Khamis, 12 Mac 2020

Jalan-jalan kehidupan. 9916


Soalan

Assalamualaikum Dato' Mufti.
Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat, adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato' Mufti. Terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (pencuci tangan) ketika hendak melakukan solat. Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (pencuci tangan) itu sendiri.

Hand Sanitizer (Pencuci Tangan)

Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.

Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.[1]

Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.

Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitize (pencuci tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333 ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515 ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417 ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]

Hukum Penggunaan Alkohol

Menuru jumhur ulama, alkohol merupakan najis kerana ia termasuk di dalam cecair yang memabukkan. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/183-184). Ini seperti hadis yang diriwayat oleh Ibnu Umar RA, sabda Nabi SAW:

كُلَّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ وَأَنَّ كُلَّ خَمْرٍ حَرَامٌ

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)

Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya. Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpamanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. 

Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal. Tapai halal dimakan.

Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Begitu juga boleh rujuk artikel di laman web PMWP yang bertajuk IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-185: MENGGUNAKAN ALKOHOL SWAB DAN MINYAK WANGI BERALKOHOL untuk maklumat lebih lanjut.

Kesimpulan

Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (pencuci tangan) semasa melakukan solat. Adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya?

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis. Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.

Wallahua'lam

S.S. Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Diterbitkan : 1 Mac 2020

Sifat Allah: Apakah hanya Tujuh atau Dua Puluh? (Bag. 1)
sukarja, Check Porsi Haji App. - 14 minutes ago
Di antara ilmu yang paling agung dan paling mulia adalah ilmu tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Ta’ala (tauhid asmaa’ wa shifaat). Hal ini sebagaimana yang telah kami uraikan panjang lebar di serial tulisan sebelumnya. [1] Masalah aqidah, termasuk dalam masalah tauhid asmaa’ wa shifaat, haruslah diambil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, sesuai dengan pemahaman generasi terbaik umat ini, yaitu para sahabat Nabi shallallahu … Continue reading Sifat Allah: Apakah hanya Tujuh atau Dua Puluh? (Bag. 1)

Larangan Terhadap Nama dan Sifat Allah
sukarja, Check Porsi Haji App. - 14 minutes ago
Keyakinan yang Benar Tentang Nama Allah Seorang mukmin harus memilik keyakinan yang benar tentang nama dan sifat Allah. Keyakinan yang benar tentang tauhid asma’ wa shifat ini dijelaskan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah : “Termasuk keimanan kepada Allah adalah beriman terhadap sifat-sifat Allah yang telah Allah tetapkan untuk diri-Nya sendiri dan juga yang Rasulullah tetapkan untuk Allah tanpa melakukan tahrif, ta’thil, tamtsil, … Continue reading Larangan Terhadap Nama dan Sifat Allah

Sunnah bersin menutup muka
azrul hakimie, Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 17 minutes ago
ANTARA Sunnah Nabi S.A.W ketika bersin ialah menutup wajah baginda dengan kain atau tangan. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ “Sesungguhnya Nabi s.a.w itu apabila bersin menutup wajahnya dengan tangannya ataupun kainnya. Baginda juga merendahkan suaranya … The post Sunnah bersin menutup muka appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Kaum Quraisy Era Milenial
Sodikin, Islampos - 24 minutes ago
"Menutup aurat itu butuh dana. Kamu mau bayarin baju dan kerudung saya?" The post Kaum Quraisy Era Milenial appeared first on Islampos.

Sukan Lahirkan Mukmin Yang Taat.. Perlu Ikut Syariat.
Ibnu Hasyim, Ibnu Hasyim - 38 minutes ago
*SUKAN* *TAIPING*: Penyertaan anak-anak dalam aktiviti sukan bukan semata-mata mengejar kejayaan nombor satu atau menjadi juara sahaja, tetapi lebih besar daripada itu adalah mendidik mereka menjadi Mukmin yang mentaati perintah Allah S.W.T. Ketua Pengarah Jabatan SRITI Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, penting untul difahami bahawa menjadi Mukmin yang sihat itu adalah perintah daripada Allah S.W.T dan dituntut oleh Rasulullah S.A.W. “Kita harap guru-guru dapat terapkan kepada murid-murid bahawa aktiviti sukan adalah salah satu daripada ibadah yang diperintah Allah S.W...

5 Arti Mimpi dari Perspektif Psikologi dan Islami, Beserta Sumber Mimpi
editor@merdeka.com (Editor), Merdeka.com - 1 hour ago
Arti mimpi terkadang bisa mengartikan dalam banyak hal, hingga para psikolog dari Amerika menggunakannya sebagai terapi pengobatan. Beberapa di antaranya telah dipublikasikan dalam website resmi American Psychological Association.

5 Makanan yang Membantu Anda Berhenti Merokok, Konsumsi Buah-buahan hingga Sayuran

Tribunnews.com - 23 minutes ago
Berikut ini daftar lima makanan yang dapat membantumu berhenti merokok. Simal ulasannya di sini!


Doa mohon perlindungan dari Allah. Aamiin.
Unknown, Ahmad Sanusi Husain.Com - 42 minutes ago




Tiada ulasan: