Memaparkan catatan dengan label Ketentuan dan takdir ILLAHI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketentuan dan takdir ILLAHI. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2020

Teristimewa.9856


Aku pernah tanya tapi dijawab sekolahkan aje ke sekolah arab... Maka Allah takdirkan tersindirlah aku dan sejak itu aku tidak pernah bertanya lagi dengan orang itu... ku coba.


Cantik. 9855


Kisah berpuluh tahun yang lalu. Aku pernah Solat Subuh berjamaah yang aku cita-citakan sejak beberapa hari yang lepas dan aku tidak sabar menunggu jelang subuh itu. Aku kena sound Mimpi apa kau boleh datang masjid hari ini.” Maka itulah pertama dan terakhir aku Solat Subuh Berjamaah di masjid lama itu sehingga masjid itu dirobohkan dan diganti baru... 

Firman Allah:

وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
Maksudnya: “Dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.” (QS. al-Isra : 85) 

Tinta emas di bakul sampah. 9854


Ketentuan dan Takdir Illahi. 

Kisah di bawah mengingatkan aku bagaimana borang permohonan kenaikan pangkat Allahyarhamah Isteri aku dibakul sampahkan. Dengan izin Allah wife aku ternampak, sebab kenal tulisan tangannya di kertas dalam bakul sampah dan borang itu wife aku jumpa dan kutip semula. Sepulang ke rumah dengan luluh hati, betapa sabarnya beliau. Beliau mengadu dengan aku. Aku say serah pada Allah, bukan rezeki kita. Puncanya kelulusan wife aku adalah yang tertinggi waktu itu dari di kalangan bos dan rakan-rakan setugasnya di Perkhidmatan Awam tersebut. Beberapa tahun sebelumnya Pengesahan Jawatan wife aku yang di hantar ke Jabatan pun telah dinafikan dengan alasan TIDAK LAYAK. 

Al Fatihah. Dengan izin Allah layakanlah wife aku ke Syurga Ya Allah. 

Sunday, March 1, 2020

A Samad Said bercita-cita ingin mati atas sejadah
A Samad Said bercita-cita ingin mati atas sejadah: MUKADIMAH Tidak ramai yang tahu kisah bagaimana surat Datuk Seri A Samad Said kepada Said Zahari dibuang ke lantai oleh Pengarang akhbar Utusan Melayu itu semata-mata kerana meminta gajinya dinaikkan RM10 sebulan. Kejadian itu berlaku pada awal tahun 1960-an. Kepayahan hidup seperti itu adalah sebahagian daripada pengalaman yang terpancar dalam karya-karya Sasterawan Negara itu, bermula daripada novel Salina sampailah karya puisi Al-Amin.

https://www.sinarharian.com.my/article/72026/BERITA/Nasional/A-Samad-Said-bercita-cita-ingin-mati-atas-sejadah