Jumaat, 22 November 2013

2480. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar. (Ulangkaji Part 4).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


BAB SATU. 

Menolak Evolusi Tidak Bererti Menolak Ilmu Pengetahuan. 

Jumlah Muslim yang percaya bahawa semua makhluk hidup muncul melalui evolusi tidaklah boleh diremehkan. Kesalahan mereka berdasarkan pada kurangnya pengetahuan serta berbagai sudut pandang yang keliru, khususnya yang berkaitan dengan pelbagai masalah ilmu pengetahuan. Kesalahan yang utama adalah idea bahawa evolusi adalah fakta ilmiah dan sudah terbukti kebenarannya. 

Orang seperti mereka tidak menyedari bahawa ilmu pengetahuan telah mengikis habis tahap kebenaran teori evolusi. Baik di peringkat molekul, atau pun dalam biologi dan paleontologi, kajian telah membuktikan ketidak-absahan pernyataan makhluk hidup muncul sebagai hasil proses evolusi. 

Teori Darwin mampu bertahan, sekalipun bertentangan dengan kenyataan ilmiah, hanya kerana para penyokong evolusi melakukan segala hal yang mereka boleh, termasuk sengaja menyesatkan orang, agar teori itu tetap hidup. Tulisan dan ceramah mereka dipenuhi istilah ilmiah yang tidak difahami orang awam. Tetapi bila kata-kata mereka ditelaah, orang tidak dapat mencari bukti untuk menyokong teori mereka. 

Pemeriksaan yang teliti atas karya tulis terbitan kaum Darwinis telah jelas mendedahkan kenyataan ini. Huraian mereka hampir tidak pernah berdasarkan bukti saintifik yang kukuh. Pelbagai bidang mendasar, tempat teori ini runtuh, dipulas dengan beberapa patah kata dan banyak huraian aneh ditulis tentang sejarah alam . 

Mereka tidak pernah menumpukan perhatian pada soalan-soalan utama, misalnya bagaimana pertama kali kehidupan timbul dari bahan-bahan yang tidak hidup, celah-celah lebar pada catatan fosil dan sistem pada makhluk hidup yang rumit. Mereka tidak melakukannya, kerana apa pun yang dapat mereka katakan atau tulis akan berlawanan dengan tujuan mereka serta mendedahkan kekosongan teori mereka. 

Ketika Charles Darwin (1809-1882), pengasas teori ini, menelaah salah satu sistem rumit yang terdapat pada makhluk hidup, iaitu mata, ia menyedari bahaya yang mengancam teorinya dan ia bahkan mengakui bahawa memikirkan mata membuat sekujur tubuhnya menggigil. Seperti Darwin, para saintis evolusi masa kini tahu bahawa teori mereka tidak mempunyai penjelasan tentang sistem rumit sama itu. 

Namun bukannya mengakui hal ini, mereka justru cuba menutup tiadanya bukti saintifik dengan cara menulis berbagai huraian khayal serta mencekokkan teori ini kepada masyarakat dengan memberinya sebuah topeng ilmiah. 

Cara -cara ini tampak jelas dalam debat tatap muka antara kaum evolusionis dengan mereka yang meyakini penciptaan, maupun dalam tulisan dan filem dokumentari evolusionis. 

Sebenarnya kaum evolusionis tidak peduli pada hal-hal seperti kebenaran ilmiah atau akal sihat kerana sasaran tunggalnya adalah membuat orang yakin bahawa evolusi adalah kenyataan ilmiah. 

Dengan cara demikian, kaum Muslimin penyokong evolusi termakan oleh citra teori ini yang katanya "ilmiah" Khususnya, mereka tertusuk oleh semboyan Darwinis seperti: "Siapa pun yang tidak mempercayai teori evolusi ertinya bersikap taklid (meyakini sesuatu secara buta) atau tidak ilmiah," dan kerana itu memberikan ruang dalam keyakinan mereka yang sebenarnya. Kerana terpengaruh keterangan usang atau tulisan dan pendapat evolusionis, mereka percaya bahawa hanya evolusi yang dapat menerangkan peristiwa munculnya kehidupan. 

Lalu mereka cuba menyelaraskan agama dan evolusi kerana tidak mengetahui perkembangan ilmiah mutakhir maupun pertentangan dalam teori itu sendiri, serta tahap keyakinan terhadap kebenaran teori tersebut yang telah lenyap. 

Akan tetapi, menimbang bahawa evolusi bertentangan 180 darjah dengan penciptaan, membuktikan kebenaran yang satu akan bererti menggugurkan yang lain. 

Dengan kata lain, menggugurkan evolusi bererti membuktikan penciptaan. Kerana alasan-alasan ini, kaum materialis memandang debat tentang evolusi sebagai sejenis medan perang, semacam perang terbuka antara paham pemikiran, dan bukan sebagai masalah ilmiah. Jadi kaum materialis melakukan semua cara yang mungkin untuk menghalang mereka yang meyakini faham penciptaan. 

Misalnya evolusionis Lerry Flank menyarankan agar kebenaran penciptaan dilawan dengan cara- cara berikut:

Para pengawas terhadap kaum kreasionis harus ketat mengawasi susunan anggota dewan pendidikan negara bahagian. Sebaiknya, mereka yang berminat kepada pendidikan yang bermutu serta kepada pencegahan langkah kaum fundamentalis yang hendak memakai sekolah negeri untuk mengajar, menjadi majoriti ahli dewan- dewan ini ... Jika ini gagal dan buku- buku pelajaran berfahaman kreasionis benar -benar dipakai dan diluluskan, maka tindakan undang-undang menjadi perlu diambil . [1]

Jelaslah dari kata -kata ini bahawa kita bukan sedang bercakap tentang suatu debat ilmiah, melainkan tentang sebuah perang gagasan, yang dicanangkan oleh kaum evolusionis dalam rangka kerja siasat tertentu. 

Kaum Muslimin yang mempertahankan evolusi harus menyedari hal ini. 

Darwinisme bukan sebuah pandangan ilmiah; melainkan sebuah sistem berfikir yang direka untuk menggiring orang mengingkari Allah SWT. Kerana teori ini tidak berlandasan ilmiah, seorang Muslim tidak boleh membiarkan diri disesatkan oleh berbagai pendapat dalam teori ini dan lalu memberikan sokongan, setulus apa pun niatnya.

Teks Penuh: 
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
Islam Agamaku.  
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: