Khamis, 27 Februari 2014

3531. Satu Jawapan, Satu dari beberapa kenyataan umum.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com   

Mengada2kan projek utk sedut duit negara......

Mengada2kan projek utk sedut duit negara

~AK47
Info Pakatan Rakyat Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/02/mengada2kan-projek-utk-sedut-duit-negara.html
Thursday, February 27, 2014

Tanda Kiamat Terbaru: 

Mata Air Terpancar Dari Atas Bukit di Negara Arab


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2″ – Sahih Muslim
Sumber: http://detikislam.blogspot.com/2014/02/tanda-kiamat-terbaru-mata-air-terpancar.html

PANAS JER ORANG UMNO TENGOK KAIN RENTANG NI...

Sumber:  http://naimnikmat.blogspot.com/2014/02/panas-jer-orang-umno-tengok-kain.html 

Islam adalah: NIZAM (sistem hidup) KAMIL (lengkap), dan SYAMIL (menyeluruh)

Photo: Islam adalah:
#NIZAM (sistem hidup) 
#KAMIL (lengkap), dan;
#SYAMIL (menyeluruh)

TERKINI: JAWAPAN MAHATHIR SELEPAS LAMA MEMBISU ISU ANTI HADIS!



1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.


5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.

7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran.
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Sumber: http://penburukonline.blogspot.com/2014/02/terkini-jawapan-mahathir-selepas-lama.html

Sapa jadi PM pada tahun 1999...??? Amalan 'menabung' ala UMNO... 

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

PRESIDEN Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. 

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille. 

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. 

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. 

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat' segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet. 

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya. 

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). 

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. 

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Mumia ramses
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

"Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!"

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

"Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami." (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini."
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

"Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. "Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Sebarkan! Semoga ada manfaat...

Sumber: http://milosuam.blogspot.com/2014/02/kenapa-dr-maurice-bucaille-memeluk.html

Pondok Paling Tinggi Di Dunia Di Atas Pergunungan

Nas Rul at dairishare - 44 minutes ago
Solvay Hut adalah sebuah pondok yang berada di pinggir sebuah tebing di dekat Zermatt, Canton Valais, Switzerland. Ini dianggap sebagai pondok gunung tertinggi di dunia, yang berada pada ketinggian 4.003 meter di atas permukaan laut. Pondok ini dimiliki oleh kelab Switzerland Alpine, yang dibina sebagai gudang simpanan makanan, serta tempat berlindung bagi para pendaki gunung dan pejalan kaki. Boleh menampung kira-kira 10 orang, pondok ini dibina pada tahun 1915, dan hanya memerlukan masa lima hari untuk disiapkan. Seperti yang dilaporkan oleh Neue Zuercher Zeitung, pondok ini din... more »

Terkini: Jawapan Mahathir selepas lama membisu isu anti hadis!

PBO™ at pen buruk online ™ - 8 minutes ago
1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran. 2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah. 3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak san... more »


JENTERA UMNO/BN HINA DAN DERHAKA TITAH SULTAN DENGAN GUNAKAN SURAU UNTUK TUJUAN POLITIK SAMBIL MEMBAWA CALON DARI MCA.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 minute ago
*SHAH ALAM 17 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.* *Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik di adakan.* *Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.* *"Tujuan beta melarang ma... more »

1,000 SOLAT HAJAT ISTISQA' MOHON HUJAN BAGI AKHIRI MUSIM PANAS KERING.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 18 minutes ago
*SHAH ALAM 27 FEB : Dataran Kemerdekaan Shah Alam pagi ini diiringi tangisan air mata hadirin saat mengaminkan doa memohon hujan yang dibacakan Ustaz Nazmi Abdul Karim.Tidak kurang juga yang kelihatan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh saat menunaikan solat hajat Istisqa’ yang diketuai Imam Masjid Negeri, Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani.Seorang eksekutif, Zulkefli Nani 45, menyifatkan kehadiran beliau bersama anggota keluarga yang lain merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan sebagai warga Selangor.“Walaupun di tempat tinggal saya di Seksyen 7 ma... more »

TIngkat-TIngkat Segan

Mantot at Cursing Malay : Terus Terang - 24 minutes ago
1. Wati dan Ziana serta adik kecilnya berjalan di shopping kompleks. 2. Dari jauh mereka nampak samar-samar pelakon terkenal negara Azri Yaakob tengah berjalan keseorangan. 3. Mereka pun menegur pelakon itu kerana memang mereka berdua peminat dia siap beli DVD original lagi tu bang! 4. "Abang Azri Abang Azri, saya Wati dan ini kawan saya Ziana nak mintak bergambar sama2 boleh?" tanya Wati. Adik Ziana yang baru 5 tahun hanya melihat dari tepi. 5. Oleh kerana menjaga status selebriti, Azri pun mengiyakan sahaja kerana dia sebenarnya tengah mencari kekasih hatinya yang hilang ketika s... more »

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

ReJaM© at MiLo SuaM - 24 minutes ago
PRESIDEN Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu

Cursing Malay : Terus Terang

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 40 minutes ago
Cursing Malay : Terus Terang ------------------------------ "Siapa Felixia Yeap NI? Apsal Tiba-Tiba Dia Lagi Muslimah Dari Perempuan Muslimah Ni Sis?" Posted: 25 Feb 2014 10:38 PM PST Ini contoh2 komen yang aku dapat bila aku timbulkan isu hijabista atau *"perempuan bertudung complicated yang dahagakan perhatian." * Komen 1 : Cetek nya otak. Ada buah zakar dan sperma...so? Dia bawak keluar kan ke? Reality Islam banyak pakai mentaliti Arab yang cenderung pada pemikiran sehala (one track mind) dan malas berfikir secara mendalam. Kita ikut membabi buta. Jangan marah jika ada ... more »

RAKYAT MARHAEN

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 44 minutes ago
RAKYAT MARHAEN ------------------------------ - Felixia Yeap: Kenapa dengki saya tutup aurat? - Pentadbiran Najib diserang Daim dan Mahathir - Guna BR1M beli bekas simpan air - ‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang....ada ke BN lagi di kajang..?? - ‘Mission Impossible’: Anwar boleh tewas, kata Ahmad Maslan dalam kempen...eh kata tak boleh kempen sebelum penamaan calon..!!! - Perjanjian air Selangor akibatkan kenaikan tarif? - Penghakiman ingkar: Juham jawab fitnah peguam cuai - Konsensus Nasional bukan sertai BN - Raf... more »

BRIM Tahun Depan Dinaikkan Kepada RM950

Soz Cyili at Ameno World - 1 hour ago
Berita gembira untuk penerima2 BRIM. Jika sebelum neh dengan rm650 korang boleh beli peti ais baru ke, sofa baru ke sekarang kerajaan bagi lagi best punya. Mungkin kerajaan nak bagi kita beli rumah baru dan kereta baru tiap2 tahun pula kot bermula tahun depan. Hehe. Untuk rekod ;   Yang terima 650 akan dinaikkan kepada rm950 Yang terima 450 akan dinaikkan kepada rm750 Yang terima rm250

ANGIN PERUBAHAN

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
ANGIN PERUBAHAN ------------------------------ Bukti Khalid Ibrahim Tidak Percaya Krisis Air Akan Berlaku Pada 2014 #PRKkajang Posted: 26 Feb 2014 09:04 PM PST BR1M Mengubah Sokongan Imam Selipar : Dulu Penyokong PAS, Kini Tidak Lagi Posted: 26 Feb 2014 05:28 PM PST You are subscribed to email updates from ANGIN PERUBAHAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. Email delivery powered by Google Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610

Manjung Mari

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
Manjung Mari ------------------------------ Hebatnya seorang Timbalan Presiden Parti ..... Posted: 26 Feb 2014 05:28 AM PST Tak pasti sebelum ini adakah berlaku dalam mana-mana politik melayu Malaysia... BAHASA PKR tubuh jawatankuasa teliti saman Azmin ke atas Suara Keadilan *OLEH MD IZWAN* FEBRUARY 26, 2014 *LATEST UPDATE: FEBRUARY 26, 2014 03:39 PM* PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti isu saman yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ke atas akhbar parti itu, Suara Keadilan. Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (g... more »

BETULKAH TAHUN DEPAN PENERIMA BR1M AKAN MELONJAK NAIK SEBANYAK RM300 MENJADIKAN RM950??????

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri ... more »

Cénangau

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 1 hour ago
Cénangau ------------------------------ Rupanya Ahmad Maslan lebih siuman dari Adnan Mansor Posted: 26 Feb 2014 07:30 PM PST Kalau nak banding Adnan Mansor dengan Ahmad Maslan, Ahmad Maslan lagi siuman dari Adnan Mansor pasai dia sedar PRK Kajang ibarat "mission impossible" untuk BN. Bharian melaporkan: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga ... more »

Beza Bandaraya Qatar Di Tahun 70an Hingga Kini

Nas Rul at dairishare - 1 hour ago
Qatar merupakan negara kecil di Timur Tengah, dan telah mengalami transformasi yang begitu cepat, sejak kedaulatan kemerdekaannya di tahun 1971. Kini Qatar telah menjadi negara moden dengan segala kecanggihannya. Dahulu, penduduk ibu negara Qatar, Doha, merupakan nelayan pencari mutiara. Hingga akhir 90-an, perubahan pun berlaku secara ketara. Selepas penemuan sumber gas yang begitu banyak di perairan pantai. Pelaburan besar-besaran pun terjadi di Qatar, dalam hal teknologi, kini Qatar menjadi pengeksport terkemukan gas cair di dunia. Menurut CNN Money, dianggarkan kekayaan Qatar... more »

Dia dinoda majikan sendiri

PBO™ at pen buruk online ™ - 2 hours ago
*“Mangsa yang enggan berbuat demikian diugut tidak akan dibayar tunggakan gaji sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi. Bimbang dengan ugutan itu, mangsaakur dan mula khayal selepas mengambil pil berkenaan.* Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 32 tahun menuntut tunggakan gaji RM250 daripada bekas majikannya mengundang padah apabila mangsa bukan saja dirogol sebaliknya turut diliwat dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan, Ampang, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa dilapor dipaksa memakan pil dipercayai dadah sebelum diperkosa suspek berusia l... more »

Kenyataan JUHAM Bidas Menantu Tuan Guru Haji Haji - Amek Kaw

Soz Cyili at Ameno World - 2 hours ago
Ada beberapa perkara  ; 1. Menantu tuan guru Ustaz Zaharuddin - kalau diam orang tak kata bisu. Di ulangi, kalau dia mengambil sikap berdiam diri, orang takan kata dia bisu. 2. Bukan dia tak kenal siapa orang2 dalam JUHAM. 3. No telefon ada, alamat ada, jumpa pun boleh. 4. Tapi geng2 neh amek pendekatan serang depan2 gunakan pelbagai media sosial. Itu sebab aku kata, PAS vs PAS, UMNO

Ahli Parlimen selak kain pesakit warga emas hanya untuk bergambar..????

Orang ni at Orang ni - 2 hours ago
Gambar yang dihantar oleh rakan whatsapp Benarkah gambar diatas menunjukan YB Dr Mansor Abd Rahman (UMNO BN) ahli parlimen Sik sedang menyelak kain seorang pesakit hanya untuk bergambar...??? Kalau ya pun nak menyantuni rakyat..mengapa hingga sanggup menyelak kain seorang makcik (Warga emas)..?? Dah tak ada cara lainkah nak cari publisiti dalam politik..?? Jika boleh..mohon pencerahan dan mohon jangan diulangi perkara tindakan bodoh begini...hahaha... **Kesian Orangni tengok makcik tu..macam dimalukan oleh seorang YB...*

Najib kata Jambatan Kedua ni hadiah.. tapi kenapa pulak kena bayar tol?

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 2 hours ago
Menjelang PRU13 yang lalu, dalam kunjungannya ke Pulau Pinang bagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa hadiah kononnya buat rakyat Pulau Pinang.. Kunjungan tersebut telah disifatkan oleh media tunggangan UMNO/BN sebagai satu kunjungan yang membawa berita gembira buat rakyat Pulau Pinang. Kononnya menurut media tunggangan UMNO/BN, selepas lima tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, penduduk Pulau Mutiara kini dapat membezakan antara batu dan permata. Selama tempoh itu, mereka saban hari ‘didodoikan’ dengan ke... more »

Benarkah Tun Daim adalah tangan ghaib disebalik pemecatan DSAI??

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
Harian Pendang [image: Photo: Sebarkan. Ok..hari tu cuma pengenalan cerita tun daim..ada yang cakap,kenapa HP mesti kacau,biarla,die kan melayu... Hehe..untuk rekod,HP tak pernah kacau org melayu buat duit,tak pernah usik TS Syed Mokhtar,Taib Mahmud,Azman Yahya,Rashid Hussein dan rakan seangkatan mereka.. Cuma HP hairan apabila nama Tun Daim tak pernah tersenarai dlm list org terkaya..walaupun mungkin beliau adalah orang terkaya di Malaysia dan menurut anggaran,beliau mungkin berada di kedudukan antara 30 orang terkaya di dunia???.Anda terkejut?kopiah terjatuh?serban tercabut?jangg... more »

JURI RAKYAT

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 2 hours ago
JURI RAKYAT ------------------------------ Wah Heboh-Pria Ini Tidur Di Dalam Peti Mati Karena Ingin ML Dengan Mayat Gadis Umur 17 Posted: 26 Feb 2014 04:40 AM PST Jurirakyat.com-Seorang pria berhasil di tangkap polisi karena bertidur di dalam peti mati seorang gadis yang baru saja meninggal. Pria tersebut bernama Chin Chean, 47 tahun. Kejadian tersebut diketahui polisi saat warga melaporkan hal ini ke kantor polisi. Seperti dilansir Jurirakyat.com Waktu itu seorang berjalan di dekat kuburan, lalu ia melihat ada kaki yang terlihat dari kuburan gadis yang di kubur baru seh... more »

Marahkan Anwar, Ridhuan Tee Hina Kaum Melayu? - W. FAUZDIN NS.

atsixty at ZAKRI ALI - 3 hours ago
*AKU tahu lama dah Ridhuan Tee ini memang kuat ampu Umno, bahkan dia merasakan dia paling "melayu' dari Melayu. Spesis pemikiran yang bercelaru Ridhuan Tee ini maka beliau gemar menggunakan perkataan "kiasu" kepada musuh politik Umno sedangkan beliau sikit pun tidak boleh buktikan golongan "kiasu" yang beliau sebutkan itu ada kes rasuah, penyelewengan, pecah amanah atau sebagainya berbanding pemimpin Umno yang beliau jilat itu. Itulah Ridhuan Tee.Aku ada membaca kenyataan terbaru beliau di dalam Malaysian Insider di mana beliau merasa tidak duduk senang mendenga... more »

Video Para Jemaah Di Kota Mekah Berebut Benang Kain Penutup Kaabah

Nas Rul at dairishare - 3 hours ago
Para jemaah pergi ke Kota Makkah, Arab Saudi, untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah dirakam kamera sedang mengoyakkan benang dari kain penutup Kaabah. Mereka berfikir benang itu akan membawa keberuntungan bagi mereka. Sebuah video di YouTube dimuat naik oleh akhbar asal Saudi ajel memperlihatkan para jemaah saling tolak satu sama lain untuk mendapatkan benang dari kain penutup Kaabah, tempat paling suci bagi umat Islam, seperti yang dilaporkan oleh laman emirates247.com, Rabu (26/2). Akhbar itu juga memetik seorang ulama ternama, Nabil al-Awadi, yang mengatakan amalan tersebut ... more »

Macam mana Ketua UMNO Langkawi... Nawawi Ahmad.. Dilantik Pengerusi KTMB ?

atsixty at ZAKRI ALI - 4 hours ago
Raja Mohd Shahrim [image: Macam mana Ketua UMNO Langkawi... Nawawi Ahmad.. yang tidak ada pengalaman serta kelayakan dan kebolehan.. tetiba dilantik sebagai Pengerusi KTMB..???? Tolonglah..jangan hina dan perlekehkan rakyat seolah KTMB kepunyaan UMNO...!! Ni sebuah syarikat yang panjang sejarah dan amat dekat dgn rakyat sejak beratus tahun lagi....kenapa poltician dilantik..dan dibayar gaji lumayan..?? Lihat MAS yg kerugian berbillion kerana campurtangan politik..apa nak jadi dgn negara ini..??] *Macam mana Ketua UMNO Langkawi... Nawawi Ahmad.. yang tidak ada pengalaman serta kelayak... more »

Kes Haji Hadi kena saman RM2 juta,jangan salahkan Haji Asmuni Awi.

mantaro at SISI BUKIT - 4 hours ago
*Lebih membimbangkan, wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Tuan Haji Asmuni Awi(foto) kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.* *MENJAWAB FITNAH KONONNYA PEGUAM CUAI DI DALAM KES PENGHAKIMAN INGKAR TERHADAP PRESIDEN PAS, YB DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG* Sejak meletusnya isu Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan ke atas Presiden PAS yang dikasihi beberapa hari lalu, JUHAM ingin melahirkan rasa kehairan... more »

[KEJAM] Mangga Mulut Anak dan Belasahnya Hingga Mati

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 4 hours ago
KEADAAN mayat Godrich Elvis yang dimangga mulutnya sebelum dibunuh bapanya. [HM] Lagos (Nigeria): Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati. Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 ‘Ogbanje’ atau ‘Anak Syaitan’ dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu. Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika... more »

Belasah Sebelum Paksa Lakukan Hubungan Intim

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 4 hours ago
[HM] Subang Jaya: Seorang isteri yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya termasuk sering dibelasah serta berhadapan keganasan suami ketika melakukan hubungan kelamin, bertindak nekad membuat laporan polis untuk keselamatan diri dan anak selain persediaan menuntut cerai. Sumber berkata, kejadian terbaru di rumah mereka di sebuah pangsapuri, di sini, 13 Februari lalu, muka mangsa berusia 33 tahun itu bukan saja ditampar berkali-kali, malah turut dipukul seluruh badan oleh suaminya sebelum dipaksa menjalin hubungan seks. Menurut sumber, kejadian ganas itu berlarutan sejak ... more »

PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan. - Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

atsixty at ZAKRI ALI - 4 hours ago
[image: Photo: 26 February 2014. PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan. Oleh ARIFFUDDIN ISHAK. PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah. Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu. Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat meng... more »

Boleh tak jangan naikan tarif air?

alhusseyn at al-Husseyn - 4 hours ago
Walaupun mereka percaya langkah menandatangani MoU Air Selangor semalam akan menyelesaikan masalah kekurangan air yang dihadapi pengguna selama beberapa tahun ini, dua badan air mempersoalkan adakah ia akan mengakibatkan kenaikan tarif bagi pengguna. Mereka berharap sebarang kos tambahan yang dikenakan berkaitan perjanjian tersebut tidak akan dikenakan kepada pengguna dalam bentuk kenaikan tarif. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, dalam kajian yang dijalankan, mereka mendapati pembinaan pusat rawatan air Langat 2 serta projek ... more »

Kanak-kanak Lelaki Diliwat Jiran

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 5 hours ago
[HM] Kepala Batas: Tidak tahan menjadi pemuas nafsu jirannya, seorang kanak-kanak mengadu perkara itu kepada ibunya yang kemudian membawa kepada pembongkaran ‘hobi songsang’ lelaki terbabit yang meliwat mangsa dalam beberapa kejadian sejak setahun lalu. Berang dengan perkara itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor di sini, berhubung aduan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu sebelum suspek ditahan di tempat kerjanya di Prai, kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Jurucakap polis berkata, lelaki berusia 47 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai anak itu ... more »

MARI KITA SAMA SAMA MENDADAH TANGAN MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT

atsixty at ZAKRI ALI - 5 hours ago
[image: Photo: Kalian tentu mengenalinya, seorang yg cukup ternama di bidang hiburan suatu ketika lalu, Penulis lirik lagu 'Isabella', dan beberapa lagu yg pernah menjadi siulan anak muda seketika lalu, terakhir menjadi juri rancangan 'Raja Lawak' kemudian ia mengistiharkan dirinya utk mengubah suasana peribadinya kepada yg lebih tenang dgn beragama. ya, Saudara Bob Lokman, meninggalkan segala kenikmatan hiburan dan dunia glamour kpd kehidupan yg lebih tenang dgn syariat, petang tadi menziarahinya di wad CCU hospital uitm sg buloh, jantungnya lemah, doakan beliau teman2.. agar kehid... more »

Tan Sri Khalid Ibrahim buat hal lagi...

Anak Sungai Derhaka at Anak Sungai Derhaka - 5 hours ago
Untuk pengetahuan semua ini adalah antara salah satu dari enam sebab mengapa Tan Sri Khalid Ibrahim wajar diturunkan dari jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor.. Semalam... sekali lagi Tan Sri Khalid telah bertindak membelakangkan Parti dan juga Pakatan Rakyat di Selangor.. Perjanjian yang ditentang oleh majoriti pimpinan PKR/PR Selangor diteruskan juga olehnya... *Ketua Umum PKR*, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Tekn... more »

Islam adalah: #NIZAM (sistem hidup) #KAMIL (lengkap), dan; #SYAMIL (menyeluruh)

atsixty at ZAKRI ALI - 5 hours ago
Reformasi Minda [image: Photo: Islam adalah: #NIZAM (sistem hidup) #KAMIL (lengkap), dan; #SYAMIL (menyeluruh)]

AMPU SANA AMPU SINI..

atsixty at ZAKRI ALI - 5 hours ago
Azman Daud Azmandaud [image: Azman Daud Azmandaud's photo.] * KATA BODO RAMAI PULAK CAI YG MARAH.. TAPI MMG BODO PUN....* [image: Azman Daud Azmandaud's photo.]*\*

Sapa jadi PM pada tahun 1999...??? Amalan 'menabung' ala UMNO...

atsixty at ZAKRI ALI - 5 hours ago
Raja Mohd Shahrim [image: Sapa jadi PM pada tahun 1999...??? Amalan 'menabung' ala UMNO...]

Koleksi Gambar Lawak - 383

Nas Rul at dairishare - 5 hours ago
koleksi gambar lawak

PRK KAJANG ... CERAMAH UMNO/BN DI SG KANTAN, KAJANG MALAM TADI GRED SUAM-SUAM KUKU.

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 6 hours ago
*BIAR GAMBAR BERBICARA .. cakap banyak pun tak guna.Malam tadi UMNO/BN telah mengempur Sg Kantan, Kajang berceramah untuk calonnya dari MCA Chew Mei Fun.Penceramah utamanya ialah Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian yang beritahu satu dunia masternya dia dapat CGPA 3.85.Kehadiran dari penduduk tempatan amat mengecewakan sekali walaupun disediakan minuman dan makanan... majoriti yang hadir adalah para petugas parti yang di angkut serata negeri Selangor.Macam mana rakyat nak datang dengar .. isi ceramah... more »

[TERGEMPAR] Lelaki Dari Indonesia Ini Nekad Berjalan Kaki Ke Mekah | PELIK TAPI BENAR

Que Achmad at Que Achmad menulis... - 6 hours ago
*[TERGEMPAR] Lelaki Dari Indonesia Ini Nekad Berjalan Kaki Ke Mekah | PELIK TAPI BENAR | *Seorang warga Malang, Jawa Timur nekad untuk berjalan kaki ke Mekah selepas insiden langgar lari ke atas anaknya tidak mendapat keadilan di negara ini. [image: jalan-ke-mekah] Indra Azwan, 53, berkata, dia telah melakukan pelbagai usaha untuk menegakkan keadilan atas kematian anaknya itu sehingga menemui Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada 2010, tetapi semuanya menemui jalan buntu. *baca lagi klik TAJUK ENTRI ni* “Aksi jalan kaki ke Mekah saya lakukan hanya untuk mendapatkan keadilan. Di In... more »

Tanda Kiamat Terbaru: Mata Air Terpancar Dari Atas Bukit di Negara Arab

Detik Islam at Detik Islam - 6 hours ago
*Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2″ – Sahih Muslim* *VIDEO KLIK DI SINI*

Mengada2kan projek utk sedut duit negara......

atsixty at ZAKRI ALI - 6 hours ago
Info Pakatan Rakyat [image: Mengada2kan projek utk sedut duit negara ~AK47]

BERAPI!!! DS Anwar Bakal Tewas Di PRK DUN Kajang : Wujud Resolusi "HARAM UNDI ANWAR".. Jom Terjah!!!

sahabat sedaka at SEDAKA Sejahtera™ - 6 hours ago
Dengan bersandarkan beberapa hujah yang dibacanya dari media-media yang ditunggang oleh UMNO/BN, Ustaz Mohd Syamsul ni mengeluarkan satu resolusi bukan fatwa katanya. Tulis Ustaz ini dalam satu status di Facebook miliknya "Resolusi NGO Suara Pondok Kelantan menyebut "Adalah bermula Pengundi Islam di Kajang hendaklah ia barang mengetahui bahawasanya Haram mengundi Anwar Ibrahim pada musim ini di atas 3 sebab musabab.- (1)Adalah lisannya jelas menyebut menyokong keselamatan Negara Haram Israel. (2)Adalah menyokong saki baki sejenis kaum Nabi Lut as. (3)Adalah ianya bersetuju kesamar... more »

ALHUSSEYN

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 6 hours ago
ALHUSSEYN ------------------------------ - MOU AIR SELANGOR : Anwar bersetuju prinsipnya (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera - Aku harap berita ini ori....jom beli Utusan! - Tuan Man Tuan Ibrahim - Sekadar luahan utk renungan bersama MOU AIR SELANGOR : Anwar bersetuju prinsipnya (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera Posted: 26 Feb 2014 06:20 AM PST Kah! Kah! Kah!Macai Umno dah tak boleh main isu air di Selangor lagi.... Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (Mo... more »

DUNIACACAMARBA

Admin Direktori Blog at BLOG - BLOG PRO POLITIK - 6 hours ago
DUNIACACAMARBA ------------------------------ - MB: Selangor Ambil Alih Konsesi Air, Umum 3 Tanggungjawab Utama - [Gambar] "...kita punya dah makin besar taw, x nak lagi kasi awak pegang..." - Apa Balasan Kerajaan Selangor Dapat Selepas Setuju Projek Loji Langat 2? - Saudi Mahu Musnah Tapak Rumah Nabi - Pembunuhan Dua Kanak-kanak: Nama Mangsa Didedah, Disembelih dengan Dua Jenis Pisau - Catuan Air di Selangor: Bermula Khamis, Bukan Semua Kawasan Terlibat, Rujuk di Sini... - Pemandu Teksi Paksa Penumpang Pegang Kemaluan - Dua Kanak-kanak... more »

PBS:Jika guru Idris Jusoh masih hidup,mereka tentu menangis.

mantaro at SISI BUKIT - 7 hours ago
Dengan 13 094 undian, 11 432 atau 87%, ingin PBS dimansuhkan, 149 komen ingin PBS dimansuhkan, apa lagi kata Idris Jusoh. Tak percaya pergilah ke http://www.undi.in/undian-pbs/. Jika guru yang mengajar Menteri Pendidikan II masih hidup,mereka sudah tentu sedih dan kecewa dengan pandangan-pandangan Idrsi Jusoh.Guru yang mengajar Idris Jusoh akan terperanjat,kerana Idris Jusoh bercakap bukan berdasarkan kajian akademik.

Memalukan!! Air Asia buat hal lagi ..!

PBO™ at pen buruk online ™ - 7 hours ago
*“You want your momma, becauseyou are in the hospital with lousy nurses.”* KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat milik AirAsia. Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because you are in the hospital with lousy nurses.” Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururaw...more »

Pemandu teksi terlampau .. wanita KL jadi mangsa

PBO™ at pen buruk online ™ - 10 hours ago
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan siasatan kes serangan seksual didakwa membabitkan seorang pemandu teksi. Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dalam kenyataan pada Selasa berkata, SPAD berjaya mengesan pemandu teksi itu, dipercayai berumur 70-an dan telah dipanggil untuk siasatan. {baca lagi klik butang papar ... } 5 artikel pilihan pembaca hari ini Oops! Make sure JavaScript is enabled in your browser. "Kami (SPAD) akan bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan ini. SPAD mengutuk semua bentuk gangguan dan jika... more »

Trek Pendakian Yang Bahaya Dan Menyeramkan

Nas Rul at dairishare - 11 hours ago
Mt Haushan, hiking trail paling merbahaya di dunia ini merupakan antara keindahan alam yang superb awesome. Terletak di daerah Shanxi, China, Mt Haushan mempunyai 5 gunung utama dan Bahagian Selatan gunung menempatkan tebing banjaran yang damn dalam. Berkeordinasi di tengah tengah Negara China, destinasi ini menjadi tarikan utama pelancong kerana keunikan struktur muka bumi yang menarik. Mt. Haushan dikelaskan sebagai track hiking awam yang paling merbahaya di dunia. Tebingnya mempunyai kedalaman sehingga 4000 kaki yang mana cenuram mencecah 90 darjah (setinggi bangunan 40 tingkat)... more »

Anak Mahathir mula bertindak menyaman ..

PBO™ at pen buruk online ™ - 12 hours ago
Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir hari ini menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan 15 ahli jawatankuasa pertubuhan itu berhubug pernyataan berunsur fitnah. marina mahathir KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango). Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden per... more »

Blogger Home. 
HTML NOTE FOR SHARE: 
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>

<div style="text-align: center;">
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: