بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Najib didesak datang, Dewan Rakyat kecoh isu pesawat MH370 hilang.!!
Pesawat MH370: Apa yang menarik kenyataan Najib soal penambahan aset krisis dan soal Allah menguji kekayaan kita tatkala kaya di wawancara TV Al Hijrah petang tadi dan laporan Bernama News di bawah agak MEGA RARE melaporkan insiden kemahuan anggota pembangkang – MRM ana fakir………… #MH370 Time Travel Is Real
Gambar kredit Malaysian Insider dan artikel Bernama
PESAWAT MH370 / PARLIMEN: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila beberapa ahli pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) Sabtu lalu selain memberi kenyataan bercanggah.
Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak datang ke dewan esok bagi memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.
“Selepas lima hari, apa yang berlaku, kemungkinan kapal terbang itu berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh perdana menteri dan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein datang ke dewan esok,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan perlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan pesawat itu.
Beliau mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan masyarakat antarabangsa mengkritik kemampuan negara.
Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah di antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta semua ahli Parlimen khususnya pembangkang agar tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata, adalah lebih baik semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat yang hilang itu.
“Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama ini tanpa kita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara bersama dan tidak ada masa untuk kita tuding menuding dan salah menyalahkan.
“Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan itu, kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat andaian, mesti ada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman,” katanya.
Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua wakil rakyat pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara kerajaan bertindak dalam insiden pesawat MH370 itu sebaliknya bersama-sama bermuhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua pihak. – Bernama.
malaysianreview.com.
Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/najib-didesak-datang-dewan-rakyat-kecoh.html) Gambar kredit Malaysian Insider dan artikel Bernama

Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.
Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.
"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - 12 Mac, 2014. [Bernama]
MENTERI JAGA JAKIM KATA BOLEH GUNA KHIDMAT BOMOH .. SEBENTAR TADI JAKIM KATA TIDAK BOLEH KERANA HARAM DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
Semalam Menteri Jaga JAKIM, Jamil Khir Baharom kata tidak salah guna khidmat bomoh nak cari pesawat MH370 yang hilang, hari ini JAKIM sendiri kata kaedah cara menggunakan bomoh itu adalah salah dan bertentangan dengan Islam.
Pergh!! Ini sudah kes anak buah belasah bos .. ini sudah kes anak buah ajar bos tak reti buat kerja .. sepatutnya Jamil Khir Baharom rasa malu sebab tak reti hukum hakam mengenai peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM walaupun diri itu Menteri Jaga JAKIM.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
"Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.
"Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita," kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, tatkala pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara ini dan dari negara luar yang menghulurkan bantuan," kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh tiga hari ini".
"Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt," katanya.
Menurutnya, dalam satu mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.
"Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.
"Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat," katanya.
Sehubungan itu, Othman mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.
"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.
"Umat Islam harus menyakini bahawa Allah swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal," tambahnya.
Menurutnya, setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan "maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa".
"Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua," tambah Othman.
Semalam, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menegur penggunaan aktiviti perbomohan untuk mencari pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu.
Sambil menyifatkannya "satu kerja bodoh", Asri berkata, amalan “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana bertentangan dengan akal waras.
“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.
Tidak salah guna khidmat bomoh - Jamil Khir
SHAH ALAM 11 Mac - Kerajaan mengalu-alukan segala bentuk bantuan yang diberikan oleh rakyat termasuk khidmat pengamal perubatan tradisional dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mendoakan kebaikan kepada misi mencari dan menyelamat itu amat diperlukan namun mestilah berlandaskan syarak yang ditetapkan oleh Islam.
"Segala cara dan ikhtiar amat diperlukan ketika ini bagi mencapai matlamat dalam menemukan pesawat dan sejumlah penumpang yang terlibat dalam kehilangan pesawat terbabit.
"Kita harap semua pihak dapat mendoakan agar semuanya segera selesai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-35, di sini hari ini
Semalam tiga pengamal perubatan tradisional menawarkan diri membantu mengesan pesawat MH370.
Mereka ialah Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau dikenali sebagai Tok Janggut Bomoh Tauhid dan rakannya, Zainal Hamid, 54, dikenali sebagai Bomoh Warisan dari Permatang Binjai, Butterworth, Pulau Pinang.
Seorang lagi ialah Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Jamil Khir turut menggalakkan orang ramai supaya mendoakan yang terbaik dalam insiden berkenaan dan tidak menimbulkan pelbagai spekulasi.
"Perbuatan menimbulkan spekulasi dan komen negatif tidak wajar dibuat kerana hanya akan menggores perasaan ahli keluarga mangsa," katanya.
Sumber: (http://omakkau.blogspot.com/2014/03/menteri-jaga-jakim-kata-boleh-guna.html)
Maklumat, ulasan live mengenai MH 370 tambah menyerabutkan | Mohd Sayuti Omar. oleh: MSO
Benar kehilangan pesawat MH 370 yang sudah masuk hari kelima boleh dianggap aneh dan ia mengegarkan dunia. Para pemimpin dan ketua-ketua jabatan tertentu negara kita sendiri sudah pening dan bingung memikirkannya.
Setakat ini tidak ada apa-apa 'solusi' berhubung kehilangan pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.
Dari satu sudut kehilangan membingungkan semua orang itu telah membantu usaha memperkenalkan negara ini di mata dunia. Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, turut mendapat kesan kelabaan dari kejadian itu.
Kenapa tidak, dalam sekelip mata saja nama Malaysia menjadi pertuturan negara-negara di seluruh dunia.
Orang makin mengenali dan pandai menyebut perkataan MALAYSIA dan nama Malaysia Airline System juga menjadi butiran ratiban.
Tetapi sayangnya kehebatan nama negara kita dalam warna dan variasi yang tidak begitu menyenangkan. Negara kita mendapat kesan langsung atas tragedi itu.
Kesan yang kita dapat ialah kesan negatif dan tidak berapa elok untuk sesebuah negara. Reputasi pembangunan dan kemajuan negara kita sedikit terjejas.
Dari beberapa aspek yang terkesan, ada dua aspek yang benar-benar dan menjadi perhatian dunia. Pertama, sekiranya kehilangan itu disebabkan perbuatan pengganas (rampasan), menyebabkan orang luar menyimpulkan tahap keselamatan dan kawalan di lapangan terbang kita tidak begitu ketat.
Ia juga tidak profesional apabila terlolosnya orang-orang yang disuspek berniat melakukan perbuatan jahat.
Realiti ini dikuatkan lagi dengan kenyataan atau maklumat ada dua orang yang menaiki pesawat itu menggunakan pasport palsu. Pengenalan dua suspek yang dikatakan rakyat Iran menguatkan lagi persepsi buruk berkenaan.
Kerana ia didedahkan sendiri oleh pihak Interpol, menyebabkan masyarakat luar tambah yakin kalau ada anggapan kawalan di lapangan terbang kita lemah.
Alasan dua passport itu tidak ada dalam senarai Interpol tidak membantu untuk menolak kesangsian terhadap tahap kawalan keselamatan di lapangan terbang kita.
Sebenarnya sama ada dua orang penumpang berkenaan yang dikenali dengan nama Pouria Nour Muhammad Merdad dan Delavar Seyed Muhammad Reza masih belum sahih apakah mereka menaiki pesawat berkenaan, dan apa lagi bertanggungjawab dengan kehilangan itu.
Jadi tanggapan buruk dan negatif kepada keduanya yang membawa kesan buruk ke atas negara kita dan MAS, tidak perlu diperbesar-besarkan atau 'gampang gelong' membuat kesimpulan yang mereka adalah pengganas.
Kesan kedua ialah dari segi penyebaran dan maklumat berhubung kejadian berkenaan yang diberi dari masa ke semasa. Apabila banyak sangat pihak yang hendak bercakap memberi maklumat maka berlakulah suasana yang kelam kabut dan tidak teratur.
Akibat dari itu penyebaran maklumat yang palsu menjadikan keadaan makin haru biru.
Dalam situasi kritikal seperti hari ini semua orang khasnya keluarga mangsa terlibat sangat mendahagai maklumat. Maka kita memang memerlukan maklumat yang pantas serta pengkronologian kejadian itu, tetapi ia perlu dilakukan secara bersistematik dan tepat hingga tidak membedal balik dengan perkara tidak sepatutnya.
Gara-gara kelemahan menguruskan maklumat mengundang padah. Tidak perlu banyak pihak hendak mengambil bahagian dan diberikan ruang bercakap di hadapan media.
Ratusan wartawan yang ada di sidang akhbar kita tidak kenal hati budi dan kulit perutnya, dan apakah tujuannya mereka membuat liputan. Jadi maklumat yang akuret, tepat dan telah disahihkan dari berbagai pihak sahaja perlu diberikan.
Apa yang berlaku dalam sidang akhbar semua pihak bercakap. MAS bercakap, DCA bercakap, Polis bercakap, Imigresen bercakap, Pemangku Menteri Pengangkutan bercakap, bahkan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang tidak ada kena mengena pun turut sama bercakap.
Mulanya Shahidan Kassim juga ikut sama memberi maklumat semasa. Tidak cukup dari itu Tentera yang dianggap entiti terakhir harus bercakap, juga ikut bercakap sama.
Akibat ramai sangat mulut maka berlakulah ketumpahan maklumat sehinggakan berbaur di antara yang palsu dengan yang benar, ilusi dan realiti. Di sini berlakulah percanggahan yang tidak sepatutnya berlaku.
Percanggahan paling melucu dan 'menderhakakan' ialah diantara DCA dengan Polis berhubung dengan status lima orang penumpang.
Kata Pengarah DCA Azharudin Abdul Rahman lima penumpang tidak naik ke pesawat dan bagasi mereka dikeluarkan.
Manakala kata KPN Khalid Abu Bakar pula, semua penumpang yang tempah pesawat berkenaan semuanya naik kecuali soerang yang terlepas kerana tersilap tarikh.
Percanggahan ini sesuatu yang tidak perlu berlaku dalam sidang akhbar bertaraf dunia yang hanya berlaku bila ada kejadian sebesar kejadian kehilangan pesawat itu sahaja.
Apakah tidak ada penyelarasan di antara mereka. Apakah pihak MAS tidak memberi maklumat tepat terperinchi kepada DCA?
Dan apakah perkara itu perlu dijelaskan oleh DCA yang tidak bertanggungjawab terhadap urusan naik turun penumpang?
Apa pun mengenai lima penumpang itu sudah selesai bila Khalid menjelaskan percanggahan itu dan selepas itu Azharuddin dirihatkan dari memberi apa-apa kenyataan tidak muncul-muncul lagi.
Tetapi maklumat yang tidak tepat yang dipetik oleh media arus perdana Berita Harian daripada Panglima Tentera Udara Rozali Daud konon menurut firasatnya (radar TUDM) pesawat MH 370 berpatah balik sehingga usaha mencari dan menyelamat terpaksa diperluas hingga ke Selat Melaka sesuatu yang sangat buruk kepada negara dan sistem maklumat negara ini. Ia juga menjejaskan TUDM itu sendiri.
Kenapa perkara ini boleh berlaku. Rozali menafikan yang beliau memberi penjelasan itu? Ertinya ia pandai-pandai Berita Harian sahaja dalam mengejar skop.
Betapa laporan dibuat itu mengacau bilaukan pemikiran orang ramai. Iya lebih bahaya lagi apabila berita berkenaan dipetik oleh agensi Reuter dimana ia disebarkan di seluruh dunia.
Kemudian laporan Reuter itu pula kita mengambilnya sebagai laporan yang tepat dan betul.
Soal SOP atau etika ini bukan sahaja perlu dipersoalkan kepada Polis, Imigresen, MAS dan DCA, tetapi media khasnya Berita Harian juga.
Wajar atas kesalahan itu mereka bertanggungjawab di Berita Harian dihukum. Orang besar di Media Prima yang menaungi BH patut melakukan hara kiri dan Selat Teberau. Kesalahan yang dibuat itu bukan saja menjejaskan imej TUDM tetapi negara seluruhnya.
Sebagai sebuah akhbar yang besar yang bernaung di bawah Media Prima, Berita Harian tidak harus tersilap melakukan kesalahan itu. Atau apakah kesilapan itu sebagai hukum karma di atas kebiadapan akhbar berkenaan?
Seperkara lagi yang saya melihat agensi menimbulkan kacau bilau berhubung kejadian ini yang menjadi racun ialah saluran televisyen yang berebut-rebut membuat siaran langsung atau mengadakan slot khas melaporkan misi pencarian dan penyelamatan (SAR) ini untuk mendapat ranting penonton teramai. Mereka juga tidak adil memberi khidmat dan tidak cuba membawa mesej perpaduan dalam siaran mereka.
Dalam saat negara berada dalam suasana 'darurat' dan kacau bilau minda ini mereka masih terus dengan sikap kolot dan kejamnya berlaku diskriminasi dalam memberi ruang.
Saya tidak tenguk media mengambil pendapat dan pandangan daripada pihak pembangkang.
Tidak ada tokoh-tokoh pembangkang yang ditanya atau diminta pandangan. Semua golongan dan profesyen diberikan ruang melemparkan pandangan mereka hatta ianya bertaraf sampah.
Dari pakar penerbangan, (aviation) keselamatan, pakar psykologi, tukang masak, pramugari, pilot hatta artis diminta pandangan.
Sikap terus melaku mengasingkan pembangkang inilah satu sikap tidak profesional yang tidak wajar diamalkan oleh media massa yang berfilsofi pembentuk pemikiran massa rakyat.
Apakah pembangkang tidak boleh berkongsi kesusahan dengan rakyat dan rugikah kerajaan kalau mereka turut menyatakan simpati dan komitmen mereka?
Kalau institusi media yang dianggap sebagai institusi yang adil dan saksama, makenisme rakyat yang utama, terus bermain politik dalam hal-hal kritikal begini, apa lagi diharap kepada institusi lain yang selalu menafikan hak pembangkang.
Saya percaya kalau media massa bersikap adil dan terbuka dengan turut sama memberi ruang untuk pembangkang memberi pandangan, beban berat negara kini dapat dikongsi dengan lebih ramai lagi.
Dengan menggelapkan wajah dan suara mereka, menjadikan orang akan menganggap media Malaysia khasnya eletronik hanya media propagandis semata-mata. Jadi apa-apa juga maklumat termasuk mengenai kehilangan pesawat MH 370 itu akan diragui dan disangsi kerana sifat media itu awal-awal lagi sudah diragu.
Wajarlah kalau negara luar mengecam kelemahan kita dalam menyediakan maklumat dan melaporkan perkembangan kehilangan pesawat berkenaan sehingga ia memberi beban kepada jutaan manusia. [wm.kl.12:34 pm 12/03/14]
- http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber: (http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/03/maklumat-ulasan-live-mengenai-mh-370.html)

MH370: Akhirnya 'raja bomoh' mengaku kalah!!!
PBO™ at pen buruk online ™ - 2 minutes ago
*“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam nada bingung.PUTRAJAYA: Raja bomoh Ibrahim Mat Zin yang popular selepas mendakwa* pernah ‘menampar’ mati seekor buaya hari ini meluahkan rasa bingung keatas kehilangan pesawat MH370 Sabtu lepas. Ditemui di KLIA tengahari ini, Ibrahim bersama sama beberapa pengikut lain dilihat sibuk menjalankan upacara memanggil semula pesawat tersebut serta menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah. {baca lagi klik butang papar ... } “Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim dalam ... more »
Juruterbang kata 'OK roger, good day' sebelum pesawat hilang??
atsixty at ZAKRI ALI - 7 minutes ago
[image: Photo: Juruterbang kata 'OK roger, good day' sebelum pesawat hilang?? Pusat Kawalan Trafik Udara Nasional (NATCC) mendedahkan, juruterbang memberi makluman yang baik ketika ketika perbualan terakhir sebelum pesawat itu gagal dikesan, Sabtu lalu. Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan penolong pengarah NATCC, Siti Sarah Lebai Abu itu menyebut, juruterbang memaklumkan “OK roger, good day,” sebelum radar kedudukan pesawat tersebut gagal dikesan. "Ketika mahu menyerahkan (kawalan udara) kepada Ho Chi Minh, saya memaklumkan kod talian kepada juruterbang terbabit (Kapten Zaha... more »
MH370: Orang sedih- Kuala Lumpur gembira anjur konsert Avril Lavigne 14 Mac ini.
mantaro at SISI BUKIT - 8 minutes ago
Kerajaan UMNO semua boleh,selawat perdana,baca yassin ,bomoh dan konsert.Orang bersedih pesawat MAS MH 370 masih belum ditemui,Kuala Lumpur pula akan mengadakan konsert Avril Lavigne Tour pada Jumaat, 14 Mac ini.Menteri mana yang lulus permit konsert ini,dalam keadaan masyarakat bersedih.? Adakah Menteri Cap Ayam??????
UMNO buat kerja mengarut...........???
cikgu pencen at cikgu pencen - 23 minutes ago
Rabu, 12 Mac 2014 [Video & Gambar ] Aksi Kedua "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Menilik Lokasi MH370 ) Sudah ramai yang memberikan komen tentang hal ini di media sosial. Ada yang mengaitkan aktiviti bomoh ini dengan perkara khurafat dan ada juga yang mengutuknya kerana mencemarkan imej Malaysia. Bagi mereka, ritual yang dilakukan oleh bomoh ini amat memalukan dan tidak terfikir oleh akal. Selain orang awam, aksi bomoh, Ibrahim Mat Zin ini turut dipandang serius oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Khairy Jamaludin dan Fathul Bari. Mereka mahu JAKIM mengambil tindakan terhadap bomoh i... more »
Najib didesak datang, Dewan Rakyat kecoh isu pesawat MH370 hilang.!!
atsixty at ZAKRI ALI - 37 minutes ago
[image: Photo: Najib didesak datang, Dewan Rakyat kecoh isu pesawat MH370 hilang. Pesawat MH370: Apa yang menarik kenyataan Najib soal penambahan aset krisis dan soal Allah menguji kekayaan kita tatkala kaya di wawancara TV Al Hijrah petang tadi dan laporan Bernama News di bawah agak MEGA RARE melaporkan insiden kemahuan anggota pembangkang – MRM ana fakir………… #MH370 Time Travel Is Real Gambar kredit Malaysian Insider dan artikel Bernama PESAWAT MH370 / PARLIMEN: Dewan Rakyat kecoh seketika apabila beberapa ahli pembangkang mendakwa kerajaan gagal mengendalikan insiden kehilangan pe... more »
Usaha Guna Bomoh Cari MH370 Bertentangan Ajaran Islam - Jakim
Maysia Tayadih at DUNIACACAMARBA (DCM) - 53 minutes ago
Bomoh Ibrahim Mat Zin (tengah) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini untuk melakukan upacara ritual kononnya membantu usaha mencari pesawat MH370 yang masih hilang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 Mac, 2014. [Bernama] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Musta... more »
Bomoh Khurafat rupanya penyokong kuat Calon BN DUN Perak
ReJaM© at MiLo SuaM - 1 hour ago
HARI ini laman media sosial Twitter dan Facebook penuh dengan ejekan dan kutukan orang ramai terhadap individu yang menggelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh'.Kutukan dan ejekan tersebut berpunca daripada perbuatan khurafat Ibrahim Mat Zain (Raja Bomoh) dan orang-orangnya di dalam mencari pesawat #MH307 yang hilang.Antara perbuatan khurafat yang menjadi sindiran dan kutukan rakyat Malaysia, malah
MENTERI JAGA JAKIM KATA BOLEH GUNA KHIDMAT BOMOH .. SEBENTAR TADI JAKIM KATA TIDAK BOLEH KERANA HARAM DAN BERTENTANGAN DENGAN ISLAM.
OMAK KAU!!!! at Omak Kau!!!! - 1 hour ago
*Semalam Menteri Jaga JAKIM, Jamil Khir Baharom kata tidak salah guna khidmat bomoh nak cari pesawat MH370 yang hilang, hari ini JAKIM sendiri kata kaedah cara menggunakan bomoh itu adalah salah dan bertentangan dengan Islam.Pergh!! Ini sudah kes anak buah belasah bos .. ini sudah kes anak buah ajar bos tak reti buat kerja .. sepatutnya Jamil Khir Baharom rasa malu sebab tak reti hukum hakam mengenai peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM walaupun diri itu Menteri Jaga JAKIM.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar us...more »
Maklumat, ulasan live mengenai MH 370 tambah menyerabutkan | Mohd Sayuti Omar
atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*oleh: MSOBenar kehilangan pesawat MH 370 yang sudah masuk hari kelima boleh dianggap aneh dan ia mengegarkan dunia. Para pemimpin dan ketua-ketua jabatan tertentu negara kita sendiri sudah pening dan bingung memikirkannya. * *Setakat ini tidak ada apa-apa 'solusi' berhubung kehilangan pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu.Dari satu sudut kehilangan membingungkan semua orang itu telah membantu usaha memperkenalkan negara ini di mata dunia. Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, turut mendapat kesan kelabaan dari kejadian itu. * *Kenapa tidak, dalam se... more »
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan