TUMPAT: Ustaz Hamid Derani yang dikatakan ‘diculik’
empat hari lalu sebenarnya didatangi tiga lelaki yang mendakwa membawa
pesanan pemimpin tertinggi Umno.
Keluarganya ketika ditemui berkata, tiga lelaki terbabit datang dengan kereta mewah Estima dengan dibantu seorang pemimpin Umno cawangan untuk menemui Hamid.
“Isteri Hamid memberitahu pada awalnya tiga lelaki itu cuba mencari Hamid di Machang, namun tidak berjumpa. Kemudian mereka datang ke Wakaf Bharu dengan bantuan seorang pemimpin Umno.
“Hamid ketika pulang seketika di rumah memberitahu isterinya dia diminta menemui seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur,” katanya.
Anggota keluarganya itu berkata, selepas tiga hari berada di tempat yang tidak tahu di mana disyaki di Kuala Lumpur barulah Hamid menghubungi isterinya bagi memaklumkan dia selamat.
Abang Hamid, Ustaz Abdul Halim Abdul Ghani yakin pihak terbabit yang bersembunyi di sebalik kuasa politik cuba mengugut Hamid bagi menyokong BN kerana kelatangan ceramahnya sebelum ini.
“Saya yakin apa yang disebut Ustaz Hamid seperti disiarkan dalam televisyen dan akhbar dibuat kerana dipaksa.
“Mereka dipercayai menggunakan anggota keselamatan bagi membawa Hamid ke Kuala Lumpur bagi mencapai misi mereka. Saya meminta mereka melepaskan Hamid pulang kepada keluarganya bagi membolehkan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Perbuatan mereka itu jelas menyalahi hukum agama dan peraturan yang dicipta manusia sendiri,” katanya kesal.
Taktik yang digunakan menculik Hamid pernah digunakan Umno pada 1960-an, apabila menculik beberapa wakil rakyat PAS dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan./~harakahdaily
Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Politik - Kronologi Penculikan Ust.Hamid Derani http://ijoks2009.blogspot.com/2013/05/politik-kronologi-penculikan-usthamid.html#ixzz2SObkml5F
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan