بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهKLIK UNTUK KE MENU UTAMA.
Tidak ada ibu bapa menghantar anaknya ke Balai Bomba, Hospital, Klinik, Balai Polis, Bank, Kedai, Kem Tentera untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-kanak melainkan ke Sekolah. Jumpa cikgu. Memori seseorang bila berhadapan dengan individu yang memperkecilkan sumbangan cikgu yang pernah berjasa terhadap dirinya.Memandangkan pada kebiasaannya sejarah hidup semua guru, doktor, pilot pejuang, pilot awam, kepten kapal, kelasi kapal, pekerja kilang, ahli politik, polis, peguam, jurutera, jutawan, hakim, cendikiawan, ulama, jururawat, tentera, perkeranian, penjawat awam, pekerja swasta dan sebagainya, memulakan kehidupan di luar rumah hanya ke sekolah. Jumpa cikgu.
Bahana memikirkan cakap orang, semua perkara betul jadi tidak betul. Apa lagi kalau tak betul memang jatuh hukum tidak betul. Akhirnya semua perkara tidak menjadi.
Tranformasi ok, kami bukan Tranformers atau Megatron.
Tidak dapat dinafikan keputusan PRU 13 telah memperlihatkan peningkatan sokongan golongan muda kepada parti pembangkang.
Walaupun belum dapat membentuk kerajaan, pihak Pakatan Rakyat sudah mampu tersenyum gembira kerana dalam diam, mereka telah berjaya menawan hampir keseluruhan bandar-bandar besar dan ibu negeri di Malaysia.
Antara punca utama Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi adalah disebabkan generasi muda pada hari ini makin ramai yang menyokong Pakatan Rakyat.
Golongan yang distilahkan sebagai generasi Y ini adalah golongan yang lahir dalam era teknologi maklumat, suka berfikir dan tidak menerima sesuatu maklumat secara membuta tuli.
Mereka tidak menerima maklumat dari sebelah pihak sahaja tetapi lebih gemar menceduk maklumat daripada kedua-dua belah pihak menerusi internet dan akhbar.
Oleh itu, tidak hairanlah jika Utusan Malaysia dan Harakah kedua-duanya dibeli untuk dibawa balik ke rumah, dibaca dan dikaji.
Walaupun menang, keputusan PRU baru-baru ini telah membuatkan Najib tidur tak lena, mandi tak basah. Najib sedar kedudukannya tergugat dan semakin terancam.
Ini kerana sungguhpun Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen dan menang mudah bagi membolehkan parti itu terus memerintah, tetapi presidennya seolah-olah sedar bahawa Barisan Nasional hanya menunggu masa untuk dimakamkan.
Atas kesedaran inilah, presidennya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedia memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya dan bersedia mendengar masalah rakyat demi memastikan jentera pentadbiran Barisan Nasional berada dalam kedudukan yang lebih selesa pada PRU 14.
Itu Najib Tun Razak. Bagaimana pula dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang masih dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran? Mungkin kini beliau sedang berangan-angan di atas kerusi empuknya untuk mencipta kuasa enjin paling tinggi supaya guru-guru dapat menjadi “Transformers” paling lasak seiring dengan transformasi yang dilaung-laungkan.
Bezanya, Tranformers ini tidak melawan Megatron, tetapi “Transformers” yang ingin diciptakan Muhyiddin Yassin adalah transformers yang makanannya adalah lambakan fail, ribuan data dan ratusan ‘evidence’ PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah).
Inilah Transformers impian Muhyiddin. Transformers yang mampu bekerja 24 jam tanpa berasa penat, tak perlu tidur, tak perlu makan dan tak perlu berehat.
Adakah Muhyiddin tahu bahawa beliau kini semakin dibenci oleh warga pendidik lantaran ketidakpeduliannya dalam menjaga kebajikan warga guru? Nampak bayangan Muhyiddin di kaca televisyen pun sudah cukup untuk membuatkan tekak berasa loya dan mual.
Mana tidaknya, di bawah pentadbirannya, guru-guru pernah dicadangkan untuk bekerja 9 jam pada tahun 2012. Pada tahun lepas juga, yang menjadi tikus makmalnya adalah 5000 orang guru dari 104 buah sekolah di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak.
Sedarkah beliau para guru bekerja lebih dari 9 jam sehari termasuk waktu yang diperuntukkan di rumah? Itu belum mengambil kira kedatangan pada hari Sabtu dan Ahad untuk program-program sekolah, kelas tambahan, melatih para pelajar dalam aktiviti ko-akademik (contohnya perbahasan dan pidato), sukan (contohnya bola baling dan bola sepak) serta aktiviti unit beruniform (contohnya kawad kaki).
Bukan itu sahaja, segala penat lelah, masa, kesungguhan dan wang ringgit ini dicurahkan dengan ikhlas demi kasih sayang kepada sekolah dan para pelajar tanpa mendapat satu sen pun elaun ‘over time’ atau tuntutan ‘mileage’ sebagaimana kakitangan awam yang lain.
Ingatlah, kami tidak pernah meminta supaya pengorbanan dan jasa kami dikenang. Apa yang kami minta adalah supaya orang atasan prihatin dengan masalah yang kami hadapi. Bila kami suarakan keluhan, Muhyiddin menjawab, “Multi tasking bukan hanya berlaku di sekolah, tetapi di tempat lain pun berlaku ‘multi tasking’”.
Betapa kecewa dan tergurisnya hati ini. Usahkan nak berterima kasih, jawapan yang diberikan seolah-olah golongan guru ini adalah golongan yang berkira untuk melakukan sesuatu di luar bidang tugasan mereka.
Tetapi tahukah anda ‘selama enggang mengeram selangkas betik berbuah’ itulah yang kami lakukan saban hari? Jika dikaji baik-baik, 70 peratus daripada tugasan yang kami laksanakan adalah tugas-tugas di luar bidang pengajaran.
Saya, bagi pihak warga pendidik ingin menjelaskan sekali lagi, masalah kami bukannya ‘multi tasking’ kerana dari dulu lagi guru melakukan segala-galanya. Di sekolah, guru adalah kerani, supir (pemandu), jururawat, ‘cleaner’, tukang kebun, tukang cat dan segala-galanya.
Kalau masih tidak percaya lihat sahajalah pada hari sukan, yang tercegat di bawah matahari menjadi pengadil untuk pelbagai acara sukan adalah guru dan terbongkok,-bongkok mengutip sampah bersama pelajar selepas acara sukan juga guru.
Selain itu, guru jugalah tukang jahit maskot rumah sukan, tukang cuci berbelas-belas baju perbarisan, tukang masak, dan segalanya-galanya.
Tetapi ini bukanlah masalahnya. Masalah kami pada hari ini adalah tugas yang kami terpaksa laksanakan semakin bertambah dan terus bertambah di bawah pentadbiran Muhyiddin sehingga kami sudah tidak ada masa untuk menanda buku latihan dan kertas peperiksaan pun terpaksa ditanda ala kadar.
Lebih teruk lagi dengan adanya PBS, guru-guru makin tidak menang tangan sehingga terpaksa memberi latihan kepada para pelajar untuk dijawab di rumah.
Tidak kurang juga guru yang memberikan jawapan kepada pelajar dan yang paling membimbangkan apabila kesuntukan masa markah pelajar dimasukkan dalam SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara rawak atau ‘pakai belasah’.
Pelaksanaan PBS yang tidak mengikut prosedur adalah rahsia terbuka di bilik guru. Jadi di manakah ‘validity’ PBS ini?
Ketiadaan ‘validity’ dalam PBS adalah antara punca mengapa PBS tidak diiktiraf oleh golongan pendidik dan ibubapa. Penolakan golongan pendidik terhadap sistem PBS juga terbukti apabila Peperiksaan Akhir Tahun untuk pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua masih dijalankan di sekolah bagi mencari pelajar terbaik untuk Hari Anugerah Cemerlang.
Sama ada Muhyiddin sedar atau tidak, guru-guru tanpa segan silu telah menyuarakan penolakan terhadap sistem PBS ciptaan Menteri Pelajaran itu bersama kroni-kroninya.
Sekiranya guru-guru mengiktiraf PBS, sudah tentu pelajar terbaik akan dipilih berdasarkan keputusan PBS tanpa perlu diadakan lagi Peperiksaan Akhir Tahun.
Terus terang saya katakan saya memang berasa bersalah dan berdosa kerana tidak dapat melaksanakan tugasan melibatkan PBS dengan baik dan kerana itulah saya tampil menulis surat ini.
Apa yang akan saya jawab pada Allah S.W.T nanti kerana tidak melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan telus? Saya juga tidak mahu mengheret Muhyiddin bersama-sama saya di neraka kerana ketidaktelusan dalam PBS.
Jujurnya, kami, guru-guru terpaksa melakukan penipuan secara halus ini sejak PBS diperkenalkan kerana kami memang tidak menang tangan walaupun telah mengorbankan masa tidur dari tujuh jam menjadi tiga jam.
Apabila ramai warga pendidik meluahkan kekesalan terhadap bebanan tugas melampau di facebook, twitter, blog dan lain-lain lagi, kami dikatakan mengkhianati kerajaan.
Kami diambil tindakan tegas sedangkan kami hanya meluahkan perasaan kepada sahabat handai dan keluarga di laman sosial. Salahkah kami jika meluahkan perasaan terhadap bebanan kerja di sekolah yang membuatkan kami ditimpa pelbagai penyakit seperti darah tinggi, ‘depression’ dan ‘migrain’?
Itu juga antara punca kebencian di hati warga pendidik sehingga mendorong kami meluahkan kekesalan di kertas undi dengan memangkah parti pembangkang.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi haruslah mengambil iktibar kekalahan dua orang timbalan menterinya iaitu Dr Puad Zakarshi dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Benarkah kejatuhan kedua-dua timbalan menteri ini adalah satu kebetulan? Atau mungkinkah kejatuhan dua nama besar ini disebabkan ketidakpuasan di hati rakyat, khususnya ibubapa dan guru-guru terhadap sistem pendidikan yang dilihat semakin bercelaru? Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah dan tenung-tenungkanlah.
Saya secara peribadi berasa amat gembira jika benar apa yang dikatakan oleh Najib yang beliau mahu mendengar masalah rakyat dan memperbaiki kelemahan pentadbirannya. Sememangnya inilah yang patut dilakukan dari dulu lagi dan bukannya mengambil tindakan apabila kakitangan kerajaan meluahkan rasa tidak puas hati.
Guru-guru yang ditangkap mengeluarkan kenyataan yang bersifat memprotes akan ditukar tempat kerja atau dibuang terus. Ini adalah satu tindakan bodoh kerana sudah tentu kebencian yang sedia ada akan bertambah dengan momentum protes yang lebih kencang.
Kepada yang dibuang kerja bukan sahaja mendapat simpati, bahkan mempunyai lesen lebih besar untuk menghentam kerajaan kerana sudah tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Jika kita kaji betul-betul, PRU kali ini menyaksikan polarisasi kaum yang hebat. Majoriti kaum Cina dilihat lebih senang dengan parti pembangkang lebih-lebih lagi DAP. Jika golongan guru yang majoritinya orang Melayu juga tidak menyokong kerajaan ke manakah halatuju dan masa depan Barisan Nasional pada PRU akan datang?
Jadi hargailah kaum guru dan jangan terlalu menindas kami kerana pada hakikatnya kebanyakan kami terdiri daripada orang yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemimpin dan sentiasa mendukung agenda dan aspirasi kerajaan dalam memajukan bangsa dan negara.
Besarlah harapan kami, guru-guru di seluruh Malaysia agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula sistem PBS yang pada pendapat kami, golongan pendidik, para ibu bapa dan pelajar tidak ada ‘validity’.
Dalam kekalutan berhadapan dengan PBS, timbul ura-ura yang mengatakan pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan akan menjalani pentaksiran berpusat yang menyamai PMR untuk menentukan sama ada mereka layak untuk memasuki aliran Sains, Perakaunan atau Sastera bagi kemasukan ke Tingkatan Empat. Pelbagai persoalan bermain di benak kami. Antaranya:
1. Mengapa perlu ada pentaksiran berpusat lagi setelah pemansuhan PMR (Penilaian Menengah Rendah)?
2. Mengapa kemasukan pelajar ke tingkatan 4 untuk aliran Sains, Perakaunan dan Sastera tidak dibuat berdasarkan keputusan PBS?
3. Adakah ini bermakna Kementerian Pelajaran juga tidak mengiktiraf PBS?
Nampaknya segala keringat yang dicurahkan oleh guru-guru siang dan malam sia-sia sahaja. Bukan sahaja golongan guru tidak mengiktiraf PBS malah Kementerian Pelajaran juga secara tidak langsung telah mengakui kesilapannya memperkenalkan PBS. Kini mereka sedang terkulat-kulat mencari idea untuk menutupi kelemahan PBS. Akhirnya ‘back to square one’ pentaksiran berpusat yang menyamai PMR terpaksa dijalankan.
Jelaslah, PBS adalah kutu yang disangkakan berlian. Ia dibawa masuk pihak-pihak tertentu setelah lawatan singkat ke luar negara. Parasit ini dibawa masuk atas slogan ingin menjana transformasi pendidikan negara.
Demi mendapatkan nama, apa-apa sahaja yang menampakkan berlakunya transformasi diserap tanpa diselidiki dan dikaji terlebih dahulu dan yang menjadi mangsa adalah para pelajar dan guru. Ingatlah, sistem pendidikan bukanlah bahan ujikaji.
Ianya harus diambil dengan serius dan tidak boleh dibuat main-main. PBS sangat tidak sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia apatahlagi di peringkat sekolah menengah. Malah negara-negara maju juga telah banyak memansuhkan PBS.
Najib juga ada mengatakan untuk memberi perhatian segera dalam mengurangkan beban tugas guru melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Bagi guru-guru, setiap hari yang berlalu umpama memikul sederetan gunung di atas kepala dan tahun 2025 adalah penantian yang terlalu lama. Sementara mencari jalan penyelesaian terbaik, saya cadangkan Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling agar bilangan aktiviti dikurangkan dan diselaraskan di semua sekolah.
1. Hadkan penglibatan ko-kurikulum di semua sekolah kepada salah satu sahaja sama ada unit beruniform, sukan atau kelab. Jika ingin juga melaksanakan program-program ko-kurikulum dan menjalankan dasar ‘1 Murid, 1 Sukan’ mungkin pihak kementerian boleh mempertimbangkan untuk membawa masuk pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan dan berikan mereka sedikit elaun untuk memantau dan merancang aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari di sebelah petang.
2. Begitu juga dengan majlis rasmi di sekolah, Kementerian Pelajaran boleh menetapkan beberapa acara rasmi sahaja untuk dijalankan setiap tahun dan diselaraskan untuk semua sekolah.
(Tugas guru sudah di mana-mana – gambar hiasan)
3. Selain itu keluarkan arahan rasmi kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) agar tidak lagi membebankan guru-guru dengan pemantauan berbagai-bagai fail kerana pada pendapat saya penilaian terhadap prestasi seseorang guru itu perlu dilihat dari aspek pengajaran dan bukannya sistem dokumentasi yang nampak begitu gah dari luar, tetapi jarang dilaksanakan dengan baik.
4. Menteri Pelajaran juga harus sedar arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai pangkalan data juga semakin menjadi-jadi pada hari ini sehingga kami terpaksa membeli ‘broadband’ semata-mata untuk kerja mengisi data.
Setiap unit di jabatan dan kementerian seperti berlumba-lumba untuk menampakkan kemantapan unit masing-masing dengan memperkenalkan pelbagai pangkalan data diisi. Ada kalanya kami terpaksa mengisi data yang sama berulangkali untuk JPN dan PPD.
Apabila terlalu banyak maklumat yang perlu dimasukkan dalam pelbagai pangkalan data, maka berlakulah penipuan secara halus yang melibatkan angka-angka dan maklumat-maklumat rekaan. Bukan itu sahaja, adakalanya kami terpaksa meninggalkan kelas kerana mengejar tarikh tutup pengisian data. Ini berlaku apabila ada masalah ‘network’ di rumah dan data terpaksa dimasukkan di sekolah keesokan hari sebelum tarikh tutup.
Persoalannya, kami menerima arahan dari kementerian pendidikan untuk melindungi waktu P &P (pengajaran dan pembelajaran), jadi mengapa pada masa yang sama kami dibebani dengan kerja perkeranian yang tidak henti-henti sehingga adakalanya terpaksa meninggalkan kelas?
Jika data sangat diperlukan oleh JPN atau PPD, turunkanlah beberapa orang JPN atau PPD selama seminggu khusus untuk pengisian data. Guru-guru boleh membantu untuk mengagihkan borang-borang kepada pelajar dan selebihnya diuruskan oleh JPN dan PPD kerana sememangnya kami tahu, pegawai PPD dan JPN sukakan maklumat online kerana ianya memudahkan kerja mereka.
Jadi pegawai JPN dan PPD perlu bersama-sama membantu kami, bukan hanya tahu mencari kelemahan guru-guru dan memalukan kami di bilik mesyuarat apabila pencerapan dilakukan atau apabila keputusan peperiksaan tidak baik. Selamilah juga apa yang kami terpaksa lalui kerana anda juga adalah bekas-bekas guru.
Kami dipaksa melakukan pelbagai kerja dalam satu hari. Jadi bilakah masanya untuk kami membuat persediaan untuk mengajar dan menghasilkan keputusan yang cemerlang untuk sekolah?
Sesungguhnya, Najib tidak boleh mengambil masa terlalu lama dalam memikirkan penyelesaian terhadap bebanan tugas guru. Sekiranya, kerajaan tidak mampu menggaji kerani, pembantu guru atau kakitangan luar, sudah sampai masanya pihak kementerian mengurangkan bebanan guru dengan mengehadkan aktiviti di sekolah, menghentikan prosedur penilaian yang berasaskan sistem dokumentasi dan mengurangkan arahan untuk mengisi maklumat dalam pelbagai jenis pangkalan data yang saya kira tidak praktikal kerana tanggungjawab seorang guru adalah mengajar dan bukannya meninggalkan kelas kerana kerja perkeranian.
5. Saya mewakili guru-guru dan saya juga sebagai ibubapa menasihatkan Kementerian Pelajaran untuk menghentikan PBS serta merta demi masa depan anak-anak kami. Jangan bazirkan waktu mereka di sekolah dengan PBS lagi.
Sudah sampai masanya PBS dihentikan dari terus manjadi bahan ujikaji untuk pelajar-pelajar lain. Jadilah kesilapan ini sebagai satu pengajaran agar pihak kementerian lebih berhati-hati dalam melaksanakan suatu sistem baru.
6. Jika pihak Kementerian Pelajaran malu untuk mengakui kesilapan mereka dan takut ego mereka tercalar, jalankanlah PBS tetapi bukan dengan cara penyediaan beratus ‘evidence’ yang perlu ditanda, difailkan dan kemudian diisi pula dalam SPPBS kerana ianya membebankan guru-guru dan langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada pelajar.
Demi kepentingan sistem pendidikan dan pelajar, saya cadangkan PMR dikembalikan semula dan PBS dikekalkan namanya tetapi diganti dengan kerja projek. Mungkin satu tahun pelajar boleh melaksanakan satu kerja projek yang menyumbang lebih kurang 30% dari markah keseluruhan PMR. Ini bermakna 10% markah diperuntukkan bagi satu kerja projek untuk satu tahun, bagi setiap matapelajaran.
Sekiranya kerajaan dapat melaksanakan cadangan saya ini, saya yakin kualiti pengajaran guru-guru akan lebih baik dan sistem pendidikan akan gah semula. Apatah lagi semua ini tidak melibatkan apa-apa kos peruntukan. Jika ini dapat dilaksanakan, saya pasti martabat guru di Malaysia juga akan meningkat secara mendadak seperti guru-guru pada zaman ayah dan ibu kita suatu ketika dahulu yang begitu dihormati dan disegani oleh masyarakat.
Kepada Muhyiddin Yassin, nasihat saya, janganlah asyik ke hulu ke hilir menjaja cerita yang kementerian Tan Sri sedang bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah bebanan guru. Kami sudah mula bosan dan putus asa dengan jawapan Tan Sri.
Sampai bilakah Tan Sri mahu bermesyuarat? Kalau Tan Sri dan pemimpin-pemimpin UMNO bertandang, kamilah orang pertama yang akan dikerah untuk memenuhi dewan. Berjam-jam lamanya terpaksa melangut dan menguap di situ. Sebetulnya, kami sudah jemu dan loya dengan ucapan Tan Sri. Kami sudah mula mual dengan janji-janji manis Tan Sri. Adakalanya terasa nak muntah dengan lambakan kerja yang Tan Sri dan anak-anak buah Tan Sri campakkan di atas muka kami.
Pada tahun 2010, Tan Sri tubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji bebanan tugas guru. Belum pun ada apa-apa penyelesaian terhadap isu yang dikekemukakan sebelum ini, timbul lagi kerja-kerja baru. Pada tahun 2012 Tan Sri perkenalkan pula PBS dan bermacam-macam lagi pangkalan data untuk diisi.
Bukan itu sahaja, pada tahun sama Tan Sri juga ada mencadangkan agar guru-guru bekerja mengikut waktu pejabat. Inikah penyelesaian yang Tan Sri mesyuaratkan selama ini? Perangai Tan Sri ini bertepatan sangatlah dengan kata pepatah “tahi yang dulu belum dicuci, kini membuat tahi yang baru”. Jadi, bagaimanakah kami, warga pendidik mahu percaya kepada kata-kata dan janji-janji Tan Sri lagi?
Saya dan warga guru sandarkan harapan kepada Perdana Menteri agar dapat melakukan sesuatu dengan segera untuk mengurangkan bebanan tugas guru dan carilah pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mampu berfikir pada masa hadapan untuk menerajui sistem pendidikan dan bukannya pakai tangkap muat. Muhyiddin adalah salah satu contoh pemimpin yang hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Sekiranya Muhyiddin lebih cerdik dari orang bawahannya, sudah pasti sistem-sistem mengarut dalam pendidikan kita tidak ada pada hari ini.
SUMBER:
malaysianreview.
Harakahdaily.
Cikgu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Muhasabah
diri keranaNya. Ulasan dibawah antaranya memberi ruang dan menunjuk
cara kita kenal diri kita sendiri keranaNya. Ambil yang baik dan yang
bersangka baik. Ulasan-ulasan dibawah memberi gambaran peribadi seseorang. Apakah ini sikap dan sifat ini yang kita miliki.
- Apakah kita serba serbi tahu?.
- Perlukah kita beremosi dalam memberi ulasan-ulasan.
- Apa perlu cabar mencabar?.
- Banding membanding, apakah ia penyelesaian masalah?.
- Berwatak kononnya cukup bagus, tetapi keseluruhan lebih kepada provokasi dan sikap memihak.
- Menerima sesuatu perkara seadanya.
- Cuba memahami dengan sebaik mungkin.
- Dan lain-lain sikap dan sifat manusia yang baik dan yang sebaliknya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PB2W May 29 2013. APA APA PUN KITA DENGAR DULU ... WALAUPUN AGAK SENTIMEN ... LUAHAN HATI SEORANG BERNAMA GURU @ CIKGU
Sebelum
pru hari tu ada temuduga terbuka untuj jawatan pembantu guru di semua
ppd di sabah tapi gara gara pru 13 keputusan interview kena hold sampai
sekarang.
Maybe isu ini ada kaitan. Wallahualam yang pasti pihak atasan
sila buka mata sebelum terlambat
Zulkifli Nawawi T,kasih tuan, sahabat2 guru pasti ada komen...Amin Tahir Wan Noraini Wan Harun Syaiful Tuah Mohd Nasir dll..tq
PB2W Kita mencari keharmonian ... dengar dulu dan pertimbangkan secara rasional bukan sentimen Politik
http://youtu.be/zzkj22bOYzs
http://youtu.be/zzkj22bOYzs
Limie Hamzah Kenapa
asyik guru je yg merungut kerja lbh masa? Doktor, jururawat, badan
beruniform pn patut komplen kerja lbh masa..penjawat awam yg lain pn ada
yg bwk kerja balik rmh utk disiapkn..lg2 yg buat admin..mereka pn ada
anak dn keluarga juga bukannya guru2
shj..kalau pharmacist ada yg hujung minggu kena pergi masuk penjara bg
methadone pd penagih dlm penjara..
rasanya semua bidang kerja ada beban
kerjanya..lagi2 kalau level 41 ke ats..kena buat admin juga..hakikat yg
kena fikir, bukan salah kerajaan yg memaksa anda menjadi seorang
guru..tp anda sendiri yg mohon..bukan senang nk bergaji bsr tp kerja nya
ciput..bila dh diberi jawatan dn gaji, laksanakn lh amanah..
dr dulu
tugas seorng guru sgt dihormati oleh masyarkt kerana kerjaya mereka
mendidik anak bangsa menjadi insan berguna..jd, yg baru berangan2 nk jd
guru kenalh set dlm minda anda kerjaya anda bukannya senang2 blh goyang
kaki dpt duit tiap2 bln..kalau mental dn fizikal x kuat, baik jgn
memohon..
bkn kerajaan paksa anda pn utk jd guru..tp kalau dh diberi
jawatan, kena buat kerja lah..kalau anda berhenti, mngkn 1000 orng yg
menunggu utk kekosongan yg anda tinggalkn tu..apa2 pn semua kerja ada
bebannya..kerana kerjaya kita semua akan akhirnya menyumbang kpd
masyarakt dn negara..my 2 cents
Anda
cuba jalani hidup sebagai seorang guru...baru anda tau ada benarnya
luahan penulis di atas....secara luarannya nampak luahan guru di atas
spt mengada2...tp secara dalamannnya....hnya insan bgelar guru shj yg
tau..guru sekarang tak sama lagi spt guru
dulu2...
guru2 saya dulu pun kata begini..nsht saya buat guru2
pula...lbh baik telan aja kesengsaraan kalian sbb semakin byk diluahkan
semakin kerjaya guru terus disalahanggap dan plg sedih tidak lagi
dihormati sprti zaman kita kecil2 dulu...dulu guru amat disanjung tp
kini guru semakin dicabar kredibilitonya..jadi..guru skrg samakah spt
guru dahulu?jawapannya tidak.
Nani Nur'Aini confession
yg menyeluruh oleh seorang guru..doktor beban dgn tugas doktor, askar
beban dengan tugas askar, jururawat beban dgn tugas jururawat, jurutera
beban dgn tugas jurutera, pilot beban dgn tugas pilot...tapi guru beban
dgn tugas yg bukan mengajar...
Lg2
ayat x reti bersyukur...bukan isu insentif di sini encik.
Ni isu
bebanan tugas yg terlalu byk sehinggakan klau bg insentif 3 bln gaji pun
bukan boleh menambah tenaga seorang manusia atau menambah masa seharo
seorang guru tu menjadi 35jam sehari, 12 hari sminggu.
Dan ini jg bukan
bebanan bermusim tp sepanjang tahun. Klau boleh sy umpamakan guru pada
hari ini umpama seorang penyanyi yg buat lagu sendiri, lirik sendiri,
rakaman sendiri, bersihkan studio sendiri, pegi jual album sendiri,
promosi buat sendiri, klau boleh main instrument pun dia jg, urus
lighting pun dia. Byr la 'penyanyi' ni rm sejuta pun apa kualiti yg
boleh dia berikan.
Guru sedih dan prihatin sbb byk hal pengkeranian dan
kerja yg luar bidang pengajaran yg tidak membantu murid pun. Guru dpt
gaji, murid bagaimana? Tak nampakkah keprihatinan terhadap murid di
sini, encik? Di maktab, kolej dan universiti bakal guru dilatih utk
bagaimana mengajar...tp bila smpai disekolah...realiti dunia
persekolahan sememangnya apa yg dipelajari sukar utk dilaksana bila
dibebani dgn tugasan luar pengajaran ini.
Guru tu manusia kan?!? Dan
manusia itu mmg boleh dpt penyakit mental bila dikerjakan oleh disiplin
murid yg teruk, ketidakpuashatian ibubapa, tekanan org atas, lambakan
kerja, anak sndiri...psangan sendiri...oh lupa...dia ada makayah jg, ada
yg sakit, ...bg insentif byk2 dptkah menambahkan tenaga yg sedia ada pd
seorg manusia (d dlm tekanan dan tidak membina) Bolehkah?
Kpd
bukan guru, jgn emosi jgn cemburu....Hak diorang(guru) la nk luahkan
apa yang diorang rasa, kepada zurina razak, mmg ler guru bukan pendidik
sbb byk kerja lain dr mendidik, sbb tu lah guru luahkan perasaan, kepada
guru pompuan pulak, jgn ler asyik nak menanda buku murid jer, kena
bersedia utk ditanda oleh suami juga.. Mcm aku bini cikgu, nak memangkah
dia pun susah!!! Eeaaiii...
Mana
kamu tau keja cikgu x teruk? En. MOHD FAIZAL?Kamu tu cikgu ke? Saya
setuju dgn kenyataan ini..en faizal tak puas hati boleh gantikan tmpt
saya sebulan..gj saya bg semua gj saya..kita tgk mcmmana...
Kepada
cikgu2, sabar je lah...makin byk yg kita luahkan makin org benci kat
kita, yg bergelar cikgu je akan paham apa yg kita rasa/lalui sekarang
ni..bykkn bersabar...walaupun sabar tu ada hadnya...
Ni
nk tmbh,cikgu dulu berkualiti sbb,solid masa mengajar,buat abm, solely
teaaching guys.
itulah brkualiti tabik spring punya.saya sndiri ada
colleauges yg akan bersara end of this year and sorg lagi next
year.diorg sndiri ckp,they enjoy teaching,infact rasa syg plak nk
pencen.
but with all these new things coming in so burdening smpai
terkeluar plak,klu mengenangkan keje2f baru ni,rasa xsbr nk pencen.
tak
ada org paksa pun dia jadi cikgu.. Kalo dia rasa beban seorg guru tu
terlalu teruk dan tidak dpt sebarang belas kasihan dari kerajaan,
bermakna cikgu tu X reti bersyukur...
Mcm2 insentif kerajaan bagi pada
guru.... Nasihatnya.. Kalo rase menjadi guru begitu membebankn berhenti
kerja... Dulu sebelum angkat sumpah sanggup lakukan ape saje..
Ehhh..
Bila dh berada dlm
Jwtn guru mcm2 pulak diman yg di luahkn...? Baik berhenti ajela.. Ramai lg yg nk jwtn tu kalo X sanggup....
Jwtn guru mcm2 pulak diman yg di luahkn...? Baik berhenti ajela.. Ramai lg yg nk jwtn tu kalo X sanggup....
Dah
nama pun pendidik, kerja 9 jam pun tak puas hati... Tak ikhlas... Baik
duduk rumah jaga anak....
Pendidik sekarang mana ada kualiti mcm
pendidik zaman dulu dlm usaha mendidik, datang kerja Sabtu ahad, buat
kelas tambahan utk pastikan Student Score...
Pendidik skrg kerja mcm
terpaksa, masuk kelas mcm robot lepas tu tak ada pun casual talk dgn
Student ttg values in Life... And you call yrself pendidik
Ank
ank tk maju kna maki dgn mak bapak bla ckgu tgur plajr kurg ajo cgu jg
kn tumbuk dgn pljr bla blik umh mnjang buat kje sekolh kt umah kna bebel
dgn laki atau bini...
mnddik ank orh lain mnjdi berguna ank sendri jd tk
guna..guru itu lilin mmbkr diri untuk mnerangkn org lain...
hai
rakan rakan ku sekalian... sabor.... its not im not complaining.... I
am.... Now lets be the better person... Redha ...
Allah tu maha
mengetahui... kita channel our anger ... resentment.... exhaustion...
our hopes... our working hours n everything to the right person... yess
my dad pon agree.. teacher nowadays are not like what they r use to..
its a fact not just a statement of a tired teacher.. we r all part of
the bigger picture.. jom leee.. lets do what our suggested collegues
hv said... Say it aloud in a way they can't deny us... we r more than
just a voice..
Setuju dengan rakan2 saya Aesya Kojuna ,Wan Nurul Akmal dan Nani Nur'Aini
. Berbeza dengan mula2 mengajar dahulu, kini kerja saya lebih kepada
kerjan yang tak ada kaitan dengan mengajar.
Contohnya LINUS baru2 ni
menghabiskan keseluruhan 2 minggu saya tanpa mengajar yang berkesan di
mana saya terpaksa menjalankan individual assessment yang mengambil masa
15 minit minimum(reading) seorang murid, dan jumlah pelajar 64 orang.
Belum tambah dengan individual assessment untuk writing lagi. Sepatutnya
tugas guru paling utama ialah MENGAJAR.
Kita
pakat jumpa la menteri pelajaran ni..
Deliver kan apa yg terbuku di
dada.. Idea yang bernas..jgn rasa tertindas supaya dpt berkhidmat dgn
ikhlas agar anak bangsa kita didik.. Jadi manusia yg celik dan cerdik..
Insya allah.
Luahan di atas benar dan patut dipost terus kpd tan sri. Cadangan yg d beri pun bernas.
benda kalau ikhlas dibuat, kalau ganjarannya hanya senyum pn kita akan berlapang dada. HA!
Salam
Wbt...gembira dengan sahabat2 karib yg sanggup luangkan masa membaca
dan beri komen kat sini.tetapi rasa nak menangis juga bila baca komen2
dr insan2 yg tk bergelar guru dan hanya melihat sekolah sebagai
'outsiders' .tkpa, kita jgn ckp byk2, jgn gaduh2.
kepada yg tk menyelami
luahan penulis ni dan hanya menilai guru sebagai orang2 yg lorat dan
mengada2, kita beri jelah peluang kat diorang duduk di sekolah dan
bekerja sebagai seorang guru. tkyah lama, 3 ke 4 minggu pon dh
cukup...ke kurang dari tu? -Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga-
Hsvtry tgk.xdpt drh tinggi, xstress mmg kira otai la encik ni.toksah lama sbulan cukup.
Bila prestasi anak2 merosot, cikgu jugak yang diterkam. Tak faham yang apa cikgu lalui sekarang ni.
Payah puan Nani Nur'Aini
oii,skrg ni cikgu jd org yg disindir2 kdg smpai di maki hamun.
smpai ms
nnt ank x mnjadi.cikgu gak jd sasaran.tgn duk tunding kt org slalu.mana
nk smpat tgk diri sndiri.xpun this discussion should be narrowed down
', strictly for teachers ONLY.br la x geram je bc statement org yg xde
emphaty lgsung kat org lain.
Wife
aku lepasan ijazah psikologi beberapa kali cuba mintak jawatan gstt tak
dpt atas sebab takda peruntukan tapi bila tanya rakan rakan guru di
sekolah ramai mengeluh kekurangan tenaga pengajar pasal setiap tahun
ramai guru cuti bersalin cuti belajar dan macam macam aktiviti
kokurikulum luar kelas tapi bila pergi tanya ppd takda jawatan kosong.
Rasanya muhyidin kena bukak mata besar2
Cikgu
dulu2 ok Ja...Cikgu la ni ish macam2 lagi satu kat sekolah anak aku
dulu tiada kelas Fardu Ain belah petang mari cikgu perempuan dari Johor
Baharu mencadangkan agar diadakan fardu ain Belah petang katanya kat
Negeri dia ini benda wajib bagi membentuk sahsiah insan...OK ja bagus
cikgu tu aku berterima kasih dan respek walaupun dia taklah tua baru
20an Ja...
Saya
sokong apa yg di katakan..sememangnya sistem pendidikan kini banyak yg
tak telus..Ini amat membimbangkan..
pelajar2 inilah merupakan harapan
negara..kami tidak kisah dibebani kerja tapi biarlah matlamat utama guru
iaitu mengajar bukan sistem pengkeranian diutamakan..kesian anak didik
kita..tolonglah fahami kami sebagai warga pendidik..
Saya tak sanggup kerja jika kerja itu banyak yg terpesong nye dan banyak ketidaktelusannya..Saya sanggup dipersoalkan didunia daripada dipersoalkan diakhirat nanti..
Kan
aku dh kata bukan guru jgn jeles dan menyibuk kat sini.. Paham ke baca
artikel panjang2 nih.. Aku tak dpt pangkah bini aku lagi nih... Eaaii...
Rindu dgn Allahyarham,Dato' Razali,seorg tokoh pendidikan yg disegani.
Sumber ulasan-ulasan.
Dema
ni brckp x fikir.dulu.setiap keje ada cabarannye n hanya org dlm
bidang yg tau brat yg ditanggung.
agaknye kluu mak ayah adik bradik
sendiri yg bekerja sebagai guru,bersungut depan diorg yg duk pangkah
cikgu kt atas ni baru pandai skit bila bkata2, ada emphaty bila tengok
sesuatu situasi.bg saya,personally,these people are phatetic.kesian.
Bgus gak Didie Ashikin
upload bnda ni. bukak minda kita semua.bukan nk membangkang
kerajaan.
ingat x dulu kita belajar.satu2 nya kementerian yg xboleh aDa
cmpur tgn politik ialah KPM. Sbb org politik x sesuai, mentadbir
plksanaan dasar pendidikan negara kecuali org yg mmg fhm ,tahu
bgaimana,kita guru2 disekolah,apa kperluan anak2 sebenarnya.klu x,inilah
yg sdg kita terima.polisi yg sentiasa berubah2 setiap kali naik menteri
pelajaran.vyg baru.
Klu suami suruh berenti sat.wajib berenti tu.
Wan Nurul Akmal
Ha tu dia!
Kalau boleh..lantik lah seorang pembantu mengurus fail2...
Dia
kata kalau ada Kelas fardu ain tak der la budak2 merayau tak tau kemana
ada yg pergi memancing ada yg mandi parit ada Yang mandi sungai bila
lepas waktu sekolah...
Sumber: www.facebook.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
sepatutnya semasa mentri pendidikan dtg ke majlis, kita guru2 jgn bertepuk tangan dan bersorak. Masa dia berucap kita buat2 ngantuk, menguap dan jgn bertepuk tangan, jangan bising, diam je, jgn berbunyi…….baru dia tahu org x suka dia.
Reply
• tok dewa May 28, 2013 at 7:20 PM
ya la tu betul teramat..kat kantin pun itulah yg dikatakan,,..
Reply
•tok pawang May 28, 2013 at 11:03 PM
cikgu…hanya berani cakap di belakang
di depan pengetua, guru besar dan org ppd dan jpn dan kementerian
hanya tahu mengangguk dan memuji…
mana org atas nak tahu apa yg kamu mahu
setakat cakap di kantin…sapa nak dengar
Reply
•anizah May 29, 2013 at 11:44 AM
ya ke…cikgu ni sebenarnya guru yg beretika…..
Reply
•CikguTua May 29, 2013 at 2:22 AM
Bilamana pelajar ketinggalan………….salah guru
Bilamana pelajar bermasalah…………..salah guru
Bilamana guru sebok kerja2 pengkeranian……….salah guru.
Bilamana pelajar gagal………………….salah guru
Bilamana data tak lengkap ……………salah guru
Bilamana pelajar tak menyumbang pingat………..salah guru
Bilamana sebut aje cuti banyak………..salah guru
Bilamana Lawatan dibuat………………..salah guru
Guru….oh guru…Engkau ni mesin jenis kelas satu.
Bila dah mula keja berhentinya tak menentu
Masalah menimpa satu persatu.
Ada ketikanya pikiran jadi buntu
Penyakit tak diundang datang satu persatu.
Kekadang arwah …..belum lagi sampai tika pencen ditunggu.
Ini semua salah kaukah guru?
Tak…….tak …..ini bukan salah kau guru
Tapi ini salah Menteri kat Parlimen yang takut tak cukup maklumat bila soalan diaju.
Takut silap jawab dah tentu kena bambu.
Sebenarnya…senang jadi menteri tapi susah jadi guru.
Reply
•zafarin May 29, 2013 at 7:57 AM
Biar le ikut sistem lama yg dah ada.. Heran gak la.. dlu2 cikgu pukul 2 ptg lebih dah leh blk dah.. lani cikgu kul 5-6 petang baru blk.. Ya gaji cikgu skg lebih baik dari gaji cikgu zaman dlu2.. Maybe tuntutan hidup skg dan penghargaan kerajaan untuk guru dititik beratkan. Selalunya org tak puas hati dgn guru sebab diorg kata cikgu boleh blk awal.. Gaji la neh dah la byk(bg pendapat org la). Dlu2 keja pengkeranian kerani pentadbiran yg buat(mesin taip). La nih zaman komputer dah ada data2 cikgu yg buat. Ikut pulak sistem online yg tenet yg tenat.. Pemdapat peribadi saya. rasanya yg byk mengeluh ni cikgu pompuan. Sebab diorg rasa bebanan bila waktu lepas keja masih buat keja then tak dapat bg tumpuan ke family.. mcm ni la cikgu2.. Ikhlaskan hati janji awk keja dpt sara hidup anda dan keluarga dan ingat anda buat tugas yg mulia.. saham sampai akhirat sana.
Reply
•hasnah May 29, 2013 at 9:03 AM
“Tidak perlu berkecil hati bila orang lain dan dunia tidak mengetahui kebaikan yang telah engkau lakukan, tetapi berbesar hatilah telah melakukan kebaikan, kerana engkau telah boleh melakukan perintah suara kecil hatimu.”
Reply
•sy pendidik May 29, 2013 at 9:12 AM
Beban di dunia..ganjaran di akhirat.
As a teacher, im very proud with my job.
Keikhlasan itu kunci kepada karier seorang pendidik…=}
Reply
•pucat May 29, 2013 at 1:01 PM
alhamdulilah saya pun…saya harap masa saya lbh banyak dgn murid berbanding di bilik guru didepan pc dan fail…
Reply
•anizah May 29, 2013 at 11:37 AM
saya bekas seorang guru…terima kasih kpd yg sgt memahami n merasai apa yg dirasai oleh seorg guru….hanya guru..isteri/suaminya guru akan tau peritnya kerjaya guru…tiada istilah relax jap…masih ku ingat (..sempat ngajar thn 1 je..16 thn)…seminitpun tak leh lepa….ank zaman skrg tak sama dgn zaman kita dulu…cikgu nak tingggalkan pi tandas pun takut…..tu blm citer kerja2 perkeranian..per..per… n segala per lagi…selayaknya cikgu merungut….ingat cikgu ni robot apa…sy tetap katakan kerja cikgu tak sama dgn kerja2 yg lain….bunyi je loceng…mula keje…standby lak the next loceng….suka tak suka ..larat tak larat…pening tak pening kena merangkak gak masuk kelas…tiada kompromi…blm lagi kena latih bola segala bola,latih pertandingan itu ini….kelas tambahan…fail segala fail……betul la …bila ckgu merungut kata tak ikhlas….kalau iya pun berpada2 la bebankan cikgu……ada lak kata…buat mana yg mampu….mana blh… kena buat juga…ibarat nak beranak…kena push juga..tu yg ramai cikgu masuk tanjung rambutan…darah tinggi diusia muda…SAYA SAYANG CIKGU…..skrg sy berhenti tanpa pencen…masih guru..tp guru lain…yg tidak terikat dgn kerajaan…..
Reply
•ZYn9 May 29, 2013 at 11:59 AM
As salam…saya sokong 100%…saya juga guru…kadang2 rasa nak memberontak..tapi bila tengok anak2 murid x spai hati pulok…so setiap yg dilakukan kena betul nawaitunya….prinsip saya ialah ” Bila kita didik n jaga anak murid dgn iklhas insyaallah mohon begitu juga org lain mendidik dan menjaga anak kita sendiri. Sesiapa yg tidak memasuki bidang perguruan jgn nak komen lebih2lah..hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam….setiap hari guru boleh tukar watak lakonan mengikut situasi..kadang sehari melebihi satu watak…anda boleh???….duit poket sendiri keluar ada org lain tanya…Tapi ini berlaku kpd insan2 yg betul ikhlas menjadi pendidik..krn skg ramai guru tapi tak ramai pendidik…Renung2kanlah…..drp org cikgu nogori.
Reply
•pucat May 29, 2013 at 12:30 PM
Sangkar ikan..awak polis ek…mcm tak ikhlas je bunyinye jadi polis….jom jd cikgu….seminggu pun jadi lah..jomlah…please…please….S
Reply
•aku pn cikgu May 29, 2013 at 12:30 PM
Eh eh eh… Mu polis mu ingat guru ni x buat keja. Mu ingat anak2 hilang tak balik rmh atau lari dr rmh tu… Mu ingat ibu bapa drng trus p balai buat repot? Ni guru2 yg jd pegawai penyiasat sbb mak bapak ni dtg ke sekolah. Mu nak tau knp? Sbb mak bpk pecaya yg guru2 blh bantu cri anak dia dgn menyiasat kwn2 anak dia kat sekola. Bla guru mnta mak bapak p balai buat repot, tau apa jwpn dia? Polis yg suruh pg ke sekolah mnta tolong guru disiplin panggil dan tnya kwn2 anak dia. Mu ingat kerja guru senang? Klau ikut pengalaman aku…polis yg tak buat keja….sbb tugas menyiasat dah diberi kpd guru. Jd nak salahkn guru jg klau x smpt masuk klas nak mengajar klau dah jd polis part time.
Reply
•teachertobe May 29, 2013 at 1:19 PM
siapa cakap senang nak jadi cikgu . sila cuba dahulu then baru anda tahu. even belajar di maktab perguruan ni pun 5 thn setengah. so apa nak jadi isu. kami belajar semua . amek sains tapi belajar bm math sejarah sume. complete. tambah koko lagi . apa nak lagi.
Reply
•GGK Suami Seorg Guru May 29, 2013 at 2:21 PM
Aku Hari2 Ikut Perkembangan Isu Guru ni, Sbb Makdih aku (Isteri) Juga Seorang Guru..
Sebab aku geram sangat dengan Mamat Polis yg Bernama Sangkal Ikan ni, Oooo Sangkal Ikan kenapa diam dan hilang gitu je, lawan le komen2 Guru2 ni?….Takut Ke?.. Atau Nooo Tolorrrrr…. Aku rasa Si Polis Sangkal Ikan ni, Polis GD Bahagian MT (Driver) je kot tu yg tengin…. hahahahahaaaaaaaaaaaaaaa……….
Dari,
GGK Suami Seorg Guru….
Reply
•Nunzaiwautanwin May 29, 2013 at 2:37 PM
Sangkar ikan dulu sekoloh malas, gaduh ngan cikgu…sebab tu x suka cikgu … dia x tau cikgu letak tinggi mana dalam Islam, bodoh tolol tu lah
Reply
•Cikgu Man May 29, 2013 at 2:51 PM
As-Salam
Saya rasa kalau ada Cikgu yg rasa panas jadi cikgu lebih baik resign je ramai lagi graduate nak apply jadi cikgu..better bagi cikgu ni kerja sampai umo 50 je…ingatlah dulu guru anda melarang anda jadi cikgu tapi anda bangga…now u see..rasa tak sesuai mengajar minta lah tukar kerja kat Sabah Sarawak nun…bersyukurlah dapat gaji ada pencen tapi ada bonus pulak…ingat ada Cikgu tu kerja Sek Rendah pakai Estima ..mcm mana gaji boleh cukup juga..buat coti ganti tapi murid tak belajar..lain kali jgn buat..aku setia mengajar walaupun banyak kali dapat surat warning pasal ponteng..ahaa..nasib2..
Reply
•es May 29, 2013 at 3:15 PM
Sedara ckp guna akal boleh ke? Dulu sekolah ke x? Guru keje time cuti xde mileage xde ot…awak ada tau ke? Awak x caye…mai tengok semua payslip saya..tuntutan sy….sy tuntut x pnh umur dpt..awak tau ke? Awak kta cikgu byk cuti…awak ckp mcm x pnh sekolah..awak dulu exam…masa cuti sape ajar tusyen awak..cuba ckp? Awak camping..tido mlm sape jaga…polis ke? Awak cedera main bola….ckp la..jaga hntar hospital ke? Time awak main bola pun cikgu kne jaga..mak awak ade?
Awak kte..x ikhlas…awak kje ikhlas ke? Klo xde upah haram awak buat….awak jgn ckp guna kepala lutut boleh ke? Jgn tunjuk cikgu yg ajar awak dulu gagal ajar awak bperasaan………….sila fikir byk kali dah tanamkn sedikit rasa empati….
MMI Awak tau mmi tu apa x? Masa dahde mmi ni lg hampeh………cikgu dpt surat arahan kursus time sekolah..kena ganti waktu mengajar yg dia tinggalkan. Awak ade? Ade kne ganti ke? Kalau nak cuti crk…..kena cari guru gantikan kelas pastu kita kena ganti balik apa yg kita tinggalkan. Cuti ke tu? Mcm x cuti je……awak ada?
Senang kan..gaji banyak kan……cuti byk kan……mmg best jd cikgu ni…meh la…..kami alu2kan awak dlm bidang yg mulia ni.
Bak kata imam mahadi…….berilah aku 10 org bijak utk berhujjah, dan aku x gentar. Tapi jgn beri aku seorang bodoh….krn org bodoh x akan pernah faham kerana kurang ilmunya…..
Awak boleh faham tuuuuuuu?
Reply
•es May 29, 2013 at 7:07 PM
Awak bandingkan gred dga41 dgn doktor. Gini la sy nk bgtau awak ya…..anak sulung sy doktor. Msh houseman…..gaji + elaun dah rm5000, guru dga41 masuk dgn elaun baru rm3000 awak……awak sama kn dgn pensyarah dn lain2…sama awak..gaji + elaun guru jauh tertinggal. So bandingkn la dgn yg rendah lg…..cuba bg! Mmg mereka ssh dr segi beban tugas, tp yg di atas ni sungutkn ialah beban tugas guru…x blh nk timbang sama berat ringannya dgn tugasan yg awak sebut2 tu…..perspektif x sama…so msg2 ada bebannya. Awak jd guru sandaran sekejap…knp x lama? X seronok? Bosan? Awak kte senang?………………..
Reply
•es May 29, 2013 at 7:17 PM
O..ok…sy fhm……awak sdg btugas di utara smnjung. Awak kata yg byk bunyi ialah guru baru…sy dah btugas lbh 10 thun. X pnh bunyi…tp x pnh bunyi bkn mkna sy setuju. Sy lbh redha kalau tugas sy hnya mengadap pelajar dr sy mengadap tugas key in….yg x pnh siap…..sampai hari ini. Lebih baik kualiti masa sy..sy tumpu pada mcm mana sy nak ajar pelajar sy dgn lebih baik serta mudah difahami..awak fhm tu? Sy x sempat nak fikir skrng ni kaedah terbagus utk pelajar sy…saban tahun, pelajar sy mempunyai pelbagai kecerdasan kognitif..maka saya sepatutnya fikir bagaimana sy nak sentuh kognitif pelajar sy dgn lebih berkesan..dari sy key in markah atau laksanakan kerja pejabat yg sekarang ni. Bkn sekadar kerja key in sj…..ramai guru termasuk sy terpaksa layan karenah bos yg nak kejar prestasi dikalangan daerah dan negeri termasuk sy…….sy warden…sy ketua panitia…sy bendahari pibg….sy sup…sy..sy..sy..sedangkan ramai lagi blh buat..knp sy saja? Sy tau ramai yg mcm sy….kalau guru lelaki dikata lebih beban…pandang perspek guru wanita dibidang pejabat……jgn pandang sebelah sj.
Reply
•wira May 29, 2013 at 11:26 PM
Doktor (tanpa pengkuhususan)
-Gaji Pokok bermula 2k++ campur segala elaun tak sampai pun 5k.
- Waktu Bekerja 48 Jam kerja tanpa henti dan 24 Jam Standby. selama SEBULAN.
- Kalau nak dikira bebanan, tugas doktor melibatkan nyawa pesakit. waktu bekerja langsung tak setanding dgn gaji. kalau nak dikira bilangan hours, bebanan guru dan doktor tak setanding?
Penyarah DS41
- tangga Gaji bermula 2k++ dan hanya ada elaun basic sama mcm guru. Tiada mile age dan tak boleh claim apa2 melebihi had institusi.
- Waktu bekerja Sepanjang tahun tak termasuk cuti sekolah mahupun cuti semester. Waktu bekerja mengikut jadual pelajar yang menggunakan konsep Floating class di mana kadang2 boleh menjengah ke tengah malam.
Polis Inspektor yea bukan konstable. Konstable pun ada yg degree.
- Tangga Gaji hampir sama dengan guru yang baru mula berkhidmat sekitar 2.8 k jika dicampur dgn elaun.
- Kebanyakan polis berpangkat inspektor akan ditempatkan sbg IO atau pegawai Penyiasat atau pegawai Semboyan. (betulkan jika sy silap)
- Waktu bekerja seorang IO 24Jam Bekerja 6hari dan 24 jam standby pada hari bercuti yg ditetapkan secara berjadual.
-Risiko nyawa melayang dan kecederaan tinggi
PTD
-Sama saja gaji dgn guru gred 41, waktu bekerja 8 jam malah kadang2 terpaksa lajak kerja sbb dateline yg perlu dipenuhi.
-Terpaksa menghadiri pelbagai perancangan dan aktiviti yg kelola oleh ketua jabatan pada waktu bercuti.
-Terpaksa membuat keputusan2 berat yg melibatkan nama baik negara.
-terlalu luas utk diterangkan satu-satu, harap ada PTD yg sanggup nak senaraikan
Saya sendiri seorang guru yang pernah menjadi guru ganti dan GSTT di pelbagai sekolah selama 6 tahun, tapi kini berkhidmat sbg guru tetap di sebuah sekolah di utara semenanjung selama 2 tahun. Sy tak nafikan bebanan guru, tapi saya seronok melihat murid2 yg sy ajar meningkat dlm pelajaran dan sentiasa mencari cara yg lebih baik utk mengajar. Saya tak nafikan sistem PBS dan pelbagai sistem lain membebankan tapi saya puas dpt buat sebaik mungkin. Sy juga telah berkahwin dan mempunyai seorang anak yg masih kecil. komitmen keluarga tidak menghalang tugasan sy sbg guru.
Reply
•es May 30, 2013 at 12:05 AM
Buat research lagi ttg bidang tugas dan imbuhan doktor..plizzz! Ni berdasarkn ape ni? Kerja 48 jam? Yekeee? Silap kotttt…….
Reply
•es May 30, 2013 at 12:09 AM
Nk tambah lg ni…awak g cari..doktor oncall…sejam berapa dia dpt? Cikgu (warden) oncall berapa pulak ye dpt nye? Nk sngt bnding bezakan gaji kannn? Cari dulu..nnti sy bg tau lagiii….sy warden anak doktor…sy ada fakta. Awak ada?
Reply
•wira May 30, 2013 at 1:07 AM
wow… anak menantu dah 10k disitu. berhenti jela keja cikgu. disini fakta secara kasar. sy minta sahabat2 dari kalangan doktor datang komen kat sni.
Point disni bebanan tugas kan? kata tak peduli tentang gaji.
Doktor oncall berbayar…wahhhh bestnyaaaa…
Reply
•es May 30, 2013 at 7:38 AM
Saya bkn ibu yg mints duit dgn anak..tolong ye en wira! Isu atas lain..awak pusing lain…..awak ni sangat2 profesional ke?
Reply
•es May 30, 2013 at 7:49 AM
Mula2 awak kata….gaji doktor, x sampai rm5k, bila saya kata cecah rm5k..awak kata…tetap x sampai rm5k, bila saya kata sy ada fakta….alih2 awak kata secara kasarnya. Hmm……mmg cara awak mengajar mcm ni ke?? Sy rasa..last la sy komen awak…sy tau dgn siapa sy deal berhujjah. Minta maaf….selamat hari raya !
Reply
•hs May 29, 2013 at 8:48 PM
alhamdulillah.. tahniah
Reply
•pengomen May 30, 2013 at 12:00 AM
sokong.. setiap jawatan ada susah senangnye..
Reply
•Ese May 29, 2013 at 4:43 PM
Pada saya, kerja cikgu ini ada banyak pro and contra. Macam biasala cuti sekolah, mereka pun cuti dan pula mereka ada diberikan cuti rehat khas sebanyak 7 hari. Gaji pula kalau duduk dikawasan pendalaman, memang lumanyan la. Contoh, Gaji Gred 44 dan 48, boleh ada di kawasan yang Cola nya cuma RM 100 sahaja. Sedangkan gred yang sama kalau jawatan lain, cuma ada di kawasan bandar sahaja especially putrajaya kan. Dan satu lagi, sekarang nie banyak guru yang berkelulusan diberi peluang belajar secara percuma untuk naikkan gred mereka ke Degre. Yang bestnya xminta pun dapat. Siap tolak lagi. Menunggu kerajaan naikkan gred secara automatik seperti sebelum ni.
Di sekolah, kerja memang banyak. Bukan cikgu jer, pegawai kementerian pun banyak gak kerjanya. Selalunya pengurusan sekolah yang perlu main peranan penting. Selalu sangat melantik seorang cikgu untuk macam-macam tugas. Dialah s/u PIBG, dia juga guru jaga stok, dia jugak ketua pengakap. Selalunya cikgu-cikgu lelaki jadi mangsa. Cikgu nie jugak la buat garisan padang dan kerja-kerja berat. Seadangkan banyak cikgu lain, yang xde tugas dan pandai2 lari tanggungjawab. Pergi kerja lambat, balik kerja awal. Baru pukul 1 dah mula hidupkan enjin kereta. Cukup masa terus balik.
Pembahagian tugas guru oleh guru besar mahupun pengetua kena teliti dan sama rata. Alasan yang diberi oleh guru besar dan pengetua, kalau bagi kerja pada guru-guru yang bermasalah ini, nanti kerja tidak siap. Rasanya alasan nie nak lepaskan diri mereka jer. Disinilah perlunya daya kepimpinan yang tinggi yang perlu dimainkan oleh mereka untuk mengatasi masalah nie. Bukan main lepas tangan jer.
Tentang PBS nie, pada saya pula agak sukar untuk menilai pelajar. Sebab subjektif sangat. Kalau letak gagal , cikgu gak kena menjawab. letak cemerlang sangat pun, kena menjawab jugak. Cikgu2 dalam dilema. Last2, penilaian yang dibuat pun tidak tepat, yang penting ianya diisi. Erti kata lain sia-sia jela matlamat PBS ini dilaksanakan.
Tentang jaga SPM atau PMR. setahu sayala, cikgu sendiri yang boleh terima ataupun tolak. sebab xsemua guru yang saya kenal kena jaga SPM ataupun PMR. dan ramai guru saya lihat, bebas melancong keluar negara tiap kali musim cuti sekolah. yang membuatkan penjawat awam yang bukan guru ini rasa cemburu.
buat perbandingan
N41 = 30 hari cuti
DG41 = cuti sekolah akhir tahun 2 bulan,+ cuti sekolah tengah tahun 2 minggu + cuti perayaan. + cuti rehat khas 7 hari.
rasanya dari segi cuti DG41 menang.
Saya tertarik dengan komen pasal broadband. Even N17 yang kerja pun mampu beli notebook dan broadband sendiri. Apala sangat kalau cikgu pun memiliki benda yang sama. Sekarang zaman komputer dan internet merupakan satu keperluan. Saya lihat, sekarang hampir semua guru dah ada tablet cth galaxy tab dan Ipad. Siap bagi anak pakai. Rasanya xperlulah nak dipertikaikan lagi.
Janganlah sampai nak guna laptop sekolah sepanjang masa. Kalau buat kerja sekolah xpela jugak, nie guna untuk kepentingan peribadi.
Yang perlu dihighlightkan adalah, sistem yang diperkenal kan KPM perlulah memiliki Server yang pantas dan cepat. Facebook yang berjuta guna pun lebih cepat dari sistem yang KPM sediakan yang hanya diakses oleh guru-guru sahaja.
Berkenaan cadangan perlunya pegawai sukan yang bertauliah, saya setuju sangat2. Guru xperlu dibebankan dengan benda macam tue. Bukan semua guru mahir melatih budak2 bersukan. KPM perlu ambil perhatian…
tuejela(banyak lagi, tapi xlarat dah nak tulis).. saya tahu lepas nie..mesti ada yang xsetuju dengan saya.. just luahan hati.. :)
Reply
•boboi May 29, 2013 at 7:13 PM
cuti N41 30 hari tu memang 30 hari. cuti sekolah setelah ditolak sabtu/ahad dan cuti umum adalah 40 hari. dan dalam 40 hari tu, dipanggil mesyuarat, pergi kursus dan kelas tambahan, jadi 30 hari jugak. sama saja. kalau kena jaga spm, tinggal 20 hari saja. lagi teruk. cuti rehat 7 hari tu cuma diluluskan kalau ada kematian, saudara kahwin, dan sebagainya, tak boleh apply cuti saja-saja. memang tak lulus.
Reply
•es May 29, 2013 at 7:24 PM
Jaga spm, pmr mmg bukan semua. Tapi kalau intai betul2…byk sekolah buat sistem giliran….paksa guru jd pengawas exam. Kalau sekolah yg x ramai guru….giliran tu jd kecil…..belum puas cuti dah kena semula…..atau kalau x kena jaga exam, kena jd guru btugas semasa cuti jaga pelajar. Rasa2nya sesuai amat la…..kalau x, xkan la ramai suami suka isteri yg jd guru…..boleh asuh anak sendiri, byk cuti n balik cepat supaya anak x terbiar. Tapi lately, pengasuh anak guru dah bersungut…guru balik lambat. Mcm mane tu? Kdg2…sabtu, guru buat tugasan dsekolah, pengasuh dah plan xnak jaga anak guru. Mcm mne tu? Boleh ke suami bwk anak tu ke pejabat? Biar isteri guru ni keja kat sekolah? Atau suami x keja…jaga anak. Sy pnh dengar suami jaga anak bsungut…..mcm mana tu? Nak cerita yg atas2 tu..kalau bujang2..ok la lagiiii……..
Reply
•es May 29, 2013 at 11:59 PM
En wira……sy kata doktor gaji + elaun tu rm5000…….sebab anak sy dan menantu sy adalah doktor! Tu br housemanship……habis houseman ni…gred 44..sng nya naik gred..awak tau ke x yg tu? 2 thun je houseman…anak sy dah bsr2….mknanya pengalaman sy lbh luas nih….sy guru..sy jaga anak..sy bwk anak bila xde org jaga. Awak lelaki…awak pnh bwk anak masuk kelas ke masa awak mengajar? sy buat semua tu dulu……..
Reply
•Sofian June 2, 2013 at 3:32 PM
Isu broadband. Sebelum ini memang tidak menggunakan broadband. Setelah banyak perkara melibatkan kerja perlu menggunakan internet, maka mahu tidak mahu terpaksa melabur duit gaji untuk menyelesaikan kerja. Ini bukan isu N17 mampu guna broadband..guru tidak mampu
Reply
•jctm May 29, 2013 at 5:58 PM
Salam guru2 semua. Saya merupakan guruyg telah berkhidmat lebih dr 15 tahun. Byk susah dr senangnya menjadi seorang guru. Malah saya sering mengingatkan pelajar2 saya Gar tidak menjadikan profesion ini sebagai cita2 mereka kecuali jika mereka bnar2 berminat dan mempunyai sifat kental. Berkenan pbs, xdnafikan ianya agak menyusahkan, namun pd lendapat saya kita perlulah menjadi lebih berfikiran terbuka. Mungkin msh ramai guru yg tidak memahami bagaimana pbs dijalankan. Ianya bu,an kesalahan cikgu2 ttp ianya adalah tugas JU utk memberi penerangan yg mendalam ttg pbs. Sebenarya pbs merupakan latihan2 yg cgu2 berika dan Ianya tiada beza dengan latihan harian yg dberi kpd murid2. Kesemua xtvt yg cgu2 berikan adalah pbs berdasarkan DSP subjek msg2. Saya telah menjalani pbs selama 2 tahun dan pd thn kedua ini sya semakin selesa malah saya semakin kurang tugas kerana ketiadaan peperiksaan atau ujizn bulanan. Sy boleh menumpukan PdP sy dgn lebih baik krn xperlu ingat ttg membuat kertas ujian atau peperiksaan ataupun menandanya.Saya xnafikan ttg sppbs yg agak menyusahkan guru2 ttp ianya akn sentiasa diperbaiki dan dimurnikan. Ttg kokurikulum sekolah pula, ianya adalah utk ank2 didik kita juga. Mungkin pentadbiran sekolah perlu melakukan sesuatu spt mengehadkan 1 guru utk 1 xtvt koku. Ini past akn mgurangkan bebanguru sms cuti sekolah. Wbgman pun, sy sgt setuju ttg data2 yg perlu di isi. Spttnya, KPM hanya perlu wujudkan 1 sistem sahaja yg boleh dgunapakai oleh semua unit. Jd guru2 xperlulah mengisi data2 yg samasetiap kali dminta. Perkara2 beginilah yg mnjadi bebanan dan kemarahan guru. Saya sekadar memberi pdpt namun jk ada yg xboleh menrima pdgn sy, seribu kmaafan sy pohonkn.
Reply
•wira May 29, 2013 at 11:29 PM
saya setuju…pengurusan sangat penting dalam memainkan peranan utk melaksanakan PBS.
Reply
•cikgu man May 30, 2013 at 12:40 AM
Salam..maaf mencela skit kt sini…kt sek saya..walau pbs dilaksanakan..tp ujian tetap dijalankan…pelik…yg kedua..kalau rasa nk buat pbs…improve la dulu server…cikgu ada beratus ribu…tp server hanya mampu menampung puluh ribu jer…so sbnrnya salah siapa.? Dan satu lagi…kalau kita dh gunakan sistem online? Apa reason offline digunakan lagi? Mengapa masih ada kad 001 sedangkan dh ada apdm? Mengapa masih ada kad rekod kemajuan pelajar sedangkan ibu bapa boleh tgk internet? Mengapa perlu guru pjk sediakan segak utk ppd sedangkan segak dh isi dalam pbs? Mengapa ada kad kokurikulum sedangkan kokurikulum dah isi dlm pbs system? Apa rasionalnya online ni kalau pemantsu dtg keje nk tgk file?
Reply
•aku guru juga June 1, 2013 at 1:15 AM
same kes with me… tiada ujian… sbb laksana PBS.. so kalo ade ujian gak2 tu… kalo ade gak2 isi manual tu… mmg mslh pengurusan sek… alhamdulillah pengurusan sek aku bagus… agihan tugas bagus… JU pun cemerlang… PBS kami best… ;)
Reply
•Cikgan May 29, 2013 at 8:19 PM
Tak perlulah dibuat perbandingan…masing-masing ada tugas ada tanggungjawab. Kadang-kadang ringan, kadang-kadang berat. Itulah hakikatnya. Jangan memandang rendah terhadap orang lain. Luahan perasaan ada benarnya. Sesiapa yang berada di dalam ZON SELESA mungkin tidak terasa kekangannya (Malas, Tidak ambil peduli, Sikap tidak acuh, Tidak jujur). Bekerja, mendidik, mengajar, mengasuh memang sebati dengan jiwa guru. Bahannya adalah murid yang mempunyai perasaan, ragam, gaya dan kerenah berbagai.
Memang tidak adil jika dibandingkan dengan kerjaya lain kerana penentu masa hadapan anak-anak terbeban kepada mereka….GURU. Jika pincang mereka, maka pincanglah anak-anak yang bakal menentukan masa hadapan negara bangsa.
JIka luahan perasaan mereka…GURU ada benarnya, anak-anak kita juga yang akan memperolehi keberuntungannya. Mereka TAHu apa yang dilakukan itu wajar dan sebaliknya. Jangan memandang rendah…..JANGAN….sebaliknya bantu dan cuba selami bebanan mereka. JIka nak bergaji tinggi, berjawatan tinggi bebanannya juga tinggi.
INGAT….jangan menilai pada kulitnya…..
Reply
•cikgu stress nak bersara awal May 29, 2013 at 9:25 PM
salam kpd sangkar ikan…mmg sesuai sgt dgn nama hang tu, sangkar ikan..aku nak habak kat hang ..kami semua para guru ni bukan mengungkit apa yg lakukan dan usahakan setiap hari, setiap minggu,setiap bulan dan setiap tahun…tp tugas kami skrg ni bkn dah jadi pendidiki spt zaman emak ayah kita dahulu, tp kerja kami skg ni dah bertukar menjadi kerani,tukang kebun, cleaner,kaunselor dan yg lebih rasa tertekan tu ialah kami rasa dah jadi mcm kuli di mana..semuanya kami mesti lakukan masa yg terhad dan terikat dgn prosedur yg tlh ditentukan oleh Kementerian pelajaran…sedarlah bahwa kami juga mempunyai tgjwb thdp keluarga suami dan anak2….badan dah letih kat sekolah stlh balik jam 4.30, kadang2 sampai jam 6 ptg, dah jarang masak, asyik beli kat kedai jer…anak2 dan suami dah naik mual dah…dah nak buat mcm mana, badan dah letih,ngantuk,,,itulah keadaan kami hari demi hari…blm masuk bab menanda buku, menanda kertas exam dan mengisi MARKAH PBS mengikut band terpaksa berjaga 3-5 pg, jd kpd SANGKAR IKAN sy hrp hang tlg keluarlah dr sangkar tu agar kepala otak hang tu terbuka dan tidak tuduh melulu jer kpd para pendidik…hang ada anak kan…jd berfikirlah dulu sblm berkata2 yer…
Reply
•pencacai May 29, 2013 at 10:59 PM
macik Ese : buat perbandingan
N41 = 30 hari cuti
DG41 = cuti sekolah akhir tahun 2 bulan,+ cuti sekolah tengah tahun 2 minggu + cuti perayaan. + cuti rehat khas 7 hari.
rasanya dari segi cuti DG41 menang
bagusnya perbandingan ini…. bestnya… mari la ramai2 jadi guru, hebat ni… gaji besar, cuti banyak… best best!!
Reply
•pengomen May 29, 2013 at 11:42 PM
best kan.. cuti akhir tahun 2 bulan, gaji masuk macam biasa..
i like..
Reply
•rugayah mohamad May 30, 2013 at 12:12 AM
semua bercakap dan berbahas tentang tugas dan gaji guru. kini sy ingin menyuarakan tentang tugas sy sebgai antara pentadbir yang ditugaskan menyediakan jadual relief untuk guru2 yg keluar kerana tugas2 kokurikulum,koakademik, ke klinik kerana menghantar pelajar yg sakit, guru berkursus, guru bersalin yg tiada guru pengganti, guru sakit dan bermacam lagi. setiap hari sekurang2nya 5 guru tiada di sekolah. kalau seorang guru mempunyai masa mengajar 6 waktu sehari kalau 5 orang guru terpaksa diisi 30 kekosongan waktu. siapa yang akan mengganti. cikgu sedia ada di sekolah yang terpaksa mengganti. cikgu inilah yang terpaksa mencuci mangkuk kawan, juga mencuci jamban kawan (cikgu yang spt adik sangkar ikan). inilah beban tugas guru. spt kata tun sri lanang, tugas raja dijunjung tugas sendiri dikelek.
Reply
•technician May 30, 2013 at 9:07 AM
Puan menyediakan jadual guna software ape? Guru mengajar 8 jam ke? sepanjang pengiraaan saya paling tinggi 7 jam jer sehari. kenapa? dalam sehari yang betul2 mengajar 4-7 masa sahaja di sekolah sy. Sy yg terpaksa bertungkus lumus siapkan jadual yg pentadbir saya drafkan supaya sy siapkan menggunakan Asc time table software. sedangkan bukan tugas sy. Sy terpaksa jd tukang isi data kehadiran murid setiap pagi. Update data Hrmis, Update data ICTS, update data SPPICTS, sediakan sistem booking makmal, sediakan sistem aduan kerosakan, sediakan laman web, cuci makmal setiap minggu, belum lagi cuci longkang, cuci kolam ikan, susun kerusi meja murid supaya setiap kelas mempunyai bilangan yang sama setiap kali cuti sekolah. saya la tukang mengecat pintu, tukang repair elektrik, tukang repair paip, tukang repair pintu, tukang repair kerusi meja murid, tukang repair aircond/lampu/kipas, tukang jaga PA sistem setiap pagi perhimpunan. Belum lagi tugas2 luar task force ke setiap skolah buat maintenance secara FREE dgn kuih 1 biji dan air teh O panas jer. banyak lagi kalau saya nak senaraikan.
Semua diatas bukan kerja hakiki saya, tapi arahana bidang tugas yg terakhir, saya yg menurut perintah. tapi pernah tuan-tuan dan puan puan menghargai diorg ni? takde kan? saya bukan bercakap tentang semua sekolah atau guru mcm ni, tapi segelintir saja.
Reply
•pemerhati May 30, 2013 at 8:05 AM
semoga rezeki korang berkat… walaupun dah merungut semuanya..
dulu aku pernah menangis sbb xdapat jadi cikgu.. tp alhamdulillah., rezeki di mana2..
bersyukurlah.. polis dan guru memikul amanah yang besar.. akan dipersoalkan di akhirat nanti..
kerja-kerja lain pun sama..
Reply
•Houseman May 30, 2013 at 8:48 AM
jd pendek kata puan ES nak naik gaji lagi la le ni. gaji pokok doktor U41 (houseman/tetap) secara basicnya starting antara (T1)1738.++ hingga (T6)2137.++. Tapi siapa sy utk menentukan gaji pokok doktor? Mungkin sebab itu En Wira sebut secara kasar. Bukan anak puan sahaja yg bekerja sbg doktor. Kalau dicampur dgn elaun2, masih tetap belum sampai 5k. Kecuali sudah habis housemanship secara automatic, gred kami akan diupgrade ke U44, tapi dengan bersyarat mempunyai kemahiran khusus seperti obstetri atau neurology dll yg lebih spesifik. Sekiranya tidak, kami tetap akan diteruskan dengan gred 41 terutamanya doktor yg menerima kedoktoran dari negara2 seperti indonesia atau india.
Pada pandangan saya, sama ada en wira ini mempunyai ahli keluarga yg bekerja doktor atau mempunyai ramai rakan2 doktor yg mengeluh seperti saya (yang mana beliau sendiri tidak membesar2kan cerita dia ada anak yg bekerja sbg doktor dsbgainya)
Kalau nak disebut sbg bebanan kerja, bagaimana seorang gred Juruteknik Komputer FT17 di sekolah? Kerani di sekolah? anak saudara sy seorang juruteknik komputer juga terpaksa dtg bertugas pd cuti hujung minggu. juga terlibat dgn aktiviti sukan, ambil gambar, tolong hantar anak murid ke hospital, tukang sapu di makmal, adakalanya cuma makan dimakmal sbb takut kena kata dgn cikgu kalau mkn di luar sekolah. belum lagi terlibat dgn hari sukan peringkat negeri dan bertugas di ppd pd setiap minggu. Sbb mereka belajar tidak pandai atau kerana skim tertakluk kepada gred SPM? Bila dibuat perbandingan dgn gred setara pandai pula kata bebanan kerja berbeza dgn gaji. kenapa pertikai tentang doktor sahaja, bagaimana dengan gred polis dan ptd seperti yg disebut oleh en Wira? takde ke org yg nak pertikai? Bila sebut tentang gred yg rendah tahu pulak kata sapa suruh belajar tak pandai. Tolong la…kamu semua ni cikgu2 yg mendidik anak bangsa…beri la imej yg baik kepada anak bangsa dan rakan perjawatan yang lain. hormati kerja2 yang mereka buat.
Saya tak pasti tentang anak puan, mungkin diorg pemalas atau suka curi tulang, kami doktor diwad biasa, cuma mempunyai 3 orang doktor yang bertugas. Pesakit yang datang setiap hari 24jam tanpa henti. saya sendiri adakalanya terpaksa bertugas 48jam secara shift dan standby yang berselang seli 8 jam. adakalanya terpaksa tidur di hospital kerana tidak sempat utk on call sekiranya pesakit collapse. On call berbayar? nonsense, tiada istilah on call berbayar, elaun kecemasan dan critical itulah on-call berbayar kami. waktu berehat atau bercuti seperti tidak bercuti kerana kami terpaksa standby on call setiap masa kerana kekurangan doktor. Nisbah pesakit dan doktor di setiap hospital berbeza.
Reply
•technician May 30, 2013 at 9:37 AM
tiada masa nak laksana PBS cuma satu alasan. huh…cikgu…cikgu..gred lain dlm sekolah duk goyang telur ja..kalau pengurusan sekolah lebih baik dan guru beri kerjasama…rasanya takdak masalah tiada masa.
Reply
•Ese May 30, 2013 at 9:41 AM
Ok Bab pengasuh pula.
Ada cikgu sanggup balik rumah dulu dari ambil anak dipengasuh. Ini bukan rekaan tetapi realiti . Katanya kita dah bayar pengasuh, so biala mereka jaga dulu.
Eh yeker, tapi saya tengok ada jer yang guna cuti rehat khas pergi bercuti. Siap update fb lagi.. kelas gitu. Lebih2 lagi hari isnin, ada plak yang terlajak cuti, samada nak amik mc atau cuti rehat khas. Las2 cuti rehat khas yang diambil.
Ingat lagi ayah saya pernah cerita, dulu-dulu mana ada orang berebut2 nak jadi cikgu. Sebab apa, kerja xglamor, gaji kecik, dan macam2 lagila.. Tapi sekarang, orang berebut2 nak jadi cikgu, kerja separuh hari(paling lewat pun pukul 3 petang(sekolah rendah tuepun sorang dua jer) ) lainlah hari koku, itupun bukan tiap2 minggu, macam hari peperiksaan dan bulan puasa, koko dibatalkan. Pastu boleh pilih sekolah mana yang kita suka, banyak yang saya jumpa, masa muda2 nie kerja kat bandar dulu, nanti dah nak pencen, barulah pindah balik kg. Gaji cikgu di kawasan pedalaman (KG), memang besar sangatla. Mcam doktor hanya ada satu ke dua post jer di klinik kesihatan di pedalaman. Tapi kalau cikgu, kalau satu sekolah ada 1000 ke 2000 murid, so kira sendirilah berapa bilangan guru. Nampak x, kelebihan jadi guru nie…
lagi satu, bukan semua sekolah kekangan kerja nya sama. Kalau sekolah cemerlang tue, memang sibukla. Nak itu nak ini, nak laopran tue nak laporan ini. Tapi cikgu2 nie ada pilihan, boleh tukar ke sekolah yang tidak sibuk. Ada beribu sekolah boleh kita pilih. Tapi kalau kerja doktor, hmm, hospital mana yang tidak sibuk. Hari2 ada pesakit keluar dan masuk. Kena on call lagi. Sedangkan gaji lebih kurang jer..
Banyak kenalan saya, asyik bertukar sekolah jer. Xsuka dengan gurubesar, tukar sekolah lain, xsuka lagi tukar. sedangkan dalam satu daerah jer.. Punya la banyak ditukar nya. ada konflik ngan cikgu2 sejawatan, tukar sekolah lagi. So ditangan cikgu ada banyak pilihan.
Ok, katakanlah 7 hari itu untuk kematian dan hal2 kecemasan. Makanya untuk N41, pun dah tolak siap2 7 hari tue, untuk hal2 kecemasan. Maka tinggallah 23 hari, untuk cuti suka hati.. Still cikgu menang lagi. 23 hari cuti lawan 40 hari ( nie hujung tahun jer ) tidak termasuk cuti perayaan + cuti tengah tahun.
Setakat ini takde lagi saya jumpa cikgu berhenti kerja. bahkan ramai lagi orang yang nak jadi cikgu adalah.
Bab memasak pula. rasanya pengurusan masa yang penting. Saya juga ada kenal kerani2 sekolah, xde masalah pun nak memasak, ada yang suami dah pencen, boleh balik rumah pukul 1-2 petang untuk memasak untuk suami. pagi2 sebelum pergi kerja, sarapan dah disediakan. Dan malam pula boleh jer memasak lagi untuk makan malam. Pada saya malas jela puncanya. setiap hari tue jela rutinnya. Saya lihat hampir semua guru sekolah membungkus makanan di kantin sekolah msa rehat pagi. Habis licin lauk di kantin mereka bungkus. pada saya kerja bukan menjadi satu alasan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab seorang isteri. Asyik-asyik saya dengar, xde masa – xde masa , xde masa. Yang masalahnya pengurusan masa.
Bab sistem pula, kadangkala, sikap cikgu sendiri yang melewat-lewat2kan buat kerja. Sepatutnya boleh selesai awal. Tapi kalau laz2 minit, memang susahla.Contohnya KPM bagi masa 1 bulan untuk key in markah. Tapi ada cikgu isi markah, hari terakhir due date. Kalau satu sekolah 20 orang guru akses sistem satu2 masa, dan sistem KPM pula memang low class, xboleh nak support user yang ramai. So sistem jadi slow la. Selalunya guru-guru nie akan meletakkan kesalahn pada KPM sebab sistem slow. Sedangkan pada diri mereka pun ada kesalahan jugak. So muahasabahla. Tapi bukan semua guru begitu, ada yang melaksanakan kerja dengan baik dan teratur. Effision sangat. So guru sebegini harus diberi pujian.
Senang citer, kalau nak cari kekurangan dan kelemahan pada kerjaya yang kita buat nie. Memang senang. Banyak jer boleh cari. Tapi cubalah tenangkan hati melihat kelebihan yang kita ada.
Reply
•aku guru juga June 1, 2013 at 1:10 AM
i like ur point… :) true wlpn aku seorg guru… yes its true….
Reply
•Hshazlyna May 30, 2013 at 10:18 AM
Sedih baca komen yang paling atas tu. Hargailah guru anda walau ilmunya hanya sepotong ayat. Masih ingatkah kita semua dengan guru yang mengajar kita ilmu yang kelihatan mudah iaitu A-Z dan 1,2,3…?Masih hidupkah mereka? Kalau bberkesempatan carilah tangan tangan mereka ini yg mungkin sedang uzur, kucuplah dan katakan terima kasih cikgu. Tanpa cikgu saya ini bukanlah siapa siapa di atas dunia ini!
Reply
•Faiz May 30, 2013 at 1:13 PM
Mak ayah aku cikgu…. Adik beradik aku 7 orang cikgu…. aku tau camne susahnya jadi seorang cikgu… walaupun aku bukan cikgu…
Reply
•guru interim 2013 May 30, 2013 at 2:02 PM
sppbs, showcase, mcm2 lg……………….jam3 pg isi data pbs..keja dari jam 6.50 pagi smpai jam4.30 petang…xcukup aktiviti2 luar sekolah, kursus2 khas, tugas2 khas….
Reply
•ris May 30, 2013 at 3:25 PM
xperlu la nk slg mghina.. kami guru bkn x brsyukur n suka merungut.. kami tau keje lain spt polis, tntera n sebagainya pn ad tggungjwb yg sndiri.. cuma kami kdg2 geram dgn pelb transformasi yg nk dibuat tp hasilnya x seberapa.. beban keje brtambah tp anak murid mkin trabai..senang cite try jg cikgu n rasakn sndiri.. mmg betul ct sekolah byk, tp time ct tu la kami nk key in markah, data, tanda kertas periksa n sbgnya..sy sndri wktu ct x smpt nk bawa fmly pg brcuti, sbb kna siapkn keje.. nk transformasi blh, tp kna fikirkn kesesuaian prosedur pelaksanaan n impak hasilnya.. lau x keje akan jd sia2 je.. kami sedia brkhidmat lau kna ngn caranya..
Reply
•Doktor U44 May 30, 2013 at 4:21 PM
Dari Cikgu pindah ke Doktor.
Setiap kerja ada beban dan tanggungjawab masing2. Dokter tanggungjawab jaga pesakit kalau cikgu jaga pelajar. Masing2 ada stress sendir. Tak perlulah kita bandingkan. saya nak bandingkan pun saya bukan cikgu , saya tak pernah jadi cikgu. saya x layak utk komen kerja org lain.
Kami sebagai doktor. Kerja tak kira masa masuk pukul 8.00 pagi( selalu lebih awal 7.00 kadang pukul 5.00pagi pun ada) balik sepatutnya pukul 5.00pm.(reality kul6,7, sampai pukul 11.00mlm pun ada) tanpa claim hours. ini disebabkan kecemasan atau pesakit tidak stabil. kami x da system shift kalau ada pun mana boleh passing nyawa org macam tu saja.
kalau oncall bermula dari pukul 5.00pm selepas bekerja hingga 8.00pagi dan sambung kerja samapi 5.00 petang. lebih 24jam. Oncall selalu tinggal seorang saja dr untuk 1 department jadi x tidur kadang2 x sempat duduk pun.Di sini bukan saya nak mengeluh.cuma nak terangkan sebahagian rutin kerja kami. Bagi saya kerja seikhlasnya , gaji no 2 , yg penting ikhlas kerja pun enjoy.
saya taknak bandingkan dengan mana profesi sebab saya xda pengalaman. Cuma minta pembaca jgn menghina kerja kami. Gaji kami x seberapa. Gaji pokoK saya rm3400 + elaun rm1600.
kalau gaji jadi permasalahan, lebih baik buka business sendiri, 20K sebulan pun boleh dapat.
sekian terima kasih
Reply
•pode May 30, 2013 at 8:21 PM
pbs xsusah kalau tau cara, prepare awal, bahagi keje sama2 guru satu mp,
saps lg xsusah, saya cadangkan isi la markah sebelum subuh, sebab waktu nie xramai yg isi markah/band online.
saya masih igt lagi kata2 sifu saya, ” DEPA BAGI KEJA KITA ANGGUK JE LA, BUAT LA, BIAQ BANGSAT MANA PON CARA KITA BUAT, JANJI KITA BUAT”. sifu saya juga menambah, BUKU(rph) KENA BUAT, BUKTI-BUKTI (segala jenis fail) MESTI ADA, KELAS MESTI MASUK, INSYAALLAH KITA JADI CIKGU, SELAMAT. banyak bunyik pon xguna, PBS nie ttp akan dteruskan. TAPI kalau la dimansuhkan, saya antara yang paling gembira.
ada org persoal, kalau xikhlas nak jadi cikgu, xpayah la jadi cikgu. Bagi saya, KERAJAAN BAYAR SAYA UNTUK KERJA, IKHLAS TAK IKHLAS KERAJAAN APA PEDULI, JANJI KO BUAT KERJA. PAHALA N DOSA, TU SEMUA KERJA ALLAH, DIA NAK BAGI, DIA BAGI, DIA XMAU BAGI, TU HAK DIA.
da nama kerja, ELAKKAN DIRI DARI X BUAT KERJA, SENYUM JE WALAU TERPAKSA.
nie pendapat saya la…
Reply
•Saya Guru Ganti Shj...May 30, 2013 at 10:50 PM
xsngka ada jgak manusia mcm ne….klu nak rasa mcm mn tugas ckgu try apply borang kat ppd untk jd GURU GANTI shj….ne bru guru gnti….klu guru ttap xtaW la mcm mn….bkn nak show off la ek…tp saya ngan kwn2 yg lain (KGSK)(Kump Guru Simapanan Kebangsaan) wat keja dr jam 9/11.00 pg smpai jam 12.00 TENGAH MALAM….smata2 mo semak kertas PBS yg b’lmbak2 untk 5 klas yg stiap satunya ada 35 org plajar….siap semak kna keyin markah plajar plak….keyin????1 mlm hnya untk 1 klas (5 org shj)…..TaW x napa????kna teliti dan cermat sbb klu ada kesalahan lpas keyin xdpt d prbtulkan lg…..1 yg ble saya katakan….Guru-guru yg ada d sluruh malaysia ne adalah guru-guru yg tlah d kurniakan KESABARAN, KETABAHAN DAN KEKUATAN HATI DALAM MENGHADAPI SEGALA DUGAAN, RINTANGAN DAN KARENAH PELAJAR-PELAJAR YANG SEMAKIN MENCABAR DI ZAMAN INI….ada beza ketika sya mnjd guru gnti pd thun 2009 dan skrg….(2013)….guru dahulu CEKAP DAN TELUS dlm mlaksanakan keja msing2….Tp guru skrg tdak telus dlm keja…napa???bkn stkat guru, kerani skola pun byk b’ckp mngenai pbs yg tiada validity….saya mmg tdak minat jd guru…tp usaha jgak mnanam mnat jd guru….smata2 untk mndidik anak bangsa yg smakin high class arus kemodenannya…smoga Allah mngurniakan smua guru2 d MALAYSIA ksbaran n kecekalan yg tggi dlm mndidik anak bangsa….AMIN ya Robb….
Reply
•kelapa May 31, 2013 at 9:51 AM
padan muka SANGKAR IKAN…CAKAP GUNA otak kepala lutut..
Reply
•kelapa2 May 31, 2013 at 10:03 AM
ada satu SUARA kedengaran dari mulut parent kpd anaknya…”KAMU BELAJAR RAJIN-RAJIN SUPAYA pandai…KALAU TIDAK NANTIII BESAR…KAMU CUMA JADI jadi cikgu…NAK ke…”?
alahaiii….;)
Reply
•es May 31, 2013 at 10:10 AM
Peliknya…ris…yg di atas2 komen -ve tu..bkn hina..tp dengki. Dengki yg x kesudahan..klo rs kje anda ssh..jgn dengki bila guru komplen..tu hak kami. Kami x komplen dgn anda..kami komplen utk penambahbaikan..klo kmi dpt…anda dengki, x guna pun. Anda nak? Anda komplen la plk ikut saluran…jgn pertikai tuntutan org lain. Klo anda ada anak, anda tentu rs x apa klo guru anak anda selesa…anak anda kena tempias. Klo guru anak anda stress, anak anda jgn rasa tempias……ni kisah manusia..deal dgn manusia…stress bkn pkara luar biasa…xkn bnda camtu pun anda x blh fikir!
Reply
•cikgu juga polis May 31, 2013 at 10:34 AM
dia ingat dia ada pistol kita tak berani lawan dengan dia ke? kita punya akal dan ilmu yang jauh lebih tinggi dari dia..
Reply
•aku juga cikgu May 31, 2013 at 11:58 AM
cikgu satu kerja yang mulia, jangan hina cikgu kerana keluhan yang di sampaikan. semua orang berhak bersuara untuk menyampaikan ketidakpuasan di hati. jangan kita “judge the book by the cover” itu hak kita untuk meluahkan apa sahaja yang tersirat dihati………..wasalam.
Reply
•Pelajar May 31, 2013 at 8:55 PM
jangan suruh dia (sangkar ikan) try jadi cigu..dia xlayak lah…
Reply
•tulisan dinding May 31, 2013 at 11:41 PM
sy xda apa nk komen cuma nk kongsikan tulisan yg ada di dinding sebuah sekolah di perdalaman….
“SEORANG DOKTOR YANG GAGAL AKAN MEROSAKKAN SEORANG PESAKITNYA,
TETAPI SEORANG CIKGU YANG GAGAL AKAN MEROSAKKAN SATU GENERASI MASA DEPAN”
pikir pikirkan dan selamat beramal….
p/s; kepada doktor2 sori yer tngok kt dinding sekolah tersebut tulis mcm tu …………….
Reply
•aku sangkar harimau June 1, 2013 at 8:18 AM
woit si sangkar ikan…sekali aku ngap ngan sangkar2 sekali…
Reply
•Cikgu Zol June 2, 2013 at 2:06 PM
Jangan pening2 jangan banyak alasan, kalau dah tak boleh kerja atau tak sanggup hadapi beban kerja berhenti cari kerja yang senang aje. Ramai diluar sana yg nak jadi guru.