Rabu, 8 Mei 2013

478. Muhasabah diri kerana Allah S.W.T..

                              Alhamdulillah syukur aku Ya Allah, bila melihat gambar dua kanak-kanak ini.

i). Selayang pandang: Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Lain padang, lain belalang. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Dek tidak kerana gerhana, tidaklah pungguk tersedar dari ayunan rindu palsunya terhadap bulan yang juga sepertinya ciptaan dan milik Allah S.W.T..

ii). Islam mengajar umatnya tanpa perlu ada sebesar zarah pun penyakit hasad dan dengki. Ternyata penyakit hasad dan dengki bukan hanya mampu menyebalkan dada tetapi lebih dari itu mampu memesongkan akidah umatNya yang lalai dan terpesona dengan tipu daya jin laknatullah.

Islam memiliki roh dengan tampungan dan perlindungan Allah S.W.T., untuk hambaNya yang sentiasa berusaha memperteguhkan dan menjaga imannya kepada Allah S.W.T..

Bangsa hanyalah nilai pemecahan golongan rekaan manusia yang suka berpecah belah dan yang langsung tidak punya roh untuk diketengahkan sebagai neraca untuk mendapatkan rahmat Allah S.W.T., dan shafaat Nabi Muhammad saw hingga ke penghidupan di akhirat kelak. APALAH HEBATNYA bangsa TANPA ROH ISLAM.

iii). Maha Suci Allah tempat aku hambaMu mengadu, merintih serta bersujud. Salahkah aku hambaMu Ya Allah, bertanya sambil mengadu kepadaMu Ya Allah, mengapa Engkau mengizinkan tempat sujud mereka kepadaMu, mampu dimusnahkan oleh golongan kafir laknatullah, tidak sebagai mana hancur hingga menjadi debu tentera abrahah hanya dengan kiriman burung ababilMu dan batu nerakaMu Ya Allah.
Ampunkan aku Ya Allah kerana Engkau mengizinkan untuk aku tahu Engkah Tuhan Yang Maha Pengampun Ya Allah.

iv). Untuk mereka yang sentiasa bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T., In Syaa Allah inilah antara dapatannya yang dikurniakan Allah S.W.T.. Allah Maha Pemurah.
v). Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Pemilik dan Pemberi Rezeki, aku bernawaitu mentarbiah diri sendiri kerana Allah S.W.T.. sehingga ke penghujung hayat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang Lagi Amat Mengasihani.

vi). Alhamdulillah bila seseorang sudah tiada barulah manusia itu lebih dikenang dan dihargai tinggalan serta warisan ilmunya kerana semasa hayatnya terlalu baik jiwa hayat roh Islamnya.

vii). Sebenarnya kenyataan itu ini adalah sebahagian atau salah satu di antara banyak punca yang menyebabkan tertimpanya pelbagai musibah gara-gara terjadinya peristiwa tersebut.

viii). Masing-masing berkepentingan dan sesetengahnya lebih rela menyembunyikan kebenaran?. Bersangka Baik tidak mudah bagi yang sentiasa lalai dengan Perentah dan Larangan Allah S.W.T.. sama ada dari penguasanya, pemerentahnya, kerajaannya dan rakyat jelatanya. So be sure to begin ...

Untuk tambah jaringan layaran: (current.com) (microsoft.com)


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 



Tiada ulasan: