Isnin, 23 September 2013

1806. Mengapa Sayyid Husain Al-Musawi keluar syiah.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 
Islam Agama Ku.

Mengapa Aku Keluar Dari Syi'ah - tulisan mantan ulama syiah Sayyid Husain Al-Musawi sebelum dibunuh. 

Pengenalan: 

Sayyid Husain Al-Musawi bukanlah nama yang asing di kalangan Syi'ah.

Dia adalah ulama besar Syi'ah yang lahir di Karbala dan belajar di Hauzah hingga mendapat gelaran mujtahid.

Dia juga mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Imam Ayatullah Khomeini.

Setelah melalui pengembaraan spiritual yang panjang, dia akhirnya keluar dari Syi'ah, kerana menemukan begitu banyak penyimpangan dan kesesatan.

Tulisan ini disarikan dari bukunya,'Mengapa Saya Keluar Dari Syi'ah'. pertanggungjawabannya untuk Allah SWT dan sejarah sebelum akhirnya dia dibunuh.

Aku lahir di Karbala, tumbuh di lingkungan orang-orang Syi'ah dan diasuh oleh bapaku, yang taat beragama. Aku belajar di beberapa sekolah yang ada di kota hingga menjangkau usia remaja. Kemudian bapaku mengirimku ke sebuah Hauzah di Kota Ilmu Najaf.

Ini merupakan Induk Kota Ilmu, tempat para ulama yang terkenal, menimba ilmu agama, seperti Imam Sayyid Muhammad Ali Husain Kasyif Al-Ghita. Dia adalah tokoh di Kota Ilmu. Semenjak itu aku mulai serius memikirkan masalah ilmu.

Aku mempelajari Mazhab Ahlul-Bait, tetapi di sisi lain aku mendapati terdapat celaan dan serangan terhadap Ahlul-Bait.

Aku belajar tentang masalah-masalah syari'at untuk beribadah kepada Allah SWT tetapi di dalamnya terdapat nash-nash yang menyatakan kekafiran terhadap Allah SWT..

"Ya Allah, apakah yang aku pelajari ini?. Apakah mungkin ini semua merupakan madzhab Ahlul-Bait yang benar?"

Sesungguhnya hal ini menyebabkan terpecahnya keperibadian seseorang. Kerana, bagaimana dia menyembah Allah SWT sementara di sisi lain dia kufur kepada Allah SWT?.

Bagaimana dia mengikuti sunnah Rasulullah SAW sementara di sisi lain dia menyerangnya?. Bagaimana dikatakan mengikut Ahlul Bait, mencintai dan mempelajari Mazhab mereka, sementara dia manghina dan mengejek mereka?.

"Turunkan rahmat dan kasih sayangMu Ya Allah. Jika bukan kerana rahmatMu, nescaya aku termasuk orang yang sesat, bahkan termasuk orang yang rugi."

Aku kembali bertanya kepada diriku, "Apa sikap para tokoh, imam dan orang-orang yang dianggap sebagai ulama?. Apakah sikap mereka terhadap hal ini?. Apa mereka melihat seperti yang aku lihat?. Apakah mereka mempelajari apa yang aku pelajari?."

Aku perlukan seseorang untuk mengadu semua kebingunganku dan menumpahkan seluruh kesedihanku. Akhirnya aku mendapat petunjuk dengan mendapat idea yang bagus, iaitu melakukan study yang komprehensif dan mengkaji lagi semua materi pelajaran yang pernah aku dapatkan.

Sumber: (mengapa-aku-keluar-dari-syiah) . 

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga: 
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin). 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: