Rabu, 29 Mei 2013

541. Mencari nama dengan membohongi fakta sejarah Singapura 1950.

BAB 1: Matlamat tidak menghalalkan cara. Sumbangan Pejuang Melayu Singapura dan Pejuang
             Melayu Tanah Melayu 1950., kecuali atas nama Umno.

UMNO tidak terbabit pertahan akidah Natrah. (Menyanggah Muhyiddin)
Orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah Natrah, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu (1946 Umno ditubuhkan), yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS,"

Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS sebagai Presiden Pertama PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas hasutan UMNO terhadap pihak British kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura

Dr. Burhanuddin al-Helmi sendiri pernah berdepan dgn Tunku Abdul Rahman secara face to face dalam mencari penyelesaian bagi menyelamatkan Akidah Natrah..

"Hang dengan aku kena turun bersama-sama dengan rakyat bagi mempertahankan akidah anak kecil tu... kalau hang masih dok sembunyi kat belakang British, hang jawablah depan Allah di Padang Mahsyar nanti... bagi aku hang ni cuma takat jadi tukang sarung sepatu Inggeris ja.. Hina sungguh orang macam hang ni..." - ujar Dr. Burhanuddin al- Helmy..

18 org muslim mati syahid ditembak oleh askar Inggeris yang berbangsa melayu ketika kes perhimpunan menyelamatkan akidah Natrah...

"Yang ditahan oleh penjajah adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan. kerana UMNO adalah Anjing perliharaan British...

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama UMNO juga adalah tidak berasas sama sekali," - TEUKU ZACHARYAH BIN TEUKU NYAK KHAIRY ISKANDAR..




Natrah (kiri) bersama Rokayah ketika melawat keluarga angkatnya pada tahun 1997 di Kampung Mak Chili Paya, Kemaman, Terengganu.





Sedikit maklumat tambahan tentang Natrah.

Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Sumber:
1). Kesatuan Melayu Muda.
2). Angkatan Pemuda Insaf
3). Angkatan Wanita Sedar.
4). Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi.
5). Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
6). Natrah
7). Mansor Adabi
8). Teuku Zacharyah bin Teuku Nyak Khairy Iskandar. ADMIN FB: Anak Muda Bangkit 
     Hancurkan umno
=======================================================================
Nota Admin:
Aku tahu kisah ini, sejak pernah membaca kisah tentang Natrah atau Nadrah tahun 1960an dulu. Walau pun aku masih lagi kecil waktu itu, aku masih ingat lagi semangat dan perasaan aku waktu itu. Terima kasih kepada pengarang kisah tersebut kerana menjadi antara individu yang berjaya meniupkan Semangat Islam dalam diri aku, waktu itu hingga kini. Andai mereka dan dia sudah tiada, muga Allah S.W.T., meRahmati rohnya dan mengurniakan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W..

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
UTREM.

Tiada ulasan: