Jumaat, 11 Oktober 2013

1986. Aku mesti ambil peduli.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

“Saya Berani Tampil Kerana Tidak Buat Salah” - Ketua Audit Negara.

Selepas pendedahan kontroversi skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), nama Tan Sri Ambrin Buang (gambar) mula dikenali rakyat Malaysia kerana berjaya mengesan kewujudan skandal berkenaan dalam buku audit tahunan kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Program Wacana Sinar Harian hari ini bertempat di Shah Alam menampilkan Ambrin buat pertama kalinya di khalayak selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dikeluarkan bulan lalu di Parlimen.
"Saya berani tampil hari ini kerana saya tidak melakukan sebarang kesalahan," kata Ambrin ketika ditanya pemberita selepas tamat program Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit Negara: Tiris atau Terlepas Pandang di Ibu Pejabat Karangkraf berkenaan.
"Ramai yang tidak tahu macam mana kita buat kerja. Audit ini neutral, kita bebas," kata Ambrin.
Kehadiran Laporan Ketua Audit Negara mula dinanti rakyat Malaysia selepas pendedahan kes NFC yang mengaitkan keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan wang dana kerajaan bernilai RM250 juta.
Ambrin ketika wacana berkenaan berlangsung berkata, beliau menganggap audit umpama lagu "Kisah dan Taulada" nyanyian A. Halim, penyanyi yang terkena sekitar tahun 60-an.
"Kita audit kisah supaya jadi tauladan. Bayangkan kalau audit tak masuk, benda yang tak elok tu biar macam itu sahaja," katanya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu terburu-buru menuduh isu yang dikeluarkan dalam Laporan Audit Negara sebagai penyelewengan ataupun rasuah.
"Kalau semua 160 kes yang disiasat Audit itu mesti rasuah, itu tak adil. Kita kena hormati undang-undang," katanya, merujuk kepada 160 kes yang disiasat jabatan berkenaan berdasarkan "sampling".
Ambrin menegaskan audit yang dilakukannya adalah berdasarkan nilai "value for monaey."
Beliau turut beberapa prosedur yang digunakan kerajaan yang mempunyai kelemahan selepas audit dijalankan, dan menggesa kerajaan meneliti prosedur tersebut untuk mengelakkan perkara sama daripada berulang.
"Prosedur kata satu hal. Kalau kita tak tukar prosedur tiap-tiap tahun perkara berulang. "Perkhidmatan awam kita dinamik," katanya.
Ambrin bersama-sama dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dijemput sebagai panel.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan dipilih sebagai moderator hari ini.
Forum yang bermula sekitar jam 2.30 petang itu berakhir 2 jam kemudian. ~tmi


Sumber: (addin77.blogspot.com) . 

Hutang Tekun tak diburu,hutang PTPTN dikejar sampai lubang cacing.

Posted by mantaro on Thursday, October 10, 2013
Hamidah Othman, Pengerusi Tekun kena dapat kembali hutang dengan Tekun sebanyak hampir RM1 bilion itu. Mentang-mentang semuanya orang UMNO,hutang kepada Tekun buat tak tahu. Buatlah macam mereka yang hutang dengan PTPTN dicari sehingga lubang cacing?

KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil meraka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.(sumber-lagi)

Sumber: (sisibukit.blogspot.com) .

SPRM Dedah Kitar Kebodohan Untuk Bebas 

Khamis, 10 Oktober 2013
Siapa yang sebenarnya specis bodoh.. Specis buat-buat bodoh... Specis yang cuba memperbodohkan??? jawapanya seperti carta dibawah Hahaha..... Kitaran buat bodoh UMNO Munafiqkun


Sumber: (orangni.blogspot.coml) .

Patutlah pemimpin UMNO yang menyeleweng tak pernah didakwa... ini sebabnya rupanya.. 

Friday, October 11, 2013 
Undang-undang negara ini tidak boleh mendakwa "kecuaian dan kebodohan" sebagai kesalahan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. 

Katanya, ini berbeza dengan negara-negara maju yang mempunyai kesalahan salah laku awam yang membolehkan pihak yang cuai dan menyebabkan kerugian wang rakyat didakwa.
"Tetapi malangnya di sini kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana cuai, kita tidak boleh mendakwa seseorang kerana bodoh," kata Abu Kassim ketika mengulas berhubung tindakan yang boleh diambil SPRM ekoran penemuan laporan audit.

Bercakap dalam forum berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Shah Alam hari ini, Abu Kassim (gambar atas, bertali leher) berkata, SPRM tidak boleh bertindak secara automatik dalam perkara itu. 

Sebaliknya, kata beliau, ketua jawatan berkaitan harus bertanggungjawab dengan menyiasat dan membetulkan perkara itu sebelum dibentangkan kepada Parlimen.

Ini kerana tiada yang tidak diketahui oleh ketua jawatan ketika audit dan sebelum laporan dilengkapkan, tambahnya. "Jangan tinggalkan kepada SPRM untuk menyelesaikan masalah. Kami pihak luar," kata Abu Kassim lapor Malaysiakini.

Ini adalah kitaran UMNO..
Sementara itu Sinar Harian pula melaporkan..

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memberitahu isu penyelewengan sering dikaitkan kurang kecekapan ekoran pihak yang terlibat bijak ‘buat bodoh’.

Akhirnya, pihak tersebut hanya menerima surat teguran daripada pihak atasan atas kurang kecekapan tersebut.

Beliau berkata demikian di pentas Wacana Sinar Harian siri ke-24 berjudul ‘Laporan Audit: Tiris atau Terlepas Pandang’, hari ini.

Pentas wacana turut menampilkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang;, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed .

“Orang yang paling bijak dalam perkara penyelewengan adalah pihak yang selalu menjawab 'oh macam itu ya. Saya tak tahulah. Saya bodoh dalam perkara ini'.

“Yang paling bijak, yang paling pandai, buat bodoh. Hanya apabila buat bodoh, ia bukan menjadi perkara penyelewengan. Ia menjadi isu kurang kecekapan,” katanya.

Beliau menambah, pihak terbabit hanya akan menerima surat teguran berbanding hukuman yang sewajarnya dikenakan.

“Apabila kurang cekap, terpulang kepada pihak ketua dan menteri untuk beri satu surat teguran.

“Jadi, sangat mudah untuk berlagak bodoh, dah keluar dari masalah,” katanya.

Sumber: (darisungaiderhaka.blogspot.com) .

Friday, October 11, 2013

INILAH CARA PALING GENIUS UNTUK ELAK PEMBAZIRAN MAKANAN (GAMBAR) 


SUMBER: OH! MEDIA FB

Sumber: (naimnikmat.blogspot.com) .

Nuffnang Ads
10 October 2013

Cuepacs minta bonus dua bulan. Posted by mantaro on Thursday, October 10, 2013

KUALA LUMPUR  -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. 

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.


Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
 

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
 

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.
 

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
 

"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya.
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt ini.
 
-- BERNAMA


Sumber: (sisibukit.blogspot.com) .

Saranan Gila Dari Pengerusi PAC

Inilah mentaliti pemimpin Umno, dah buat salah boleh mengampu lagi. Pengerusi PAC Nur Jazlan sarankan supaya Shabery Cheek diberikan penghormatan sukarela hadir untuk memberikan penjelasan pada PAC walaupun belum di panggil.
Nur Jazlan menyatakan begitu kerana tidak pernah menteri hadir ke PAC sebelum di panggil. Dan Nur Jazlan menyifatkan Shabery Cheek seorang yang bertanggungjawab.
Bagi Addin,  jikalau Shabery Cheek seorang yang bertanggungjawab beliau perlu meletak jawatan semua yang di sandangnya kerana telah menyalahgunakan dana awam.
Ada berani?? 
K-Pop: Shabery Individu Pertama di panggil PAC
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira parlimen (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata bekas menteri belia dan sukan Datuk Seri Shabery Cheek akan menjadi individu pertama dipanggil memberi penjelasan berhubung bayaran RM1.6 juta kepada kumpulan K-Pop pada Hari Belia Malaysia tahun lalu.
Menurutnya, PAC akan mesyuarat pada 23 Oktober ini bagi menentukan perkara yang perlu dibincangkan berhubung laporan ketua audit negara itu, sekali gus mengalu-alukan kesediaan Shabery mengadap PAC.
"Lepas 23 Oktober ini, kita nak beliau orang pertama akan dipanggil.
"Tak pernah menteri sukarela datang untuk beri penjelasan berhubung Laporan Audit Negara. Selalunya lepas kita mesyuarat, baru kita panggil.
"Ini satu perkembangan yang baik. Sepatutnya beliau perlu diberi penghormatan kerana datang sukarela, datang dengan tanggungjawab sendiri," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.
Sambil menyifatkannya sebagai tindakan terbaik, Nur Jazlan juga berharap menteri lain turut mencontohi menteri penerangan, komunikasi dan multimedia itu tanpa tunggu dipanggil oleh PAC. ~mk


Sumber: (addin77.blogspot.com) .

Mahathir Mahu Zahid Hamidi, Shabery Cheek Dan Hishammudin Hussien Letak Jawatan.

Resign la.

Mahathir dah bagi hint tue. Bukan saja perlu resign bahkan perlu juga bertanggungjawab. Dengan didakwa. Mahathir pun resign bila dia di asak dengan tuntutan agar dia berundur dari jawatan PM. Rekod membuktikan walaupun dia pemimpin paling diktator tapi dia paling cemerlang. Ada la yang buruknya disitu tetapi itu tak memadamkan rekod dia ialah PM paling cemerlang antara semua2 individu2 yang pernah menjadi PM di Malaysia ataupun yang sedang menjadi PM. 

Fakta. Buat masa sekarang la sehingga ada seseorang yang lebih cemerlang dari Mahathir timbul.

Hehe.

Mahathir beri respon berhubung laporan audit negara 2012. 

Menurut Mahathir ;

1. Di Jepun bila kapal terbang terhempas, Menteri Pengangkutan letak jawatan.

2. Di Malaysia kalau berlaku apa2 menteri akan jawab eh itu bukan masalah saya [ bukan salah saya].

3. Saya mahu melihat lebih ramai bertanggungjawab [meletak jawatan].

Betul tue Mahathir. 

Walaupun dia tak namakan mana2 menteri tapi kita semua sedia maklum sekarang neh PDRM di bawah Hishammuddin Hussien yang ketika itu sebagai menteri KDN, Zahid Hamidi dengan ketirisan dalam isu pesawat semasa dia berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dan juga Shabery Cheek dengan isu KPOP, ketika menjadi Menteri Belia Dan Sukan antara isu2 yang hangat diperkatakan oleh rakyat.

Lihat video (klik link di bawah):

Kepincangan Audit: Mahathir mahu menteri bertanggungjawab letak jawatan

Aku setuju sangat2 dengan statement tersebut. Bukan hanya khusus membabitkan 3 menteri2 yang dinamakan dalam tajuk di atas, bahkan ia terpakai untuk semua kementerian yang terlibat. Menteri2 yang pernah memegang portfolio di satu2 kementerian yang mengakibatkan ketirisan perbelanjaan dana awam patut bertanggungjawab dan di dakwa sepertimana yang dinyatakan oleh Mahathir.

Ini juga mungkin satu petanda bahawa Mahathir mahu beberapa 'menteri' tersebut tidak dipilih dalam pemilihan UMNO. Yelah, yang bertanding dalam MT pun bukan orang lain. Saing2 anak dia juga.

Hehe.  

Pun begitu, saranan Mahathir adalah tepat dan bernas. Aku setuju 100%. Berhenti, bertanggungjawab dan SPRM sila la dakwa mereka, buka kertas pertuduhan. Sepatutnya setiap benda yang berlaku yang melibatkan ketirisan, memang menjadi tanggungjawab menteri. Kalau seme benda pun ko tatau, baik takyah jadi menteri. Makan gaji buta ke apa.


Sumber: (amenoworld.blogspot.com) .

Berita Sampingan.

London the crappest town? I don't think so ...

Sumber: (metro.co.uk/blogs/) .

وَتِلْكَ الْقُرَى أَهْلَكْنَاهُمْ لَمَّا ظَلَمُوا وَجَعَلْنَا لِمَهْلِكِهِم مَّوْعِداً 
Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.
(Surah Al-Kahf ayat 59)
 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: