بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Beberapa hari sebelum aku bertukar ke tempat kerja baru, ada yang sanggup berjumpa dengan bakal ketua baru aku. Sanggup berjumpa untuk semata-mata menyarankan jangan menerima aku. Adalah alasannya yang kononnya amat manasabah. Munafik.
Kemudian terdengar pula kisah seseorang menyampaikan kepada yang empunya badan, aku "membodohkannya" kerana bersara awal. Bukan kerja aku untuk mempertikai keputusan hidup seseorang. Betul-betul musibat kisah fitnah ini.
Apa aku peduli dengan hal dirinya bersara awal, itu hak dia. Itu agaknya cara yang tinggal "membuat fitnah" sebagai cara memutuskan silarutrahim antara aku dengan seseorang. Bila terjadi fitnah, habis segala hal baik dalam perhubungan silaturahim dan dengan semudah itu dilupakan gara-gara percayakan perkara fitnah.
Dari dua kisah diatas bolehkah aku "mencelakakan" mereka yang berkenaan?.
Wassalamu.
In Syaa Allah bermanfaat.
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan