Selasa, 23 Julai 2013

1081. Bila nasi sudah jadi bubur, bubur ...... pula.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Kebetulan hari cuti hujung minggu. Abah teringin sangat nak makan bubur nasi. Malamnya setelah anak-anak abah dah tidur, abah tengok nasi dalam periuk, masih banyak lagi. Sebabnya anak-anak abah malam itu makan roti sepuas-puas dan semahu-mahunya. Dua buku roti abah beli, sampai tinggal sedikit. Sedangkan beli roti untuk sarapan. Sarapan paling mudah dan paling ringkas menyediakannya.

Memang sudah jadi kebiasaan kalau beli roti, walau disarankan untuk sarapan, tetap anak abah makan roti sampai dekat habis pada malam hari. Esoknya kalau pergi sekolah anak-anak abah gagal bersarapan, sebab perancangan abah tidak menjadi. Yang paling hebatnya, ada anak abah guna jari colet kaya roti dan masuk mulut, berulang-ulang kali. Sejak itu abah cukup geli hendak makan kaya kalau sudah terbuka.

Jujur pasal makan abah memang tidak berkira dengan anak-anak abah. Makanlah apa sahaja, asalkan halal dan tidak membazir. Paling penting pandai jaga kebersihan makanan baik zahir mahu pun kebersihan batin makanan. Tetapi semua itu masih tidak mencukupi kerana abah tidak dapat kerjasama memberitahu bila barang habis.

Teringat abah satu perkara, memang abah kalau beli keperluan dapur, dalam stok untuk sebulan. Antaranya kalau beli sos tomato, abah beli dua jenis. Satu berperisa pedas dan satu botol sos tomato sahaja. Waktu makan malam, abah mintalah tomato sos pedas. Tak ada jawab anak abah. Abah beli satu aje, kata anak abah lagi. Sedangkan abah sendiri yang mengisi barang dalam kotak di kedai runcit siang tadi. Akhirnya dapat jawapan sos tomato pedas itu telah pecah semasa usaha penyimpanan.


Berbalik kepada kisah bubur nasi tadi tu. Abah pun masukkan air dalam periuk dan nyalakan api yang paling minima. Berulang-ulang kali abah jengah dapur, godak lembut biar rata nasi untuk dijadikan bubur. Abah suka tengok bubur nasi putih melepak. Cantik dan menarik selera. Emak anak-anak abah selalu buat, masa anak-anak abah masih kecil lagi.

Bila sudah kurang airnya, abah tambah dengan air masak sejuk. Alhamdulillah akhirnya dekat jam 3.30 pagi jadilah bubur nasi. Abah padamkan api dan terus sambung tidur untuk bangkit menjelang subuh.

Abah ke dapur untuk menyiapkan lauk-lauk untuk bubur nasi sebagai menu sarapan keluarga kita hari ini. Abah jadi pelik kenapa periuk bubur nasi sudah tiada?. Abah tanya anak-anak abah, mana bubur nasi?. Anak abah tunjukkan lain periuk dan abah lihat bubur nasi telah bertukar warna kekuning-kuningan. Bau pun tidak sesegar bubur nasi yang baru siap 3.30 pagi tadi.
Hangus sudah bubur nasi abah. Hampa, kecewa tak usah nak diungkap lagi. Rupa-rupanya ada anak abah yang rajin bagi perangat bubur nasi tersebut sampai terlebih hangat. Ikutkan kebiasaan setakat 7.00 pagi, bubur nasi yang siap 3.30 pagi tu masih hangat-hangat lagi rasanya. Yang paling ketara memang tidak perlu diperangatkan.
Emak anak-anak abah memang tak pernah hidangkan abah makanan hangus. Itulah anak abah kalau disuruh walau berulang kali disuruh, buat dek jerk. Suka sangat buat perkara yang tidak disuruh. Akhirnya abah tak bersarapan pun pagi itu sebab terlampau kecewa dan masuk bilik menitiskan air mata, mengadu lagi dengan Allah S.W.T..

Sumber gambar dari: Nasi Dah Jadi Bubur.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: