Jumaat, 22 November 2013

2492. Mengekang diri dari meyakini teori evolusi itu benar.(Ulangkaji Part 16).


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


BAB IV

KEKELIRUAN MEREKA YANG MENGGUNAKAN AYAT -AYAT AL QUR'AN UNTUK ' MEMBUKTIKAN ' EVOLUSI .

Panduan dasar bagi semua Muslim yang percaya kepada Allah dan Islam adalah Al Qur'an dan Sunnah (teladan ) Nabi SAW. Al Qur'an mengandung banyak ayat tentang penciptaan kehidupan dan alam semesta. Tidak ada dari ayat -ayat ini yang memberikan tanda, sekalipun yang paling samar , tentang penciptaan melalui evolusi . Dengan kata lain, Al Qur'an tidak menyokong idea bahawa makhluk hidup berevolusi dari satu jenis ke jenis yang lain, atau bahawa ada rantai kaitan evolusi di antara itu semua. Sebaliknya , Al Qur'an mendedahkan bahawa Allah menciptakan kehidupan dan alam semesta secara ajaib dengan memerintahkan " Jadilah! " Jika mengingat bahawa pelbagai penemuan saintifik juga menggugurkan evolusi , kita melihat sekali lagi bagaimana Al Qur'an selalu selaras dengan ilmu pengetahuan.

Tentu saja, jika Allah kehendaki, Dia boleh mencipta apa pun lewat cara evolusi . Namun , tiada tanda Dia melakukan hal itu dalam Al Qur'an, dan tidak satu ayat pun menyokong kenyataan evolusi bahawa jenis makhluk hidup berkembang secara beransur-ansur . Jika penciptaan terjadi secara demikian , kita seharusnya boleh membaca butiran dalam Al Qur'an. Walaupun semuanya demikian jelas, sebahagian kaum Muslimin yang menyokong paham Darwinisme salah menafsirkan ayat- ayat tertentu, dengan memberikan makna yang tidak selaras dengan makna jelas dan tegas yang sebenarnya dikandung ayat- ayat itu. Untuk membela evolusi dan menyediakan sejumlah bukti Al Qur'an baginya , makna sejumlah ayat dipulas , tebak- tebakan dipercayai, dan tafsir yang berprasangka dibuat. Tentang orang -orang dalam keadaan berbahaya ini, Allah berfirman yang berikut:

Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar- mutar lidahnya membaca Al Kitab , supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebahagian dari Al Kitab , padahal ia bukan dari Al Kitab dan mereka mengatakan: " Ia ( yang dibaca itu datang) dari sisi Allah . " Mereka berkata dusta terhadap Allah, sedang mereka mengetahui. (QS. Ali ' Imran, 3 : 78)

Mereka yang mengetahui Al Qur'an tetapi twist makna asli ayat- ayatnya dan sengaja salah menafsirkan ayat- ayat itu dikatakan berdusta terhadap Allah . Tak seorang Muslim pun suka rela berbuat demikian , kerana terlalu takut akan akibat- akibatnya . Jadi, semua uraian yang berdasarkan dugaan dan tekaan , khususnya yang dibuat oleh mereka yang mengetahui Al Qur'an dan apa yang dikatakannya tentang masalah -masalah sepenting ini, secara akhlak tak boleh diterima. Tentu saja , adalah salah apabila kita menyamaratakan setiap orang yang menyatakan evolusi selaras dengan agama , sebab sebahagian mereka tidak memikirkan apa makna pernyataan semacam itu, dan sebahagian lain tidak menyedari bahaya -bahaya yang menyurukinya . Sekalipun demikian, tidak boleh menyesatkan orang lain tentang apa yang dikatakan Al Qur'an, dengan cara berbicara atas nama Allah, dan cuba membuktikan evolusi dengan menggunakan ayat -ayat Al Qur'an. Mereka yang melakukan hal itu harus meninjau kembali beratnya akibat perbuatan mereka dan menghindarkan diri dari membuat tafsir dan huraian seperti itu, sebab Allah akan meminta tanggung jawab mereka atas kata- kata mereka. Tidak hanya mereka memperdaya diri sendiri, namun juga memperdaya orang -orang yang membaca karya- karya mereka - sungguh tanggung jawab yang berat.

Pada akar masalahnya adalah hal ini: kaum Muslimin yang percaya evolusi menerima gagasan tersebut sebagai fakta ilmiah, sehingga mereka mendekati Al Qur'an dengan anggapan bahawa Al Qur'an harus menegaskan evolusi . Jadi , mereka memuati setiap kata yang mungkin mempunyai tafsir evolusi dengan makna yang tak mungkin dikandungnya . Apabila Al Qur'an dilihat secara utuh, atau bila ayat yang berkaitan dibaca dalam kaitan dengan ayat sebelum dan sesudahnya, orang dapat melihat bahawa penjelasan yang ditawarkan itu adalah dipaksakan dan tidak sah.

Dalam bab ini, kita akan meninjau ayat- ayat yang disajikan oleh kaum Muslimin, yang menerima evolusi , sebagai bukti evolusi . Kita lalu akan menanggapi pelbagai kenyataan mereka , juga dari Al Qur'an, dan membandingkan semua itu dengan tafsir yang dibuat oleh para ulama Islam yang terkemuka.

Akan tetapi, kita harus tetap ingat akan kenyataan dasar berikut ini : Al Qur'an harus dibaca dan ditafsirkan dalam bentuk yang telah Allah ungkapkan , dengan hati yang tulus sepenuhnya dan tanpa terpengaruh gagasan dan falsafah apa pun yang bukan Islam. Mendekati Al Qur'an dengan cara ini akan mendedahkan bahawa Al Qur'an tidak mengandungi keterangan tentang penciptaan lewat evolusi . Sebaliknya , ia akan kelihatan bahawa Allah menciptakan makhluk hidup dan segala sesuatu dengan perintah tunggal " Jadilah! " Jika makhluk setengah- manusia -setengah - kera memang benar -benar ada sebelum Nabi Adam , Allah akan menerangkannya dengan jelas dan mudah difahami. Fakta bahawa Al Qur'an amat jelas dan amat mudah difahami menunjukkan bahawa kenyataan tentang penciptaan evolusi tidaklah benar.

Teks Asal:

Mengapa Darwinisme Bertentangan dengan Al Quran - Harun Yahya  
596. Darwinisme bertentangan dengan AL QUR’AN.
YouTube mp3
http://www.youtube-mp3.org/

Islam Agama Ku.
HTML Setting:

<center><iframe align="center" id="IW_frame_1438" src="http://www.tvquran.com/add/Shatri.htm" frameborder="0" allowtransparency="1" scrolling="no" width="302" height="334"></iframe></center>

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  

Tiada ulasan: