بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
•
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
•
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
•
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
•
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
•
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
•
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku.
Meja Peceq
19 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 02 Mac 2013.

20 Feb 2013
Warisan Rasulullah S.A.W..
Nabi Muhammad saw memaparkan nilai-nilai terpuji dan ketabahan tinggi yang patut jadi ikutan semua
NABI Muhammad saw diutuskan sebagai rahmat kepada sekelian alam dan sebagai anugerah kepada umat manusia.
Baginda adalah cerminan hidup kepada kandungan Al-Quran menerusi manifestasi lahiriah kepada nilai-nilai yang terkandung dalam Al-Quran. Ini dapat dilihat dalam setiap aspek kehidupan baginda, terutamanya menerusi keperibadian dan keluhuran budinya.
Rasulullah saw mengkhabarkan kepada kita bahawa perutusannya ke dunia ini adalah untuk membawa kesempurnan ahklak dan perilaku.
Allah swt telah memberikan panduan dan bimbingan kepada umat manusia bermula dengan perutusan para Nabi dan Rasul yang dipilih di kalangan hamba-hamba-Nya bagi menyediakan petunjuk berterusan bagi membolehkan umat manusia menjalani kehidupan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Nabi Muhammad diutuskan sebagai Nabi dan Rasul terakhir yang diberikan wahyu Ilahi bagi membimbing umat manusia sepanjang zaman. Wahyu terakhir ini merupakan panduan hidup yang relevan, merintasi zaman dan keadaan.
Kita ditinggalkan dengan dua warisan agung.
Baginda mengingatkan di dalam sabdanya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh kepada kededuanya, kamu tidak akan menjadi sesat, Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul-Nya (Sunnah Rasulullah)." (Hadis Riwayat Imam Al-Hakim).
Rasulullah saw mempamerkan contoh teladan yang menakjubkan. Ia memberi kita suntikan semangat mengikut jejak warisan insan pilihan ini.
Rasulullah adalah ayah, suami, teman, ketua negara, pembimbing kerohanian dan pelbagai lagi peranannya yang mengagumkan.
Al-Quran menerangkan bahawa "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21).
Sememangnya, riwayat hidup Rasulullah saw memaparkan nilai-nilai terpuji yang boleh terus dimanifestasikan dalam konteks sosio-budaya hari ini.
Baginda menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang hidupnya. Ia memberi gambaran jelas tentang nilai ketabahan yang tinggi dalam menghadapi cabaran itu.
Baginda dilahirkan tanpa ayah di sisi, menjadi yatim piatu dalam usia kecil, dan sepanjang hayatnya diuji dengan pemergian orang-orang tersayang termasuklah datuknya, pakciknya, isteri dan anak-anak baginda.
Dalam era awal keNabiannya, Rasullah saw terpaksa berdepan dengan reaksi negatif kaum Quraisy yang sebahagian besarnya menentang usaha dan dakwah Rasulullah saw. Beliau ditolak, dipulaukan dan ditindas oleh masyarkat yang telah banyak mendapat manfaat atas jasa dan keluhurannya.
Namun Rasulullah saw berjaya merintangi segala halangan dengan berdaya tahan dan kesabaran yang akhirnya memberikan kejayaan dalam menyebarkan wahyu terakhir kepada umat manusia.
Daya intelek Rasulullah, disertai dengan azam yang kuat, telah menghasilkan kejayaan dalam membangunkan masyarakat majmuk yang harmoni di Madinah.
Setiap anggota masyarakat daripada pelbagai kaum - masyarakat Islam, kaum Yahudi, Nasrani dan Majusi - telah diberikan hak sebagai anggota masyarakat Madinah.
Mesej Rasulullah saw mengenai keadilan, kemanusiaan, kepentingan ilmu telah membawa kepada anjakan paradigma di Semenanjung Tanah Arab yang berjaya membawa transformasi budaya, pemikiran dan sosial.
Dalam kehidupan masa kini yang dipenuhi pelbagai cabaran, sebaiknya kita kembali kepada contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Riwayat hidup baginda menyajikan pelbagai mutiara hikmah untuk dicontohi dan diteladani.
Cabaran yang kita hadapi bukan baru. Isu-isu seperti hak kemanusiaan, pembasmian kemiskian, penjagaan alam sekitar dan sebagainya telah dikupas dalam riwayat hidup Rasulullah saw. Kita boleh merenung dan mengambil iktibar.
Nabi Muhammad saw telah menyediakan nilai-nilai asasi yang mampu memberi panduan kepada umat manusia dalam menghadapi isu-isu sedemikian. Kehidupan baginda yang bersifat menyeluruh (Insan al-Kamil) mempamerkan pelbagai pengajaran yang boleh kita petik dalam mengamalkan intipati mesej yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw.
Nota: Penulis ialah pegawai Eksekutif di Pejabat Mufti, Muis. Artikel ini dibawakan oleh Pembelajaran Islam Dewasa (Adil). Sila lungsuri laman www.adil.sg bagi maklumat lanjut.

Sumber: Cyberita
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Firman Allah S.W.T., yang
bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan
jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.”
(Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).

Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
10-20-(30-40-50-60-70)-77
Tiada ulasan:
Catat Ulasan