بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Mengapa Nama Malaysia Semakin Memudar.
Seperti semua sedia maklum MH370 sememangnya menjadi Isu Internasional. Bukan lagi seperti isu local seperti kisah kehakiman terhadap Anwar, Karpal Singh, Kes-kes Saman dan Kes-kes laporan polis dan segala bagai. MH370 juga telah menyerlahkan tahap kepintaran pemimpin kerajaan yang menjadi pilihan rakyat sebagai pemerentah, dalam menangani isu tersebut. MH370 juga menyerlahkah tahap kecerdikan pemimpin tertinggi penjawat awam, yang menjadi tempat masyarakat tempatan dan antarabangsa mendapatkan maklumat terkini dan soheh tentang hal berkaitan.
Peranan media massa tempatan juga mencernakan lagi betapa bermasalahnya sumber berita yang diharapkan tentunya benar dan tepat. Hari ini siar, sekejapan menafikannya atau esoknya baru menafikan. Sekarang "sentuh" kita akan dapat paparan berita dari dalam dan luar negara. Tanpa perlu ke kedai untuk mendapatkan berita kaku dalam lembaran kertas. Macam "touch n go" atau "smartag" jadikan tambah mudah para pemandu kenderaan melepasi hadangan.
Ramai yang dibelenggu rasa bimbang tentang keselamatan penumpang dan krew MH370. Mereka juga bimbang dengan keselamatan anggota Mencari dan Menyelamat yang terdiri dari manusia rakyat Malaysia dan manusia dari lain-lain negara. Yang berdoa, yang berusaha, yang bimbang, yang sedih, yang berdukacita dan sebagainya, terdiri dari rakyat tempatan dan juga masyarakat antarabangsa. Tetapi mereka disajikan dengan berita main-main kok-nai?, dari media massa tempatan yang bersumberkan cakap-cakap pemimpin bertaraf menteri dan peringkat tertinggi penjawat awam.
Sampaikan bomoh memaparkan kepincangan Malaysia yang selanjutnya. Tambah memalukan si menteri kata boleh, sedangkan yang berfatwa lama sudah mengatakan hal itu tergolong dalam perbuatan kurafat, syirik etc. Mengarut. Sampaikan negara Arab pun sudah berbunyi "Malaysia guna sihir cari MH370" Siapakah gerangan yang merestui perbuatan syirik di KLIA tempuh hari. Bukan sekali show, tahu.
Gambar: https://www.google.com/search
Allahyarham P.Ramlee lagi hebat kerana mendahului tahun 2014 dalam ceritanya untuk menjadi renungan mana yang baik untuk para penontonnya. Bukankah diam itu lebih manfaat kerana diam itu mensejahterakan. Baca SINI.
Lebih baik diam kerana diam itu mensejahterakan
Satu lagi kisah nelayan sudah jumpa sesuatu yang dikaitkan dengan MH370. Buat laporan. Bila sudah diserahkan kepada pihak yang berwajib menyelesaikannya, boleh tenggelam pula. Teringat aku tentang satu majalah jenaka satu masa dulu, majalah "Gila-Gila" Binatang yang lain jenisnya pun boleh bersungguh-sungguh membantu haiwan lain. Baca SINI. Apakah ini terjadi kerana adanya sebab akibat?. Janji Allah SWT itu pasti. Hari ini engkau mengaibkan orang atau membuka aib orang, satu masa nanti Allah SWT akan membuka aib kamu pula. Apakah yang terjadi hari ini, berkaitan dengan perkara tersebut?. Itu HAK Allah SWT. Dia Maha Mengetahui. Aib kamu diketahui bukan sekadar "Orang kampung sudah tahu" tetapi masyarakat antarabangsa sudah tahu. Satu dunia sudah tahu. Sampaikan ada title entry malunya hendak mengaku Rakyat Malaysia kerana berpemimpin sedemikian rupa. Kan kah ada kata bidalan "Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit"
Yang terkini pula ada wartawan asing kehilangan barangan di KLIA dalam kesibukan bertugas membuat liputan MH370. Apa cerita ini semua?. Malaysia aman?. Link SINI. Perkara sedemikian akan merajukkan lagi masyarakat antarabangsa datang bertandang melancong ke Malaysia di masa depan. Kena fikir banyak kali. "Selamatkah aku melancong ke Malaysia atau lebih selamat melancong ke Monaco"
Gambar: https://www.google.com/search
Agaknya begitulah fikir seseorang yang sedang merancang percutiannya, supaya mantap dan lebih bererti. RM15K nilai kerugian, bukan sedikit, "banyak tuu" akibat manusia pedajal yang bernama pencuri. Sikap tamak dan malas merubah manusia baik kepada manusia syaitan laknatullah. Pastinya kelakuan sebegini tambah memburukan lagi nama Malaysia. Aku menyeru kepada diri sendiri dan semua orang, supaya sentiasa berusaha dan berdoa agar MH370 Allah SWT kembalikan kepada NYATA dari status HILANG. Tidak kiralah dalam keadaan selamat atau sebaliknya. Jauh disudut hati aku biarlah mereka semua yang didalam MH370 tetap selamat. Ya ini semua HAK ALLAH SWT. Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Amin Ya Rob.
Blogger Home.
s3v3n
s3v3n
copyright©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan