Isnin, 9 Mac 2020

Bila Irama dan muzik politik berlagu. 9894




SAMBUTAN HEBAT CERAMAH PH

Elly Monday, March 9, 2020

Malam tadi saya sempat turun ke Taman Andalas untuk memerhati Jelajah Harapan peringkat Negeri Selangor.  Ianya merupakan satu pengalaman yang membuka mata. 

Saya tidak sangka, kehadiran dalam 1000 lebih penyokong.  50% Melayu.  Begitu ramai orang muda. 
Set-up agak bagus.  Nampak sangat mereka mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.  Saya tidak nampak ada tin milo diedarkan.  Tidak seperti sebelum PRU14.  Malah yang hadir awal dijamu dengan gulai kambing, gulai daging dan nasi lemak.
Begitu banyak media datang membuat liputan.  Ceramah mereka yang disiarkan live mempunyai tontonan purata dalam 11K.  Ini agak tinggi. (Baru diberitahu semalam mereka peak pada 30K tontonan) Dan saya telah check jumlah tontonan di page Pakatan Harapan dan setakat ini pada pukul 1.00 tengahhari ialah 825 ribu.

Ada empat orang yang memberi ceramah malam tadi.  Mengikut turutan, Mahfuz Omar, Anthony Loke, Saifuddin Nasution dan Mat Sabu.
Keempat-empat mereka nampak sangat berbeza kalau dibandingkan sebelum PRU14.  Mahfuz Omar yang saya harap akan cakap mengarut-ngarut tidak begitu mengarut-ngarut.  Mat Sabu lagi sangat berbeza.  Tiada lempar mikrofon.  Tiada senyum kambing yang macam dulu-dulu.  Mat Sabu masih 'fiery' dan masih kelakar tetapi Mat Sabu malam tadi penuh karisma.  Saya rasa mungkin kerana berada dalam Kabinet mematangkan mereka.  Malah Mahfuz Omar dan Mat Sabu tak macam dulu lagi cara berpakaian mereka.  Hilang sudah baju gedobos dan seluar lebar mereka.   Mat Sabu pun nampak kurus.  Sangat-sangat presentable mereka ni sekarang.

Naratif yang dibawa walaupun masih tidak 'cohesive' saya rasa agak mencukupi.  Nama Rosmah jarang disebut.  Begitu juga cincin dan berlian.  Naratif mereka bawa menggambarkan bagaimana sebuah kerajaan yang telah mencuba untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang gemilang telah dijatuhkan oleh kumpulan elitist yang gila kuasa.  Mengikut analisa saya naratif ini mungkin boleh diguna pakai apatah lagi untuk pengundi kali pertama.

Saya sempat berbual dengan ramai penyokong mereka dari pelbagai bangsa.  Jika tempoh hari DAP dikecam oleh penyokong mengenai isu jawi dan pelbagai lagi, DAP telah dimaafkan.  Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang MCA dan MIC dan GPS perlu risau.  Manakala penyokong-penyokong PH yang tawar hati dengan PH telah memaafkan kekhilafan mereka. 

Jelajah Harapan adalah satu idea bijak yang pantas mereka lakukan. Jelas matlamat Jelajah Harapan ialah;

a- untuk memberi penerangan dan 'assuring' penyokong mereka bahawa pucuk pimpinan PH sedang melaksanakan sesuatu untuk mengambil balik Kerajaan.  Mereka dengan jelas telah menyatakan bahawa mereka akan bawa undi tidak percaya bila parlimen bersidang.

b- satu reformasi cara PH bertindak.  Mereka cuba membawa imej yang mereka mempunyai kelas tersendiri dalam menangani isu yang mereka hadapi ini.  Yang mereka ini lebih baik selepas PRU14.

c - kempen persediaan PRU15.

d - sebagai 'platform' untuk penyokong mereka untuk mendapat 'points' untuk dibawa ke media sosial.

Saya rasa jika PH berjaya merampas balik Kerajaan bila Parlimen bersidang, mereka ibarat diberi 'clean slate'.  Mereka boleh mula semula tanpa apa-apa stigma.  Ini akan menyukarkan proses untuk menumbangkan PH di PRU15.

Setelah berada di 'Demokrasi Mati' Ahad lepas dan Jelajah Harapan malam tadi saya yakin, blok PN-GPS tidak boleh memandang mudah dengan apa yang sedang berlaku.  Jika semua syok sendiri dan menafikan betapa begitu pantas dan cekap PH melaksanakan kempen mereka saya yakin sejarah PRU14 akan berulang.

Khamis ini saya akan hadir ke Never Despair #wewillbeback pula.  Ingin tengok 'Bangsar crowd' punya reaksi.  Siapa free jom pergi.  Bukan untuk buat kecoh tapi untuk memerhati.

- Kredit kepada penulis


Kekayaan negara RM2 trilion, Mahathir yang kata, ya. Bukan Najib.  Maksudnya kita tak bankrap pun JIKA hutang negara benar-benar RM1 trilion (bukan pun). Dan dari kekayaan RM2 trilion ini, hampir RM1.2 trilion dibina masa dari tahun 2009 hingga 2017. Siapa PM masa itu, ye?

Kenapa dulu korang tak mahu mengaku fakta ini?

Kenapa sampai kini PH tak mahu sangkal posting dan data berhubung penambahan kekayaan RM1.2 trilion ini yang saya sudah ulangkan berkali-kali sejak 21 bulan lamanya? Saya masih tunggu PH kata Najib kelentong data tapi tak ada pun. 

27 Feb 2020: "Stimulus package to be funded by RM2 tril savings from BNM, Tabung Haji, KWSP" https://www.theedgemarkets.com/…/stimulus-package-be-funded…

27 Feb 2020: Dr M: Malaysia can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy

https://www.theedgemarkets.com/…/dr-m-malaysia-can-tap-rm2-…

Memang benar pun.. Sebab itu, PH asyik jual aset negara kerana banyak aset negara yang dibina masa saya PM untuk dorang jual. Lagi mahu fitnah saya bankrapkan negara - sehingga ramai RAYkat turut tertipu.

MR :  Ulang siar supaya rakyat sedar penipuan PH
Sumber:
Kekayaan negara RM2 trilion, ya? - Minda Rakyat

VIDEO PENJELASAN DSAI DALAM ZIKIR NURUL IZZAH SEMALAM : Anwar Ibrahim: Penghianatan Yang Besar Ini Sudah Bermula Lama

Monday, March 9, 2020

Sumber: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: VIDEO PENJELASAN DSAI DALAM ZIKIR NURUL IZZAH SEMALAM : Anwar Ibrahim: Penghianatan Yang Besar Ini Sudah Bermula Lama

Muhyiddin terhutang dengan Anwar?

Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa-peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri. Sudah tiba masanya saya merasakan rakyat perlu tahu supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai prinsip perjuangan dan pengorbanan yang diambil antara kedua-dua tokoh ini.

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Oleh kerana ketika itu Anwar Ibrahim masih di dalam penjara manakala Tun Mahathir pula sudah agak lanjut usianya maka Muhyiddin Yassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara Muhyiddin Yassin dengan Azmin Ali.

Muhyiddin telah menemui Anwar di mahkamah untuk mendapatkan persetujuan beliau. Janji Muhyiddin kepada Anwar, beliau akan menjadi Perdana Menteri (PM) untuk tempoh dua tahun saja dan kemudian akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan dan kembali semula ke Parlimen.

Anwar dengan berlapang dada bersetuju dan menyokong cadangan Muhyiddin. Anwar seterusnya meminta Muhyiddin membawa cadangan tersebut dan berbincang dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Lim Kit Siang juga difahamkan pernah mengusulkan nama Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke- 7 sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara.

Bagaimanapun, sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, Muhyiddin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.

Namun malangnya cadangan Muhyiddin itu tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong Tun Mahathir dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Setiausaha Politik Tun Mahathir iaitu Muhammad Zahid Mat Arip dengan Muhyiddin sehingga Tun Mahathir terpaksa mencelah.

Tun Mahathir meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan Anwar sendiri.

Perancangan awal Muhyiddin-Azmin inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-7. Di khabarkan Azmin dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.

Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan Tun Mahathir dan menyokong Muhyiddin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Peristiwa Kedua

Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, Tun Mahathir terus bertanya kepada Muhyiddin jawatan apakah yang beliau mahu.

Muhyiddin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. Tun Mahathir bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.

Setelah mendengar persetujuan dan janji Tun Mahathir itu, Muhyiddin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.

Sekembalinya Muhyiddin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan Tun Mahathir kepada Lim Guan Eng manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.

Muhyiddin bergegas bersemuka dengan Tun Mahathir lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2 namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur Tun Mahathir telah berjanji untuk melantik Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan Tun Mahathir, Muhyiddin lantas memberitahu kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.

Anwar dengan tekun dan penuh hormat meminta agar Muhyiddin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.

Kata Anwar, apa yang berlaku kepada Muhyiddin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.

Anwar berkali-kali meminta agar Muhyiddin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau. Pada ketika itulah Anwar berjanji akan melantik Muhyiddin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.

Peristiwa Ketiga

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan lalu apabila Tun Mahathir meminta Muhyiddin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana beliau mendapati tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang dan menyertai Bersatu. Matlamat akhir Tun Mahathir ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

Muhyiddin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya. Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan Tun Mahathir.

Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui Anwar, beliau bergegas menemui Muhyiddin dan berhujah menyanggah tindakan itu.

Kata Anwar, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.

Kata Anwar lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.

Hujah Anwar, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis. Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya Muhyiddin akur dengan hujah Anwar dan UMNO terselamat darpada diharamkan.Bayangkanlah dimana kedudukan Muhyiddin sekarang jika beliau mengikut nafsu amarah dan meletakkan jawatannya. Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan? Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah Muhyiddin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.

Maka Muhyiddin sewajarnya berterima kasih kepada Anwar kerana keikhlasan Anwar menasihati beliau. Bahkan seluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada Anwar kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan. Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara Anwar dengan Muhyiddin dan juga pemimpin politik yang lain. Sesungguhnya Ini adalah satu episod hitam yang benar-benar telah meninggalkan parut yang mendalam dalam sejarah tanah air kita yang tercinta.

“Bijak berpenchak langkah bertukar - Bijak berakal mengawal diri - Adat berhutang kami membayar - Adat berjanji kami tepati” Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ketua Penerangan PKR.

Sumber: 
Kongsikan artikel ini
at 3/09/2020 07:00:00 PG 
KERENGGA: Muhyiddin terhutang dengan Anwar?

Monday, March 9, 2020
Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur - Mufti Perlis
PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu pertemuan di kediaman Muhyiddin semalam. NSTP/Facebook DRMAZA

KUALA LUMPUR: Rakyat mahu kerajaan dianggotai menteri yang jujur, cekap dan tidak memusuhi perkara asas dalam negara terutama Islam serta tidak membuat kenyataan yang memperbodohkan mereka.

Perkara itu antara dibincangkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkunjung ke kediaman pemimpin negara itu, semalam. Mohd Asri berkata, apa yang menggembirakan adalah beliau dimaklumkan Perdana Menteri bahawa senarai anggota kabinet nanti dalam kalangan mereka melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. “Saya juga dimaklumkan beliau meminta setiap yang akan menganggotai kabinet tidak membuat dakwaan palsu terhadap sijil yang dimiliki. “(Sebaliknya) setiap orang hendaklah menyatakan sijil pendidikan sebenar yang diperoleh,” katanya dalam hantaran di media sosial Facebooknya, hari ini.

Mohd Asri berkata, beliau juga memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa jika anggota kabinet bersih daripada rasuah dan berkualiti, ia menjadi hujah yang kuat. Katanya, beliau bersama rakyat lain menanti berita baik dan menyokong kerajaan baik demi kepentingan agama serta negara. “Saya bersama bersama rakyat marhaen lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” katanya. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah.
Sumber:
Ibnu Hasyim: Rakyat mahu Kabinet bersih, jujur - Mufti Perlis

MUHYIDDIN HARUS BERTEMU NAJIB.BUKAN MAHATHIR

Monday, March 9, 2020

Hasrat Muhyiddin Yassin untuk mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir Mohamad atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya buat waktu yang terdekat ini, sah tidak akan menjadi kenyataan. Tun Mahathir secara terbuka menolak hasrat Muhyiddin untuk berjumpa dengannya melalui sepucuk surat yang didedahkan oleh Ahli MPT Bersatu, Wan Saiful Wan Jan. Katanya, beliau tidak melihat ada keperluan untuk Muhyiddin berjumpa dengannya, melainkan jika Perdana Menteri sedia membuang pemimpin UMNO yang korup dalam gabungan kerajaan yang dipimpinnya.

Menurut Tun Mahathir, pendiriannya adalah sama iaitu menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO dan pemimpinnya yang rasuah. Dengan penolakan Tun Mahathir untuk Muhyiddin berjumpa dengannya itu, ini adalah sesuatu yang sungguh memalukan Perdana Menteri sebenarnya. Ia bukan saja kerana hasrat ingin berjumpa itu ditolak oleh Tun Mahathir, tetapi ini dengan sendirinya menunjukkan kelemahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Untuk apa Muhyiddin mahu berjumpa dengan Tun Mahathir kerana mereka berdua kini adalah musuh dari segi politik, malah beliau telah berjaya mengenepikan Ahli Parlimen Langkawi itu? 

Adakah Muhyiddin tiada kekuatan untuk mengurus negara ini? 

Lagi pula, setelah menjadi Perdana Menteri, tugas dan peranan Muhyiddin adalah kepada negara dan Perikatan Nasional, gabungan yang meletakkan sebagai ketua kerajaan yang baru, bukannya untuk berjumpa dan melayan Tun Mahathir? Lebih daripada itu, Tun Mahathir turut menuduh Muhyiddin sebagai pengkhianat dan merasakan Ahli Parlimen Pagoh itu telah mengkhianatinya. Maka, untuk apa lagi buat seorang pengkhianat ingin berjumpa dengan seseorang yang telah merasakan dirinya dikhianati. 

Adakah Muhyiddin kini rasa bersalah dan ingin meminta maaf kepada Tun Mahathir? 

Oleh kerana Muhyiddin telah meninggalkan PH dan mengkhianati Tun Mahathir, beliau tidak sepatutnya menoleh ke belakang untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu, setidak-tidaknya dalam waktu ini. Kalau ingin berjumpa juga, lebih sesuai dilakukan dalam tempoh enam bulan atau setahun yang akan datang. Jika tidak, berziarah sajalah ke rumah Tun Mahathir pada Hari Raya nanti atau berjumpa saja dalam mesyuarat Bersatu. 

Kalau ingin bertukar-tukar pandangan dan meminta nasihat berkaitan tugas sebagai Perdana Menteri, sesuai dengan kesanggupan sedia bekerjasama dengan UMNO, orang yang patut ditemui Muhyiddin ialah Najib Razak, bukan Tun Mahathir. Najib adalah kawan Muhyiddin sekarang ini, manakala Tun Mahathir adalah musuhnya. Untuk itu, jumpalah kawan terlebih dahulu. Kenapa Muhyiddin tak mahu berjumpa dengan Najib? Bukankah Najib juga bekas Perdana Menteri, sama seperti Tun Mahathir? Kalau Muhyiddin mahu berjumpa dengan Najib, bukan saja permintaannya tidak mungkin ditolak, malah beliau juga tidak perlu menulis surat untuk tujuan itu. Pakai ‘Whatsapp’ saja pun tentu Najib tiada masalah untuk berjumpa dengannya. 

Malah, kalau Muhyiddin tidak mahu menghantar ‘Whatsapp’ sendiri kepada Najib, tentu bila-bila masa saja Wan Saiful sedia mengambil alih peranan itu. Maklumlah, bila PH bukan lagi jadi kerajaan, Wan Saiful pun tiada kerja lagi kerana jawatan sebagai Pengerusi PTPTN yang disandangnya sudah berakhir dengan sendirinya. (ShahbudinHusin 09/03/2020)

Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MUHYIDDIN HARUS BERTEMU NAJIB.BUKAN MAHATHIR

PAKATAN HARAPAN HADAPI SERANGAN TIGA PENJURU

Monday, March 9, 2020
Zamzuri Ardani

Pertama, serangan dari luar dengan peluru kebencian kaum dan agama dengan naratif 'kerajaan DAP'.  Ramai pemimpin Bersatu yang tidak mampu bertahan dengan peluru yang bertubi-tubi bila berhadapan dengan serangan ini dan mahu keluar dari PH. Malah TSMY sendiri beberapa kali cuba meyakinkan Mat Sabu dan beberapa pimpinan Melayu di dalam PH supaya menyingkir DAP dari kerajaan sejak setahun lepas lagi.  Saya fikir, di waktu inilah beberapa pemimpin Melayu PH sudah mula membina hubungan dengan Umno dan PAS.

Kedua, serangan dari dalam oleh kalangan yang mengaku dari kem DSAI dengan menyerang Tun M dan membina kebencian ke atas Tun M. Mereka ini tidak pernah mendapat restu DSAI.  Pun begitu, mereka berjaya menimbulkan ketegangan di dalam PH sehingga Majlis Presiden pada 21 Feb berjaya memadamkan ketegangan ini. Malangnya, kejayaan ini tidak mampu bertahan lama kerana masih ada unsur sabotaj dalaman parti.

Ketiga, serangan dari dalam juga dari kalangan yang mengaku dari kem Tun M menyerang DSAI kononnya DSAI mahu merampas kuasa dari Tun M.  Hakikatnya, gerakan ini juga tiada mendapat restu dari Tun M, tetapi berjaya sedikit sebanyak membina kecurigaan Tun M dan pemimpin Bersatu terhadap DSAI.  

Azmin Ali menumpang gelombang serangan ini untuk agenda peribadi sendiri.  Kemuncak serangan dari penjuru ini ialah Langkah Sheraton pada 23 Februari lepas.

Ramai juga penyokong PH yang sebenarnya terperangkap dengan serangan 3 penjuru ke atas PH ini. Malah ada yang secara tidak sedar turut berada dalam posisi menyerang PH dari salah satu dari 3 penjuru tadi.  Saya tidak mahu kata mereka ini naif ... tapi bagi saya mereka terlalu mendedahkan diri mereka dengan politik prasangka.  Mereka membuat kesimpulan berasaskan andaian tanpa asas fakta yang kukuh.

Saya agak bernasib kerana terdedah dengan beberapa maklumat yang seimbang secara terus dari pimpinan politik PH dan ini banyak juga membantu saya mengambil pendirian dalam politik. 

Saya akui, pemikiran politik di dalam PH sangat rencam. Cabaran besar adalah menguruskan kerencaman ini. Ia tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa proses rundingan, persefahaman, dan sikap lapang dada.

Melihat suasana ini saya percaya politik benci, dendam, dan permusuhan peribadi tiada tempat dalam ruang politik Pakatan Harapan.  Pakatan Harapan perlu terus menjadi medan yang subur untuk kepelbagaian pemikiran politik untuk hidup dan berjuang bersama.

Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PAKATAN HARAPAN HADAPI SERANGAN TIGA PENJURU

PENGAKUAN TUN DR MAHATHIR: PAKATAN HARAPAN PUNCA

Ràas Al Gul Monday, March 9, 2020

Inilah tiga pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau sampaikan di Majlis Kenduri Rakyat bersempena perkahwinan anak Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir di Dewan Wawasan, Jitra, hari ini:

(1) Terbentuknya kerajaan baru yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah berpunca daripada tindakan Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(2) Tun Dr Mahathir tiada masalah untuk BERSATU keluar dari Pakatan Harapan, tetapi ia hanya boleh dilakukan setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

(3) Tun Dr Mahathir sememangnya tiada masalah untuk BERSATU bekerjasama dengan PAS, hanya kerjasama secara en bloc dengan UMNO sahaja beliau sukar terima.

Inilah pula petikan ucapan Tun Dr Mahathir di Majlis Kenduri Rakyat tersebut:

“Saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah, satu hari saya letak jawatan, pada masa itu nak buat apa buatlah. Tapi dia kata: Sekarang ini, mesti buat sekarang ini, mesti kerjasama dengan Najib dengan UMNO. Dulu kita benci kepada Najib pasal dia curi duit. Dia sedang dibicara pasal curi duit banyak. Bukan seringgit dua ringgit, bilion-bilion ringgit duit kita dicuri. Macam manalah saya nak kerjasama dengan Najib?”

“Jadi saya kata kat Muhyiddin: Tunggulah. Tetapi dia tak mahu tunggu. Dia nak sekarang jugak. Kita mesti singkir apanama Pakatan Harapan, kita keluar daripada Pakatan Harapan, dan kita dirikan kerajaan Melayu kononnya dengan UMNO. Saya kerjasama dengan PAS tak apa jugaklah. Tapi nak kerjasama dengan UMNO saya sukar. Pasal kita baru saja kalahkan UMNO pasal dia dirikan kerajaan kleptokrat. Nak terima Najib semula yang bermusuh dengan kita susah bagi saya.”

“Walaupun demikian, apabila saya dapati parti Pakatan Harapan ini tiba-tiba tak namakan saya sebagai calon mereka, mereka namakan Datuk Seri Anwar sebagai calon mereka dan kerana itu saya kalah. Saya tak dapat majoriti. Anwar pun tak dapat majoriti jugak. Kalau parti Pakatan Harapan ini bagi sokongan kepada saya saya tak kalah. Tapi dalam politik ini kita tak taulah apa fikiran apa tindakan.”

Ada sesiapa yang mahu kata BERSATU masih boleh kekal dengan Pakatan Harapan?

Betullah tu PH pernah namakan Dsai utk PM pasal meetg last tu Tun x dtg meetg pasal Bersatu dah kluar dri PH..pda pndangan aku kat situ dah brlaku salah faham, PH ingat Tun dah x ingin bersama PH, tp mgkin pda Tun Bersatu dah kluar PH jadi dia x diperlukan lgi dlm meeting PH..keadaan masa yg x mengizinkan, kputusan perlukan segera, maka PH trpaksa menamakan Dsai as a PM..n then after PH dpt kpastian Tun masih kekal pndirian x mahu join My n kleptokrat, PH deal balik ngan Tun..tu yg last skali PH n Tun namakan Tun balik n kumpul SD tp dah x sempat, Agong da x mahu jumpa pasal pagi tu jgak nak ade mjlis angkat sumpah...


Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: PENGAKUAN TUN DR MAHATHIR: PAKATAN HARAPAN PUNCA

Makin melampau si Atuk ni

Ahmad Zulfadzli Monday, March 9, 2020

Mula2 dia tembak DSAI dalam satu meeting Bersatu yg videonya viral di page Amanah. Kemudian dalam majlis kahwin cucu dia, dia hentam DSAI konon nak jd PM dan menyebabkan atuk tk dpt sokongan penuh MP PH. Kalini dia hentam DSAI lagi dalam siri jelajah Bersatu utk terangkan kronologi khianat kpd rakyat

Da makin melampau da. DSAI kalau masih berdiam diri, memang sah bodoh! At least orang2 DSAI kena lawan balik statement atuk. Updated: Aku baru je tengok video penerangan DSAI... kalau di page rasmi Anwar Ibrahim , pegi ke video yg ade majlis zikir tu, scroll ke minit 18 sehingga ke minit 24. Atau tengok link ni, https://youtu.be/0bj2cpasqV0 Nampaknya DSAI da jelaskan tohmahan dan tuduhan dari Atuk. Nampak yg DSAI mcm perli Atuk sebagai Dewa PutarBelit


Sumber:
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Makin melampau si Atuk ni








Wajar dak SIS diharamkan. Guna nama Islam tetapi banyak canggahannya. Astaghfirullahalazim. Nauzubillahminzalik.
Sambutan hari wanita dicemari dengan LGBT

Sambutan hari wanita semalam dicemari dgn perarakan yg dilakukan oleh golongan sesat lagi menyesatkan dari kalangan El Gi Bi Ti yg di pelopori oleh Sister In islam (SIS)

Sepanduk² yg tertulis pelbagai isyarat diangkat dan dilaungkan oleh mereka bagi menunjukkan betapa solidaritinya mereka atas perkara yg ditegah dan dilarang oleh agama Islam dan undang² negara

Ambe harap sangat kepala² mereka ini dpt ditahan dan diberikan hukuman atas kebiadapan mereka dan tindakan berani mereka dalam mencabar undang² dan kedaulatan Islam dan Negara

Malaysia tidak iktiraf golongan sesat ini, justeru ambe mendesak pihak berkuasa agama khususnya dan Kerajaan baru ini amnya, jangan tinggal diam dan jangan sesekali "berlunak" dengan mereka, Kerana mereka tak layak diberi "hati" tapi sangat layak utk menerima "kaki"




Usah biar mereka yg membawa misi jahat ini, terus selesa berada di Malaysia, kelak akan merosakkan seluruh pemikiran dan akidah anak bangsa umat Islam dan akan meranapkan Negara

Elakkan bumi Malaysia ditimpa bala
PU Syed
MR :  LGBT ni wanita ke?
Sumber: 
Sambutan hari wanita dicemari dengan LGBT - Minda Rakyat

Muhyiddin terlalu senyap, ahli-ahli parlimen, pelabur mula risau
March 9, 2020 6:24 am

“Pelantikan Muhyiddin tidak memberikan keyakinan kepada para pelabur susulan laporan yang mendakwa Perikatan Nasional tertubuh dengan majoriti tipis 114 kerusi parlimen. Ini memandangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mampu ditumbangkan begitu sahaja biarpun memiliki majoriti selesa 138 kerusi (Pakatan Harapan + WARISAN) di Dewan Rakyat” Raggie Jessy Rithaudeen

محي الدين ترلالو سڽڤ، اهلي-اهلي ڤرليمين، ڤلابور ريساو

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberikan begitu banyak keyakinan terhadap ahli-ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-8. 

Biarpun membuat perutusan khas sehari selepas mengangkat sumpah di Istana Negara, Muhyiddin memberikan persepsi berlaku ketidaktentuan dalam gabungan parti-parti yang kini diterajuinya apabila senyap terus selepas itu.

Perkara ini sudah pasti membimbangkan para pelabur yang masih tidak tahu halatuju kerajaan baru pimpinan Perikatan Nasional dan dasar-dasar yang bakal diterapkan ke dalam pentadbiran. 

Muhyiddin seharusnya prihatin terhadap keresahan para pelabur yang baru sahaja melepasi suatu tempoh ketidaktentuan bermula dengan desas-desus kerajaan pimpinan Pakatan Harapan akan runtuh. 

Kemelut yang melanda kemudiannya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Ahad 23 hb Febuari terus menyebabkan indeks utama FBM Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 2.68 peratus atau 41.14 mata kepada 1490.06 mata apabila pasaran saham dibuka hari berikutnya.

Empat hari kemudian, indeks jatuh terus 22.95 mata kepada 1,482.64, sekaligus menjadikannya perosotan paling teruk sejak tahun 2008.

Kesemua ini disebabkan aliran keluar dana bersih yang jauh mengatasi jualan bersih sebanyak lebih RM1.15 bilion berbanding RM447.9 juta pada minggu sebelumnya.

Pelantikan Muhyiddin pula tidak memberikan keyakinan kepada para pelabur susulan laporan yang mendakwa Perikatan Nasional tertubuh dengan majoriti tipis 114 kerusi parlimen. 

Ini memandangkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan mampu ditumbangkan begitu sahaja biarpun memiliki majoriti selesa 138 kerusi (Pakatan Harapan + WARISAN) di Dewan Rakyat.

Keruntuhan kerajaan yang lalu memberi petunjuk kepada para pelabur betapa rapuhnya kerajaan baru pimpinan Perikatan Nasional memandangkan ianya melibatkan sebilangan tertentu ahli parlimen yang membantu runtuhkan kerajaan lama.

Muhyiddin seharusnya mengeluarkan kenyataan polisi dan memberikan gambaran kasar halatuju kerajaan pimpinannya bagi mengurangkan ketidakyakinan di pasaran saham.

Kegagalan beliau berbuat demikian bukan hanya menimbulkan lebih banyak keraguan di kalangan para pelabur, ianya turut akan membimbangkan ahli-ahli parlimen yang mungkin akan mengorak langkah untuk berunding dengan rakan-rakan mereka di Pakatan Harapan demi menjaga kepentingan masing-masing.

Sumber:
Muhyiddin terlalu senyap, ahli-ahli parlimen, pelabur mula risau – The Third Force




Tiada ulasan: