Selasa, 21 Januari 2014

3183. Pengajaran dari pengalaman.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Beberapa tahun dahulu Dahlan menghadapi masalah besar dalam hidupnya. Kira dia dalam keadaan hampir terputus sumber pendapatan.

Dahlan cuba meminta bantuan di kalangan 13 rakan sekerjanya termasuk ketua pejabatnya. Bukannya banyak sekadar RM10 atau RM50. Namun jawapannya cukup menghampakan, sementara menantikan adanya sumber keewangan terkini. Dahlan juga menghadapi kerani penipu di tempat kerjanya. Cuma empat orang yang Dahlan kenang, cukup membantu. Dari mereka Dahlan beroleh sokongan moral dan juga kewangan.

Ketua pejabat beri hutang RM100 tetapi kena tanda tangan akuan berhutang. Tidak mengapalah Dahlan akur. Tidak sampai beberapa hari ketua pejabatnya datang menuntut. Dahlan bersyukur kepada Pencipta-Nya Allah SWT kerana dapat memenuhi kehendak ketua pejabatnya.

Akhirnya masalah kewangan Dahlan selesai dua bulan kemudian. Dahlan memperuntukkan sedikit dengan mengadakan jamuan kesyukuran. Semua rakan sepejabat Dahlan hadir dan menikmati jamuan yang disediakan siap dengan oleh-oleh mulut berupa seguni buah durian.

Dahlan bukan mengungkit tetapi peristiwa itu menyebar luaskan lagi keupayaannya untuk mengenali diri sendiri dan seterusnya bermuhasabah diri keranaNya.
vmct7.

7tcmv.

Tiada ulasan: