Khamis, 11 Julai 2013

839. Antara perkataan dan ayat yang menggambarkan kekecewaan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 

Tekanan perasaan boleh mewujudkan rasa kesangsaraan dalam menghadapinya. Punca tekanan perasaan antaranya berpunca dari orang yang paling dekat dengan seseorang. Dekat dengan seseorang sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

Boleh menyebabkan seseorang kehilangan arah, menghadapi kelemahan dan kehilangan semangat untuk terus berjuang, dengan adanya watak pensabotaj dalam keluarga dan kejiranan. Layanlah, katalah, tegurlah serta nasihatlah watak pensabotaj ini. Takkan peduli punya dengan teguran dan apa lagi nasihat.

Memang hati jenis ini, agaknyalah sudah tertutup mati hati dan perasaan serta akal fikirannya kerana apa agaknya ya. Dendam?, entahlah, hanya Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui.

Itu sebabnya dalam menghadapi jiwa jenis pensabotaj ini lebih baik "diam". Tetapi harus diingat semakin kita "diam" semakin menjadi-jadi dia. Umpama kesarok jin laknatullah.

Seboleh-bolehnya dilonggokkan sampah sarap sehingga beribu-ribu lori, supaya boleh dibakar nanti.
Dengan wajah apinya menjulang tinggi 100 kilometer jarak pandangan boleh dilihat dan bahangnya melangkau 500 kilometer kepanasannnya.

Kalau dibakar waktu malam gelap tambah cantik dan terang benderang cahayanya. Waw!, you like it?. Jahanam yang lebih dari sejuta jahanam dan bukan enam jahanam lagi.

Jenis ini juga pandai, benda yang disayangi akan dilindungi dari bahang pembakaran yang diketerampilkan. Janji agaknya pada diri sendiri, biar aku puas hati dan hendak tengok orang yang diprovok cukup tahan atau tidak. Jenis ini jangan dilayan, lama-lama dia akan mati juga, tidak kiralah sama ada kita dulu atau dia dulu ke lubang kubur.

Maklumlah jawapan "entah" cukup popular bagi golongan provokasi dalam melindungi kejahatan dan pembohongan di mata manusia. Walau bagaimana pun hairannya jenis ini mudah tewas bila berhadapan dengan Polis. Entah apa cara yang Polis lakukan, tidak tahulah, sampaikan langsung tidak dapat berbohong walau sejengkal atau selangkah.


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: