Rabu, 27 Februari 2013

Tanah api air angin. 137


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
16 RABIULAKHIR 1434 (27 FEBRUARI 2013)

Buat garis pandu aje - bukan tepat pun. Kurang-kurang ini antara jalan untuk jadi seseorang yang lebih baik kerana Allah.

1) Tanah - Anak pertama, kelima & kesembilan
2) Air - Anak kedua, keenam & kesepuluh
3) Api - Anak ketiga, ketujuh & kesebelas
4) Angin - Anak keempat, kelapan & ke dua belas

TANAH
Individu yang tergolong dlm kategori ni dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu.  

Mungkin tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berperindian. Namun ini bukan bermaksud kamu perlu melakukan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakanlah setiap perubahan itu secara perlahan-lahan. kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa besifat tenang dan bijak mengimbangi emosi.

Apa kata, kamu kekalkan kedua-dua keperibadian positif dan perbaiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia in memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

AIR

Sesuai dengan unsurnya, individu yang tegolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang bejiwa agak sensitimental dan mudah mengeluarkan air mata.

Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih keseorangan... bolehlah mula mencari teman yang terdiri dalam kategori ini!.

API

Individu yang tergolong dalam kategori ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik.

Orang disekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari ketegori ini diaktakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

ANGIN

Bijak komunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disegani oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda.

Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin agak membimbangkan sesetengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tegolong dari unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

(Sebagai Garis Panduan Bimbingan Untuk BerMuhasabah Diri Kerana Allah S.W.T..)

Wassalamu. 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: