Rabu, 27 Februari 2013

Keutamaan Membaca Al-Quran. 136

Meja PECEQ
16 RABIULAKHIR 1434 (27 FEBRUARI 2013)

Keutamaan Membaca Al-Quran.
---------------------------
( Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
 

2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali.
 

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
 

4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
 

5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;- Dalam sembahyang - 100 kebajikan Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan Tanpa wudhuk - 10 kebajikan.
 

6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
 

7.Untuk selamat daripada api neraka.
 

8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
 

9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
 

10.Pembaca akan memperolehi keamanan.
 

11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
 

12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.


Wassalam.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..



Tiada ulasan: