Ahad, 12 Mei 2013

495. Orang Malay apakah memang susah hendak memahami maksud kita?.

                                                  Bicara Addin Indahnya Islam Sebagai Cara Hidup.
Kali ini aku nak cerita bab Malay secara khusus. Senang cakap campur gaul dengan Malay ni memang hendak kena banyak bersyukur kepada Allah S.W.T.. Bila kita sentiasa bersyukur kepadaNya, In Syaa Allah kita akan jadi manusia yang cukup tahan sabarnya. Allah Maha Pencipta dan Pemilik sekelian isi alam.
Cuba kalau Malay tengah (sedang) mengaruk "amok"., bolehkah engkau menyuruh dianya bersabar?. Berani?. Sampaikan Inggeris pun tidak berani hendak menterjemahkan perkataan "amok". Tiada perkataan amok dalam kamus hidup mereka. Maka disalin bulat-bulat kata perkataan Malay "amok" itu, ke dalam kata daftar kamus bahasanya. Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.

Menenangkan seorang Malay yang sedang keluh kesah, gundah gulana dan hendak-hendaknya sedang disinggahi perasaan kecewa berserta marah ... "Sabarlah"  ... Silap tarikh kita akan dibentaknya "Sampai bila aku nak sabar?". Sedangkan sabar itu separuh dari Iman, sebagaimana yang orang Islam amalkan dalam kehidupan seharian. Ialah kalau tak Malay, tak kan dia orang berkata begitu, ye tak?. Allah Maha Pengampun.
Berwaspadalah bercampur gaul dengan masyarakat Malay ni. Silap haribulan boleh terikut sikap buruknya yang berbin dan berbintikan "hasad dengki" sentiasa dan yang bersemangatkan Melayu dan bersandar habis kepada ketuanan Melayu. Memang mereka suka jadi hamba sesama manusia agaknya. Dalam hidup Islam yang diketahui kita semua mahluk ciptaan Allah dan selayaknya kita hambaNya yang Allah cipta dari segumpal tanah. Allah Maha Pengampun.

Jangan haraplah hendak betulkan orang Malay ini. "Engkau tu dah baik sangat ke?". Kita cakap lagi, ialah kita ini In Syaa Allah sabar. "Cermin diri dulu". Ikhlas kita berkata, belum pun sudah apa yang hendak kita sampaikan, dapat selepuk kata begitu. Aku tak kata "padan muka aku/engkau"., orang Malay selalu kata macam itu. Astagfirullah ...
Akhirnya yang kata "Cermin diri"., usung anak dara orang bukan setakat hari-hari, tetapi sudah makan tahun maaaaaaaaa. Ikut katanya hendak menikah. Kalau sudah berdua sentiasa, apa makhluk yang jadi peniganya?. Siapa jahanamkan jenama perempuan Malay?. Tidakkah Malay juga?. Nauzubillah.

Bangsa lain pun puas meratah perempuan Malay ini. Nauzubillah. Aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah. Kalau tidak percaya atau mengata aku mengada-adakan cerita, silakan "Google" atau ke Youtube ... make sure Nasrani sediakan kemudahan sosial tersebut, Malay lagi senang mensosialkannya. "Islam tidak begitu". Astagfirullah.
Cuba bagi tajuk "lawa" sedikit berunsurkan nafsu, sex, lucah, ada gambar bogel lagi, fitnah dan pelbagai, laju rating admin blog tersebut. Aku sudah cuba dalam blog ini, tapi tahap ringanlah, entry bernombor: Entry 449. Meletop entry tersebut menjadi teratas kunjungannya. Alhamdulillah ada mesej disitu, orang yang rajin berfikir sahaja akan faham. Allah memerentahkan umat manusia hambaNya, berpegang teguh kepada agamaNya Islam yang mewajibkan umatnya patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T..
Apa bunyi lilitan kain bertulisan Jawi di dahi amoi nie? ... Ada Malay yang tidak tahu tulisan Jawi? ... Sudahlah tidak tahu tulisan Jawi, tidak mahu bertanya - Malay dulu ada cakap: "Segan bertanya sesat jalan" - Sudahlah begitu demikian rupa Malay, konon pandai buat rumusan yang seumpama main "teka-teki teka tekup". Astagfirullah ...

Akhirnya salah rumusan akibat perkara patut belajar, ditukar jadi main teka-teka, Insaflah Malay, bawalah diri bermuhasabah diri kerana Allah S.W.T.. In Syaa Allah ada "Nur Kebenaran" dari Allah S.W.T.. Hilangnya pengetahuan dan kemahiran mengeja, menulis dan membaca Jawi, petanda jauhnya diri dari Al-Quran. "Eh!. aku tau ngaji Al-Quran"., "Macam mana engkau baca?"., "Aku baca guna tulisan "rome'mi" (rumi)".

PR Ungguli Carta Majoriti Tertinggi Dalam PRU 13., ...... Jom Lihat Carta 20 Terbaik!!! 

Dahulu memang ada bantuan untuk mengaji Al-Quran dengan tulisan rumi, tanpa mengabaikan tulisan asal Al-Quran. Entah macam mana hal tersebut sudah jadi tidak betul bila Al-Quran dirumikan dan ditegah pemaparannya di Malysia. Akhirnya Malay jadi langsung tidak tahu mengaji Al-Quran. Sukalah Freemason. Akhir-akhir ini kelihatan semula Al-Quran dirumikan sebab sudah nampak kesan dari peraturan dan undang-undang yang sudah berpuluh tahun available.
Gambar diatas kesan akibat pilihan raya ke 13 05-05-2013., yang lalu. Untuk diri aku sendiri, aku lebih suka tuding diri sendiri-sendiri, bersendirian dengan tujuan merangkakkan diri bermuhasabah diri. In Syaa Allah menangisnya kita pun kerana Allah S.W.T.. Siapalah kita di bumi Allah ini, kita hanyalah hambaNya yang hina dina. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani. Bersyukurlah kepadaNya, In Syaa Allah kita akan temui erti kesabaran kerana Allah S.W.T., jua.

Senang kata jangan kita megah sangat hendak meMalaykan diri kita. In Syaa Allah lebih baik kita perteguhkan Islam diri kita sendiri dan keluarga kita sendiri. Malay ada semangat bangsa, semangat kesukuan, semangat kekampungan, semangat kedaerahan dan semangat kenegerian. Tambah lagi semangat ketuanan dan semangat kebangsaan. Benda-benda itu semua tidak laku di alam kubur. Yang lakunya ialah roh Islam pada jiwa masing-masing yang dipadukan dengan kurniaan rahmat Allah S.W.T., dan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W..
Malay ini semangatnya suka pecah dan perentah dan suka laga-laga. Bila pecah perentah bukankah senang hendak jadi tuan, jadi mem, jadi pemimpin dan jadi ketua pelbagai organisasi Malay. Itu sebab bila mati ketua, anak-anak Malay belegai, bertekak rebutkan harta peninggalan emak dan bapaknya. Sebab jiwa masing-masing sudah terasuh dari kecil dengan ketuanan Melayu. Belum lagi soalkan harta peninggalan emak dan bapak mereka, adakah dari sumber rezeki yang halal sebagaimana yang Allah perentahkan. Itu sebab ada cerita zaman dahulu kala, "Menang sorak, kampung tergadai". Kesan dan akibat hobi "Laga Ayam". Nauzubillah.
Buruk memburuk, sorak menyorak, hina menghina, ejek mengejek, fitnah memfitnah dan segala bagai., adalah permainan rakyat Melayu turun temurun. Sudah jadi ketua, sudah jadi pemimpin inilah juga permainan Malay untuk dapatkan pengaruh dan sikap ini dituruti juga penyokong-penyokongnya. Berita bohong, berita palsu dan fitnah bermanja-manja dengan keperibadian Melayu. Jenis-jenis seperti ini yang Nasrani dan Freemason suka, mudah mereka menyebar dan mencucuk dakyah pertelengkahan dan perpecahan, sebab jenamanya Melayu dan jauh sekali amalkan Islam agamanya. Entry 493 ada kaitannya. Ya Allah aku mohon perlindungan dariMu Ya Allah.

Malay kalau lebih pengetahuan dari kita "ce tengok dan ingat-ingat balik lagaknya - menempelak saja lagaknya". Itu sebab aku pernah jumpa ayat ini "Awak doktor, ke saya doktor". Wakakaka. Geli hati aku, bila teringat kata-kata itu yang pernah aku dengar berpuluh tahun dahulu. Kena shotkan sedikit bab kuasa Allah S.W.T., terdiam dia, fikir juga agaknya, aku belajar 7 tahun hendak jadi doktor, sudah kerja bertahun, aku kalah dengan sepotong ayat "budak kecik". Allah Maha Berkuasa.
Kalau bahasa Inggeris engkau salah, siapa yang kerap ketawakan engkau?. Bila kita minta tunjuk ajar, macam-macam alasan diberi. Takut agaknya kita jadi terpandai darinya. Lain kata, Malay ini sikapnya tidak ingin kita lebih darinya kena cacilah juga, apa lagi kekurangan dan kemiskinan. Itu sebab akhbar Malay, tv Malay suka bahan-bahan seumpama ini. Laris dagangannya sebab ramai Malay percaya 100%, percaya bulat-bulat bukan percaya yang leper-leper. Ampunkan aku Ya Allah kerana aku berterus terang keranaMu Ya Allah.

Kisah budak dahulu kala mencadangkan batang pisang menggantikan betis dalam peristiwa "Singapura dilanggar todak". Akhirnya budak tersebut dihukum bunuh. Malay tidak mahu ada yang lebih pandai darinya, maka pembesar negeri menghasut penguasa negeri. Agaknya macam inilah bunyinya "Budak baru 10 tahun sudah macam ini panjang akalnya, nanti kalau sudah 21 tahun layak mengundi jahanamlah kuasa kita". Allah Pemilik Rezeki.
Tentu arah dia "merempet", tidak tahan kita repot aje pada Polis. "Masa pilihan raya bolehlah kita gunakan budak-budak rempet ini buat kacau ganggu di majlis pihak lawan. Kita upah "seringgit dua kupang". Pecah kepala muka Malay yang lain dikerjakan Malaylah juga, macam apa yang berlaku di Ibu Negeri Perak. Allah Maha Adil Lagi Maha Bijaksana.

Malay mengekalkan kuasa pelbagai. Kalau tidak jalankan cara semasa jadi pengusa, takut kalah dan hilang kuasa. Maka keluarlah cadangan undi pos untuk para perantau. Untuk menentukan yakin menang di pilihan raya akan datang. Satu lagi jenis permainan ala Freemason tanpa disedari. Termasuklah kisah dulu-dulu kalau hendak kekal jadi ketua, saratnya semakin diperketatkan. Penyokong dan orang bawahnya tidak membantah (bantah dalam hati sahajalah - agaknya). Maklumlah kata dan cadangan ketua, melawan, membantah nanti kena cantas. Bahtera Malay dalam organisasi, suka yang "Yes Man". "No Man" boleh?. "Boleh apa?.". "Boleh Belah". Berkuburlah cita-cita. Huhuhu. Allah kerajaanNya tiada terbanding.
Sebelum itu siapa yang hendak bertanding mesti ada pencadang dan penyokong. Masa itu mesti ada cadangan dari kumpulan-kumpulan. Cadangan dari kumpulan-kumpulan ini akan memberi mata undi segera sekian jumlah kepada calon yang dicadangkan. Hari perhimpunan mata undi tersebut akan dicampur dengan undian wakil-wakil di perhimpunan tersebut. Tidak seorang pun Malay membantah. Pada hal itulah tektik ketua untuk mengekalkan kuasa, atas alasan untuk mengatasai masalah "politik wang". Walau pun 1 mata "saya tetap dikira menang". Astagfirullah.
Yang seronoknya bahasa Sabahan "Inikalilah" ada pula pihak yang kata ianya bahasa Arab yang bermaksud "tiada tuhan". Arab versi mana?. "Wallahua'lambissawab".

Aku cerita kisah dan peranan si kitol dengan mamak mandeliar. Ada yang suruh aku baca sejarah. Sedangkan tujuan aku memperingatkan diri dan dia, supaya tidak memberi ruang pembelot dan anasir luar dalam wadah perjuangan mereka. Lain pula kefahamannya. Diperlekehkan aku dan tujuan sebenar aku tidak sampai ke benak otaknya untuk difikirkan. Bila sudah kalah hujah berfakta, habis profile individu tersebut dipaparkan. Itulah jenis Malay, seboleh mungkin cuba memalukan orang lain dengan apa cara sekali pun, tanpa mengira halal dan haramnya, seperti yang dikehendaki Islam. Allah Maha Besar.

Pandangan aku buang saja semangat Melayu, ketuanan Melayu dan pelbagai ungkapan Malay. Banyak kelemahannya dan yang paling nyata hal-hal itu tidak laku bila berhadapan dengan Allah S.W.T., di dalam kubur. Roh Islam lebih gah kerana didalamnya terkandung tiada pemecahan puak-puak, bangsa, golongan, kasta dan pelbagai. Islam Bersaudara. Allah S.W.T.. menyeru manusia mahluk ciptaanNya dan hambaNya supaya beriman kepadaNya, Islam anutan hambaNya. Patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T..
Apakah hal ini sekadar untuk memberi malu kepada bekas Perdana Menteri kita, yang banyak sangat jasanya. BUDAYA AKAL MALAY MUDA - cuba baca status laman sosial di bawah, apa bunyinya dan perkara apa yang digahkan:

Lupa diri, bumi dipijak, langit dijunjung. Bumi dan langik Milik dan ciptaan Allah S.W.T.. Ini satu kisah di satu sekatan jalan raya, aku dialogkan. Setelah melalui proses biasa sekatan jalan raya, terjadilah diantara dialog seperti di bawah ini;

Polis: Besar sangatkah cikgu.

Ahmad: Begini Encik, saya hendak jadi cikgu saya kena juga ke sekolah, begitu juga anak encik. Encik tidak hantar anak Encik ke Balai Polis untuk jadi pandai.

Polis: (Menung seketika, murung wajahnya - bermuhasabah diri kerana Allah hendaknya). Maafkan saya sambil menghulurkan tangannya kepada Ahmad.

Ahmad: (Ahmad pun merasa terharu) Menghulurkan tanganya menyambut permohonan maaf sesama mahluk Allah S.W.T., sambil mengangguk dan diperhatikan oleh rakan dan anak buah "incas" sekatan jalan raya tersebut. (Lupa aku "incas" perkataan Malay dia apa. He3).

Islam penegak jiwa dan roh hambaNya Allah S.W.T.. Laku bila berhadapan dengan Allah S.W.T., di ambang sakratul maut, di alam kubur dan di akhirat kelak. Tambah lagi dengan kurniaan kerahmatan Allah S.W.T., dan Syafaat Nabi Muhammad S.A.W.. Tiada berbantah-bantah kerana Allah memerentahkan hambaNya akur perentahNya dan laranganNya. Takbir!!!. Allah Maha Besar.
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Apakah benar kenyataan bergambar di atas, memang kenyataan mereka?. Atau sekadar bernafsukan politik semata-mata. Bicara Addin Indahnya Islam Sebagai Cara Hidup.

Sandaran sumber:
- Forum Bicara Addin
- Mereka Pemimpin Islam ...
- Bicara Addin
- Amanat Sesat Lagi Menyesatkan.
- Masjid Nabawi
- Cintaku hanya padaMu
- Pen Patah
- Top 20 Majoriti Tertinggi PRU13

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: