Sabtu, 2 Mac 2013

175. BN Cuba Tawan Semula Pulau Pinang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
Meja Peceq
19 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 02 Mac 2013.

BN cuba tawan semula Pulau Pinang

PULAU PINANG: Apabila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan di Malaysia, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan cuba sedayaupaya memenangi semula Pulau Pinang daripada perikatan pembangkang, Pakatan Rakyat (Pakatan).

BN yang diketuai oleh parti komponennya, Gerakan, telah memerintah Pulau Pinang selama 39 tahun sebelum ia mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu.

Pilihan raya akan datang juga dilihat sebagai ukur tara penting sokongan terhadap pemimpin Pakatan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di negerinya menyusuli pelbagai konflik yang melanda perikatan pembangkang itu selain tuduhan jenayah dan dakwaan kaitannya dengan video seks.

PRU-13 juga dianggap ujian populariti dua Anggota Parlimen (AP) - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Encik Tan Tee Beng.

Datuk Seri Zahrain memenangi kerusi parlimen Bayan Baru atas tiket PKR tetapi kemudian mengundurkan diri daripada parti itu pada tahun 2010.

Beliau kemudian menjadi AP bebas dan kemudian menyertai parti Umno semula pada Disember tahun lalu.
Encik Tan turut memenangi kerusi parlimen Nibong Tebal atas tiket PKR dan meninggalkan parti itu pada tahun 2010.

Beliau menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diketuai mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, tetapi kemudian berlaku perbalahan dalam parti itu dan beliau menjadi AP bebas.

Kedua-dua Datuk Seri Zahrain dan Encik Tan telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRU-13.

Terdapat spekulasi bahawa Encik Tan mungkin bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga atau Pulau Tikus atau kerusi parlimen Bukit Bendera.

Terdapat 40 kerusi DUN - dengan 18 kerusi di pulau itu sendiri dan 22 kerusi di tanah besar - dan 13 kerusi parlimen bagi negeri Pulau Pinang. - The Star.

Sumber:  http://cyberita.asia1.com.sg/dunia/bn-cuba-tawan-semula-pulau-pinang







Tiada ulasan: