بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com
KEBENARAN PENTING YANG TERABAIKAN OLEH KAUM MUSLIMIN YANG MENDUKUNG TEORI EVOLUSI.
Dalam bab sebelumnya, telah kita bahas bagaimana kaum Muslimin yang telah diyakinkan bahawa evolusi itu adalah sebuah fakta (kenyataan) dan bukan teori, mungkin tak menyedari pelbagai kemajuan sains berkaitan dan mutakhir, yang membantah paham Darwinisme.
Tiadanya kesedaran ini menghalau kaum evolusionis Muslim untuk terus menerima gagasan dan kepercayaan yang sudah dibuktikan sebagai tak-absah oleh ilmu pengetahuan. Lebih jauh, mereka mengabaikan kenyataan bahawa landasan yang mendasari evolusi mencerminkan tabiat pagan (musyrik atau tak beragama) menganggap bahawa kuasa ilahiah dimiliki oleh unsur kebetulan atau ketidaksengajaan dan peristiwa alam dan telah menyebabkan amat banyak penindasan, pertikaian, perang, dan pelbagai malapetaka lain .
Bab ini akan khusus membahas kenyataan itu, yang terabaikan oleh kaum evolusionis Muslim dan menghimbau mereka agar menghentikan sokongan bagi tabiat pagan yang memberikan landasan bagi paham pemikiran materialis dan tak bertuhan.
Evolusi Adalah Gagasan Yunani Kuno yang Tak Mengenal Agama.
Berlawanan dengan yang dinyatakan oleh para pendukungnya, evolusi bukanlah sebuah teori ilmiah, melainkan sebuah kepercayaan musyrik. Idea tentang evolusi muncul pertama kalinya dalam masyarakat kuno, seperti Mesir , Babilonia dan Sumeria, lalu mencapai para ahli falsafah Yunani kuno.
Tugu peninggalan bangsa Sumeria yang musyrik mengandungi kenyataan yang mengingkari penciptaan dan menegaskan bahawa makhluk hidup muncul dengan sendirinya sebagai sebahagian proses yang beransur-ansur. Menurut kepercayaan Sumeria, kehidupan muncul dengan sendirinya dari kekacauan atau pergolakan air.
Sebagai sebahagian daripada agama tahyul yang dianutnya , orang Mesir kuno percaya bahawa "ular, katak, cacing, dan tikus timbul dari lumpur banjir Sungai Nil " Sama seperti orang Sumeria, orang Mesir kuno mengingkari keberadaan Sang Pencipta dan mengira bahawa " makhluk hidup muncul dari lumpur secara kebetulan atau tanpa sengaja. "
Pernyataan terpenting para ahli falsafah Yunani seperti Empedocles (abad ke-5 SM), Thales ( wafat 546 SM) dan Anaximander (mati 547 SM) dari Miletus adalah bahawa makhluk hidup pertama terbentuk dari bahan-bahan tak hidup seperti udara, api dan air. Teori ini berpendapat makhluk hidup pertama muncul tiba-tiba di air dan lalu beberapa di antaranya meninggalkan air, menyesuaikan diri hidup di darat dan mula menetap hidup di sana.
Thales percaya bahawa air adalah akar segenap kehidupan, bahawa tumbuhan dan haiwan mula berkembang di air dan bahawa manusia adalah hasil akhir proses ini. [4] Anaximander, ahli falsafah sezaman Thales yang lebih muda, berpendirian bahawa "manusia tumbuh dari ikan" dan bahawa sumber kehidupan bermula dengan "segumpal massa purba" .[5]
Karya puisi Anaximander Tentang Alam merupakan karya tulis pertama yang ada yang berdasarkan teori evolusi. Dalam puisi itu, ia menulis bahawa makhluk hidup muncul dari lendir yang dikeringkan oleh matahari. Ia berfikir bahawa haiwan pertama berkulit sisik yang berduri dan hidup di lautan. Sambil berubah perlahan- lahan, makhluk mirip ikan ini pindah ke darat, melepaskan kulit sisik durinya dan akhirnya menjadi manusia. [6] ( Untuk lebih terperinci, lihat The Religion of Darwinism, Harun Yahya, Abu'l Qasim Publishers, Jeddah, 2003). Teorinya boleh dianggap sebagai landasan pertama teori evolusi masa kini, kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan fahaman Darwinisme.
Empedocles menyatukan idea-idea awal dan mengemukakan bahawa unsur- unsur asas (tanah, udara, api dan air) bersatu mencipta pelbagai tubuh. Ia juga percaya bahawa manusia berkembang dari kehidupan tumbuhan dan hanya faktor di luar kesengajaanlah yang berperanan dalam proses ini. [7] Sebagaimana telah disebutkan, pemikiran tentang ketidaksengajaan ini beserta peranannya dalam penciptaan, menjadi landasan utama ditegakkannya teori evolusi .
Heraclitus ( wafat abad ke- 5 SM ) menyatakan, kerana alam semesta selalu dalam proses perubahan yang terus -menerus, tidak ada gunanya mempersoalkan dongeng uraian tentang awal alam semesta. Ditandaskan olehnya bahawa alam semesta tidak berawal atau berakhir. Sebaliknya, alam semesta ada begitu saja. [8] Ringkasnya, kepercayaan materialis, yang di atasnya berdiri evolusi, juga ada di masa Yunani kuno.
Gagasan perkembangan seketika disokong oleh banyak ahli falsafah Yunani lain, khususnya Aristotle ( 384-322 SM). Idea ini mengatakan bahawa haiwan, khususnya cacing, serangga, dan tumbuhan, muncul dengan sendirinya di alam dan tidak perlu melalui proses persenyawaan. Maurice Manquat yang tersohor akan berbagai kajiannya tentang gagasan Aristotle mengenai sejarah alam suatu kali berkata:
Aristoteles begitu memikirkan asal-muasal kehidupan, sampai-sampai ia menerima kemunculan seketika (bersatunya zat-zat tak hidup untuk seketika membentuk makhluk hidup) untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa tertentu yang tidak dapat diterangkan dengan cara lain. [9]
Bila diperiksa dengan teliti, kelihatan ada cukup banyak persamaan antara gagasan-gagasan para pemikir evolusionis zaman dulu dengan sekarang. Akar gagasan materialis iaitu alam semesta tidak berawal dan tidak berakhir, mahupun pandangan evolusionis, iaitu makhluk hidup muncul sebagai akibat faktor kebetulan, terdapat dalam budaya Sumeria musyrik dan umum di kalangan pemikir falsafah Greek. Idea bahawa kehidupan muncul dari air dan adunan yang disebut segumpal "massa purba" serta bahawa makhluk hidup muncul hanya kerana ketidaksengajaan, menjadi dasar kedua gagasan ini, yang masih berkaitan sekalipun berasingan tenggang waktu yang amat panjang.
Jadi kaum evolusionis Muslim menyokong sebuah teori, yang akarnya tertanam dalam gagasan kuno yang telah terbukti tidak mempunyai asas sains. Lebih lagi, idea sama pertama kali diusulkan oleh para pemikir materialis kuno dan mengandung makna pagan atau musyrik.
Sebenarnya evolusi tidak terhad kepada budaya Sumeria kuno maupun ahli falsafah Yunani kuno saja, sebab evolusi juga membentuk pati pelbagai sistem kepercayaan mutakhir yang besar, seperti Konfusianisme, Taoisme dan agama Buddha. Dengan kata lain, evolusi tidak lebih daripada sebuah teori, yang sepenuhnya bertentangan dengan keyakinan dalam Islam.
Sebahagian evolusionis Muslim, sekalipun bertentangan dengan bukti saintifik, menyatakan bahawa Al-Quran menyokong apa yang disebut-sebut sebagai "teori evolusi penciptaan" dan cuba mencari sumber evolusi di dunia Muslim. Mereka menyatakan bahawa idea ini pertama kali muncul dari para pemikir Muslim dan saat karya mereka diterjemahkan ke dalam bahasa asing, idea evolusi timbul di dunia Barat.
Akan tetapi beberapa contoh di atas jelas mendedahkan bahawa evolusi tidak lebih daripada sebuah kepercayaan kuno, yang lahir di masyarakat kuno yang tak beragama. Sungguh suatu kesalahan besar apabila kita cuba membuktikan bahawa fahaman evolusionis yang dibina di atas dasar kebendaan, boleh berasal dari kaum Muslimin, padahal sama sekali tidak ada dasar ilmiah dan sejarah yang menyokong kenyataan itu.
Teks Asal:
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
Artikal Sebelumnya:
Artikal Seterusnya:
...........
Islam Agama Ku.
BAB
II.

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan