Selasa, 11 Mac 2014

3686. MH370 - Semakin banyak teori, andaian dan segala bagai. Yang penting usaha dan berdoa kepada Allah SWT. In Syaa Allah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com   .


MH370: Mula-mula 5 Beg, Kemudian Tiada, Selepas Itu 4 Beg? Siapa yang Betul?

[AA] KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan.

Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya.

Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370.

Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching kerana tersilap tarikh.

Hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, hari yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan hasil siasatan yang dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kesemua penumpang menaiki pesawat.

"Saya, kami (PDRM) sendiri yang membuat siasatan dan tidak ada penumpang yang tidak menaiki pesawat itu," katanya pada sidang media yang diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, hari ini.

Lebih kurang dua jam selepas Khalid membuat kenyataan tersebut, MAS mengeluarkan kenyataan hanya empat penumpang yang mempunyai tiket sah tidak muncul untuk daftar masuk.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 2.40 pagi. -11/3/14

Berkaitan:

MAS Tingkah IGP: Empat Penumpang Tidak Muncul

[Bernama] Malaysia Airlines (MAS) hari ini menafikan laporan bahawa lima penumpang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat penerbangannya ke Beijing yang hilang Sabtu lepas.

MAS dalam kenyataan menjelaskan terdapat empat penumpang yang tidak muncul untuk mendaftar masuk bagi penerbangan MH370 meskipun mereka telah membuat tempahan untuk perjalanan itu.

"Meskipun begitu, isu mengeluarkan bagasi tanpa penumpang tidak timbul, kerana empat penumpang berkenaan tidak mendaftar untuk penerbangan itu," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan kewujudan lima penumpang berkenaan dan berkata semua penumpang yang mendaftar masuk telah menaiki pesawat berkenaan.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata bagasi lima penumpang yang telah mendaftar masuk namun tidak menaiki pesawat telah dikeluarkan daripada pesawat dan didapati 'bersih'.

Pada Sabtu, pesawat MAS penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi.

Ia dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. -11/3/14

P/s: Dunia sedang menyaksikan orang-orang ini mengurus krisis MH370.

Sumber: http://duniacacamarba.blogspot.com/2014/03/mh370-mula-mula-5-beg-kemudian-tiada.html


Pulak! - MH370: Dikesan Di Selat Melaka - Tentera Malaysia


Benarkah dakwaan ini? - Sekali kata terputus hubungan dekat dengan pulau di Vietnam (Laut China Selatan) Hari dapat maklumat dekat Pulau Perak pulak - (Selat Melaka) Jauh sangat melencongnya..... Mana satu yang betul ni?
Tentera Malaysia dakwa kesan MH370 di Selat Melaka

Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk Thailand.

Sumber tentera mengesahkan kepada Reuters Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang bertukar laluan dan menuju ke sebelah lain semenanjung Malaysia.

“Ia mengubah laluan selepas Kota Baru dan mengambil altitude lebih rendah. Ia terbang ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera, yang diberi taklimat mengenai siasatan itu, kepada Reuters.

Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang paling sibuk di dunia, berada di pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu berkata, pada Sabtu lalu, pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal terputus hubungan selepas Kota Baru, bandar di pantai timur Malaysia. - 11 Mac, 2014. - sumber


Sumber: http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/pulak-mh370-dikesan-di-selat-melaka.html
MH370: Keluarga dakwa 
akaun mangsa aktif dan berstatus 'online'
perkembangan terkini MH370 pada 11 Mac 2014 | misteri kehilangan pesawat MH370 

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menangis ketika mendengar khabar sedih kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu awal pagi Sabtu. Gambar fail. Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Post.

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.

Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online. – 11 Mac, 2014. The Malaysian Insider

Sumber: http://penburukonline.blogspot.com/2014/03/mh370-telefon-penumpang-mh370-ada.html

[Video Wajib Tonton] Temu Ramah dengan Kapten Noruddin Abd Majid tentang MH370

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 13 minutes ago
*MH370 'Hilang' Kerana Kuasa Tuhan * [SH] SHAH ALAM - Misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 penerbangan MH370 ke Beijing yang dilaporkan hilang dari radar Sabtu lalu telah masuk hari ketiga. Namun, sehingga jam 11 malam, masih tiada sebarang petanda yang menunjukkan perkembangan positif terhadap misi tersebut. Segala teknologi dan peralatan canggih dari seluruh dunia telah dikerahkan dalam misi itu tetapi masih tiada hasil setakat ini. Melihat kepada kegagalan sains moden dalam mengesan lokasi MH370, bekas ketua juruterbang 777 MAS, Kapten No... more »

[Video] Skuad Gempur BN, Jangan Gelak!!!!

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 13 minutes ago
P/s: Lawak. Jika pencacai ini bertindak keterlaluan, kita harap pihak polis tidak hanya memandang atau terlepas pandang.

MH370: Keluarga dakwa akaun mangsa aktif dan berstatus 'online'

PBO™ at pen buruk online ™ - 21 minutes ago
perkembangan terkini MH370 pada 11 Mac 2014 | misteri kehilangan pesawat MH370 Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 menangis ketika mendengar khabar sedih kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu awal pagi Sabtu. Gambar fail. Saudara kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media. Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefo... more »

HANYA DI MALAYSIA....... Written By canang

atsixty at ZAKRI ALI - 21 minutes ago
*HANYA DI MALAYSIA.......1. Setelah puas merompak hasil bumi Sarawak ketika jadi 'Bendahara' kini dinaikkan pangkat jadi 'Sultan' pulak.2. Negara yang paling ramai mufti di dunia tak mampu mengeluarkan Fatwa Murtad kepada Kasim Tua Kutuk yang tolak hadis. 3. Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman bukan tempat mendrengar rayuan betdasarkan fakta kes. 4. Bukti yang diusik @ ekshibit yang menimbulkan Reasonable Doubt yang telah ditolak oleh undang-undang yang bererti ianya bukan bukti masih boleh digunakan di dalam mahkamah. 5. ...more »

MH370: Mula-mula 5 Beg, Kemudian Tiada, Selepas Itu 4 Beg? Siapa yang Betul?

Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 33 minutes ago
[AA] KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) tambah mengelirukan dengan jumlah sebenar penumpang yang tidak menaiki penerbangan berkenaan. Pada awalnya, pihak MAS membuat kenyataan bahawa terdapat lima beg dikeluarkan dari pesawat MH370 kerana tidak diketahui siapa pemiliknya. Disebabkan kenyataan tersebut, ramai tertanya-tanya adakah lima beg yang dibawa keluar membawa maksud lima penumpang tidak menaiki pesawat MH370. Yang diketahui cuma seorang penumpang tidak menaiki pesawat iaitu pelajar Universiti Tsinghua di Beijing, Jessic... more »

RAKAMAN GAMBAR YANG DISEBARKAN DI INTERNET KONONNYA 2 PERAMPAS PESAWAT MH370 TELAH BERJAYA DI TANGKAP ADALAH FITNAH GUNA GAMBAR YANG TELAH DI UBAH SUAI!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 34 minutes ago
*Orang ramai sekali lagi diberi peringatan dan nasihat agar tidak menyebarkan Fitnah dan berita palsu mengenai Pesawat #MH370. Mohon sangat-sangat hormati emosi keluarga mangsa dan jangan mengganggu pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan fitnah yang anda sebarkan Gambar ini dipercayai telah disebarkan di Whatsapp dan laman sosial FB dimana dikatakan pihak berkuasa berjaya menangkap individu yang bertanggungjawab atas kehilangan pesawat #MH370. Perlu diingatkan berita ini adalah palsu semata-mata kerana gambar asal telah diedit dengan meletakkan logo Malaysia Airlines ... more »

Ibu Dan Anak Nekad Hendak Berkahwin Kerana Cinta

Nas Rul at dairishare - 36 minutes ago
Seorang wanita, 40 tahun di Zimbabwe dan sekaligus seorang ibu menetapkan akan menikahi anaknya sendiri dan ia mengatakan bahawa mereka pasangan sangat saling mencintai satu sama lain. Dan sekarang mereka ingin membuat hubungan mereka ke peringkat seterusnya dan berkahwin memandangkan ibu, Betty Mbereko kini hamil enam bulan dan mengharapkan anak anaknya yaitu anak lelakinya sebagai Bapak anak mereka. Betty, 40, telah menjanda selama 12 tahun dan telah tinggal dengan anak lelakinya Farai Mbereko, yang kini berusia 23-tahun. Dia menegaskan bahawa dia sedang hamil enam bulan dan baha... more »

Pulak! - MH370: Dikesan Di Selat Melaka - Tentera Malaysia

atsixty at ZAKRI ALI - 51 minutes ago
*Benarkah dakwaan ini?* *Sekali kata terputus hubungan dekat dengan pulau di Vietnam (Laut China Selatan)**Hari dapat maklumat dekat Pulau Perak pulak - (Selat Melaka)**Jauh sangat melencongnya.....**Mana satu yang betul ni?* *Tentera Malaysia dakwa kesan MH370 di Selat Melaka* *Dalam perkembangan yang memeranjatkan, tentera Malaysia mendedahkan mereka mengesan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang menerusi radar ketika pesawat yang masih hilang itu merentasi Selat Melaka, jauh dari di mana ia melakukan komunikasi terakhir dengan menara kawalan trafik awam di teluk... more »

MH370: Penduduk daerah Marang dakwa dengar dentuman kuat dari arah Timur Laut Pulau Kapas

PBO™ at pen buruk online ™ - 59 minutes ago
MARANG 11 Mac - Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang. Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Salah seorang penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba d...more »

RUPA-RUPANYA ADA KELOMPOK DALAM PEMUDA UMNO KETINGGALAN KERETAPI ... MEREKA INGATKAN CALON KEADILAN/PR PRK KAJANG IALAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM!!!!!

OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Nanti kata mereka ini otak lembu bunyi agak kasar dan sudah pasti mereka terasa sakit milu terguris hati .... tetapi itu pun yang layak dipanggil apabila sekemupulan Pemuda UMNO yang dikepalai oleh Panglima Ludah Beracun Negara Armad Azha yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia telah mengwujudkan suatu kumpulan yang diberi nama Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.Punyalah nampak tidak berakal dan cerdiknya mamat-mamat ini ... dia ingat yang bertanding sebagai calon KEADILAN/PR di DUN N25 Kajang ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datin Seri Wan Azizah ... more »

Blogger Home. 
HTML NOTE FOR SHARE: 
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>
<div style="text-align: center;">
<embed height="200" src="http://flash-clocks.com/free-flash-clocks-blog-topics/free-flash-clock-190.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="200" wmode="transparent"></embed><br /></div>
<div style="text-align: center;">
<b>s3v3n</b></div>

<div style="text-align: center;">
<div class="homeFlashClockItem" style="border: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; margin: 23px auto 0px; outline: 0px; padding: 0px; text-align: center; vertical-align: baseline; width: 400px;">
<iframe frameborder="0" scrolling="no" src="http://www.clocklink.com/html5embed.php?clock=012&amp;timezone=PST&amp;color=black&amp;size=170" style="border-width: 0px; font-family: inherit; font-style: inherit; height: 170px; margin: 0px; outline: 0px; overflow: hidden; padding: 0px; vertical-align: baseline; width: 170px;"></iframe></div> 

<div style="text-align: center;">
<embed align="middle" allowscriptaccess="sameDomain" height="305" name="nackvision_timer04" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" quality="high" src="http://nackvision.com/goodies/clocks/nackvision_timer04.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="303"></embed><br />
<div class="MsoNormal" dir="RTL" style="background-color: white; background-position: initial initial; background-repeat: initial initial; direction: rtl; margin-bottom: 0.0001pt; text-align: right; unicode-bidi: embed;">
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: