Jumaat, 22 November 2013

2491. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar.(Ulangkaji Part 15).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Penciptaan Manusia dari Tanah Liat .

Dalam Al Qur'an, Allah mendedahkan bahawa manusia diciptakan secara ajaib. Untuk menciptakan manusia pertama, Allah membentuk tanah liat, lalu meniupkan ruh ke dalamnya :

(Ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : "Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. " Maka, apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya ruh (ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya ". ( QS. Shaad, 38: 71-72 )

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. (QS. Al Mu'minuun , 23: 12)

Maka bertanyalah kepada mereka (musyrik Mekah ) : "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataukah apa yang telah Kami ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat. ( QS. Ash Shaffaat , 37: 11)

Kelihatan di sini bahawa manusia tidak diciptakan dari kera atau makhluk hidup lainnya, sebagaimana kaum evolusionis Muslim inginkan kita percayai, namun dari tanah liat, suatu zat yang tak -hidup. Allah secara ajaib mengubah zat tak -hidup itu menjadi manusia dan meniupkan ruh ke dalamnya. Tidak ada " proses evolusi semulajadi " yang bekerja di sini , melainkan penciptaan Allah yang ajaib dan langsung. Nyatanya , firmanNya sebagaimana berikut ini memperlihatkan bahawa manusia diciptakan langsung oleh kuasa Allah :

Allah berfirman: " Hai Iblis , apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku- ciptakan dengan kedua tangan -Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa ) termasuk orang -orang yang ( lebih ) tinggi? " ( QS. Shaad, 38: 75)

Ringkasnya, Al Qur'an tidak berisikan kisah " evolusi " penciptaan manusia dan makhluk hidup. Sebaliknya , Al Qur'an mengatakan bahawa Allah menciptakan semua makhluk secara ajaib dari bahan-bahan tak hidup seperti air dan lumpur. Sekalipun demikian , sejarah Islam menunjukkan bahawa sebahagian kaum Muslimin terpengaruh falsafah Yunani kuno , maupun oleh anasir- anasir evolusi dan materialis di kalangan Muslim sendiri , dan lalu cuba menyesuaikan falsafah itu dengan Al Qur'an. Ulama dan pembaharu besar Islam , Imam Ghazali ( wafat 1111 ), menanggapi kecenderungan ini , yang muncul di saat beliau masih hidup , dalam bukunya Tahafut al- Falasifa ( Ketaklurusan Para Filsuf ) dan buku lain. Akan tetapi , bersamaan dengan penyebaran teori evolusi selama abad ke- 19 dan ke-20 , pandangan -pandangan " penciptaan lewat evolusi " mula muncul kembali di dunia Islam. Bab selanjutnya meninjau kekeliruan - kekeliruan yang dibuat sebahagian kaum Muslimin yang membela pandangan- pandangan itu , dan menghuraikan ulasan mereka tentang ayat -ayat Al Qur'an yang mereka gunakan untuk membenarkan kedudukan mereka.



Teks Asal:
Mengapa Darwinisme Bertentangan dengan Al Quran - Harun Yahya  
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.

YouTube mp3
http://www.youtube-mp3.org/

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: