بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Aku akan menandakan pemimpin yang pertamanya Islam. Bila Islam dia, dia sudah layak untuk aku tandakan sebagai Pemimpin Kerajaan Malaysia selepas PRU ke 13 - 5 Mei 2013 ini nanti. Untuk engkau satu undi dari aku.
Aku tidak pedulikkan apa bangsa engkau, yang penting Islam. Setakat engkau Melayu so sorry untuk aku tandakan di pilihan raya itu nanti. Aku tengok ramai pemimpin mengaku Melayu, tapi jauh panggang dari api, bila dinilai dari segi kata-katanya, yang pada aku langsung tersasar dari mengikut acuan dan wadah Islam.
Engkau gunakan ruang selesa engkau, sebab engkau Melayu, mengata, mencaci, adu dumba lagi, membuka aib individu, mengupah dan pelbagai tingkah laku durjana amalan jin laknatullah. Pantang orang lain buat silap, habis engkau jadikan perkara itu sebagai kesempatan engkau.
Senang kata engkau Melayu yang terperangkap dalam penyakit hasad dengki, yang merupakan barah penyakit Melayu turun temurun. Contohnya ... Penyakit Hasad Dengki menjauhkan aku dari Allah S.W.T..nauzubillah minzaliq.
Penyakit Hasad Dengki, kesannya "nauzubillah minzaliq". Dahsyat. Pelakunya boleh selamba, boleh berbual-bual macam biasa, macam tidak ada apa-apa yang berlaku kepada orang yang menjadi mangsanya, angkara perbuatan durjananya. Pendek kata boleh dapat gelaran pelakon yang hebatlah.
Siap ada yang menggubah penyakit hasad dengki ini sebagai Phd. Kira pangkal nama dapat gelaran "Dr". Tetapi yang ini tidak sesekali layak untuk gelaran tersebut, sebab hasad dengki terbukti menjadi penyakit yang paling utama menjahanamkan Melayu.
Penyakit hasad dengki sudah menjadi satu kelemahan Melayu. Sedar atau tidak musuh-musuh Melayu, mengambil kesempatan mempergunakan sikap hasad dengki yang sudah sebati dengan Melayu, sebagai satu cara untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. Musuh-musuh Melayu akan memperalatkan seorang Melayu untuk menjahanamkan Melayu yang lain.
Dalam penyakit hasad dengki ini terisilah didalamnya perbuatan memfitnah. Fitnah bahasa mudahnya ialah membuat berita bohong dan termasuklah penyebaran berita bohong .
Merujuk kepada Perundangan Islam yang menjadi pegangan majoriti Melayu, sipembuat fitnah dan penyebarnya, hukumnya bagaimana....Allah S.W.T, berfirman yang bermaksud , "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ." al-Baqarah (2): 191
Para Ulama mentafsirkan fitnah di dalam ayat ini dengan beberapa . . . engkau sambunglah baca di entry aku No: 030. Penyakit Hasad Dengki. (klik tulisan biru - aku sudah setting untuk mudah ke entry tersebut).
Tentu kalau engkau Melayu, engkau merasa marah sebab aku bahasakan diri "aku" dan engkau kepada "engkau" lah, alasan engkau, engkau ada gelaran tun, tan sri, datuk, tuan dan pelbagai macam gelaran rekaan manusia Melayu. Engkau kata aku biadap dan pelbagai.
Allah S.W.T.. dalam Al Quran pun guna bahasa "Aku" untuk Dia Allah S.W.T., dan "engkau" kepada makhluk ciptaanNya. Kalau engkau Melayu, engkau marah aku, bahasakan engkau itu engkau dan aku ini aku, engkau itu siapa berbanding dengan Allah S.W.T.. Tuhan Yang Maha Esa serta Pencipta alam dan Pemilik sekelian isi alam.
Selama engkau berkuasa, jadi itu jadi ini, aku sentiasa mendoakan engkau untuk kembali ke jalan yang lurus, jalan yang benar yang diredhai Allah S.W.T.. Tetapi aku tengok engkau langsung tidak berubah. Agaknya engkau jenis Melayu mudah lupa yang akhir-akhir ini engkau termasuk Melayu yang sudah lupus sebab banyak perkara sudah tak ingat.
Untuk mana yang calon-calonnya orang kafir, aku cadangkan pengundi-pengundi semua baca 3 entry sebelum entry ini iaitu entry No: 433, entry No: 432 dan entry No: 431. (Klik tulisan biru untuk ke entry tersebut). Jadi engkau orang semua tahulah hendak pilih calon yang macam mana?.
Jadi kalau engkau di antara yang menang, engkau hormatilah Islam. Yang jiwa Islam menang, engkau jangan jadi seperti Melayu lupa daratan. Mana yang salah engkau bawa pesalah itu ke muka pengadilan. Berat tanggung-jawab engkau sebagai pemimpin. Sebab engkau Islam. Lama sudah aku berdoa kepada Allah S.W.T.. berilah kemenangan kepada orang Islam dan mereka yang bersekutu dengan Islam.
Untuk mereka aku doakan Allah S.W.T., limpahkan Nur Islam supaya mereka nampak dan jelas tentang Islam yang sebenar-benarnya. Amin Ya Rob.
PALSUKAH KENYATAAN INI?.
pECEq. Aku hamba Allah S.W.T.. memohon maaf kepada semua tetamu hamba Allah S.W.T.. Marilah kita sama-sama berdoa dan memohon ampun kepada Allah S.W.T.. berdoa untuk pelindungan, kerahmatan, keredhaan, keberkatan dan sebagainya dari Allah S.W.T.. Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. Amin Ya Rob.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan