بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Erti sayang dan cinta dalam kehidupan manusia, ada hadiah tetapnya iaitu berakhir dengan perpisahan dengan adanya kematian.
Waktu itu hampir tengahari. Sepasang suami isteri sedang berjalan menyusuri kaki lima kedai. Sisuami telah berusia lingkungan enam puluhan dan isterinya mungkin menghampiri usia lima puluhan. Tampak masih muda gagah, berjalan pantas berbanding si suami yang kelihatannya tertinggal jauh di belakang.
Terkejut aku bila si isteri tiba-tiba membentak "cepatlah" dengan raut wajah yang tidak begitu ceria. Tidak inginlah aku mereka-reka cerita apa yang tersemat di benak fikiran siisteri atau sisuami waktu itu. Tidak bagus untuk kesihatan Akhirat. Boleh mencederakan emosi.
Kemuadian lima tahun dulu, ada satu lagi hamba Allah SWT., menyentap perasaan aku dengan kata-kata dari jauh (pastinya dengan nada suara yang kuat) "Engkau tak redha ke..." Itulah sapaan dari seseorang yang cukup bagus, pernah aku dapat. Alhamdulillah sebab semuanya HAK Allah SWT.
Itu hari aku dapat belajar erti sayang dan entah apalah cinta lagi. Kali ini sepasang suami isteri, ke dua-duanya berusia lingkungan lima puluhan. Mungkin berjarak lima, enam tahun usianya. Ditemani seorang anak lelaki dewasa lingkungan dua puluhan usianya. Sisuami yang tidaklah sihat duduk bersebelahan dengan anak lelakinya. Isterinya duduk di barisan kerusi hadapannya.
Sisuami bertanya aku, aku jawab dengan sebaiknya. Diulang-ulangnya pertanyaan itu banyak kali denganku. Hah aku teringat kisah iklan anak tanya bapak banyak kali dan sebanyak itu jugalah bapaknya menjawab, sambil diperhatikan isterinya.
Pertanyaan dan kenyataan berulang silelaki itu tidak disenangi anak lelakinya. Aku lihat, aku nampak, anak lelakinya memancarkan renungan tajam tepat ke arah wajah bapanya. Ya Allah. Tidak lama kemudian sisuami cuit isterinya sambil menyatakan sesuatu. Siisteri langsung menggoyang-goyangkan tangannya, sebagai reaksi tidak senang, langsung berpeluk tubuh. Terkebil-kebil sisuami yang tidak berapa sihat itu.
Apakah ini ertinya sayang dan cinta sesama manusia. Sayang dan cinta manusia hadiah tetapnya ialah perpisahan (kematian).
s3v3n™
s3v3n™
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan