Sabtu, 15 Februari 2020

ATM Bukan kerana nama, hanya kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Pengorbanan dan keberanian tak terdendang. 9737


BLACK OPS : THE MALAYSIAN CONNECTION DI AFGHAN
SEPTEMBER 3, 2012 BY ADMIN 986 COMMENTS

Artikel ini ditujukan kepada semua Unsung Hero, mereka yang mengorbankan diri untuk bangsa, agama dan negara tanpa mengambil kira upah, pingat, kepentingan negeri dan sama ada orang lain ingat atau tidak pada pengorbanan mereka.

Hari ini kita cerita pasal Toyota, saya yakin kenderaan ini sudah acap kali muncul dalam majalah Tempur dan Perajurit yang ditonjol berkhidmat dengan tentera kita tetapi cerita behind the scene, ramai yang tidak tahu.

1. Selamat Hari Raya dan sempena tarikh 31 Ogos ini, saya doakan supaya negara saya kekal makmur dan aman, kalau berlaku keuzuran, biarlah ia singkat dan sebagai satu tanda ke arah kemunculan sebuah bangsa yang lebih hebat lagi.

2. Saya mohon maaf kerana membuat saudara dan saudari semua tertunggu, sampai sewa tapak blog sudah berakhir pun saya tidak perasan dan terima kasihlah kepada komrad-komrad yang prihatin macam adinda Naza, bro Anak Sabah, dan beberapa orang lagi yang membantu membawa masalah blog saya ke depan.

3. Sempena Hari Kemerdekaan negara, inginlah saya membawa sekelian pembaca kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang telah membuat satu tugasan yang sangat merbahaya, hampir mustahil tetapi akhirnya kejayaan terhampar di hadapan mereka.

4. Mereka ini adalah “The Unsung Hero” atau wira-wira yang tidak didendang kerana membuat pengorbanan dan tugas yang dianggap mustahil oleh askar-askar profesional NATO dan komando Amerika Syarikat (AS) dan dianggap sewel lagi gila.

5. Pengorbanan mereka terhadap negara dalam melengkapkan keperluan sekumpulan kecil tentera Malaysia yang berkhidmat di Afghanistan bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan.

6. Mereka terdiri dari 4 orang sahaja iaitu “J” (saya gelarkan dia Lord of War), Kol Jo (orang Kementerian Pertahanan), Sniper Gunung (Pakar sekuriti dan penembak tepat Renjer di Somalia) serta Raja Zamri (Pakar Kenderaan 4 x 4).

7. Peranan mereka bermula apabila Kementerian Pertahanan diminta untuk menghantar pasukan perubatan ke Afghanistan bagi memberi rawatan kepada masyarakat Islam di sana.

8. AS yang dimusuhi oleh rakyat Afghanistan tidak dapat diterima oleh mereka, akhirnya kuasa besar itu meminta jasa baik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk masuk ke Afghanistan dan menyediakan kemudahan doktor dan ubat, pasukan perubatan ini turut diringi oleh sekumpulan kecil komando Malaysia dalam pembahagian 30 pakar perubatan dan 10 orang komando yang bertindak sebagai pasukan sekuriti.

9. Doktor-doktor perempuan Muslim yang dibawa oleh ATM inilah yang akan merawat kaum wanita Afghanistan, inilah yang tidak mampu dibuat oleh tentera AS, lagipun masyarakat Afghanistan sangat-sangat mempercayai tentera Malaysia.

10.Singapura turut berada di Afghanistan membantu sekutunya AS, tentera Singapura dilayan seperti anak emas dan semua kemudahan termasuk kelengkapan kenderaan perisai sudah tersedia.

11.Masalahnya tim ATM ini tidak bersedia dan tiada kenderaan yang sesuai yang boleh dibawa masuk ke Afghanistan, pesawat-pesawat C-130 milik Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) tidak dipakai atas sebab tertentu.

12.Jadi, ATM telah meminta sekumpulan kecil rakyat Malaysia untuk menyediakan kelengkapan kenderaan berperisai bagi tim perubatan dan komando ATM di sana.

13.Maka peninglah kepala Lord Of War-“J” memikirkan kenderaan yang sesuai untuk digunapakai.

14.Entah apa sebabnya…kenderaan versi militari yang popular seperti Humvee, Land Rover Defender telah dinyahkan dari senarah “J”, beliau memerlukan kenderaan yang sesuai untuk kegunaan tentera dan pada masa yang sama agak mesra kepada orangawam.

15.Land Rover jenis Defender memang berlambak dalam stok ATM, tetapi sudah tentulah penumpang yang terdiri dari pakar-pakar perubatan yang dibawa oleh ATM akan “patah hatinya” apabila dilambung-lambung oleh kenderaan itu tak kala melalui permukaan bumi Afghanistan yang sungguh tidak selesa.

16.”J” kemudian memerhati kes-kes serangan ke atas kenderaan perisai dan Humvee yang berlaku diseluruh dunia dan yang paling menarik, “J” membuat kajian ke atas Peperangan di Chad di antara pemberontak Chad dengan tentera Libya.
 TOYOTA2-Toyota Pick Up yang sangat popular dan dipanggil Teknikal
TOYOTA1-Toyota Land Cruiser 200 G9

17.Kenderaan yang digunapakai di Chad adalah dari jenis Toyota dan peperangan di Chad pernah digelar sebagai The Toyota War.

18.Atas sebab-sebab tertentu, “J” sebagai Lord Of War telah menentukan bahawa kenderaan yang paling sesuai dipakai adalah dari jenis TOYOTA LAND CRUISER 79 PICK UP dan TOYOTA LAND CRUISER 200 G9.
 Perisai yang dipanggil Bulkhead kat belakang
Ketebalan perisai Bulkhead

19.”J” kemudian memulakan projek “Pimp My Ride”, biasalah orang Malaysia memang pakar modifikasi.

20.Enjin kereta dipasang dengan sejenis sistem untuk mencairkan minyak hitam dalam pemakaian di negara beriklim sejuk.

21.Cermin kereta dipasang dengan cermin atau material kaca khas keluaran American Glass Product untuk perlindungan sehingga ke tahap Stanag 4
Pelindung bateri
pelindung untuk stering
sistem saspensi yang sudah diupgrade
Run Flat Tayar (nak tau sila google)

22.Kenderaan juga dimodifikasi dengan bateri khas dan alat anti letupan atau alat anti IED atau IED Jammer dari buatan Turki (nama syarikat terpaksa dirahsiakan).

23.Perisai kenderaan juga ditempah untuk mengatasi pelbagai masalah letupan dari C4 sehinggalah kepada bahan letupan PETN dan bahan SEMTEX yang kadar pemusnahannya 12 hingga 17 kali ganda dari bahan C4, orang Malaysia ini cuma kenal C4 sahaja, bahan letupan lain dia tak tahu hahahaha.

24.Kesemua kenderaan Toyota yang dibeli adalah sebanyak 24 buah tetapi hanya 10 sahaja yang dipasang dengan alat jammer IED.

25.Selepas beberapa lama, projek “Pimp My Ride” siap dan sekarang sudah sampai masa untuk dihantar bagi tujuan pameran autoshow, bezanya autoshow kali ini bukan di Tokyo atau Australia sebaliknya di kawasan konflik bersenjata yang paling merbahaya di dunia iaitu Afghanistan
Code name RB119
Perut RB119
26.Secara senyap dan entah macam mana ianya menjadi perkara yang tidak mustahil, pasukan kecil yang diketuai Lord Of War-“J” ini telah menempah sebuah kapal terbang kargo dari jenis Jumbo dengan nombor siri RB119 (macam sama pula dengan peristiwa 11 Sept).

27.Adakah nombor siri pesawat yang sama dengan sistem penerbangan Brunei ini berlaku secara kebetulan atau sebaliknya??? …Hahaha, anda fikirlah sendiri(Brunei Airlines memang gunakan nombor siri dengan awalan RB, kalau Malaysian Airlines, dia pakai MH).

28.Pesawat disewa dengan harga lebih kurang RM500,000 untuk dibawa melintas dalam penerbangan selama tiga jam dari Dubai ke Afghanistan. 
lori-lori menunggu di Bagram air base

29.Tarikh haribulan pun saya sudah lupa, tetapi pada pertengahan Sept 2010 kot, pesawat RB119 akhirnya mendarat di pengkalan tentera udara AS iaitu Bagram Airbase di Afghanistan.
proses bawa naik ke atas lori
simpan elok-elok sebelum di'camo'kan 

30.Team Lord Of War sebenarnya telah menempah puluhan lori untuk membawa kenderaan-kenderaan milik ATM tadi merentasi bumi Afghanistan, semua pergerakkan dirahsiakan dan kenderaan Toyota tadi dinaikkan ke atas lori-lori Afghanistan dari buatan Russia iaitu KAMAZ (Kamaz the best lorry in the world).

31.Lori-lori itu kemudian dicamo pula dengan papan-papan lapis untuk menyembunyikan kenderaan Toyota di dalamnya, bukan apa, takut ianya di “hijack” oleh “warlord-warlord” yang sudah tentu tertarik untuk memiliki kereta-kereta Toyota yang sudah dipimp dengan nilai hampir berjuta ringgit ini.

32.Yang bestnya, kesemua pemandu-pemandu lori ini merupakan anggota Taliban dan mereka memberi jaminan untuk tidak mengkhinati tim Lord Of War dan berjanji akan membawa kargo berharga itu untuk kegunaan pasukan perubatan ATM.
Keadaan jalan yang teruk dari Sar E Kowtal ke pengkalan Malaysia di Bamyan

33.Kesemua lori dipandu laju, dari jauh kelihatan lori-lori ini membawa papan atau kayu yang tidak berharga.
Konvoi melalui Shibar Pass

34.Kawasan yang paling merbahaya adalah ketika melalui tengah pekan atau untuk mengisi minyak, ketika inilah tim Lord Of War terpaksa menganalisis keadaan sekeliling takut Warlord-warlord ni datang menyerang dan merampas kesemua kenderaan SUV berperisai yang sememangnya menjadi komoditi paling berharga di Afghanistan dan Pakistan.

35.Akhirnya selepas beberapa hari, kargo idaman ATM akhirnya sampai ke pengkalan mereka yang terletak di bawah zon kekuasaan tentera New Zealand yang jauhnya beratus-ratus kilometer dari Bagram Air Base.
Selamat diserahkan ke tangan ATM

36.Perjalanan atau penyeludupan Toyota milik ATM menjadi lagenda kerana pegawai-pegawai Nato dan AS sendiri hairan bagaimana sejumlah 24 buah kenderaan baru yang diletakkan di atas lori berjaya dibawa masuk tanpa dapat dihidu atau diserang hendap.

37.Mereka juga hairan mengapa ATM memilih kenderaan ringan dari jenis Toyota.

38.Lord Of War, “J” kemudian memerhatikan segelintir pegawai Nato dan AS memerhati dengan penuh minat dan mereka kemudian bertanya macam-macam soalan kepada beliau, hairan mengapa Malaysia memilih kenderaan yang berperisai ringan?

39.Tidak lama selepas itu, “J” mendapat tahu pasukan-pasukan khas AS mula menggunakan kenderaan Toyota sebagai alat pengangkutan dan rondaan mereka.

40.Penggunaan kenderaan ringan 4 x 4 oleh pasukan elit AS ini menimbulkan persoalan di kalangan penganalisis tentera AS di mana, adakah penggunaan Humvee yang telah dinaiktaraf dengan pelbagai armour yang berat sudah tidak lagi relevan dalam senario peperangan di Afghanistan.

41.Adakah penggunaan Jeep Willy yang aktif dipakai semasa Perang Dunia Kedua akan bermula, penganalisis ini bagaimanapun tidak pernah tahu bahawa tentera elit mereka sebenarnya belajar dari pengalaman Malaysia.

42.Beberapa tahun selepas itu, “J” melihat bagaimana spesifikasi Toyota yang beliau perkenalkan kemudian dipakai semula dalam peperangan di Libya oleh tentera pemberontak melawan Kol Muamar Gaddafi.

43.Nampaknya, kuasa-kuasa besar ini banyak belajar dan cepat belajar tetapi tidak pernah beri kredit kepada guru mereka.

Nota Penulis : Hanya Malaysia dan Singapura yang meletakkan pasukan tentera mereka di Afghanistan. Tentera dari Brunei biasanya ditempatkan bersama dengan tentera Malaysia di mana-mana sahaja termasuk Lubnan. Di mana askar Malaysia ada, di situlah Brunei akan turut serta. Di mana Malaysia masuk, dengan serta merta askar Singapura akan mengundurkan diri atau menamatkan misi. Entah kebetulan atau sebaliknya, tidaklah saya tahu.

SEKIAN SAHAJA…. VIDEO KOMANDO MALAYSIA YANG KELUAR DALAM NATIONAL GEOGRAPHICS, TERBUKTI BUKAN HOAX DAN BUKAN REKAAN TIDAK SEPERTI NEGARA LAIN YANG SANGGUP MENIPU, PAUTAN DIBERI OLEH SAHABAT PEMBACA KITA, K.R 
Sumber/Kredit: 



http://www.militaryofmalaysia.net/2012/09/black-ops-the-malaysian-connection-di-afghan/

Tiada ulasan: