Isnin, 10 Februari 2014

3410. Perlombongan arang batu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 


Teroka perlombongan arang batu
Oleh : Suliati Asri 

myMetro | Teroka perlombongan arang batu 
www.hmetro.com.my
Kedudukannya yang terletak di atas bukit dengan tanah lapang yang ditumbuhi rumput menghijau dijaga rapi menambahkan lagi keunikan menara itu. 


Teroka perlombongan arang batu. 

Monumen bersejarah yang dibina daripada 23,000 bata merah diimport dari England tersergam indah dan sangat unik. 
PERJALANAN mengujakan menuju ke Gedung Ubat di Tanjung Kubong. 
Kedudukannya yang terletak di atas bukit dengan tanah lapang yang ditumbuhi rumput menghijau dijaga rapi menambahkan lagi keunikan menara itu. 
RUANG di dalam Menara Chimney. 
Di sebalik keutuhannya dan struktur menara itu dikatakan adalah gaya British yang biasa ditemui, menara ini masih dianggap suatu misteri sehingga kini walaupun terdapat banyak hipotesis dikemukakan bagi membongkar misteri ini. 
GEDUNG Ubat tempat penyimpanan peluru ketika zaman Jepun. 
Mahu mengetahuinya lebih dekat? Kunjungan ke Muzium Chimney yang ter­letak di utara Wilayah Persekutuan Labuan adalah destinasinya. 


KOLEKSI pecahan seramik yang ditemui di sekitar Muzium Chimney. 
Muzium Chimney
Muzium Chimney ini juga adalah satu daripada destinasi menarik yang perlu dilawati saat berkunjung ke satu lagi pulau bebas cukai di negara ini.

Monumen bersejarah yang sehingga kini menyimpan misteri tersendiri dan pastinya membuatkan anda kagum melihat struktur binaannya adalah Menara Chimney.

Menara Chimney ini adalah binaan bersejarah terkenal di Labuan yang didirikan pada zaman kepesatan perlombongan arang batu walaupun tidak diketahui dengan tepat tarikh dibina.

Selain tidak diketahui tarikh tepat ia dibina, fungsi menara itu juga menjadikan ia misteri, sekali gus menjadi tarikan popular di Labuan.

Menara Chimney yang mempunyai misteri tersendiri adalah satu daripada tarikan utama di Muzium Chimney yang terletak di utara Labuan.

Muzium yang dirasmikan 26 Oktober 2002 ini adalah berkonsepkan in-situ (muzium tapak) kerana ia didirikan di atas bekas tapak perlombongan arang batu di Tanjung Kubong.

Muzium ini ditubuhkan untuk memelihara dan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah perlombongan arang batu di Labuan terutama kawasan Tanjung Kubong dan beberapa kawasan di sekitar Labuan pada 1847 hingga 1911.

Dibuka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma, penerokaan mengenai sejarah perlombongan arang batu dalam muzium itu pastinya membuatkan anda teruja.

Mana tidaknya, Muzium Chimney yang mengandungi dua galeri pameran tetap ini disusun mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan pengunjung melihat, memahami dan menghayati setiap maklumat dipamerkan.

Galeri di aras bawah dibahagikan pula kepada beberapa segmen seperti Sejarah Awal Tanjung Kubong, Sejarah Perlombongan Arang Batu dan Keretapi Labuan, Sejarah Chimney, Chimney Meniti Abad, Kerja Konservasi dan Ekskavasi Arkeologi Chimney.

Menariknya, di penghujung penerokaan di galeri aras bawah ini, pengunjung akan melalui satu terowong perlombongan arang batu yang direka khusus bagi memberikan gambaran serta peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam terowong perlombongan arang batu.

Galeri di aras dua pula mempamerkan beberapa segmen yang mengkhusus kepada sejarah Menara Chimney dan kerja konservasi serta ekskavasi arkeologi di tapak Chimney.

Selain Muzium Chimney, antara lokasi bersejarah dan menarik yang sempat penulis kunjungi saat berada di Labuan selama tiga hari menerusi Kembara Bersama Media Siri 5 & 6 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar adalah Gedung Ubat.
Gedung Ubat
Terletak di Tanjung Kubong. Anda perlu berjalan 800 meter untuk sampai ke tempat ini.

Gedung ubat ini dikatakan adalah tempat menyimpan peluru pada zaman Jepun kerana struktur binaan dengan dinding batu yang tebal serta beberapa penemuan lain yang pernah dijumpai di sini.

Berketinggian 3.5 meter, ia dinamakan sebagai Gedung Ubat dan bukan Gedung Peluru kerana orang Labuan memanggil peluru itu sebagai ubat.

Selain melihat gedung ubat, anda juga berpeluang melihat keindahan laut Labuan yang membiru dan jernih di Tanjung Kubong.

Jika anda ingin melihat sendiri gedung ubat yang dikatakan tempat me­nyimpan peluru pada zaman Jepun itu, anda perlu memaklumkan kepada pihak muzium kerana tidak ramai yang mengetahui mengenainya.

Pasar Tani dan Pusat Kraf Labuan

Berkunjung ke mana saja destinasi di seluruh dunia pastinya tidak lengkap tanpa aktiviti membeli-belah.

Aktiviti yang digemari ramai itu juga adalah acara penutup saat berkunjung ke Labuan, baru-baru ini.

Selain membeli pelbagai barangan bebas cukai, barangan kraf dan makanan tradisional Labuan menjadi buruan di sini.

Kunjungan ke Pasar Tani Labuan memberi peluang kepada anda untuk membeli pelbagai barangan kering seperti ikan masin, keropok ikan dan banyak lagi.

Di pasar tani itu juga menawarkan pengunjung barangan yang sukar ditemui di mana-mana seperti batang atau kepingan sambal tulen yang hanya dibuat di Labuan dan ada yang dihantar dari Sabah.

Menariknya mengenai sambal ini adalah ia dibuat dengan cara paling organik, tanpa pengawet atau penambah rasa dan ia hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal.

Satu daripada cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli 
di pasar raya, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Untuk mendapatkan barangan cenderahati seperti kemeja-T corak peta Labuan, pemegang kunci dan apa saja barangan cenderahati boleh didapati di sini.

Jika anda tidak berminat dengan cenderamata, pelbagai barangan dan aksesori mutiara boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk keluarga atau kegunaan diri sendiri.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Terokaperlombonganarangbatu/Article/index_html

Sumber: HOME. 
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 
<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">

script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwidget/adiWidget.js" type="text/javascript"></script><script language="JavaScript" type="text/javascript">eXl1lXc('https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-3.swf','bottom','0px','left','0px','111215','150','300','transparent','ffffff');</script>


<script language="JavaScript" src="https://sites.google.com/site/adiwidget/adiWidget.js" type="text/javascript"></script><script language="JavaScript" type="text/javascript">eXl1lXc('https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-3.swf','bottom','0px','right','0px','111216','150','300','transparent','ffffff');</script>


<div style="text-align: center;"><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" width="150" height="300" src="https://6481650730899347971-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/adiwidget/zikir-3.swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high"></embed></div> 

Tiada ulasan: