Jumaat, 22 November 2013

2485. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar. (Ulangkaji Part 9).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com


Kajian Fosil Membuktikan Kejadian.

Melihat fakta- fakta di atas, kemajuan sains menunjukkan bahawa pemilihan alam dan mutasi tidak berdaya evolusi. Kerana tidak ada mekanismenya, evolusi tidak mungkin pernah terjadi di masa lalu. 

Akan tetapi , kaum evolusionis masih berkeras bahawa semua makhluk berkembang daripada satu lain, melalui proses yang lambat selama beratus-ratus juta tahun. 

Kesalahan mereka disembunyikan dalam jalan fikiran ini, kerana jika senario mereka memang benar, makhluk tahap peralihan, yang tak terhitung banyaknya, dari rentang waktu tersebut seharusnya sudah terbentuk. Lebih lagi, kita seharusnya mencari sisa -sisa fosilnya .

Pernyataan kaum evolusionis yang tidak masuk akal tampak mencolok dalam setiap perkara. Cuba kita lihat perihal munculnya ikan, yang dikatakan kaum evolusionis, berasal dari invertebrata (haiwan tak bertulang belakang) seperti bintang laut dan cacing laut. Jika pernyataan ini benar, seharusnya ada contoh makhluk peralihan yang jumlahnya berlimpah ruah, demi membolehkan terjadinya sebuah evolusi yang lembap. 

Dengan kata lain, kita seharusnya dapat melihat sisa fosil dari berjenis-jenis haiwan (spesies) yang mempunyai baik ciri-ciri ikan mahu pun ciri-ciri invertebrata. Akan tetapi walaupun banyak fosil ikan dan invertebrata ditemukan para saintis, tidak pernah ada fosil makhluk peralihan, yang dapat membenarkan dakwaan mereka yang dijumpai. 

Ketiadaan demikian pada gilirannya, bererti evolusi tidak pernah terjadi. ( Ternyata, ikan pertama di Bumi muncul di zaman geologi yang sama dengan invertebrata rumit yang pertama dikenal. Fosil ikan berasal dari 530 juta tahun yang lampau. [15] Pada masa itu yang dikenali sebagai zaman Cambrian, semua kumpulan utama haiwan invertebrata tiba-tiba muncul di Bumi).

Walaupun sedar betul akan hal ini, kaum evolusionis menggunakan cara seperti hasutan atau demagogi dan bukti palsu, untuk membuat orang percaya pada evolusi. [16 ] Bahkan Darwin sendiri tahu bahawa rekod-rekod fosil tidak menyokong teorinya; ia cuma berharap bahawa catatan itu akan semakin berlimpah seiring berlalunya waktu dan berbagai makhluk tahap peralihan akan dijumpai. 

Akan tetapi kaum evolusionis masa kini tidak lagi mempunyai harapan seperti itu. Bahkan mereka akui, rekod fosil begitu kaya dan sudah memadai untuk mendedahkan sejarah kehidupan. Prof N. Heribert Nillson, ahli botani evolusionis yang ternama berbangsa Sweden dari Universiti Lund, mengatakan hal berikut tentang rekod fosil:

Usaha saya untuk menunjukkan peristiwa evolusi, melalui sebuah percubaan yang telah dilangsungkan selama lebih dari 40 tahun, sudah sepenuhnya gagal ... Bahan fosil kini sudah begitu lengkap, sehingga bahkan boleh disusun pelbagai kelas ( makhluk hidup) baru dan ketiadaan rangkaian makhluk tahap perantara tidak boleh dijelaskan sebagai akibat kurangnya bahan (fosil). Kekosongan itu memang ada, (dan) tidak akan pernah terisi. [17]

T. Neville George, guru besar ilmu paleontologi Universiti Glasgow, menyatakan bahawa sekalipun rekod fosil sangat banyak, bentuk peralihan yang sudah lama dicari-cari belum juga dijumpai:

Tidak perlu lagi meminta maaf atas kekurangan dalam rekod fosil. Dalam segi tertentu, rekod fosil itu sudah demikian banyak, hampir tak terurus dan kelajuan penemuan fosil sudah melebihi kelajuan penyusunannya ... Meskipun demikian, rekod fosil tetap saja masih lebih banyak terdiri atas celah dan jurang. [18]

Para penyokong evolusi bahkan melangkah terlalu jauh, sampai-sampai mengakui bahawa bukan saja menyangkal evolusi, rekod fosil juga memberikan bukti ilmiah bagi kebenaran penciptaan. Misalnya , evolusionis ahli paleontologi Mark Czarnecki mengakui:

Masalah besar dalam membuktikan teori ini ialah rekod fosil; jejak-jejak makhluk hidup yang sudah punah, yang terawet dalam lapisan batuan Bumi. Catatan ini tidak pernah mendedahkan tanda-tanda adanya makhluk perantara yang diduga Darwin - bahkan pelbagai jenis makhluk hidup muncul dan menghilang dengan tiba -tiba dan kejanggalan ini amat mengukuhkan paham penciptaan bahawa setiap jenis makhluk hidup diciptakan oleh Tuhan ... [19]

Seperti telah kita lihat, kaum evolusionis menderita kekecewaan mengenaskan menyangkut makhluk tahap perantara. Tidak ada satu pun penggalian di dunia ini yang telah menghasilkan jejak adanya bentuk peralihan, sekalipun yang paling samar, sejak Darwin kali pertama mengajukannya. Penemuan itu semua adalah dari jenis yang seakan bermaksud menghancurkan harapan kaum evolusionis dan menunjukkan bahawa makhluk hidup di Bumi muncul tiba-tiba, berkembang sempurna dan tanpa cela.

Akan tetapi, sekalipun mengetahui bahawa bentuk peralihan tidak pernah ada, para saintis evolusi tidak mahu meninggalkan teori mereka. Mereka memberikan uraian berprasangka tentang sejumlah fosil. Dalam karangannya In Search of Deep Time, Henry Gee, ahli redaksi majalah termasyhur di dunia, Nature, melukiskan seberapa ilmiah sebenarnya huraian-huraian tentang fosil semacam itu:

... Kita menyusun fosil-fosil dalam suatu urutan yang mencerminkan pemerolehan berperingkat dari apa saja yang kita lihat pada diri sendiri. Kita tidak mencari kebenaran, kita menciptakannya setelah kejadian, untuk disesuaikan dengan prasangka kita sendiri ... Untuk mengambil sederet fosil dan menyatakan bahawa deretan itu melambangkan satu garis keturunan, bukanlah sebuah dugaan (hipotesis) ilmiah yang boleh diuji, melainkan sebuah pernyataan yang mengandungi keabsahan setara dengan dongeng sebelum tidur - menghibur, bahkan mungkin mengandungi pelajaran, namun tidak ilmiah . [20]

Itulah sebabnya, mengapa mereka yang beriman kepada Allah SWT tidak boleh terpedaya oleh permainan kata dan kebohongan yang berjubah ilmiah. Salah besar jika percaya bahawa sekumpulan orang, hanya kerana mereka saintis, pasti berkata benar dan patut dipercaya. Saintis evolusionis tidak punya rasa bersalah menyembunyikan kebenaran, memutarbelit fakta ilmiah dan bahkan membuat bukti-bukti palsu untuk membela pemikiran mereka. Sejarah Darwinisme penuh dengan contoh semacam itu.

Bila kita tinjau garis-garis besar Darwinisme yang paling asas sekalipun, segera terlihat ketidak-absahan dan landasannya yang lapuk habis. Bila kita periksa butiran, keadaan ini semakin jelas. (Lihat The Evolution Deceit, Taha Publishers, London, 1999 dan Darwinism refuted, Goodword Publishers, New Delhi, 2003 untuk maklumat lanjut).

Berlawanan dengan apa yang dinyatakan kaum evolusionis, kita melihat suatu perancangan dan perancangan agung dalam ciri semua makhluk hidup dan tak-hidup, ke mana pun kita memandang. Itulah tanda bahawa Allah SWT telah menciptakan semuanya. Kaum evolusionis terus mengibarkan perlawanan sia-sianya, kerana tidak mahu menerima kenyataan ini. Sebagai penganut fahamam materialisme sejati, mereka sedang cuba menghidupkan kembali sesosok mayat.

Semua ini membawa ke hanya satu kesimpulan: Darwinisme menyesatkan orang dari akal sihat, ilmu pengetahuan dan kebenaran, serta menggiring mereka ke arah ke cara berfikir tanpa akal sihat. Orang -orang yang percaya kepada evolusi tidak bersedia mengikuti jalur nalar dan ilmu pengetahuan dan termakan omong kosong penuh tahyul yang disampaikan turun-temurun sejak tahun 1880an saat Darwin masih hidup. Akhirnya mereka mula percaya bahawa ketidaksengajaan atau kebetulan boleh memainkan peranan bersifat ilahiah, walaupun segenap alam semesta penuh dengan tanda-tanda penciptaan. 

Cukup melihat satu saja mekanisme tanpa cacat di langit dan di laut, pada tumbuhan dan haiwan, untuk menyedari hal ini. Mengatakan bahawa semua ini karya ketidaksengajaan merupakan gangguan nalar, akal dan ilmu pengetahuan. Yang diperlukan adalah pengakuan atas kekuatan dan keagungan Allah SWT dan selepas itu penyerahan diri kepada-Nya. 

Teks Asal:
Mengapa Darwinisme Bertentangan dengan Al Quran - Harun Yahya  
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.

Artikal Sebelumnya: 


Artikal Seterusnya:  
2486. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar.(Ulangkaji Part 10).


YouTube mp3
http://www.youtube-mp3.org/

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: