Selasa, 23 April 2013

389. Tidak Berkenan.

Seruan kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang budiman kerana Allah S.W.T..
Dalam pergaulan seharian mungkin kita temui perkara-perkara diluar jangkaan kita. Umpamanya seperti perkara-perkara yang tidak pernah kita lakukan.

Terdapat sesetengah orang yang mengaku Islam tetapi gemar dan tidak segan silu serta langsung tidak ada rasa bersalah dan tanpa rasa malu apabila menceritakan perkara buruk yang dilakukan oleh orang yang telah kembali ke Rahmatullah, semasa hayatnya. Agaknya itulah sikap sebenar sebahagian Melayu yang telah meLayu atau dilayukan fitrah hidupnya.

Megahkah orang yang menceritakan keburukkan orang yang telah tiada. Orang yang tidak tahu jadi tahu perkara yang tidak baik. Kalau pun hendak dijadikan contoh sebagai pengetahuan dan pengajaran kepada yang masih hidup, bukankah ada cara dan adap sopannya, usahlah disebut nama. Tegur dalam hati sahaja yang aku mampu dengan berdoa kepada Allah S.W.T., supaya disedarkan orang itu akan salah laku perbuatannya itu. Kembali ke jalan yang lurus.

Mencela orang lain. Mencelakakan orang lain. Mengaibkan orang lain. Ya Allah Lindungilah aku dari melakukan perkara yang sedemikian.

Wassalam.
===================================================================
Peristiwa Perletakkan Hajar Aswad ( ini adalah urusan yang melibatkan Amanah; Siddiq; Tabligh; Fatonah )

Ketika Nabi Muhammad SAW berusia 35 tahun, kota Mekah dilanda banjir besar. Akibat banjir tersebut Kaabah menjadi rosak dan Hajar Aswad hanyut dari tempatnya. Orang-orang Mekah kemudian berusaha memperbaiki Kaabah dan mengembalikan Hajar Aswad ke tempatnya semula.

Setelah pembaikkan Kaabah selesai, terjadi perselisihan yang melibatkan antara empat suku kaum besar di Mekah. Mereka berebut untuk meletakkan Hajar Aswad, kerana masing-masing suku kaum mengaku paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad. Perselisihan itu tidak dapat di selesaikan. Tidak lama kemudian datang seorang Quraisy bernama Abu Ummayyah bin Mughirah Al Makhzumi. Dia berusaha meleraikan pertikaian keempat-empat suku kaum tersebut, tetapi tidak berhasil.

Kemudian Abu Ummayah mengusulkan agar perselisihan tersebut diselesaikan oleh seorang hakim. Orang yang berhak menjadi hakim adalah orang yang pertama sekali masuk Masjidil Haram melalui pintu safa pada keesokan harinya.

Usul tersebut dipersetujui oleh para pemuka suku Quraisy. Ternyata orang yang pertama masuk melalui pintu safa adalah Nabi Muhammad SAW. Semua suku kaum bersetuju bahawa yang menjadi hakim untuk menyelesaikan pertikaian mereka adalah Nabi Muhammad SAW. Mereka juga percaya bahwa Nabi Muhammad SAW dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Nabi Muhammad SAW dikenali sebagai seorang yang jujur dan dapat memberikan keputusan yang adil, sehingga mereka percaya pada beliau. Nabi Muhammad SAW kemudian membentangkan serbannya di tanah dan meletakkan Hajar Aswad ditengahnya. Beliau meminta setiap para kepala suku kaum untuk memegang hujung serban dan mengangkatnya bersama-sama.

Kemudian Nabi Muhammad SAW mengambil Hajar Aswad dan meletakkan di tempatnya semula. Dengan demikian perselisihan dapat di selesaikan dengan baik. Para kepala suku merasa puashati dengan penyelesaian yang dilakukan Nabi Muhammad SAW.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan, pendapat amalan peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 


Tiada ulasan: