Isnin, 24 Februari 2020

Know Your Worth. 9773



LANGSUNG: Lepas 90 minit mengadap Agong, Dr M tinggalkan istana
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan   |  Dikemaskini 
LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini. Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini.

LANGSUNG

6.55 petang: Kesemua 22 ahli parlimen DAP menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Menurut satu sumber, mereka menandatangani SD itu secara individu untuk memuktamadkan keputusan yang telah dipersetujui sebelumnya.

6.40 petang: Dr Mahathir Mohamad tiba kediamannya di Seri Kembangan, Selangor. Beliau yang menaiki kereta Perdana berwarna hitam diiringi beberapa kereta polis sempat melambai kepada pemberita sebelum melepasi pintu masuk rumahnya. Bagaimanapun, Dr Mahathir kelihatan sugul ketika disapa pemberita.

6.18 petang: Selepas kira-kira sejam setengah mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Dr Mahathir Mohamad meninggalkan istana melalui Pintu 1. Beliau dilihat melambai tangan dan tersenyum kepada media. 
6.00 petang: Bank Negara Malaysia memastikan pihak mereka akan memantau pasaran kewangan dengan cermat susulan perkembangan politik baru-baru ini. "Memandangkan perkembangan baru-baru ini yang sedang berlaku, kami sedang memantau keadaan pasaran kewangan. Pergerakan ringgit akan terus ditentukan pasaran, operasi pasaran BNM akan memastikan kecairan yang mencukupi dan keadaan pasaran kewangan yang teratur," katanya.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/511990

'Kingmaker' Sabah, Sarawak kemuka syarat pada PH - Sumber
News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Sejumlah 56 anggota parlimen dari Sabah dan Sarawak bersedia untuk memainkan peranan penentu 'king maker' dalam keadaan kerajaan Pakatan Harapan runtuh. Sumber PH mendakwa kehadiran PAS dalam gabungan baru politik yang digerakkan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali mungkin menjadi penghalang. Menurut sumber lagi, kedua-dua kumpulan MP itu telah menyatakan syarat kerjasama mereka dalam gabungan baru politik itu. "Shafie Apdal tidak mahu Bersatu terlibat di Sabah yang merupakan tawaran yang lebih mudah untuk dicapai bersama Anwar. 

"Apa yang lebih sukar untuk dirundingkan ialah Gabungan Parti Sarawak mahu kerusi timbalan perdana menteri dan lebih banyak hak di bawah perjanjian MA63. "Mereka juga akan menggesa diwujudkan keadaan pembangkang sifar di Sarawak," kata sumber itu. GPS mempunyai 18 MP, manakala parti Warisan pimpinan Shafie dan sekutu Upko mempunyai 10 MP. Jumlah MP ini membolehkan mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua belah pihak. Hari ini, pemimpin GPS, James Masing, yang mengetuai Parti Rakyat Sarawak ketika ditanya mengenai kerjasama dengan PAS berkata: "Saya fikir kita lebih selesa dengan PAS berbanding keangkuhan DAP." 

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada hari ini juga menyerahkan peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Bersatu, yang mempunyai 26 anggota parlimen. Terdahulu Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada PH. Langkahnya diikuti oleh timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengetuai 10 orang MP keluar parti. Dengan PH kehilngan 37 MP, kedua-dua gabungan pro Azmin dan Anwar cuba mendapatkan sokongan anggota parlimen dari Malaysia Timur. [Baca berita asal]

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512061

Warisan isytihar sokong Mahathir
News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Parti Warisan Sabah menyatakan sokongan buat Dr Mahathir Mohamad untuk terus kekal berkhidmat sebagai perdana menteri. Kata presidennya, Mohd Shafie Apdal, kepemimpinan parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat Sabah. “ [...] pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri ini, dalam suasana politik negara sekarang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagaimanapun, Shafie tidak menyatakan komitmennya untuk terus menyokong PH ataupun tidak. Semalam Warisan disebut-sebut akan menyertai gabungan baru parti politik bersama GPS, Bersatu, Umno, PAS dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali. Kerajaan PH runtuh hari ini setelah tiada gabungan parti yang mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan. Ini setelah berlakunya siri keluar parti daripada PKR dan Bersatu. Jumlah anggota parlimen PH yang tinggal, masih belum jelas, namun ia berkemungkinan tidak mencapai jumlah 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Warisan dan sekutunya Upko merupakan sebahagian daripada kabinet Mahathir dan mempunyai 10 kerusi di Dewan Rakyat. 

Sebelum ini, Shafie telah menyatakan sokongan buat Mahathir dan berkata tiada keperluan buat anggota parlimen Langkawi itu untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Sementara Warisan belum menyatakan kecenderungan terbaru berkenaan kerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah, di Sarawak pula, Gabungan Parti Sarawak meluahkan rasa berat hati mereka untuk bekerja dengan DAP.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512070

PH tumbang tanpa Bersatu dan kumpulan Azmin: Apa seterusnya?
Aidila Razak & Lee Long Hui
Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Tanpa ahli parlimen Bersatu yang memegang 26 kerusi dan Mohamed Azmin Ali serta 10 lagi ahli parlimen yang setia kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu, PH kini hanya mempunyai 102 kerusi. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Bersatu keluar PH, begitu juga Azmin yang mengumumkan beliau dan 10 ahli parlimen PKR lain keluar dari parti serta meninggalkan PH bagi membentuk blok bebas di parlimen. Bagaimanapun, langkah seterus PH untuk membentuk kerajaan masih tidak jelas. Simulasi Malaysiakini tentang senario yang mungkin berlaku menunjukkan bahawa pakatan yang mungkin ditubuhkan untuk menggantikan PH masih tidak mempunyai kerusi yang cukup untuk mendapat 112 majoriti daripada 222 kerusi parlimen. 

Tanpa Bersatu dan Azmin, Pakatan Harapan hilang majoriti.

Tanpa 26 MP Bersatu, Azmin Ali serta 10 MP PKR yang menyokong Azmin, Kerajaan Harapan-Warisan hanya memegang 102 kerusi Dewan Rakyat. Ia memerlukan sekurang-kurangnya 112 untuk menubuhkan kerajaan. Adakah lawan Harapan mampu membuat kerajaan baru? Berikut beberapa kemungkinan.

Harapan + Warisan tanpa Bersatu dan Azmin - 102
Bersatu + Umno + PAS - 83
Bersatu + Umno + Azmin + PAS - 94
Bersatu + Umno + Azmin +Warisan + Upko - 86
Bersatu + Umno + Azmin +Warisan + Upko + PAS - 104
Bersatu + Umno + Azmin +semua parti Sabah and Sarawak - 108
Bersatu + Umno + Azmin +semua parti Sabah dan Sarawak + PAS - 126
Bersatu + semua parti BN +Azmin + semua parti Sabah dan Sarawak - 111
Bersatu + semua parti BN +Azmin + semua parti Sabah andSarawak + PAS - 129

Sebagai contoh, sekiranya Bersatu serta kumpulan Azmin berpakat dengan Umno dan PAS, mereka hanya mempunyai 94 kerusi. Namun, sekiranya pakatan itu turut disertai parti-parti negeri dari Sabah dan Sarawak, pakatan itu akan mampu membentuk kerajaan baru dengan majoriti selesa yang memegang 126 kerusi. Pakatan itu juga akan bertambah kukuh sekiranya tiga ahli parlimen dari MCA dan MIC turut serta, menjadikan jumlah kerusi mereka 129. Bagaimanapun, senario itu dilihat sukar kerana ia memerlukan Gabungan Bersatu Sabah dan Gabungan Parti Sarawak bekerjasama dengan PAS, dan mengenepikan perbezaan ideologi mereka. Tanpa PAS, pakatan itu cuma mempunyai 111 kerusi, satu kerusi kurang untuk membentuk majoriti.

Pecahan MP mengikut parti / gabungan

Parti Jumlah MP
PKR39
Azmin Ali dan pengikutnya11
Bersatu26
Amanah11
DAP42
Warisan9
Upko1
Umno39
MIC1
MCA2
PAS18
G.P Sarawak18
G.B. Sabah3
Parti Bersatu Sarawak1
Bebas1

Untuk menambah sokongan, pakatan itu juga boleh menarik ahli parlimen PKR lain, atau ahli parlimen Amanah, namun senario itu tidak dapat disimulasikan buat masa ini kerana belum ada petunjuk ia akan berlaku. Simulasi ini juga dibuat dengan tanggapan tiada ahli DAP akan meninggalkan PH. Apa terjadi jika tiada pihak peroleh majoriti? 

Simulasi ini menunjukkan kemungkinan "parlimen tergantung" kerana tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai majoriti jelas di parlimen. Sekiranya parti-parti yang terlibat tidak berunding dan mencapai persetujuan untuk membentuk pakatan, perdana menteri perlu menasihat Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen, bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum. Namun, Seri Paduka mungkin menggunakan budi bicaranya untuk menolak cadangan perdana menteri dan mengarahkan parti politik terus berunding dan mencapai persetujuan. 

Dalam keadaan itu sekali pun, menurut Artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Agong mempunyai hak membubarkan parlimen. Pilihan raya umum perlu menyusul. Sehingga hari ini, belum ada Yang di-Pertuan Agong yang pernah membubarkan parlimen berdasarkan budi bicaranya.

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512050

Amanah, DAP mahu namakan semula Mahathir sebagai PM
News  |  Diterbitkan   |  Dikemaskini 
Majlis presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini, dengan DAP berikrar untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad semula untuk terus menjadi perdana menteri. Dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat panjang kepimpinan DAP hari ini, Setiausaha Agung parti itu Lim Guan Eng berkata partinya memuji Dr Mahathir kerana enggan bekerjasama dengan Umno yang "korup" "Saya telah berjumpa dengan Tun (Mahathir) pagi ini di kediamannya dan terkejut apabila dia memberitahu saya mengenai hasratnya untuk meletakkan jawatan. "Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa beliau tidak boleh bekerjasama dengan Umno selepas kita bekerja keras untuk menolak Umno semasa pilihan raya 2018. "DAP memuji pendirian berprinsip Tun yang enggan bekerjasama dengan Umno, yang pemimpinnya terlibat dalam amalan rasuah dan salah tadbir," kata Lim. Beliau juga memuji Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang bersedia meletakkan jawatan atas prinsip menegakkan integriti dan memerangi rasuah. 

Pada masa sama, Lim juga menolak tanggapan bahawa gabungan itu telah kehilangan majoriti untuk kekal sebagai kerajaan. "Saya menolak tanggapan yang kita tidak mempunyai majoriti [...] "Itu (harus) diuji di parlimen apabila bersidang pada bulan Mac jadi mari kita lihat, marilah kita tunggu bersama. "Saya fikir akan ada banyak pihak yang mengadakan sidang akhbar ketika ini, kita tunggu selesai. Kita boleh membincangkan kemungkinan secara terperinci sama ada esok atau beberapa hari akan datang," jawabnya apabila ditanya oleh media. Begitu juga, presiden Amanah, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa partinya akan tetap menyokong Mahathir sebagai menteri. 

"Parti Amanah Negara ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia dan untuk terus memimpin PH. "Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini," katanya. Mahathir telah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan sebagai pengerusi Bersatu. Sementara itu, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan keluar dari PH. Pada masa sama Azmin Ali dan 10 ahli parlimen PKR yang lain turut keluar parti dan meninggalkan PH. Ketika ditemui pemberita selepas berjumpa Agong, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau menasihati Mahathir agar tidak meletakkan jawatan. Katanya beliau cuba memujuk Mahathir agar menukar fikiran tetapi ahli parlimen Langkawi itu berkata, beliau kecewa kerana dikaitkan dengan pihak "yang korup". "Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH. "Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza. 

"Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikaitkan untuk bekerja dengan perasuah," katanya. Anwar juga berpandangan, Mahathir tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH. "Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam dan luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan. "Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu," katanya. Mahathir dijadual bertemu dengan Agong pada petang ini untuk membincangkan peletakan jawatannya. 

*Laporan tambahan oleh Ng Xiang Yi, Hariz Mohd, Annabelle Lee
Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/512048

Al Quran
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: