بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
Akibat Jika Kaum Evolusionis Menjadi Majoriti.
Artikal Sebelumnya:
2480. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar.(Ulangkaji Part 4).
Artikal Seterusnya:
Teks Penuh:
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
Islam Agama Ku.
BAB
SATU.
Akibat Jika Kaum Evolusionis Menjadi Majoriti.
Muslihat terpenting kaum evolusionis agar teori
Darwin diterima secara meluas adalah dengan menandaskan bahwa teori itu
diterima luas di kalangan masyarakat saintifik.
Pendeknya mereka menyatakan keabsahan teori ini didasarkan atas anggapan bahawa penganutnya merupakan majoriti (berjumlah terbanyak) dan anggapan bahawa pandangan majoriti adalah benar dalam setiap masalah .
Dengan menggunakan jalan fikiran itu serta kenyataan bahawa kebenaran evolusi kian terbukti oleh penerimaan yang luas di berbagai perguruan tinggi, mereka cuba memakai tekanan kejiwaan pada setiap orang, termasuk yang percaya kepada Allah SWT, untuk menerimanya.

Arda Denkel , seorang evolusionis guru besar ilmu
falsafah di Universiti Bosphorus, mungkin yang paling tersohor di Turki,
bahkan mengakui kelirunya cara ini:
Apakah dengan banyaknya orang, organisasi atau
lembaga terhormat yang mempercayainya, teori evolusi terbukti benar? Bolehkah
teori itu dibuktikan dengan keputusan mahkamah?
Apakah jika orang terhormat atau berkuasa mempercayai sesuatu, maka sesuatu itu akan menjadi benar? Saya ingin mengenang sebuah kenyataan sejarah. Bukankah Galileo berdiri di hadapan semua orang, peguam dan khususnya saintis terhormat zamannya dan secara sendirian mengatakan kebenaran, tanpa sokongan satu orang pun? Tidakkah pelbagai sidang dewan Inkuisisi mendedahkan suasana serupa? Memperoleh sokongan daripada kumpulan terhormat dan berpengaruh tidak menciptakan kebenaran dan tidak berkaitan dengan kenyataan ilmiah. [2]

Seperti pendapat Denkel, penerimaan luas terhadap
sebuah teori tidak membuktikan kebenarannya. Nyatanya, sejarah ilmu
pengetahuan dipenuhi berbagai contoh teori, yang awalnya diterima oleh sedikit
orang (golongan minoriti) saja dan baru kemudian diterima kebenarannya secara
majoriti.
Lebih lagi, evolusi tidaklah diterima oleh seluruh
masyarakat ilmiah, seperti yang diusahakan oleh para pendukungnya agar
diyakini orang. Selama 20-30 tahun terakhir, jumlah ilmuwan yang menolaknya
telah meningkat secara luar biasa. Sebahagian besar daripada mereka
meninggalkan kepercayaan buta kepada Darwinisme, sesudah melihat rancangan
yang tanpa cacat di alam semesta dan dalam makhluk hidup.
Mereka telah menerbitkan karya tulis yang tak terhitung jumlahnya, yang membuktikan ketidak absahan teori itu. Lebih penting lagi mereka merupakan ahli pelbagai perguruan tinggi terkemuka di seluruh dunia, khususnya Amerika Syarikat dan Eropah, dan pakar serta penyelidik kerjaya dalam bidang biologi, biokimia, mikrobiologi, anatomi, paleontologi, dan bidang ilmu yang lain. [3 ] Kerana itu, sangat keliru berkata bahawa jumlah terbanyak dalam masyarakat ilmiah mempercayai evolusi .

Kerana itu, tidak akan bermakna apa-apa, sekalipun
jika kaum evolusionis sungguh menjadi jumlah terbanyak. Tidak ada pandangan
majoriti yang sepenuhnya benar hanya kerana itu pandangan majoriti.
Kaum Muslimin yang mempercayai evolusi perlu tahu bahawa Al-Quran membahas masalah ini ketika menceritakan nasib banyak masyarakat zaman dahulu, yang berpandangan sama dan akhirnya mengingkari Allah SWT dan agamaNya dengan cara membiarkan diri tersesat dari jalan yang lurus.
Allah SWT memperingatkan kaum mukmin agar tidak mengikuti orang-orang yang penuh tipu-daya demikian dan mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa berjalan bersama jumlah terbanyak atau majoriti, boleh mengakibatkan manusia tergiring ke arah kesalahan yang mengerikan:
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang -orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) . (QS. Al An'aam, 6: 116)
Kaum Muslimin yang mempercayai evolusi perlu tahu bahawa Al-Quran membahas masalah ini ketika menceritakan nasib banyak masyarakat zaman dahulu, yang berpandangan sama dan akhirnya mengingkari Allah SWT dan agamaNya dengan cara membiarkan diri tersesat dari jalan yang lurus.
Allah SWT memperingatkan kaum mukmin agar tidak mengikuti orang-orang yang penuh tipu-daya demikian dan mengkhabarkan kepada umat manusia bahawa berjalan bersama jumlah terbanyak atau majoriti, boleh mengakibatkan manusia tergiring ke arah kesalahan yang mengerikan:
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang -orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah) . (QS. Al An'aam, 6: 116)
Artikal Sebelumnya:
2480. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar.(Ulangkaji Part 4).
Artikal Seterusnya:
Teks Penuh:
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan