Khamis, 28 Februari 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah. 138


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
17 RABIULAKHIR 1434 (28 FEBRUARI 2013)

Aku terpanggil untuk mengajak pengunjung sama-sama berkongsi membaca post di bawah yang aku perolehi dari blog ADDIN DEEN bertarikh 28 Februari, 2013. Sama-sama memikirkan adakah benar berita ini atau sekadar mainan politik. 

Andai perkara ini sekadar mainan politik, bagaimana perasaan penama-penama yang terdakwa dan waris penama yang sudah meninggal dunia. Wajarkah sekadar menafikan dan mendakwa pula orang lain yang melakukan atau tergerak untuk mendakwa di mahkamah, untuk menentukan kebenaran. 

Jika benar perkara ini terjadi, apakah kesannya pada hari sebelumnya, ketika ini dan akan datang kepada hak WARGA TULIN Malaysia, Bangsa Melayu dan Agama Islam?., DAN Generasi Akan Datang Warga Tulin Malaysia. Sanggup berkongsikah Warga Tulin dengan Warga Palsu/Warga Segera, tentang segala hak sebagai Rakyat Malaysia?.


==============================================

28 Februari, 2013

Kisah Sebenar Di Sebalik Projek IC Sabah


Pendedahan oleh Puan Siti Aminah Binti Mahmud hari ini membuktikan bahawa pemimpinn UMNO – BN adalah pengkhianat negara yang sebenarnya.Di bawah projek IC inilah kerakyatan diberikan sewenang – wenangnya terhadap warga Filipina dan Indonesia. Bukan itu sahaja, malah status bangsa sebagai ‘Melayu’ dan agama sebagai ‘Islam’ dikurniakan atas arahan pemimpin yang terlibat sekitar tahun 1990 sehingga 1994 iaitu Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tan Sri Megat Junid dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Puan Siti Aminah yang terlibat dalam usaha kempen dan mempengaruhi penduduk Sabah untuk menyokong UMNO – BN ketika itu menyaksikan bahawa petugas – petugas UMNO – BN dikerahkan untuk mengedar borang pendaftaran kad pengenalan (borang dari Jabatan Pendaftaran Negara), mendapatkan butiran penduduk, mengambil gambar passport dan cap jari.

Maklumat yang diperoleh ini akan diserahkan kepada pegawai – pegawai di JPN di merata Sabah. Kad pengenalan dengan kod 03 ( projek IC ketika era Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh, bekas Ketua Menteri Sabah), 04 dan 05 ( projek IC era Tun Mahathir ) akan siap dalam tempoh yang singkat dan dihantar kepada ketua kampong sesebuah kawasan.

Pun begitu, beliau yang hanya berurusan dengan Pejabat Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, ditangkap pada 20 September 1995 di Johor Bahru dan ditahan di IPD Johor Bahru kemudian di hantar ke Bukit Aman dan ditahan selama 60 hari sebelum diheret ke ISA selama dua tahun.Ibarat Ikan jerung dilepaskan, ikan bilis yang ditangkap.

Kesemua petugas yang terlibat seramai 127 orang dimasukkan ke ISA kecuali Ketua Pengarah JPN Sabah ketika itu, hanya ditukarkan ke Negeri Kelantan. Bagaimana pula dengan pemimpin UMNO – BN yang memberi arahan ini?Bagaimana lagi pemimpin UMNO – BN ingin menafikan penglibatan Tun Mahathir dalam memalsukan dokumen pengenalan rakyat asing?

Ini merupakan isu serius yang melibatkan keselamatan Negara, malah menggadai kesucian agama dan kehormatan bangsa.Saya mendesak agar Tun Mahathir dan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin disiasat segera dan dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan khianat serta mencabuli kedaulatan Negara dan menafikan hak rakyat Sabah yang tulen.


Zuraida Kamaruddin

Ahli Parlimen Ampang
=========================================================================

Pembangkang hanya pandai tabur janji: Dr M
 

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, manifesto pakatan pembangkang membuktikan mereka hanya tahu menabur janji, tetapi tidak tahu mentadbir.

Bekas Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu memastikan sumber pendapatan stabil dan tidak berbelanja melebihi kemampuan atau negara boleh muflis. Katanya, jika semua benda dimansuhkan seperti dalam manifesto ‘janji populis’ pembangkang, perbelanjaan negara akan melebihi pendapatan dan akan merugikan rakyat.

“Ini manifesto orang tak tahu (tadbir) kerajaan. Kerajaan perlu ada wang dan perlu kuatkuasakan undang-undang. Kalau semua punca pendapatan termasuk cukai pendapatan, tol dan sebagainya kita hapuskan, pendapatan kerajaan akan berkurangan. “Sebaliknya, kita nak belanja lebih untuk buat jalan, selenggara jalan, sekolah dan sebagainya dan belanja kerajaan akan meningkat. Inilah yang berlaku kepada Greece dan Amerika Syarikat.

“Mereka belanja lebih daripada pendapatan, akhirnya negara akan bankrap dan rakyat akan menderita,” katanya kepada BH selepas sesi rakaman video Persatuan Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) sempena majlis makan malam pemakaian pangkat ‘Master Foreign Going’ kepada Dr Mahathir di Yayasan Al Bukhary, di sini semalam.

Manifesto pakatan pembangkang antara lain menjanjikan penurunan harga minyak, menghapuskan tol, memberikan pendidikan percuma, menurunkan tarif air dan elektrik dan pelbagai lagi janji yang disifatkan penganalisis ekonomi boleh membawa negara muflis jika dilaksanakan sepenuhnya. “Kerajaan diharap tidak mengikut cara ini sebab bagi mereka (pembangkang), kalah tak apa, kalau menang mereka kata manifesto bukan janji seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor). Mereka hanya akan dapat kuasa dan rosakkan negara,” kata Dr Mahathir.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: