Isnin, 23 September 2013

1805. Shumei Okawa Penterjemah Al Quran ke Bahasa Jepun.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Shūmei Okawa 大川 周 明 terjemah Al-Quran ke bahasa Jepun


Imam Shūmei Okawa (大川 周 明 Shūmei Okawa, December 6, 1886 – December 24, 1957) adalah seorang pejuang nasionalis Jepun, seorang penulis Pan-Asia dan juga merupakan seorang ulama Islam.

Imam Okawa telah dilahirkan di Sakata, Yamagata, Jepun pada tahun 1886. Beliau berkelulusan dari Universiti Imperial Tokyo pada tahun 1911, di mana beliau telah mengkaji Kesusasteraan Vedik dan falsafah klasik India.

Selepas tamat pengajian, Okawa pernah bekerja di bawah Ketua Turus Angkatan tentera Jepun melakukan kerja-kerja penterjemahan. Beliau juga mempunyai pengetahuan yang mantap dalam bahasa Jerman, Perancis, Inggeris, Sanskrit dan Bahasa Arab.

Beliau juga pernah menjadi seorang professor di Universiti Hosei pada tahun 1939. Selepas beberapa tahun membuat kajian falsafah asing, beliau menjadi semakin yakin bahawa penyelesaian kepada masalah sosial dan masalah politik yang menekan Jepun ialah dengan kembali kepada kebangkitan falsafah tradisional ketimuran Jepun.

Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar beliau memeluk Islam.

Namun beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh beliau dan anak muridnya yang bernama Toshihiko Izutsu telah didapati boleh menggugat kedudukan pihak penjajah AS pada ketika itu sehingga menyebabkan beliau telah ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara tentera AS.

Imam Shūmei Ōkawa cukup berpengaruh di dalam kerajaan dan juga sebagai ahli akademik di Jepun ini telah kategorikan sebagai banduan kelas A (bahaya) oleh pihak tentera bersekutu.




Beliau telah dituduh sebagai seorang yang mengalami ketidakstabilan mental sehingga dimasukkan ke Hospital Tentera AS di Jepun sebelum kemudiannya dipindahkan ke Tokyo Metropolitan Matsuzawa Hospital, sebuah hospital mental yang terkenal.

Beberapa bahan penulisan menyatakan bahawa Imam Shūmei Ōkawa pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw dan di sepanjang keberadaannya di hospital inilah beliau telah menyiapkan terjemahan Al Quran ke dalam bahasa Jepun yang pertama.

Beliau keluar daripada hospital tersebut pada tahun 1948 dan balik semula ke kampungnya di Sakata untuk berdakwah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1957.

Subhanallah, Alhamdulillah…. semua orang yang membaca al Qur’an di Jepun pastinya dapat mensyukuri nikmat memahami isi pati al Qur’an hasil daripada pengorbanan Imam Okawa selama ini.

Semoga Allah mengurniakan kepadanya Syurga Firdaus .. ~ Istisyhad ~

Sumber: (Shumei Okawa) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: