Jumaat, 22 November 2013

2479. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar. (Ulangkaji Part 3).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com



BAB SATU. 

Kaum Darwinis Menganjurkan Pandangan Kejadian - melalui - Evolusi.

Para saintis yang menyokong teori evolusi secara buta, kini semakin tersudut oleh pelbagai kemajuan sains baru yang kian lama kian banyak dan kian terbuka bagi orang awam. Menyedari bahawa setiap penemuan baru adalah bertentangan dengan teori ini serta menegaskan kebenaran penciptaan, maka demagogi (tindakan menghasut masyarakat) pun berperanan lebih penting daripada bukti ilmiah dalam berbagai naskah evolusionis. 

Di sisi lain, majalah- majalah ilmiah pendukung teori evolusi yang paling terkemuka sekalipun, seperti Science, Nature, Scientific American atau New Scientist, terpaksa mengakui bahawa beberapa segi dalam teori Darwin sudah menghadapi jalan buntu. Para saintis yang menyokong fahaman penciptaan memenangi pelbagai debat ilmiah ini  dan dengan demikian, menyingkapkan berbagai pernyataan tak berdasar yang diajukan kaum evolusionis.

Di sinilah pandangan penciptaan lewat evolusi menjadi penolong bagi kaum materialis. Ini merupakan salah satu taktik yang digunakan kaum evolusionis untuk melembutkan sikap para penyokong fahaman penciptaan 
(atau "Rancangan Cerdas") dan melemahkan kedudukan intelektual mereka dalam melawan dogma Darwinisme. 

Walaupun tidak mempercayai Tuhan kerana telah mendewakan faktor kebetulan atau ketidaksengajaan dan menentang habis fakta penciptaan, kaum evolusionis menganggap bahawa teori mereka akan lebih dapat diterima jika mereka berdiam diri tentang gagasan kaum beragama yang sekaligus menyokong teori evolusi, bahawa Allah SWT menciptakan makhluk hidup lewat evolusi. Malah, mereka menganjurkan jalan tengah antara teori ini dan agama, sehingga evolusi lebih dapat diterima dan kepercayaan akan penciptaan lemah.

Melihat ini kaum Muslimin harus mengerti bahawa adalah salah sepenuhnya, apabila kita percaya bahawa Allah SWT menciptakan alam semesta, namun sekaligus menyokong teori evolusi sekalipun tidak ada bukti saintifik yang meyakinkan. 

Lebih jauh lagi, adalah sama salahnya apabila kita menyatakan bahawa evolusi selaras dengan Al Qur'an dengan cara mengabaikan semua amaran dalam kitab suci itu sendiri. Kaum Muslimin yang bersikap seperti itu perlu menyedari bahawa mereka sedang menyokong sebuah gagasan yang direka untuk membantu falsafah materialis dan setelah tahu hal ini, harus segera menarik kembali sokongan mereka. 

Artikal Sebelumnya: 2478. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar. (Ulangkaji Part 2).



596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN. 

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: