Ahad, 8 Disember 2013

2726. Keistimewaan dan kelebihan seorang perempuan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja p3c3q
Sebagai hamba-Nya memohon perlindungan dari-Nya adalah sebaik-baik jalan menuju ke Syurga-Nya. Tetaplah Hati Di Jalan Nya...  Ingatkan Aku ... 

Dengan izin Allah S.W.T., apakah aku, kita, siapa-siapa atau dia menyedarinya.
"Yang Allah Taala lebihkan pada org perempuan apa dia? Allah Taala lebihkan perasaan itu, perasaan yg lebih kasih syg, perasaan sensitif.. lebih naluri dia.. nurani dia lebih halus.. sebab itu org perempuan itu diberikan kebolehan dan kesesuaian utk melahirkan anak.

Sebab naluri keibuan dan kesabaran Allah beri pada org perempuan..Allah SWT tak beri pada org lelaki ...kalaulah org lelaki boleh mengandung tuan2....Subhanallah....tuan2 boleh bayangkan org keje tnb duk repair lampu jalan mengandung, pakai baju maxi..baju mengandung panjat tiang.. hai seksa tuan2 oiii...tok bilal mengandung, tok imam mengandung... sekali tarik nafas sesak nafas sbb dah 9 bulan.. 'Allah....' tak lepas tarik napas tuan2... tetapi org perempuan Allah Taala berikan kesabaran, kuat org perempuan ni.. walau pun dari seginya lemah lembut...kulit lembut..tapi jiwa mereka kuat.... ".

Di dunia ramai orang yang sangat pandai menyusun kata-kata tapi malangnya akhirat kelak mulut dikuci oleh Allah Ta'ala dan seluruh anggota badan akan berkata-kata bersaksi atas segala perbuatannya semasa hidup di dunia...Tazkirah bersama. 


Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
byrt. n.t peribadi

My Dashboard. 
s3v3n

s3v3n.

Tiada ulasan: