpencil, sorang-sorang tapi line internet kena adalah, tv takde takpe, internet kena ada (tidak akan ada jam tangan, waktu tidak wujud)
Bersama blogger pertahanan KL Defense Review

9. Friget KD Jebat ini adalah yang paling berkeupayaan di antara kapal-kapal TLDM yang lain malah boleh dikatakan antara yang paling laju kerana masih mampu mengekalkan kelajuan 27 knotsnya.

10.Selepas puas menghisap rokok dan melihat ombak, saya akan lepak di War Room atau bilik C n C kapal KD Jebat, perasaan saya pada masa itu seolah-seolah berada dalam dalam bridge kapal Battlestar Galactica (saja berangan).
Selepas penat merayau ikut sesuka hati den dalam kapal, den makan berkoyan-koyan dalam bilik War Room, bilik ni tempat para pegawai lepak

11.Dari jauh kelihatan, KD Lekiu yang turut mengiringi ke kami serta KD Razak ke kawasan latihan.
Dalam latihan serangan udara tadi, kapal kena tembak misil, pasukan pemadam api menjalankan tugas, masa ni den dah boring, cuaca panas, x cukup tidur pulak tu

Casualty, kena tembakan...masa ni den dah boring, spesel efek lemah, skrip lemah, darah tidak memancut, den kemudian duduk dalam hangar helikopter
Bilik ni best, aircon kuat...sejukkk...
Depa ni tgh tunggu Super Lyns landing....den malas keluar, panas, lg pun kipas heli kuat nanti topi den terbang
Superlynx landing...selepas gambar diambil, den menyorok jauh-jauh sikit ke dalam hangar, risau terbabas, habis putus putus kepala den nanti
Mamat ni engineer untuk heli...badan memanjang bau minyak...malas den nak kawan

12.Saya tidak mungkin melepaskan peluang untuk melihat pelayaran kapal selam pertama negara kita, yang mana kecanggihannya masih belum dapat dicabar oleh mana-mana kapal selam milik negara jiran.

13.Walaupun selepas ini sebuah negara jiran akan menerima kapal selam baru tetapi design kapal selam tersebut sudah obsolete.

14.Apa pun, kita harus menghormati Indonesia kerana republik tersebut merupakan antara yang paling berpengalaman dalam mengoperasikan kapal selam.

15.Selepas sampai ke perairan yang ditetapkan disempadan Selat Melaka dan lautan Hindi, kapal selam pun hilang dari pandangan mata.
wajah-wajah jakun mereka yang tidak pernah melihat kapal selam menyelam...den pun tak jakun tetapi kagum, masa ni terasa mcm dalam filem The Hunt For The Red October, rasa patriotik sangat, bila anggota media termasuk blogger, tv dan paper dan TLDM berkongsi semangat yang sama

16.Semua orang menunggu dengan debar, rupa-rupanya ramai juga anak-anak kapal KD Jebat yang belum pernah melihat kapal selam ini menyelam.
now u see
now u dont..KD Lekiu dari jauh, kapal selam dah menyelam masa ni. Den selepas gambar di ambil, den membuta kat dek tepi tempat simpanan diesel

17.Sebelum Scorpene Malaysia timbul di permukaan, kapal selam tersebut melepaskan katrij asap dari bawah air ke permukaan laut, berkepul-kepul asap keluar sebagai tanda, bahawa kapal tersebut akan timbul kat situ, jadi jangan pergi sana (nanti berlanggar pulak).

18.Sebaik sahaja kapal selam muncul, anak-anak kapal KD Jebat bersorak dan bertepuk tangan, wajah-wajah mereka kelihatan penuh yakin, semangat patriotik menjulang. Saya pada masa tu rasa bangga dan sayu tidak terkira, sebak melihat kapal selam Malaysia ini (teringat scene dari filem The Hunt For The Red October).

19.Sebak juga apabila mengenangkan fitnah dan cabaran anak-anak kapal selam Malaysia.

20.Ada yang bercerai dan ada yang dimaki hamun bila balik kampung, ini disebabkan ada ahli keluarga, bapak saudara dan mentua yang terlalu fanatik dengan politik pembangkang dan percaya kapal selam ini dibeli dengan darah seorang mangsa pembunuhan.

21.“Haram kau kerja dalam kapal selam itu”, “Hang tak takut dosa kah? Hang dok kerja dengan kapal selam yang ada dibeli dengan duit orang mati”, “Baik kau bertaubat, kau kerja dalam kapal selam ini maknanya kau bersubahat dengan pembubuhan, dosa, kau ni orang Islam ke apa”.

22.Saya termangu mengenangkan kisah-kisah anak kapal selam Scorpene yang bercerita kepada saya (ada yang lepak dgn saya atas friget Kd Jebat), bodohnya sesetengah dari kita.

23.Selepas menyaksikan selaman, anak-anak kapal kemudian dihimpunkan untuk mendengar ucapan dari komander kapal KD Hang Jebat yang baru berusia 40an, orang Kelantan dan baru sahaja balik dari menimba ilmu perang di Amerika Syarikat.

24.Kata beliau : “Mula hari ini kita sudah membuktikan keupayaan kapal selam dan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia. Kita harus belajar untuk mencintai negara kira dan yakin bahawa aset-aset yang dibeli oleh negara merupakan yang terbaik dalam kelasnya”.

25.”Mulai hari ini kita harus mengajar anak-anak kita dan generasi yang akan datang tentang bertapa pentingnya untuk mempunyai semangat patriotik”, ucap kapten tersebut yang lamanya den lupa.

26.Ucapan ini menyebabkan saya terkenang ucapan kapten Frank Ramsey, CO kapal selam USS Alabama dalam filem Crimson Tide.

27.Antara ucapannya, “Kalau anda tidak cukup bagus untuk jadi kru kapal selam, pergi dari sini dan mohonlah masuk tentera udara”.

28.Saya juga teringat ucapan Presiden AS iaitu Rooservelt dalam filem Pearl Habour apabila seorang kapten kapal selam untuk datang memberikan idea untuk menyerang Jepun pakai kapal pengangkut.

29.Katanya : “Saya suka submariners, they dont have time for bullshit”.

KAPAL SELAM MALAYSIA TIDAK MEMBAZIR

30.Saya kadang-kadang faham bukan semua orang melihat pertahanan dalam sudut yang lebih dalam dan meluas.

31.Ada yang tidak nampak kepentingan kapal selam kerana berbanding dengan kapal permukaan, kebanyakkan kapal selam hanya dipersenjatai dengan torpedo.

32.Kapal permukaan lebih “Glamour” kerana ada torpedo, meriam, misil, boleh angkut helikopter dan pelbagai peralatan peperangan yang lain tetapi yang peliknya, kapal selam lebih mahal berganda-ganda dari kapal permukaan.

33.Ini disebabkan kapal selam selain dari alat untuk tenggelamkan kapal perang dan selam lain, ia boleh dijadikan senjata dalam perang ekonomi yang sangat berkesan.

34.Dalam perang dunia kedua, United Kingdom yang merupakan sebuah negara kepulauan hampir lupuh dan hanya dapat bertahan selama dua minggu sahaja lagi kerana bekalan lojistik dan material perangnya lumpuh akibat gangguan dari U-Boat tentera German Nazi.

35.Dalam konteks hari ini, kita lihat negara kepulauan yang sama macam UK ini adalah Singapura, semua kapal terpaksa melalu Selat Melaka.

36.Bayangkan, satu kapal selam Scorpene beraksi di pintu masuk Selat Melaka???? Apa kesannya?

37.Sedangkan kapal-kapal selam Singapura terpaksa beroperasi jauh dari pengkalan mereka, kita beraksi dekat dengan perairan negara, jadi tidak perlukan sistem AIP.

38.Tidak ada laluan selamat untuk kapal selam Singapura menuju ke kawasan ancaman iaitu di pintu masuk Selat Melaka kecuali pusing ikut Indonesia, tetapi adakah Indonesia akan membiar sahaja kapal selam negara asing melalui perairanya??? Sudah tentu Indonesia tidak akan berpeluk tubuh.

39.Selat Melaka??? haha cetek dan sempit sangat untuk kapal selam lalu, terlalu banyak gangguan pada sistem elektronik dan sonar kapal selam.

40.Dalam keadaan aman, kapal selam diguna secara khusus untuk tujuan perisikan.

41.Kapal selam Malaysia mempunyai suit elektronik dan sensor yang paling canggih di Asia Tenggara, kita tidak boleh samakan Scorpene kita dengan Scorpene milik Chile kerana pakej untuk setiap negara berbeza.

48.Kalau sama, mudah lah Singapura atau negara jiran lain membeli maklumat dari Chile untuk mengetahui sistem yang dipakai oleh kapal selam kita.

49.Bab perisikan kapal selam ini, tidak perlu cerita…masing-masing boleh bayangkan apa yang sistem elektronik dan sensor kapal selam kita intip.

50.Lagi pun, satu-satunya pelantar untuk tujuan Signals Intelligence Operational Platforms yang kita ada adalah kapal selam.

KAPAL SELAM DI ASIA TENGGARA

51.Indonesia mempunyai dua buah kapal selam dari German tapi usianya sudah agak tua (sudah diupgrade).

52.Mereka akan membawa masuk tiga buah kapal selam baru dari Korea Selatan iaitu dari kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari German).

53.Walaupun ia merupakan model lama yang tidak mahu lagi dipakai oleh Korea Selatan kerana sudah ada model baru, pembeliannya ini sebenarnya sangat menguntungkan Indonesia dan secara strategik, Indonesia pada masa akan datang mungkin mampu membina atau menaik taraf kapal selam sendiri seperti China dan India.

54.Ilmu kru kapal selam Indonesia tidak perlulah dipertikaikan, mereka sangat berpengalaman dan cekap.

55.Jumlah kapal selam yang akan dimiliki Indonesia sebelum 2021 adalah 5 buah.

56.Singapura turut mempunyai kapal selam dari kelas Sjoormen dan Kockums.

57.Kapal selam Singapura adalah dari jenis terpakai dan ada yang sudah berusia lebih dari 20 tahun tetapi kemampuan mereka sudah dinaik taraf.

58.Berbanding Malaysia, Indonesia dan Thailand, republik kepulauan Singapure berhadapan dengan tekanan dan dilema yang sangat besar kerana keadaan pertahanan dan ekonomi negara itu bergantung kepada jalan laut dan perkapalan.

59.Disebabkan oleh hal-hal ini Singapura lebih selesa untuk membeli kapal selam terpakai dan wang yang besar kemudian dicurah untuk mendapatkan sistem AIP serta sensor elektronik yang bersesuaian untuk tentera laut negara itu.

60.Ini disebabkan kapal-kapal selam Singapura terpaksa beroperasi jauh dari pengkalan mereka dan tidak mendapat keselesaan dan perlindungan yang diperolehi oleh kapal-kapal selam Malaysia jika perang terjadi.

61.Kalau Singapura beli kapal selam baru, mereka tidak mendapat kuantiti yang mereka mahukan.

62.Untuk survivality, Singapura harus memastikan jumlah kapal selam mereka mengatasi apa yang dimiliki Malaysia.

63.Jumlah kapal selam Singapura sehingga tahun 2020 adalah 6 buah.

Kredit/Sumber:
http://www.militaryofmalaysia.net/2012/06/kd-jebat-dan-saya/

Tiada ulasan: