بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Pesawah Berterima Kaih Ke[ada PM Najib; Kah Kah Kah kah
Sebelum ni pakai lembu untuk bersawah.. dgn BR1M.. pakcik tukar Bugati.. tak mainlah lembu lagi. kata pakcik sambil mohon nama dirahsiakan.
Orang Melayu Mudah Lupa ? -
Patut dah lama tukar dah dari zaman TAR dulu
Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/orang-melayu-mudah-lupa-patut-dah-lama.html
Gendong = Dokong.
Ayah Gendong Anak Lumpuh Kesekolah Setiap Hari 28 Kilometer
Sebuah kisah yang menyentuh hati dari China. Banyak penduduk di sana bersimpati mendengar kisah tentang seorang ayah yang setiap hari berjalan 28 km dan menggendong anaknya yang lumpuh ke sekolah pergi dan balik.
Setiap hari, Yu Xukang, 40 tahun, bangun jam 6 pagi dan menggendong putranya, Qiang, berjalan ke sekolah. Ia berjalan 2 jam lamanya dan jam 4 petang ia menjemput Qiang kembali.
Kaki anaknya lumpuh, namun pendidikan yang baik tetap harus ditempuh. Meski Yu Xukang perlu berjalan selama 6 jam per hari, pergi dan balik, hanya untuk menghantar jemput anaknya. Ia tak merasa keberatan, walaupun dalam setahun ia menggaanti kasutnya sebanyak 3 kali.
Semua ia lakukan asalkan anaknya boleh belajar di sekolah dan tidak terlambat sampai ke sana. Kesungguhan hati si ayah ini membuat pentadbiran tempatan berniat untuk memberikan bantuan kewangan pada keluarga kecil ini. Apatah lagi Yu Xukang hanya bekerja sebagai petani.
Yu Xukang tak keberatan menjadi kaki bagi anaknya. Ini adalah bentuk kasih sayang ayah yang luar biasa. Keduanya ditinggalkan oleh isteri Yu Xukang beberapa tahun lalu. Maka dari itu Yu Xukang berusaha menjaga dan membesarkan Qiang walaupun hanya seorang diri.
Tuntutan Rakyat Dalam Isu Lynas & Royalti Minyak Belum Diambil Tindakan !
Bila terbaca begitu pantasnya kerajaan bertindak untuk mendengar suara dan rintihan guru..alangkah baiknya kerajaan dimata rakyat jika semua masalah dapat diambil tindakan segera seperti ini.
Bayangkan bila hanya lebih kurang 100 orang datang membantah isu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ..masalah dapat diselesaikan dgn pantas...(ada berkaitan musim PRK Kajang ).. .
Tapi yang pelik dan nyata bila himpunan suara puluhan ribu sampai sekarang tiada tindakan positif..contoh isu bersih , Lynas dan Royalti minyak Kelantan..zalim sungguh kerajaan kepada rakyat yg menentang mereka ..yerlah hati dan perasaan guru2 kena jaga wehhhh.. kalau tidak....
Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/tuntutan-rakyat-dalam-isu-lynas-royalti.html
Pejabat Malaysiakini pula disimbah cat merah..
Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.
Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.
Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.
Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok. Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.
"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.
Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya lapor Malaysiakini
.. Kalau macam ni barulah boleh dikatakan disimbah dengan cat, bukannya macam apa yang dah jadi pada pejabat Teressa Kok tu.. sila lihat di SINI
Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/02/pejabat-malaysiakini-pula-disimbah-cat.html
ISU DSAI BERCERAMAH DI GEREJA DAN KUIL ... BEKAS BOS NST BELASAH LUMAT LUNYAI RIDHUAN TEE ABDULLAH.
CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.
Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan. Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku.
Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap. Tee menyifatkan tindakan itu sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.
Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”
Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya.
1. Ketika saya kanak-kanak, di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.
2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.
3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.
4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:
(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok dagang babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.
(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?” Maksudnya disembelih ikut cara Islam.
5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:
(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.
(b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ’s sake. Amen.
Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil. Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.
NOTA KAKI: Hari ini, 25 Feb, 2013 genaplah lapan tahun usia blog kita. Terima kasih kepada pelawat, pembahas dan "followers". -http://kadirjasin.blogspot.com/
Sumber: http://omakkau.blogspot.com/2014/02/isu-dsai-berceramah-di-gereja-dan-kuil.html
HTML NOTE FOR SHARE:

s3v3n

<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed>

s3v3n

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed>

s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan