بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Dua paparan kisah di bawah merupakan hal tertawannya manusia kepada syaitan laknatullah. Mereka menjadi tawanan syaitan laknatullah kerana melanggar larangan Allah S.W.T.. Allah S.W.T., memberi hamba-Nya nafsu dan mengingatkan serta memberi amaran waspadakanlah nafsu supaya tidak menjadi punca kepada hamba-Nya sebagai tawanan syaitan laknatullah. Apa ada heran dengan nama dan pangkat dunia.
Kisah pertama:
Pengerusi surau konon .. apa kebenda kalau hamilkan tanpa nikah gadis 15 tahun!
Suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti
politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini. Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
HULU SELANGOR - Bukan sekali dia jadi mangsa, tetapi remaja berusia 14 tahun itu dikatakan menjadi mangsa rogol lelaki hidung belang sehingga dia disahkan hamil.
Tembelang lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah pusat kesihatan itu pecah setelah sekali lagi didapati merogol remaja terbabit di sebuah stor di kawasan perindustrian di Hulu Yam pada 14 September lalu.
baca lanjut ===>
Perbuatan terkutuk lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar setelah bapa mangsa bersama penduduk kampung dan polis menyerbu stor simpanan peralatan jentera itu kira-kira jam 3.30 pagi hari tersebut.
Lelaki terbabit kini direman di Penjara Sungai Buloh dan sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah.
Beberapa sumber daripada penduduk kampung turut memberitahu, suspek yang sudah berumah tangga itu telah merogol remaja terbabit kali pertama pada tahun 2012 dan berterusan tanpa diketahui ahli keluarganya.
Mangsa kini disahkan mengandung antara tiga atau lima bulan.
Malah, lebih mengejutkan apabila suspek didakwa pernah melakukan perbuatan sama terhadap ramai wanita.
Seorang penduduk kampung turut mengakui suspek pernah menunjukkan wajah-wajah wanita yang telah menjadi pemuas nafsunya.
“Seorang wanita yang menjadi mangsanya dan sarat mengandung pernah datang ke rumahnya menuntutnya bertanggungjawab tetapi malangnya dia dihalau begitu saja.
"Selain remaja, anak dara dan janda warga tempatan, dia juga pernah 'memerangkap' wanita warga asing,” kata sumber.
Menurut sumber sama, disebabkan sikap buruk suspek yang tidak disenangi rakan-rakan tempatnya bertugas, dia pernah beberapa kali dipindahkan bertugas di tempat berlainan.
Sinar Harian turut mendapat maklumat bahawa suspek juga merupakan pemimpin penting di peringkat bawah sebuah parti politik dan dikatakan masih memegang jawatan itu ketika ini.
Suspek turut menjadi pengerusi sebuah surau, memegang beberapa jawatan penting di peringkat kampung dan taman perumahan, menjaga peti undi parti dan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
Sumber: (penburukonline.blogspot.com) .
Kisah kedua:
Marahkan suami .. isteri diperkosa
Kuala Lumpur: Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.
Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.
Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.
baca lagi ..
“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.
“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam. Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.
Sumber itu berkata, ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.
“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu. “Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.
Menurutnya, selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.
“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya.
Harian Metro difahamkan, kes terbabit dirujuk kepada polis daerah Kajang untuk siasatan lanjut memandangkan mangsa dipercayai dirogol di lokasi dalam daerah itu.
Sumber: (penburukonline.blogspot.com) .
وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah (SWT).
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan