PAUTAN: Mutakhir.
Keputusan majoriti undi PKR merosot.
KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
menyaksikan majoriti undi Parti Keadilan Rakyat (PKR) merosot meskipun
berjaya menambah empat lagi kerusi Parlimen menjadikan 30 kesemuanya
berbanding 26 kerusi pada pilihan raya umum 2008.
Pertambahan empat kerusi itu diperoleh daripada Batu Pahat, Johor, Bukit Katil di Melaka, Penampang di Sabah serta Miri di Sarawak.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun dapat mengekalkan kubu
kuatnya Permatang Pauh, tetapi pilihan raya umum kali ini menyaksikan
sokongan terhadap beliau merosot apabila meraih majoriti 11,721 undi
berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.
Turut tidak terkecuali anak Anwar, Nurul Izzah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang memperoleh undi yang merosot walaupun dapat mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai dan Gombak.
Nurul Izzah memperoleh majoriti tipis 1,847 undi mengalahkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berbanding PRU 2008 dengan majoriti 2,895 undi.
Mohamed Azmin pula memperoleh majoriti 4,734 undi daripada 6,867 undi yang diperolehnya pada PRU 2008.
Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Fuziah Salleh serta anggota Majlis Tertinggi PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berjaya menambah majoriti masing-masing di kerusi Parlimen Batu, Kuantan dan Bandar Tun Razak.
Muka baru yang ditonjolkan PKR iaitu Mohd Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi parti itu berjaya menawan kerusi Parlimen Pandan dengan majoriti 26,729 undi mengalahkan Lim Chin Yee daripada Barisan Nasional (BN) dan calon bebas, Tan Yew Leng.
Selain itu, tiga pemimpin utama PKR iaitu Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Chua Jui Meng dan Dr Abdul Aziz Bari tewas dalam percubaan mereka kali ini untuk merebut kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Segamat dan Sabak Bernam kepada calon BN.
PRU13 juga menyaksikan pakatan rakyat membentuk kerajaan di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Di Selangor, PKR memiliki 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen, Kelantan dengan satu kerusi DUN manakala Pulau Pinang dengan 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. - BERNAMA
- Berkait dengan pertambahan atau pengurangan majoriti - Data penuh pengundi yang hadir mengundi tidak
disertakan. Oleh yang demikian hal ini lebih kepada andaian. Ada perkara yang tersorok yang sepatutnya
dipaparkan sebagai pelengkap ulasan.
- Kelantan dengan satu kerusi DUN - Hilang Data.

Saifuddin yang merupakan Setiausaha Agung PKR sebelum ini adalah
anggota Parlimen Machang dan Jui Meng pula adalah Naib Presiden dan juga
Pengerusi PKR Johor, menyertai PKR pada 2009 manakala Abdul Aziz adalah
bekas pensyarah Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) merupakan calon baru parti itu pada PRU13.
Pada pilihan raya umum kali ini, PKR bertanding 99 kerusi Parlimen
dan menang 30 kerusi berbanding PRU 2008, di mana parti itu bertanding
95 kerusi dan menang 31.
Bagaimanapun lima anggota Parlimen PKR bertindak keluar parti dan
menjadi anggota parlimen Bebas sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan
kerusi yang dimiliki PKR ialah 26 kerusi pada pilihan raya umum 2008.
PRU13 juga menyaksikan pakatan rakyat membentuk kerajaan di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Di Selangor, PKR memiliki 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan kerusi Parlimen, Kelantan dengan satu kerusi DUN manakala Pulau Pinang dengan 10 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen. - BERNAMA
Pandangan Admin:
- Berkait dengan pertambahan atau pengurangan majoriti - Data penuh pengundi yang hadir mengundi tidak
disertakan. Oleh yang demikian hal ini lebih kepada andaian. Ada perkara yang tersorok yang sepatutnya
dipaparkan sebagai pelengkap ulasan.
- Kelantan dengan satu kerusi DUN - Hilang Data.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan