بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BAB
II.
Seleksi Alam dan Mutasi Tidak Memiliki Daya untuk Menyebabkan Perubahan Bertahap (Evolusi).
Kaum evolusionis Muslim, yang mengabaikan fakta bahawa ilmu pengetahuan telah menggugurkan evolusi, juga menghadapi permasalahan sukar lain : pernyataan bahawa 1.5 juta jenis makhluk hidup di alam muncul sebagai akibat peristiwa alam yang tak-sedar.
Menurut para penyokong evolusi, sel hidup pertama terbentuk akibat pelbagai reaksi kimia dalam zat tak hidup. (Marilah kita ingat bahawa cukup banyak bukti saintifik yang menunjukkan bahawa hal ini tidak mungkin.
Lebih lagi, para penyelidik yang melakukan percubaan menyatukan gas penyusun lapisan atmosfera awal Bumi, sekaligus berbagai keadaan lapisan atmosfera yang sesuai, tidak mampu "menghasilkan" satuan blok pembina kehidupan yang terkecil sekali pun, yakni protein. [13]) Kerana mereka gagal memunculkan organisma hidup, walaupun semua pengetahuan dan teknologi tersedia bagi mereka, secara ilmiah adalah lebih tak masuk akal lagi apabila dinyatakan bahawa ketidaksengajaan buta mampu menghasilkannya.
Evolusi juga menyatakan bahawa kehidupan berawal dari sel pertama tersebut, yang tumbuh kian rumit dan yang semakin lama semakin kaya dan pelbagai, sampai manusia dihasilkan. Ringkasnya, lanjut teori itu , pelbagai pergerakan tak-sedar di alam terus mengembangkan makhluk hidup.
Contohnya satu bakteria mengandungi kod genetik untuk kira-kira 2,000 protein, sementara manusia mengandungi kod genetik untuk kira-kira 200,000 protein. Dengan kata lain, suatu pergerakan tak-sedar telah " menghasilkan" data genetik untuk 198.000 protein baru, seiring dengan berlalunya waktu.
Itu yang dinyatakan evolusi. Namun benarkah alam mengandungi mekanisme atau pergerakan yang dapat menambah data genetik pada suatu makhluk hidup?
Teori evolusi moden - juga dikenali sebagai neo- Darwinisme , iaitu versi perbaikan atas teori asli Darwin, yang ikut mengambil kira pelbagai penemuan terbaru dalam ilmu genetik - mencadangkan dua mekanisme: seleksi alam dan mutasi.
Seleksi alam bermakna bahawa makhluk yang kuat, dan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan alam, akan memenangi pertarungan demi mempertahankan hidup, sementara yang lainnya tersisih dan lenyap. Misalnya penurunan suhu yang terus-menerus di suatu wilayah bererti penduduk haiwan tertentu, yang tidak tahan terhadap suhu rendah, akan dihapuskan. Pada jangka panjang, hanya haiwan yang tahan suhu sejuk yang bertahan hidup dan akhirnya menjadi seluruh penduduk.
Contoh lain, dalam kes kelinci yang hidup terus menerus dalam ancaman haiwan pemangsa, hanya yang terbaik menyesuaikan diri dengan lingkup keadaan itu ( misalnya, yang dapat berlari paling cepat), bertahan hidup dan mewariskan ciri atau sifatnya kepada generasi berikutnya. Akan tetapi, pemeriksaan teliti mendedahkan bahawa tidak ada ciri baru yang muncul di sini, kerana kelinci ini tidak berubah menjadi jenis haiwan atau spesies yang baru, atau pun memperoleh sifat baru. Jadi orang tidak dapat berkata bahawa pemilihan alam menyebabkan evolusi.
Kerana itu, evolusionis hanya tinggal mempunyai mutasi. Agar pernyataan evolusi dapat diterima, mutasi harus mampu menambah data genetik pada suatu makhluk hidup. Mutasi dijabarkan sebagai kesalahan dalam gen makhluk hidup, yang terjadi akibat pengaruh luar (misalnya, radiasi atau penyinaran) atau pun akibat kesalahan penyalinan DNA. Tentu saja, mutasi boleh menyebabkan perubahan, namun perubahan itu selalu merosakkan . Dengan kata lain, mutasi tidak boleh mengembangkan makhluk hidup; bahkan sebaliknya, selalu membahayakannya.
Genetik mencapai kemajuan besar selama abad ke-20. Dengan mempelajari berbagai penyakit keturunan pada makhluk hidup, berdasarkan ilmu pengetahuan yang berkembang cepat, para saintis memperlihatkan bahawa mutasi bukanlah perubahan hayati yang dapat menyumbangkan sesuatu bagi evolusi. Ini bertentangan dengan pernyataan evolusionis. Kemajuan-kemajuan dalam genetik khususnya menghasilkan pengetahuan bahawa kira-kira 4,500 penyakit yang diduga sebagai penyakit keturunan sebenarnya disebabkan oleh mutasi.
Agar dapat diwariskan kepada keturunan, mutasi harus terjadi pada organ pembiakan (sel sperma pada lelaki, indung telur pada perempuan). Hanya perubahan genetik jenis ini yang boleh diwariskan kepada generasi berikutnya. Banyak penyakit keturunan disebabkan justru oleh perubahan pada sel -sel tersebut.
Mutasi, di sisi lain, terjadi di organ tubuh yang lain (misalnya,
hati atau otak) sehingga tidak boleh diwariskan kepada generasi berikutnya.
Mutasi yang demikian, disebut "somatik "menyebabkan banyak
penyakit kanser melalui kemunduran dalam DNA sel.
Kanser merupakan salah satu contoh paling tepat tentang kerosakan yang disebabkan oleh mutasi . Banyak faktor karsinogenik (penyebab kanser) misalnya bahan kimia dan sinar ultra - ungu, sebenarnya menyebabkan mutasi.
Setelah adanya penemuan mutakhir tentang gen onkogenik (pendorong kanser) dan gen pencegah tumor, yang apabila tidak berfungsi dengan betul , mampu menimbulkan kanser, penyelidik menyedari bagaimana mutasi menyebabkan kanser. Kedua-dua jenis gen ini penting bagi sel untuk memperbanyak diri, serta bagi tubuh untuk memperbaharui diri.
Jika salah satunya rosak kerana mutasi, sel-sel mula tumbuh tak terkawal dan kanser pun mulai terbentuk. Kita boleh membandingkan keadaan ini dengan pedal gas yang tersekat atau brek yang bolong pada sebuah kereta .
Dalam kedua-dua kes tersebut akan terjadi perlanggaran. Begitu pula, pertumbuhan sel yang tidak terkawal akan menyebabkan kanser, lalu kematian. Jika mutasi merosakkan gen-gen ini pada saat kelahiran, seperti dalam kes retinoblastoma (kanser sel mata), bayi yang terkena akan segera meninggal dunia.
Kerosakan yang diakibatkan oleh mutasi pada makhluk hidup tidak terhad kepada contoh -contoh ini saja. Hampir semua mutasi yang dapat diperhatikan setakat ini bersifat merosakkan; hanya beberapa saja yang tidak berpengaruh apa -apa.
Walaupun demikian , kaum evolusionis, termasuk yang Muslim, masih cuba mempertahankan anggapan bahawa mutasi adalah mekanisme yang berlaku dalam evolusi.
Jika satu makhluk hidup memang berubah menjadi makhluk hidup lain, sebagaimana dinyatakan kaum evolusionis , mestinya terjadi berjuta- juta mutasi yang menguntungkan, dan terdapat pada semua sel benih dan peranakan.
Ilmu pengetahuan, seiring dengan kemajuan yang terus- menerus dicapainya, telah menemui berjuta- juta mutasi jahat dan telah mengenali berbagai penyakit yang diakibatkannya. Akan tetapi teori evolusi menghadapi kebingungan yang mengenaskan: para saintis evolusi tidak boleh menyebut satu pun mutasi yang benar -benar menambah data genetik.
Pierre Paul Grasse, seorang ahli zoologi Perancis, penyunting buku 35 jilid Traite de Zoologie dan bekas ketua Akademi Sains Perancis, mengibaratkan mutasi dengan huruf yang salah ditaip semasa menyalin naskah tertulis. Dan sebagaimana huruf salah taip, mutasi tidak menambah keterangan; bahkan, merosakkan data yang sedia ada. Grasse menyatakan fakta ini dengan cara berikut:
Mutasi , dalam sejarah, berlaku secara rawak. Mutasi tak saling melengkapi satu sama lain, tidak juga bertambah pada generasi selanjutnya menuju arah tertentu. Mutasi mengubah apa yang sudah menetap, namun secara kacau dan salah, walaupun bagaimana ... Begitu ada kekacauan, sekalipun kecil, timbul pada makhluk yang tersusun dan teratur, maka penyakit, lalu kematian, pun mengikuti. Tidak ada jalan tengah yang boleh tercipta antara gejala kehidupan dan kekacauan. [14]
Menimbang fakta ini, mutasi, sebagaimana dijelaskan Grasse, " betapa pun banyaknya, tidaklah menghasilkan evolusi jenis apa pun." Kita boleh membandingkan akibat mutasi dengan gempa bumi. Sama seperti gempa bumi, yang tidak membantu membina atau memperbaiki sebuah bandar melainkan malah memporak-porandakannya, mutasi pun selalu berpengaruh buruk. Dari sudut pandang ini, pernyataan evolusionis tentang mutasi adalah sepenuhnya tanpa asas. (Untuk butiran, lihat The Evolution Deceit oleh Harun Yahya, Taha Publishers, London, 1999).

Teks Asal:
Mengapa Darwinisme
Bertentangan dengan Al Quran - Harun Yahya
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
Artikal Sebelumnya:
http://www.youtube-mp3.org/
Islam Agama Ku.
<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>
Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan