Sabtu, 15 Februari 2020

Panorama Tanah Melayu. Gua Gendang. 9736


DISCOVER CHANNEL : GUA GENDANG (ANTARA GUA HAKIKI DAN CIPTAAN MANUSIA)
NOVEMBER 10, 2012 BY ADMIN

Nota Penulis : Kisah kali ini saya tujukan kepada geng-geng yang minat “ADVENTURE”, lepas ini, kalau buat projek meneroka, mata tu biarlah tajam sedikit untuk melihat “blink-blink”, manalah tau ada emas dan permata.

1. Ramai pembaca saya sibuk hal-hal piramid dan kesan-kesan runtuhan, ada yang berminat nak tahu dan ada yang mahu pergi ke sana.

2. Saya pun tidak pasti jika lokasi-lokasi ini diketahui oleh mereka, saya harap saya boleh membantu banyak tetapi aduhhhh…saya pun ada etika yang perlu dipegang dan sebahagian terpaksa saya diamkan dulu.

3. Berikut merupakan ekspedisi yang dilakukan oleh salah seorang sahabat saya yang dikenali sebagai Faisal yang telah memasuki Gua Gendang.

4. Dari cerita beliau, saya hidangkan kepada para pembaca.

5. “Saya” dalam cerita di bawah ialah Faisal.

6. Saya pertama kali meneroka gua ini pada tahun 2003 dan telah memasuki kompleks gua serba misteri ini pada tahun 2004.

7. Lokasi gua ini di terletak di dalam daerah Ulu Perak dan memerlukan masa hanya 15 minit untuk tiba dari sempadan pintu masuk Malaysia/Siam iaitu Pengkalan Hulu (nama lama bagi pekan, Keroh)

8. Saya masuk bersama belasan pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam kem motivasi.
Gua Pendang (gambar dari internet)

9. Bersama saya pada waktu itu ialah seorang bekas polis hutan yang menjadi “tour guide” untuk kami masuk ke dalam gua itu. (Beliau mengetahui banyak sejarah gua itu).

10.Gua Gendang terdiri dari tiga kompleks gua yg berlainan arah dan saiz serta jarak.

11.Dua daripadanya di ada anak sungai mengalir dan satu lagi berada di atas sedikit (Atas bukit).

12.Kenapa ia di panggil Gua Gendang?

13.Kerana di akhir hujung gua terdapat satu pintu gua lain dari puncak bukit dan sinaran matahari menerobos ke dasar gua iaitu pintu hujung Gua Gendang, dan apabila anda berada di bawah lubang itu anda akan terdengar satu alunan gendang seperti gendang silat yang mana mengikut kajian, alunan itu datang dari laluan angin yg menerobos ke dalam pintu atas tadi.

14.Salah satu gua yang pertama saya masuk ialah gua yang mengalir anak sungai.

15.Untuk sampai ke gua ini, kita perlu “parking kereta” atau bas di satu kawasan luas di tepi estet getah. Kemudian kita kene turun lurah bukit itu sehingga sampai ke anak sungai di bawahnya.

16.Anak sungai ini mengalir masuk ke pintu gua. Anda akan dpt lihat pintu gua itu.

17.Jika anda masuk, gua ini gelap dan selalu di jadikan tempat untuk pelajar sekolah bermuhasabah diri dan aktiviti motivasi.

18.Gua ini lurus (50 meter) sebelum membengkok ke kiri (50 meter) terus ke pintu gua hujung.

19.Teknik laluan gua ini ialah, anda dikehendaki masuk gua mengikut anak sungai tetapi mestilah berjalan di sebelah kanan gua. (Jika masuk pintu gua, lalu ikut kanan anda.) kerana kedalaman airnya agak cetek.

20.Waktu kemarau air hanya mencecah lutut anda sahaja tetapi bila hari hujan ia boleh mencecah dada anda.

21.Sebelum saya masuk bersama pelajar, rakan kami yg bekas polis tu dah masuk dan menunggu di simpang 50 meter pertama sambil memasang lilin untuk dijadikan panduan pelajar masuk menuju ke arah cahaya tersebut.

22.Dalam jarak 20 meter ke depan setelah masuk gua, ada satu lengkungan lubang gua dan menembusi simpang 50 meter kedua.

23.Ini sekiranya anda masuk gua laluan kiri anda, anda mungkin tersesat tanpa dapat melihat cahaya lilin tadi. Gua ini adalah terowong komunis yang dibuat untuk mengelirukan askar kita agar tersesat.

EMAS

24.Apa yg istimewa di sini ialah, rakan polis hutan tadi telah mengambil sesuatu dari dasar anak sungai itu dan menunjukkan pada saya iaitu seketul emas sebesar penumbuk anda sambil menyuluh lampu pada ketulan itu.

25.Saya ada bertanya pada rakan saya itu, kenapa tak ambil saja? Dia jawab : “Kalau aku amik ni.. dah lama aku tak buat tour guide sini, tiap kali datang, amik seketul, amik seketul..lama lama jutawan laa aku ni… tapi pasal di sini agak ‘keras’ tempatnya. Dah ada yg datang ambil tapi pada malam hari meracau di dalam resort chalet mintak pulangkan benda tu”.

26.Penduduk di kawasan berhampiran sudah lama “masak”, kalau ada sesiapa yang meracau nak balik ke gua, pasti mangsa tersebut ada ambil ‘harta’ di dalam gua itu.

27.Lepas tu dia suluh pula ke dinding gua.

28.Dinding gua pula ada seperti kilauan kilauan bintang terlekat pada arah sebelah kiri gua.

29.Kata bekas polis yang menjadi pemandu kami itu, “Itulah berlian yang belum masak, mungkin 50 tahun lagi kita dapat ambil. Itu pun kalu kita masih hidup”, beliau ketawa kecil.
Berlian mentah (hehehe…teringat cerita Orait kena tipu oleh Jin pasal amik berlian mentah)

30.Saya meneruskan perjalanan dalam gelap dan meraba raba. Di belakang saya ada 70 orang pelajar dan seramai 10 orang guru pengiring.

31.Di hujung sepanjang 50 meter kedua, saya tersepak sekali lagi batu dan saya angkat batu itu dan minta rakan polis hutan tadi suluh dengan lampu.

32.”Subhanallah… emas lagi…. Dari situ saya terfikir… rupanya banyak emas yang orang tak tau.”.

33.Bekas polis tadi seolah-olah dapat membaca pemikiran saya, katanya : “Sudahlaa tu… tengok boleh, pegang boleh…. Ingat, jangan bawak balik… tak pasai aku angkut hang malam-malam nanti mai sini Hehehehe.”
Emas mentah dalam bentuk Nugget

34.Dan di hujung gua ini airnya agak dalam sehingga saya hampir lemas (saya memang tidak tahu berenang).

35.Nasib sempat pegang bahu rakan tadi dan naik ke atas sebuah batu besar di pintu gua hujung.

36.Disinilah saya mendengar sendiri gendang silat yang dikeluarkan.

37.Pintu gua ini luas juga sama seperti pintu masuk tadi, cuma pintu gua ini mengalir anak sungai sedalam 3 kaki lebih kurang dan anak sungai ini mengalir melalui dua lembah bukit yg ditanam pokok getah.

38.Untuk kembali ke parking bas tadi.. dari pintu gua, anda perlu meredah anak sungai ini sehingga berjumpa satu jambatan kecil.

39.Naik jambatan tu terus menuju ke puncak estet getah itu sebelah kanan anda (dari arah meredah sungai). Turun dari puncak ladang getah itu anda akan lihat tmpat paking tadi.

40.OK, itu adalah jalan biasa untuk aktiviti “adventure”.

KUBU KOMUNIS?

41.Route terowong komunis terletak di atas sedikit dari pintu masuk tadi tetapi kena panjat sikit atas gua tu dan ada gua lain di situ.

42.Gua itu anda kena merangkak di pertengahan jalan gua, gua ini adalah laluan asal komunis dari arah Thai menuju ke Grik di Perak. Gua ini juga ada anak sungai tetapi hanya aliran sahaja, bukan seperti gua di bawah yang memiliki anak sungai besar.

43.Info pasal gua komunis ini betul atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi khabarnya gua ini boleh sampai ke kawasan Gubir dalam negeri Kedah.

44.Kali kedua iaitu pada tahun 2004, saya pergi atas dasar sebagai pencari emas.

45.Namun boleh tengok sahaja dan pada kali ini saya pergi ke gua asli yang bukan gua buatan komunis tadi.

46.Yang ini rupanya ia bercabang dari simpang 50 meter pertama tadi, boleh dikatakan kompleks gua ni macam huruf “Y” iaitu bercabang tetapi belah kanan gua saya tidak berani untuk redah sebab air dalam.

KESIMPULAN

47.Sebenarnya memang negara kita ini layak digelar “Suvarnabumi” atau “Golden Khersones” Semenanjung Emas tetapi ramai orang tidak tahu lokasi serta pantang larang yang terkait dengan emas ini.

48.Emas ini dijaga oleh ‘penjaga-penjaga’ hebat yang setia menjaga harta tersebut. Allahyarham seniman kita iaitu P. Ramlee ada memberi “hint” dalam filem Ahmad Albab, boleh saya katakan, pemikiran tokoh agung itu mendahului zaman.

49.Itulah sebabnya penjajah gagal mencari hasil bumi negara kita dan hanya mampu bawak balik bijih timah dari negeri Perak.

50.Lagi satu, mengenai sejarah keamanan negara tidak lepas dari terowong terowong komunis yang sentiasa mereka bina sebelum gencatan senjata 1988 dahulu.

http://www.militaryofmalaysia.net/2012/11/discover-channel-gua-gendang-antara-gua-hakiki-dan-ciptaan-manusia/#more-1343

Tiada ulasan: