Khamis, 27 Mac 2014

4124. MH370 - Seperti negara-negara lain Malaysia telah menghantar anggota profesionalnya.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  Tetapi hal ini telah terganggu oleh individu tidak sepertinya. Aib Rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi?. 

Ya Allah Ya Tuhanku. Mengapalah perkara ini terus dibiarkan  terbiar dan membiar. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah Ya Tuhanku. 


US hantar Poseidon, China hantar Satelit.. Malaysia hantar 'Raja Bomoh' untuk mencari di Lautan Hindi? 

Walaupun dikecam dan dihina oleh sebilangan besar masyarakat Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’ dengan caranya yang tersendiri bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.

“Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul,” katanya.

Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.

“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.

“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi ~ SuaraTV 

Comments (11)

+4
aisroza's avatar - Go to profile
mana suara mufti perak....langsung 'tak berkokok' dgn perbuatan raja bomoh malaya ni....nape dh bisu ke or takut kena penampar? .....'kuman kat seberang laut nampak tapi tok Moh depan mata buat2 tak nampak je'....ohhh malaysiaku....makin hari aku makin keliru ??!!!!!!
0
bocheng's avatar
bocheng· 7 hours ago
Macam2,,,
+1
perisik 's avatar
perisik· 7 hours ago
Sebnarnya ,penumpang semua dah kne bunuh masa di lautan hindi dgn cara menutup ruang udara dan memasukkan gas bracun,sterusnya peswat ditngelamkan di laut,tapi 8 saintis cina itu us ambil sbab ada aset buat dia,sbab tu najib boleh yakin psawat last landing di lautn hndi..
+1
Jibun's avatar
Jibun· 6 hours ago
UMNO bayar dia pakai package. Lagi tak jumpa, dia kena keje juga sampai semua mayat dijumpai bersama serpihan sekali. kesian bomoh ni. Aku ingat sewel je rupanya gila.
1 reply · active 4 hours ago
0
PakWang's avatar
PakWang· 4 hours ago
Ada sesiapa yg kenal mamat nih atau tau kat mana dia tinggal...... 
Tolong bawa dia buat pemeriksaan otak dgn segera. Bukan setakat sewel & gila, tapi full-package dgn ugut nak tampar & masuk restoran buat press-conference. Kalau dia disimpan dlm rumah, dgn rumah 1x dia nak bakar.... Kritikal nih.
+1
Man Ib's avatar
Man Ib· 4 hours ago
aik uncle bomoh. . . sebelum ni, tak nak plak awal2 kau teropong lautan hindi tu? 
cuba kalau PM Najib Bijan cakap kat laut merah. . . . . ????? 

kau kencing lebih la...... 
Kau Pegi tukar bateri teropong kau sekarang!! SEKARANG!!!
0
bekas macai bee end's avatar
bekas macai bee end· 4 hours ago
Najib x de telur dah announce kat lautan hindi terus org tua ni ckp firasat die kate kat lautan hindi.... sblom ni x de pulak firasat.... ni nk seru mayat timbul pulak.....haishhhh...makin sesat org tua neh.....
0
Raja bodoh's avatar
Raja bodoh· 1 hour ago
Kesimpulannya, orang tua ni pembohong. Itu hari cakap tersangkut kat awan. Ini hari nak seru mayat pula.
0
cekodok's avatar
cekodok· 1 hour ago
Memang semua dah sewel
0
PENJEJAK SYAITAN's avatar
PENJEJAK SYAITAN· 51 minutes ago
6 tahun lg nk menuju negara maju la konon !! tahap mentaliti puak2 umgok boleh dibaca sama spt bomoh haramja#ah ni....umgoklah pembawa malang jinx kepada negara ini
0
DATIN NAJIB's avatar
DATIN NAJIB· 50 minutes ago
bomoh keparat ni patut di lempang ramai2 ,biar cerdik sikit


Sumber: (http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/03/us-hantar-poseidon-china-hantar-satelit.html)

Blogger Home. 
s3v3n

s3v3n
copyright©

Tiada ulasan: